Pages

Monday, November 3, 2014

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 2


Aku sumbat donat ke mulut sambil tangan kanan laju melarikan mouse. Harian Metro aku buka. Baca online je, tak kuasa nak membeli. Jangan nanti kalau orang bercakap tentang isu hangat aku ternganga-nganga memandang.


Terasa kubikel aku diketuk, lantas aku mendongak. Omo, Encik Boss. Awal dia datang? Ini mesti kes tak boleh tidurlah ni.
“Masuk bilik saya kejap.” Belum sempat menjawab dia dah melangkah ke biliknya. Hish, Encik Boss ni ada lagi 10 minit kot sebelum waktu kerja. Donat yang masih ada separuh lagi aku simpan semula dalam plastik. Sempat aku meneguk air kosong dari botol minumanku.
“Kenapa Boss?” Encik Boss memandang aku.
“Duduklah.” Aku duduk.
Dia pandang lagi muka aku. Ada senyum di wajahnya.
“Nah, lap dulu mulut tu, penuh gula.” Hah, gula? Aku mengelap dengan tangan. Apo punyo perangailah ko ni Afrina?
“Ambil tisu ni, yang lap dengan tangan tu buat apa.” Rafiq memandang bibir merah jambu kepunyaan gadis di hadapannya. Terasa berdebar dadanya.
“Kenapa Encik nak jumpa saya ni?” Aku bertanya sambil mengelap saki-baki gula di bibir dan pipi.
‘Afrina ni sekejap Boss, sekejap Encik, ikut suka dia je nak panggil aku.’ Rafiq masih lagi memandang wajah di hadapannya.
“Hish, encik ni kalau panggil saya setakat nak pandang-pandang je, baik tak payah. Baik saya keluar sambung makan donut.” Aku dah mula angin satu badan. Kau ingat kau pandang-pandang macam tu boleh buat jantung aku dag, dig, dug ke?
“Ok, sorry. Saya nak tanya kenapa semalam awak tak nak jumpa saya? Lepas tu lama saya tunggu kotlah awak telefon balik pujuk saya.” Eh, dia ni dah kenapa? Baru sehari putus tunang dah miang. Setahu aku dalam adik-beradik, dia tak termasuk dalam kategori yang sama dengan mamat berlagak mahupun si kembar playboy.
“Encik, dah malam kan? Apa kejadah saya nak jumpa tunang orang malam-malam? Nak pujuk encik? Sedangkan encik cuma bos saya bukan boyfriend.” Aku menjawab lembut walaupun ayat tu macam kurang asam je.
“Saya dah putus.” Dia menjawab lemah.
“Hah?” Aku pura-pura tak dengar.
“Saya dah putus dengan Elena.”
“Takkan sebab gambar tu kot? Encik tak explain ke dekat dia? Atau encik nak saya explain pada dia?” Ceh, nampak concern tak?
“Takpe, tak payah. Saya dah explain tapi dia tak nak terima. Saya terima mungkin dah bukan jodoh saya dengan dia.”
“Habis tu kalau redha kenapa saya tengok encik macam kucing mati anak? Eh, bukan. Kucing saya dulu masa anak mati tak macam encik ni, bising dia mengiau.”
“Awak samakan saya dengan kucing?”
“La, kan saya kata tadi bukan.” Rafiq ketawa senang. Entah kenapa gadis di hadapannya ini selalu buat jiwanya yang kacau jadi tenang. Kalau dia ada adik perempuan macam ni kan bagus. Ingatannya pada adik Opie tiba-tiba hadir.
“Amboi, happy nampak?” Aku menoleh. Heh, bala dah sampai.


“Oklah encik, takde apa-apakan nak cakap?” Aku bangun.
“Aa, eh, ada sebenarnya.” Dia pandang si mamat berlagak yang melangkah menghampiri kami.
“What do you want Rif? Pagi-pagi datang sini.”
“Salah ke aku datang?” Dengan abang pun kerek. Aku hadiahkan jelingan buat mamat berlagak yang duduk menyilang kaki memandang aku.
“Eh, nanti. Laju nak ke mana? Buatkan kopi untuk aku.” Tanpa memandang dia, aku keluar dari bilik Encik Boss.
“Kurang ajar betul staff kau tu. Nak aku ajarkan?” Rifqy senyum memandang abangnya.
“Don’t you dare and never, ever lay your finger on her.”
“Wah, sayang kau kat dia ye? Agaknya betullah kata Elena yang cinta kau dah beralih arah.”
“Stop provoking me Rif. Hal aku dengan Elena takde kena mengena langsung dengan Afrina.” Rafiq memandang adiknya. Entah kenapa suka cari pasal dengan Afrina? Sejak bila adiknya itu bermusuh dengan Afrina pun dia tak tahu. 


“Kau tak lunch ke?” Aku pandang mamat berlagak yang tengah berdiri depan aku ni. Dia ni takde kerja ke? Duduk melepak kat sini dari pagi tadi sampai lunch hour. Apa kata aku cadangkan kau kerja kat Excel ni. Dia tarik kerusi Isha di belakang dan rapat ke mejaku.


“Kenapa kau ni kalau dengan aku sombong sangat. Tapi kalau dengan Rafiq bukan main gedik lagi.” What? Aku pandang mukanya. Sedap mulut dia kata aku gedik.
“Bila pula aku menggedik dengan abang kau?” Hish, geramnya. Nak je aku hentak kepala dia dengan botol minuman aku ni.
“Aku tahu kau suka dia kan? Eloklah, sekarang ni dia dah putus dengan Elena so, kau bolehlah goda dia.”
“Eh, kau ni..”
“Sorry, ganggu.” Hish, Lily ni memang ganggu pun. Aku baru je nak sembur mamat berlagak ni.
“Aku dengan Isha turun makan dulu ya?”
“Eh, nanti.” Aku bangun namun dihalang oleh Rifqy.
“Tepilah. Aku nak makan ni.”
“You berdua pergilah makan. I nak bawa cik adik ni lunch dengan I.”
“Ok.” Lily dengan Isha berlalu pergi meninggalkan aku. Budak-budak kat office ni memang dah faham sangat dengan aku dan Rifqy, dah tak jadi hal dah bagi dia orang. Masa mula-mula dulu sibuk juga bergosip pasal aku dengan Rifqy tapi dah selalu tengok adegan Tom and Jerry antara aku dengan Rifqy so, dia orang pun malas nak melayan.
“Berbalik pada topik yang kita bincang tadi, kau nak goda Rafiq ke?” Selamba je muka dia bertanya soalan yang minta penampar tu.
“Kau ni kenapa ya? Dah sewel? Bila masa aku suka kat abang kau tu? Aku kalau nak cari boyfriend ke, suami ke tak teringin dari ahli keluarga kau ni.”
“Kenapa dengan family kami?” Aku tersentak. Alamak, bila pula Encik Boss ni keluar?
“Aaa..” Dah tergagap.
“Saya tanya kenapa dengan family kami?” Dia pandang wajah aku. Tak pasti dia marah ke tak sebab dia ni kadang-kadang tak beriak mukanya.
“Saya tak sanggup hidup dengan adik-adik bos ni. Buat sakit jiwa je.”
“Kalau awak kahwin dengan saya kenapa pula nak hidup dengan adik-adik saya? Hidup dengan sayalah.” Eh, apa hal Encik Boss ni?
“Aaa..” Aku gagap lagi.
“So, that’s mean kau ni ada hati juga ke dengan minah meroyan ni?” Rifqy pandang abangnya. Patutlah macam tak kisah je putus tunang dengan Elena, dah ada pengganti.
“Aku dengan Afrina takde apa-apa. Dah berapa kali aku explain.”
“Habis yang kau cakap pasal kahwin tadi tu kenapa?” Muka Rifqy nampak tegang. Apa hal lah mamat berlagak ni nak marah-marah pula.
“Aku just play a game yang kau main tadi. Kau sibuk-sibuk provokes Afrina pasal hubungan kami jadi apasalahnya aku join sekali.” Aku pandang je dua beradik ni. Memanglah aku suka tengok korang bergaduh tapi tolong jangan depan aku dan aku dah lapar gila ni.
“Dahlah Af, jangan dilayan Rifqy ni. Pergi makan.” Aku mengangguk. Dompet di dalam laci aku ambil. Menolak sedikit tubuh Rifqy agar aku dapat keluar dari kubikelku. Namun lelaki itu menarik tanganku mengikut langkahnya.
“Rifqy.” Aku dengar suara Encik Boss menjerit.
“Sakitlah.” Aku cuba merentap kembali tanganku namun makin kejap pula pegangan tangan si mamat berlagak ni.
Sampai di parking lot, dia menolak aku masuk ke dalam keretanya. Tanpa suara dia memecut keretanya keluar dari bangunan Excel Dynamic.
Sepanjang perjalanan yang aku tak tahu mana destinasinya, kami masing-masing diam. Aku tengok dia memandu ke arah Penchala. Aku dah malas nak ambil pusing sebab aku dah lapar gila ni. Bawalah ke mana pun asalkan kau bawa aku pergi makan.
Dia memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Sambal Hijau. Dia turun dari kereta dan melangkah ke dalam restoran tanpa mengajakku. Heh, menyampah aku. Aku mengekorinya setelah keluar dari kereta.
Ramai orang waktu ni, mungkin sebab lunch hour.
“Duduk sini, I ambilkan makanan untuk you.”
“Tak payah, ak..saya boleh ambil sendiri, bukannya awak tahu selera saya.” Terpaksalah jaga bahasa sebab kat meja sebelah-menyebelah ni ada orang.
“Hmm.” Dia berlalu menuju ke tempat makanan. Sementara menunggu Rifqy, melilau mata aku memerhati keadaan di dalam restoran. Meja di sebelah aku ni, ada empat orang perempuan, lebih kurang sebaya aku agaknya dan asyik pandang-pandang Rifqy lepas tu gelak-gelak. Tergodalah tu. Aku pandang Rifqy yang menghampiriku dengan pinggan berisi makanan. Memang handsome pun mamat ni. Kalau kata model pun orang percaya tanpa bantahan.

Elok je dia duduk, aku bangun mengambil giliran. Banyaknya lauk, rasa nak makan semua. Aku ambil nasi separuh kemudian pinggan kuisi dengan berjenis lauk. Setelah puas aku kembali ke meja. Rifqy aku lihat sedang menyuap makanan. Tak tunggu aku pun.
“I order limau ais untuk you.” Aku pandang mukanya. Hish, pandai-pandai je order air untuk aku. Aku letak pinggan di atas meja.
“Ya Allah, you ni makan ke melantak?” Aku dengar perempuan-perempuan meja sebelah ketawa manja.
“Perut saya.” Aku menjawab. Geram aku dengan dia ni tau. Perlu ke cakap kuat-kuat macam tu.
“Perut you tu hak I tau.” Aku pandang tepi, perempuan-perempuan meja sebelah buat muka terkejut. Rifqy pula selamba je aku tengok. Aku diam walaupun sebenarnya aku rasa nak je menjawab sebab kalau aku jawab nanti lagi panjang kisahnya.
“I tak suka peluk perempuan perut buncit tau.” Huh, berasap rasanya telinga aku ni. Tanpa menghiraukan dia aku suap nasi ke mulut.
“Apa ni?” Tangannya dah jatuh ke pinggan aku.
“Lala.”
“Sedap ke?”
“Rasalah sendiri.” Dia ambil sambal tumis lala dari pingganku.
“Ehm, not bad.” Dicapainya lagi.
“Hish, apa dia ni. Nak pergilah ambil kat sana.” Aku tepis tangannya.
“Kedekut.” Dia mencapai gelas di hadapanku.
“Itu air sayakan?” Aku lihat sedap je dia sedut limau ais aku.
“I yang bayar semua ni nanti, so tak payah nak kedekut sangat.” Geram betul aku dengan lelaki ni.
“You dah ada teman untuk annual dinner minggu depan?” Haahlah, macam mana boleh terlupa pasal dinner minggu depan.
“Kenapa nak berteman-teman? Bukannya nak masuk hutan ke apa.”
“Hello, takkan pergi dinner tak bawa teman? You ni tak biasa berparti ni.”
“Memang pun. Saya bukan macam awak kaki clubbing, kaki perempuan.” Kaki apa lagi dia ni.
“Waktu muda nilah nak enjoy. Esok dah tua baru duduk rumah, pergi kelas agama.”
“Kot sempat tua. Kalau muda-muda dah gol macam mana?” Aku capai gelas minuman tadi, kemudian aku teguk air dari gelas tanpa menggunakan straw yang disedut oleh Rifqy tadi.
“Kalau you takde teman, jadi teman I.” Aku pandang wajahnya. Tak ingin aku. Kalau kena jadi teman dia, tak payah pergi pun takpe.
“Please.” Dia merayu. Ini apa hal nak merayu bagai dengan aku ni?
“Mana your Jessica?”
“Dah breaks off.” Pantas dia menjawab.
“Perempuan lain mana? Kat kelab tu ramai je calon-calon, pilih jelah.”
“Malas. Buat apa nak pilih kat kelab? You dah ada depan mata I, baik ajak you je.” Aku mencebik. Tiba-tiba aku terfikir, lantas aku rapatkan tubuhku ke meja.
“Kat sebelah ni ada empat orang. Pilih yang mana kau suka.” Aku berbisik sambil tersengih. Dia toleh ke sebelah kanannya. Perempuan berempat tadi macam teruja bila Rifqy pandang mereka.
“Not my taste.” Hish, dia ni, coverlah sikit suara tu. Aku tengok perempuan berempat tu dah berubah wajah. Mamat berlagak ni pula selamba je aku tengok.
“Bukan awak ni pantang nampak perempuan ke?”
“I admit yang I ni playboy tapi taklah semua perempuan I nak usung.” Aku menolak pinggan ke tengah meja.
“Tak mau. Lagipun tak rasa nak pergi. Dah ke? Jomlah, karang lambat sampai office.” Aku melangkah ke kaunter dan Rifqy mengekori di belakang. Dia membayar harga makanan yang kami makan tadi kemudian kami melangkah ke kereta.
“Nak ke mana pula ni?” Aku bertanya bila aku lihat keretanya berhenti di hadapan sebuah butik.
“Jom.” Aku keluar dari kereta dan menurutinya ke dalam butik.
“Hai Rif.” Seorang…erk, lelaki ke perempuan ni? Datang menghampiri kami. Digosok-gosok lengan Rifqy. Eww, asal semacam je aku tengok.
“Moon, tolong pilihkan evening gown for my girl ni.” Rifqy menarik tanganku.
“Ehm, orang baru ya? Mana Jess?” Aku lihat makhluk yang bernama Moon itu memandangku, atas, bawah. Hish, seram aku.
“Dah jadi history.” Rifqy menjawab selamba kemudian duduk di sofa di tengah butik tersebut.

“Ok, tunggu sini, I ambil my collection dulu ya?” Rifqy mengangguk sambil mencapai majalah di atas meja.
“Buat apa kat sini? Dah pukul berapa ni? Nanti Encik Rafiq marah aku lambat masuk office.” Aku duduk di sofa sebelah Rifqy.
“Aku dah bagi tahu dia yang kau masuk lambat.” Tanpa memandang, dia menyelak helaian majalah di tangannya.
“Kau buat apa bawa aku ke mari hah?” Dia letak majalah atas ribanya kemudian memandangku.
“Nak pilih bajulah takkan nak beli ikan kat sini.” Dia memandangku geram.
“Kau nak beli baju tak payahlah susah payah heret aku sekali.” Aku sandar badanku kasar, proteslah konon.
“Ok, ini antara dress yang I rasa sangat gorgeous.” Si Moon tadi tepuk dua tangannya.
“Pergi cuba.” Rifqy mengarahkanku.
“Kenapa pula aku kena cuba?” Aku masih keras di sofa.
“Sebab kau kena jadi partner aku untuk dinner nanti.”
“Eh, suka hati kau je. Kan aku dah bagi tahu yang aku tak nak berteman-teman ni.” Rifqy bangun dan menghampiriku. Tanganku dicapainya dan ditariknya aku bangun.
“Tak payah nak tunjuk keras kepala kau, takkan menang punya. Pergi salin baju ni atau kau nak aku masuk sekali dalam fitting room tu.” Dia mencapai sehelai baju dari rak beroda yang tergantung beberapa helai baju yang dibawa oleh Moon tadi.
“Nah.” Dia hulur kepada aku sehelai dress berwarna hitam.


Aku angkat dan memeriksa dress yang diberinya tadi.
“Tak nak aku pakai baju macam ni.” Gila, terbelah sampai ke peha. Dicapainya sehelai lagi kemudian dihulurkan kepadaku.

“Hish, takde maknanya aku nak pakai baju berkemban macam ni.” Aku sangkut kembali dress tadi di rak. Aku dengar dia mengeluh. Dicapainya sehelai dress berwarna pink.


“Tak nak, tak nak. Aku tak nak baju apa pun sebab aku takde hati nak pergi dinner tu.” Aku menjerit-jerit kat situ macam budak kecik tak dapat lollipop. Moon pula dah ternganga dengan dua tangannya dah di pipi. Mesti terkejut agaknya tengok aku yang berbeza dengan perempuan-perempuan yang selalu Rifqy bawa.
“Kau ni kenapa degil sangat? Ok, kau pilih sendiri baju yang kau suka.” Aku tegak di tengah-tengah butik si Moon.
“Please Af.” Dia merayu.
“Kenapa kau nak aku jadi partner kau?” Aku pelik. Kita orang ni selalu bercakar, boleh pula dia ajak aku jadi teman dia.
“Ok, kau anggap je kau tolong aku.”
“Kenapa aku nak kena tolong kau pula?” Dia gosok tengkuknya.
“Kalau aku bagi tahu sebabnya, kau tolong aku ya?” Ewah, lembut je dia bercakap.
“Apa dia?” Aku bawa dua tangan ke dada. Bersedia mendengar dia bersuara.
“Mama aku datang masa dinner tu nanti dan dia dah bagi tahu awal-awal dia tak nak tengok perempuan-perempuan kaki kelab kat majlis tu nanti.” Rifqy kembali duduk di sofa.
“Tak payah bawa. Nak pergi majlis tu tak semestinya nak kena ada partner. Pergi seorang pun apa salahnya.”
“Wo..wo..mana boleh. Aku ni Rifqy Dayyanlah, mana pernah pergi event tanpa teman. Ala, Af tak payah banyak cakaplah, kira setuju jelah.” Dia pandang wajah aku.
“Aku tak nak jadi bahan gossip. Nanti orang kata aku dengan kau ada hubungan pula.”
“Itu tak payah risau. Kalau aku introduce kau as my friend, orang tak banyak tanya sebab dia orang tahu beza perempuan yang aku bawa tu kawan ke kekasih.”
“Apa bezanya?” Aku tak puas hati lagi.
“Hish, kau ni kan.” Dia bangun dan menghampiriku.
“Ok, kalau kawan paling tinggi pun aku just hold her hand like this bila kita berjalan.” Dia capai tanganku.
“Dan kalau kekasih macam ni.” Dia tarik badan aku rapat kepadanya dan kemudian tangannya melingkar ke pinggangku.
“Hish, apa ni.” Aku menolak tubuhnya menjauhiku.
“Ada lagi.” Dia tarik kembali tubuhku rapat kepadanya.
“Aku buat macam ni sepanjang bersama dia.” Dia gesel wajahnya kat tengkuk aku.
“Ouch.” Aku ketuk kepalanya. Ambil kau. Siapa suruh ambil kesempatan kat aku.
“Kasar betul kau ni.” Dia menggosok-gosok kepalanya. Moon yang dari tadi memerhati hanya ketawa.
“Ala. Bolehla..em siapa nama you?” Moon melentikkan telunjuknya kepadaku.
“Afrina.”
“Ha, bolehlah Afrina. Bukan senang tau nak jadi partner Rifqy ni, bertuah you.” Bertuah? Wekk.
“Ok, aku boleh tolong kau tapi dengan satu syarat.”
“Apa dia?”
“Lepas ni jangan ganggu aku, jangan nak cari gaduh dengan aku. Kalau nak bercakap dengan aku pun atas urusan syarikat je. Boleh?” Aku pandang mukanya.
“Itu satu ke?” Aku ketap gigi.
“Ok,ok.” Dia angkat dua belah tangannya.
“So, sekarang ni boleh kita pilih baju, karang lambat pula masuk pejabat. Risau Encik abang kau tu.” Aku jegilkan mata padanya dan sekali lagi dia angkat dua tangannya tanda mengalah.
Aku melihat baju-baju yang dibawa oleh Moon tadi. Sehelai dress berwarna coklat aku capai.

“Oh, no..no. Macam orang tua je design tu.” Rifqy mengambil dress dari tanganku dan kemudian menyangkutnya kembali.
“Try this one.” Dihulurkannya dress berwarna ungu kepadaku. Ehm, nampak macam ok. Aku melangkah ke fitting room. Beberapa minit kemudian aku keluar.
“Ok tak?”

Dia memandang aku atas bawah. Tangan kanannya dibawa ke bibir kemudian dia menggeleng.
“Cantik, tapi tak sesuailah dengan badan kau. Dah macam kelambu aku tengok.” What? Kelambu katanya. Tahulah aku ni tak cukup inci kalau nak dibandingkan dengan awek-awek dia yang macam model semua tu.
“I rasa you patut cuba short dress.” Moon mencapai sehelai dress berwarna maroon. Kemudian ditolaknya aku ke fitting room. Setelah selesai aku keluar.


“You look cute Afrina.”
“Tapi atas ni terdedahlah. Rasa semacam je.” Aku tarik muncung. Aku tak nak pakai baju-baju macam ni. Bukanlah kata aku ni alim sangat tapi baju-baju yang aku pakai jarang yang terbuka kat atas ni.
“Kau ni, tadi kata nak cepat tapi semuanya tak kena.”
“Apa pula, tadi tu aku suka kau kata macam orang tualah, kelambulah.” Aku dah menarik muncung dan berpeluk tubuh kat depan fitting room.
“Moon you ada tak dress yang cantik tapi ada sleeves. I dah penat dengan dia ni. Jess pun tak banyak songeh macam ni.”
“Tunggu I tengok dulu.” Moon melangkah ke belakang. Aku duduk di sofa. Tak lama kemudian Moon kembali dengan deretan baju yang berbeza.
“Ok, try yang ini pula.” Aku melihat beberapa helai baju yang dibawa oleh Moon.


    
Setelah mencuba dan beberapa kali bertekak akhirnya aku memilih dress berwarna ungu ke kelabu, entah aku pun tak tahu. Dah berpinar mata ni tengok baju-baju ni semua. Aku nak yang warna hitam, kata Rifqy macam nak pergi kenduri. Ada ke orang pergi kenduri pakai macam tu? Aku biasa pakai baju kurung je. Adalah kot, nak-nak majlis kat hotel-hotel tu.
“Ok, Encik Rifqy boleh kita balik office sekarang. Aku dah penat duduk sini memilih baju.”
“Jomlah, aku pun dah penat tengok kau tukar-tukar baju. Kalau lawa takpe juga.” Aku mencubit lengannya dan dia mengaduh.
“Moon dah siap bagi tahu tapi make sure sebelum dinner.”
“Ya, I tahulah. Macamlah I tak pernah buat kerja-kerja last minute ni kan?” Moon menjeling Rifqy.
“Hahaha, sorry bro. Ok aku ciao dulu. See you again.” Rifqy melangkah keluar dari butik dan aku sempat hadiahkan senyuman buat Moon sebelum mengekor si Rifqy ke kereta. Hah, penatnya. Habis tenaga pilih baju dan bertekak dengan Rifqy je. Ikutkan hati nak je aku balik rumah, tak larat rasanya nak masuk office.



Tepat pukul lima, aku lihat Isha dan Lily dah menghampiri mejaku.
“Af tengok wayang nak?” Isha meletakkan handbag ‘gedabaknya’ atas mejaku. Aku selalu panggil beg Isha beg Doraemon. Dahlah besar pastu macam-macam ada. Dompet, ubat, tuala wanita, penyembur lada, payung, buku nota, aish, macam-macam la.
“Sorrylah, aku nak balik. Penat betul hari ni.” Aku memasukkan dompetku ke dalam handbag.
“Mana Encik Rifqy bawa sampai kau penat macam ni?” Lily senyum.
“Jangan sebut nama dia boleh tak? Dengar nama dia pun boleh berkurang energy aku ni.” Isha dan Lily ketawa.
“Oklah, kita orang keluar berdua jelah.”
“Hmm, sorry. Korang nak tengok cerita apa?” Sempat lagi tu nak tahu.
“Lily nak tengok cerita seram. Maybe Dendam Orang Mati kot.” Aku mengangguk. Takpelah, karang kalau tengok lagi penat aku. Mana taknya terjerit-jerit lepas tu si Lily ni kalau tengok cerita seram mesti hancur badan aku kena pukul. Nak jerit, jerit jelah. Ini tangan sama naik dengan suara.
“Bye Af.”
“Hmm.” Aku mengambil bekas air aku di atas meja. Elok je aku nak bangun, Encik Rafiq dah terpacak depan aku. Aku urut dada. Terkejut tau tak? Dia senyum, handsome. Aku ketuk kepala. Apa kau ni Af, boleh ‘tergatal’ sekejap.
“Sorry buat awak terkejut.” Kami berjalan beriringan ke lif. Beberapa orang staff juga menuju ke lif. Kat office ni yang bestnya takde jenis yang suka busybody dan bergosip lebih-lebih. Setakat usik-usik tu adalah tapi bila dah lama-lama kalau kita tak bagi respond, dia orang senyaplah.
“Pergi mana dengan Rif tadi?” Dia bertanya sementara menunggu lif tiba.
“Sg. Penchala.” Aku jawab sepatah. Aku takde mood nak bersembang sebenarnya sebab dah habis segala tenaga aku bertekak dengan Rifqy tadi.
“Jauhnya pergi makan.”
“Bos bukan tak tahu adik bos yang sengal tu.” Kak Bib di sebelah pandang aku. Terkejut agaknya dengan bahasa aku. Kak Bib, Pegawai Kewangan tu duduk jauh dari tempat aku, dalam bilik pula tu. So, dia tak pernah lagi dengar aku bertekak dengan Rifqy secara live.
Pintu lif terbuka. Semua meluru masuk. Tak sesak sangat sebab aku keluar lambat sikit tadi. Kalau tak, rasa sardine dalam tin.
“Lepas tu?” Haish, Encik Boss ni.
“Pergi butik.” Aku jawab juga mengenangkan Encik Boss ni baik orangnya. Stress macam mana pun dia tak pernah tengking aku kalau aku banyak tanya. Bukan aku je, pekerja-pekerja lain pun sama.
Sampai di ground floor aku ingin melangkah keluar namun ditarik oleh Encik Boss. Aku pandang mukanya dengan pandangan nape-kau-tarik-tangan-aku. Dia pula balas dengan pandangan tunggu-sekejap. Pintu lif ditutup. Sampai di basement, dia menarikku keluar menuju ke tempat letak kereta.
“Jom saya hantar awak balik. Penat betul saya tengok awak ni. Mengalahkan jurutera turun site sehari suntuk.” Dia ketawa.
“Tak payahlah bos, menyusahkan bos je.” Aku menolak pelawaannya. Tadi dengan adik, ni dengan abang pula. Nanti apa kata orang.
“Takpelah. Tadi Rifqy menyusahkan awak jadi biar saya tebus balik.” Dia senyum. Pintu kereta sebelah penumpang dibukanya. Nak tak nak aku masuk juga. Jimat duit, jimat masa dan tenaga aku. Tak payah berebut nak naik bas.
“Kenapa Rif bawa awak ke butik?” Elok je kereta BMW Encik Boss keluar dari basement dia bertanya.
“Beli bajulah bos takkan beli ikan pula.” Aku copy paste ayat Rifqy tadi. Aku pandang ke kanan bila Encik Bos diam je. Marah ke?
“Sorry bos.”
“Ehm?”
“Sorrylah, bos marah ke saya jawab macam tu?”
“Taklah.” Encik Rafiq pandang sekilas kepadaku.
“Habis tu kenapa diam?” Aku pusing badan ke kanan, memandang Encik Bos yang sedang memandu.
“Salah saya, dah tau awak penat sibuk tanya itu ini.” Dia senyum. Lega. Aku pusing kembali menghadap ke depan.
“Bos, saya nak tidur sekejap boleh? Nanti kalau dah sampai boleh tak kejutkan?”
“Tidurlah, nanti saya kejutkan awak.”
“Thank you bos.” Aku pusing ke kiri. Mata ni dari tadi minta beradu.
Aku sedar bila ada cahaya lampu menerjah masuk ke kereta tepat ke arah aku. Eh, dah sampai kat blok rumah aku. Mana Encik Bos? Aku mengeliat, sedap betul dapat tidur. Pintu kereta aku buka. Encik Bos tengah bertinggung sambil menghisap rokok. Ok, satu ni je yang buat Encik Bos tak perfect di mata aku. Merokok. Si Rifqy yang keluar masuk kelab tu pun tak merokok.
Aku menghampirinya. Melihat aku menghampirinya, dia bangun dan buang rokok yang masih ada separuh, dipijak dengan hujung kasut.
“Kenapa tak kejut saya? Lama ke bos tunggu?”
“Taklah. Baru nak masuk dua batang rokok.” Dia senyum, sebelah tangannya di dalam kocek. Lengan kemeja biru laut itu dah disinsing hingga ke siku, butang atasnya dah terbuka tanpa tali leher.
“Kan saya dah suruh kejut. Saya kalau tidur memang tak sedar apa.” Dia senyum.
“Takpe. Saya balik dulu.” Dia melangkah menuju ke kereta.
“Terima kasih bos, hantar saya.” Dia mengangguk.
“Afrina.” Dia memanggilku sebelum masuk ke dalam kereta. Aku angkat kening sebelah.

“Lain kali jangan tidur kalau naik kereta dengan lelaki lain.” Hah? Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Sebelum bergerak sempat dia angkat tangan kepadaku. Dan aku membalas sambil otak masih cuba mencerna ayat terakhirnya tadi.

Saturday, November 1, 2014

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 1


Aku mencatat sesuatu di dalam buku notaku. Semua maklumat yang aku perlukan ada dalam buku ni.
Zakaria dan isterinya Amnah. Rakan kongsi dan kawan baik papa but at the end belot dan sebabkan kematian papa.
-         Chairman kat AzZa Excel Berhad
-         Setiap Sabtu selalu main golf
-         Isteri – bekas setiausaha di AzZa. Sekarang suri rumah, sesekali terlibat dengan persatuan wanita
Rafiq Daniel, anak sulung.
-         CEO Excel Dynamic.
-         Bertunang dengan Elina Tan Sri Hamid
-         Serius, bukan kaki club, skema

Rifqy Dayyan, anak kedua
-         Managing Director di AzZa
-         Playboy, kaki clubbing, dj
-         Sedang bercinta dengan model Jessica Lim (tak tahulah yang ke berapa)

Thaqif Izran n Hadif Ifhan – kembar
-         Jurutera di AzZa
-         Playboy, kaki clubbing
-         Selalu lepak kat gym

Bertahun aku kumpul maklumat tentang keluarga ni. Bertahun aku bersabar dan merancang untuk memusnahkan keluarga ni yang sekian lama membuat aku derita. Aku akan pastikan mereka juga turut derita seperti aku.
“Af, boleh tolong saya?” Afrina melangut.
“Ada apa Encik?”
“Tolong photocopy ni. Saya nak 10 copies ya?” Aku menyambut dokumen yang dihulurkan Encik Rafiq.
“Sally mana ya?” Aku memandang meja kerja Kak Sally. Eh, mana pula dia pergi? Tadi aku rasa ada dia kat situ tengah menaip.
“Entah. Tadi dia ada kat tempat dia.”
“Takpelah. Saya nak segera ya? Ada meeting kat AzZa pukul 3 ni.” Aku mengangguk.
“Thanks.” Aku mengangguk lagi. Encik Rafiq berlalu meninggalkan kubikelku. Bukan aku tak perasan yang dia macam nak bercakap dengan aku tapi sebab aku layan acuh tak acuh je terus mamat tu blah.
Aku takde masa nak melayan kau sekarang ni Rafiq. Aku ada benda penting nak aku settlekan. Buku catatanku kembali aku buka, aku catat maklumat yang baru aku terima. Senyuman terukir di hujung bibir. Banyak yang telah aku kumpul dan aku hanya menunggu masa untuk menjalankan rancanganku.
Salah satu rancangan aku adalah masuk ke kawasan musuh dan aku dah pun berjaya. Sudah hampir 2 tahun aku bekerja di Excel Dynamic. Mulanya aku nak mohon bekerja di AzZa tapi peratus untuk layak bekerja di HQ tu agak tipis. Aku ni cuma ada diploma je dalam bidang pentadbiran. Nasib baiklah ada jawatan kosong sebagai penolong pentadbir kat syarikat ni dan nasib baik jugalah ada orang yang menolong aku dapatkan kerja ni.
Sekali kali lagi aku melangut bila mejaku diketuk. Heh, mamat berlagak ni.


“Rafiq ada?” Dia bertanya kerek. Menyampah aku. Kat dalam office kot yang beria sangat pakai cermin mata hitam tu kenapa?
“I’m not his secretary.” Kau kerek, aku lagi kerek.
“But I’m asking you.” Dia buka cermin matanya. Macam tahu je aku baru lepas kutuk dia. Aku diam tanpa memberi respond dan melihatkan aku hanya berdiam, dia bergerak menghampiri kerusiku. Tunduk dan berbisik di telingaku.
“I still have your picture.” Aku menggerakkan sedikit kerusiku ke belakang kemudian wajahnya aku pandang tajam.
“Ada.”
“See, senang je nak jawab soalan I kan?” Dia bergerak meninggalkan mejaku dan menghampiri bilik abangnya. Bodoh punya playboy, nak ugut-ugut aku pula. Sebenarnya bukan aku kisah pun pasal gambar tu. Bukannya aku bergambar tak senonoh pun cuma tempat aku bergambar tu je yang tak senonoh.
Macam mana aku boleh jumpa mamat berlagak ni? Semuanya disebabkan siasatan yang aku lakukan. Wah, siasatan tau. Dah macam polis pula. Dua tahun lepas aku ke sebuah kelab malam eksklusif untuk kumpul maklumat aku.
Mulanya cuak juga aku nak masuk kelab macam tu. Banyak yang buruk dari baik yang aku dengar. First time kot aku nak masuk tapi dengan sedikit practice yang diajar pada aku, maka aku lepas je masuk kelab tu.


Ok, baru je aku melangkah masuk aku dah pening. Macam mana dia orang semua ni boleh duduk dalam suasana macam ni? Dahlah lampu macam-macam colour, dengan muzik yang bising macam ni. Kat tengah-tengah tu punyalah ramai yang berjoget-joget, very ecsotic. Dah kenapa nak kena menari tergesel-gesel macam kucing tu?



Aku abaikan semua tu yang penting rancangan aku. Aku bergerak dalam lautan manusia yang tengah terkinja-kinja sambil terjerit-jerit ni. Semakin hampir dengan pentas, aku bergerak lagi sambil meninjau kawasan yang sedikit lapang untuk aku jalankan misi menyiasat aku.

“Ok, guys. For the next song, I dedicate it to all beautiful ladies here. Enjoy.” Aku pandang dj yang berada di atas pentas. Handphone aku capai dari dalam handbag. Beberapa aksi si dj aku rakamkan. Setiap pergerakannya aku perhati. Jadinya malam ni aku dah jadi observer. Hampir sejam juga aku mengintip pergerakan dia. Naik lenguh sendi lutut aku ni berdiri di balik pentas ni.
Aku lihat dia berbisik dengan seorang lelaki, kemudian lelaki di sebelahnya itu terangguk-angguk. Si dj buka headphone dan diserahkan kepada rakannya tadi kemudian dia turun menyertai manusia yang sedang sakan menari. Hish, mana pula dia pergi? Aku ni dahlah tak cukup inci, jenuh terlompat-lompat mencari bayang si dj.
“Aaa.” Ada tangan yang menjalar di pinggangku. Aku cuba merungkaikan pegangan tersebut namun ada kepala pula yang membenam di tengkukku. Hish, siapa ni.
“Hi, sweetie.” Aku dengar deru nafasnya di telingaku. Aku cuba meronta.
“Lepaslah.” Aku pijak kakinya dan aku dengar dia mengaduh. Aku pusing memandang siapa yang berani memeluk aku dari belakang. Mr. Dj senyum sambil menggosok kakinya yang aku pijak tadi.
“Come.” Dia menarik tanganku. Eh, nak bawa pergi mana ni? Aku cuba menarik kembali tanganku namun gagal. Di hadapan sebuah bilik dia menolakku masuk.
“Ok, so explain to me, why you took so many picture of me?” Dia melangkah ke sebuah kerusi dan duduk menghadap aku.


“Siapa yang ambil gambar awak? Perasan.” Aku memeluk tubuh. Memerhati sekeliling bilik. Kalau berlaku apa-apa aku tahu macam mana nak bertindak. Ikhtiar hidup, bak kata Uncle Yasin.
“Ok, kalau you tak ambil gambar I, let me look at your phone.” Dia meminta.
“Eh, suka hati nak tengok handphone saya pula. Tak boleh.” Aku memegang kejap handbagku.
“Kalau you tak tangkap gambar I, tak perlu takut. Just show me and if you think that I will take your handphone, sorry dear, handphone I lagi canggih kot.” Kurang asam laki ni. Aku tahulah handphone aku ni jenama murah je.
“No.” Aku bergerak ke pintu, ingin keluar dari bilik ini namun pantas tangan aku ditarik dari belakang.
“Ok, fine. Smile.” Aku tergamam bila dia mengambil gambarku.
“Maybe tak sebanyak gambar I yang you ambil but satu ni pun dah cukup for my collection.” Lantak engkaulah. Aku buka pintu dan melangkah keluar.
“Dah alang-alang you kat sini, how about temankan I.”
“Eh, tak kuasa. Saya datang sini bukan nak bercanda-ria.”
“Of courselah orang datang sini nak bercanda-ria, takkan nak mengaji pula.” Aku berhenti dan memandangnya. Sangat kurang ajar ayat tu.
“Well, betulkan apa yang I cakap?” Aku berpusing kembali dan melangkah mencari jalan keluar. Rimas,rimas. Aku nak keluar dari kelab ni. Kepala aku dah berdenyut-denyut. Taubat lepas ni tak nak masuk tempat macam ni lagi.
“Rugi je kau bayar pekerja tapi duk berangan je kerjanya.” Aku tersentak. Hilang terus saat pertemuan pertama aku dengan mamat berlagak depan aku ni. Aku hadiahkan jelingan padanya.
“Saya nak keluar makan. Dokumen yang saya bagi tadi dah fotostat?” Aku tepuk dahi. Alamak, macam mana boleh terlupa ni.
“Sorry Encik, terlupa. Saya fotostat sekarang. Encik nak pergi HQ pukul berapa?” Aku bangun.
“Ikutkan saya nak pergi terus lepas makan ni tapi dah awak tak fotostat lagi. Nanti lepas makan saya ambil then terus pergi.”
“Maaf Encik.”
“It's ok, but make sure lepas saya lunch semua dah ready.” Rafiq menghadiahkan senyumannya. Kenapalah dia ni berbeza dengan adik-adik dia? Anak angkat ke?
“Makin lemaklah pekerja kau ni.” Aku berlalu meninggalkan dua beradik itu dan menuju ke tempat mesin fotostat. Lagi lama di situ lagi sakit hati aku.


Jam di tangan menunjukkan ke angka 12.30 tengahari. Hanya ada lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan report sebelum dihantar ke bilik Encik Rafiq. Tugas yang sepatutnya dibuat oleh Kak Sally terpaksa diserahkan kepadanya kerana Kak Sally perlu menyiapkan laporan mesyuarat bersama BOD dari HQ semalam dan perlu diserahkan kepada mamat berlagak di HQ tu.
“Af, banyak lagi ke?” Kak Sally yang entah bila datang ke kubikel aku menegur.
“Ada sikit je lagi kak. Akak nak gi HQ ke ni?” Aku tengok Kak Sally dah membimbit segala jenis barang di tangannya.
“Kak, dia tu takde s.u ke? Kenapa report untuk dia pun akak nak kena buat?” Aku meluahkan rasa tak puas hati. Meeting semalam, melenggang je aku tengok. Kak Sally kena cover untuk semua Director termasuklah Encik bos di dalam tu. Mana company secretary?
“Kak Abdah, suami dia masuk IJN.” Kak Sally menjawab. Kak Abdah tu company secretary, abis tu secretary Mr MD yg sexy tu mana?
“Lola, dia MC.” Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikirkan Kak Sally ni.
“Oklah, akak gerak dulu tau. Nanti lambat, bising lagi Mr MD Af tu.”
“Hish, apa pula Mr MD Af. Tak kuasa aku.” Kak Sally dah ketawa membawa langkahnya. Sempat juga aku perhatikan Kak Sally yang berjalan menuju ke lif. Umur dah pertengahan 30-an, anak dah tiga orang tapi badan masih tip top lagi. Kalau nak bandingkan aku dengan Kak Sally, setakat badan maacam aku ni memang takde sapelah nak phewit, phewit aku.
Aku menyambung kembali kerja yang tertangguh disebabkan iklan sebabak tadi. Dah hampir siap dan nak check dulu sebelum bagi kat big bos. Selepas semuanya aku rasa perfect, aku print satu salinan untuk Encik Boss. Langkah diatur menuju bilik Encik Boss.
“Masuk.” Aku dengar suara Encik Boss suruh aku masuk lepas aku mengetuk pintunya.
“Encik Rafiq, ni report untuk projek Encik Ikram. Saya dah check macam yang Encik Ikram minta and this is the soft copy.” Encik Boss ambil pendrive dari tangan, kemudian mencucuk di laptopnya. Aku pandang wajahnya yang nampak keruh tu. Bergaduh dengan tunanglah tu. Segaris senyuman terukir di bibir.
“Afrina boleh tolong buatkan a cup of coffee for me?” Encik Boss menyerahkan kembali pendrive kepadaku. Aku mengangguk mendengar permintaannya. Kusutnya rupa.
“Encik nak apa-apa tak? Biskut ke, kuih ke?” Dia geleng kepala lemah.
“Encik tak keluar lunch?” Dia geleng kepala lagi.
“Encik nak kirim apa-apa? Nanti saya keluar lunch boleh saya belikan.” Baiknya kau Afrina.
“Takpelah saya tak ada selera.”
“Encik tak sihat ke? Nak ubat tak?” Encik Boss senyum sambil gelengkan kepalanya. Nasib baiklah Encik Boss ni orangnya sangat sabar, kalau mamat berlagak tu dah lama agaknya aku kena sembur. Takpun kena watcha sekali.
Aku keluar ke pantry, jam di tangan dah menunjuk ke pukul 1.05. Laili dengan Isha dah melambai-lambai tangan, nak ajak lunch dan pelik tengok aku melangkah ke pantry. Tapak tangan diangkat minta mereka tunggu sekejap. Setelah siap membancuh kopi aku membawa masuk ke bilik Encik Boss.
“Encik, ni kopi. Saya nak keluar pergi lunch, kalau tetiba rasa nak makan apa-apa, call je tapi jangan minta Western food pula. Saya makan kat Warung Pak Aziz depan tu je.” Dia senyum kemudian mengangguk. Aku keluar dari biliknya dan menuju ke kubikel mengambil dompet.
“Amboi, siap buat kopi dulu untuk cik abang tu ye.” Laili mengusik aku.
“Hish, dah, dah. Aku lapar ni, jom cepat.” Isha dan Laili ketawa.


“Masuk.” Lelaki dari kereta Audi RS 7 warna hitam itu mengarahkanku masuk ke dalam keretanya. Huh, tak kuasa nak melayan. Aku terus melangkah menuju ke hentian bas. Dia tekan hon bertalu-talu sampai semua umat manusia yang ada kat perkarangan bangunan dan kawasan berhampiran duk pandang-pandang. Aku masih buat tak tahu dan meneruskan langkah aku.
Geram agaknya dengan aku, dia turun dan menghalang laluan aku.
“Aku suruh kau masuk.”
“Eh, kenapa pula saya nak masuk kereta Encik? Encik bukan abang saya, jauh sekali suami saya, bukan juga boyfriend saya dan bukan juga jiran saya, saudara saya pun bukan.”
“Yang kau merepek ni apahal?” Dia menarik tangan aku menuju ke keretanya.
“Eh, Encik. Lepaslah, yang tarik-tarik tangan orang ni kenapa?” Wah, berani kau buat tak dengar aku bertanya. Pintu di sebelah penumpang dibukanya kemudian menolak aku masuk ke dalam kereta. Dia kemudiannya melangkah ke tempat pemandu selepas menutup pintu aku. Dan kalau dia ingat aku nak duduk diam je kat situ, silaplah. Aku buka pintu dan keluar dari kereta.
Dia yang baru nak buka pintu kereta kembali mengejar aku dan mengheret aku kembali ke kereta dan kali ni dibawa ke sebelah pintu pemandu. Dari tempat duduk dia, aku ditolaknya ke tempat duduk di sebelah. Ya Allah, nasib baiklah aku pakai baju kurung, kalau pakai skirt buruk betul tertonggeng-tonggeng nak kena duduk kat sebelah. Nasib baiklah kereta zaman sekarang ni gear dah tak letak betul-betul kat tengah-tengah, dan nasib baiklah kereta dia ni takde arm rest kalau tak, hmm..malas nak sambung.
Dia masuk dan kemudian mengunci kereta. Seatbelt aku ditarik ganas dan dipasangnya. Hish, geli betul badan rapat-rapat kat aku. Kalau perempuan lain mulalah drooling, cium bau perfume pun boleh angau, dapat tengok muka dari jarak dekat lagilah berdebar-debar, kalau ada peluh menitis pun boleh admire. Yak. Aku kalau dah tak suka, kau pakai satu botol minyak wangi pun tak mampu menarik perhatian aku.
“Kau nak kidnap aku ke mana pula ni?” Kata ganti nama dah bertukar. Dia diam sambil membelokkan keretanya keluar dari perkarangan syarikat.
“Kau pekak ye?” Sengaja aku bagi dia panas. Untung-untung dia berhenti kereta dan tinggalkan aku kat tepi jalan macam sebelum ni.
“Sorry, if you think you can fool me twice. Shame on you.” Aku hanya menjuihkan bibir. Sambil memandu tangannya menjalar cuba membuka glove box. Bila terkena saja kaki aku, pantas tangan aku menampar tangannya.
“Sakitlah.” Dia memandang aku. Tapi aku tak nampak mata dia yang tersembunyi dibalik sunglass tu. Yang pasti mesti tengah terjegil-jegil.
“Dah tu yang kau raba-raba tu apasal?”
“Siapa nak raba kau? Tak ingin la.” Eleh, tak ingin konon. Macam aku tak tahu lelaki jenis kau ni.
“Bukakan box tu.” Kali ni aku menurut sebab tak nak tangan dia merewang-rewang kat kaki aku.
“Ambil envelope warna coklat tu.” Aku ikut je arahan dia walaupun hati rasa terbakar je.
“Tengok apa yang ada kat dalam tu.” Sebelum dia suruh sebenarnya aku dah masukkan tangan ke dalam envelope. Aku keluarkan isi dari dalam envelope tu.
“Nah.” Aku hulurkan pada dia.
“Tengok gambar tu. Kau tahu tak sebab gambar ni, Rafiq dengan Elena bergaduh dan Elena nak putuskan pertunangan dengan Rafiq.” Tahu dah. Lagipun eloklah Encik Boss putuskan aje hubungan dengan perempuan ni, tengok pun tahu bukan stok baik-baik. Tak sesuai langsung dengan Encik Boss yang baik hati tu. Tapi kalau dengan kau sesuailah kot.
“Kau sengaja buat macam tu kan?”
“Hello, Mr MD. Cakap baik-baik sikit ya. Ini waktu aku tolong Encik Boss sebab dia tak sihat. Dia rasa macam nak pitam dan minta tolong aku pimpin dia ke kereta. Lagipun waktu ni sebenarnya Encik Ikram ada sama tapi hamba Allah tu pergi jumpa Mr Wong. Encik Boss pula dah tak larat sangat.”
“Itu semua alasan kau je kan?”
“Alasan apa kebendanya pula. Kau ingat aku suka nak peluk-peluk Encik Boss. Kau tengoklah badan abang kau ni macam mana, nak dibandingkan dengan aku yang kurus kering ni mana nak larat tampung berat dia tu.”
“Aku nak kau explain kat Elena.”
“Hish, tak kuasa aku. Abang kau pun tak kecoh suruh aku jumpa si Elena tu, yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Lagipun kalau si Elena ni betul-betul cintakan abang kau, dia kenalah percaya pada abang kau. Encik Boss tu punyalah baik, bukan jenis kaki menipu.” Lainlah engkau, nampak ada tokoh jadi penipu. Dalam hati jelah ayat hujung tu, kang tak pasal-pasal dapat penampar sedas.
Dia berhentikan kereta di tepi jalan secara tiba-tiba. Yes, dia nak turunkan aku kat sinilah tu.
“Turun.” Kan betul. Aku mengekek dalam hati.
“Kau ni gila ke? Tempat sunyi macam ni kau suruh aku turun. Kalau jadi apa-apa kat aku nanti macam mana?” Berlakonlah sikitkan.
“Aku peduli apa. Turun.” Suaranya naik bukan satu tapi dua oktaf kot.
Selepas dengan bangga tinggalkan aku kat tepi jalan ni, mamat berlagak tu memecut laju keretanya. Handphone di dalam beg aku capai.
“Hello, kat tepi jalan ni…ok.” Aku senyum.
Rifqy berhentikan kereta di bahu jalan, bimbang pula pada Afrina yang ditinggalkannya ditepi jalan. Kalau jadi apa-apa bukan aku ke yang akan dipersalahkan nanti? Nak-nak dia orang terakhir yang dilihat bersama dengan Afrina. Ramai saksinya tadi. Akhirnya dia memberi signal dan berpatah balik untuk mengambil Afrina namun bila dia sampai ke tempat ditinggalkannya Afrina tadi, wanita itu telah tiada. Rifqy telan air liur, jam di dashboard ditoleh. 7.14 malam. Tanpa buang masa terus dipecutnya Audi membelah jalan yang semakin lengang itu.


Aku mengelap rambut yang baru dicuci dengan tuala sambil membawa langkah menuju ke katil, kemudian merebahkan badan. Padan muka kau Rafiq, walaupun kau tu baik tak macam ahli keluarga kau yang lain tapi kalau dah nama ahli keluarga Zakaria, aku akan pastikan semuanya hancur. Hahaha..
Gambar-gambar di tangan ditatapnya. Ada senyum terhias di bibirnya. Ini baru permulaan dan aku akan pastikan segala rancangan berjalan seperti yang dirancang. Ketukan di pintu mematikan fikirannya yang penuh dengan rancangan menghancurkan keluarga Zakaria.
“Ya.”
“Af, kau nak pergi makan tak?” Shaza teman serumahnya bertanya.
“Kejap-kejap, aku nak keringkan rambut.” Aku bingkas bangun dari katil. Terlupa pula perut ni kena isi barulah semangat nak meneruskan rancangan. Dengan hoodie berwarna hijau dan sweatpants hitam dia melangkah keluar dari bilik. Rambut yang telah dikeringkan tadi, diikat ekor kuda. Bukan nak pergi mana pun, makan kat medan selera depan sana tu.
Tengah syok aku dan Shaza menikmati makanan, macam manalah aku boleh ternampak mamat berlagak tu masuk ke medan selera ni. Dia dan beberapa orang kawannya mencari-cari tempat kosong dan waktu tu aku tunduk, dengan harapan dia tak nampaklah aku.
“Can we sit here?” Aku masih tunduk waktu dengar suara dia. Hish, sibuk betullah.
“Aa?” Shaza dah tergamam. Tak tahulah terkejut sebab ditegur tiba-tiba atau terkejut nampak mat-mat handsome ni.
“You berdua je kat sini dan kebetulan meja ni ada kosong. So, boleh tak kami duduk sini?”
“Banyak lagi meja kosong. Sana tu ada, kat sana pun ada.” Aku angkat kepala, siap tunjuk-tunjuk lagi meja kat gerai-gerai lain.
“Eh, ingat pokok tadi.” Dia sengih sambil tarik kerusi sebelah aku. Dua orang kawan dia pun dah duduk. Seorang kat sebelah Shaza, seorang lagi tarik kerusi dan jadi pengerusi mesyuarat.
“Banyaklah kau punya pokok.” Aku jeling dia, kemudian menyuapkan nasi goreng dengan ganas. Ganaslah sangat sampai kawan dia yang kat sebelah Shaza tu mengekek gelak.
“Yang kau sibuk duduk sini kenapa? Tu banyak lagi tempat kosong.” Aku menjuihkan mulutku pula.
“Dah ini favourite stall kita orang, nak buat macam mana. Betulkan bro?” Budak pelayan yang terpacak pegang buku 555 dengan pen tu terangguk-angguk mengiakan. Baru perasan budak ni, entah bila datangnya. Pantas pula kau ye? Aku dengan Shaza tadi berkali-kali melambai-lambai baru korang datang.
“You selalu makan sini ke?” Dia memandang aku yang dah macam kura-kura tengah makan ni. Dah tak nampak tengkuk sebab rapat ke meja.
“Tak payah nak ramah sangatlah, bukan kau tak tahu aku duduk area sini.”
“You ni sombong betullah, orang tanya elok-elok.” Eleh, tak payah nak berlakon. Kau ingat aku tak nampak kau sengih-sengih tu. Aku sumbat nasi goreng ke mulut.
“By the way, macam mana you balik tadi?” Dia berbisik di telingaku. Hish, dia ni suka-suka hati je. Tengok Shaza dah ternganga tu. Aku diam, malas nak menjawab soalannya.
“Sedap sangat ke nasi goreng tu? Dari tadi tak berhenti-henti menyumbat, sampai orang tanya pun tak nak jawab.” Sudu di tangan dirampasnya lalu dia menyudu nasi goreng dalam pingganku kemudian disuap ke mulutnya.
Shaza ternganga lagi di depanku. Tak payah mengangalah Shaza oi, baik kau tutup mulut tu karang masuk lalat. Mamat berlagak ni memang selalu buat perangai tak semenggah ni.
Dia letak sudu dalam pingganku semula. Ingat aku nak sambung makan balik ke? Sorry. Pinggan yang masih bersisa aku tolak kepada dia.
“Adik bungkus nasi goreng kampung dengan telur mata satu. Bagi pedas sikit.” Budak pelayan tadi yang baru meletakkan makanan yang dipesan oleh mamat berlagak and the gang mengangguk.
“Nasi ni tak habis lagi dah order lain. Kuat betul you makan ye? Tak padan kurus.” Aku buat bodoh, nak perli-perli aku pula.
“Nak rasa tak I punya ni?” Dia menghulurkan pinggan berisi kuew tiaw ladna kepadaku.
“Tak payah. Kau…” Hish, sapa pula yang call ni? Baru nak bergaduh. Handphone Lenovo dari kocek hoodie aku capai. Encik Boss!
“Hello.” Aku menjawab seayu mungkin, sengaja. Tapi takde jawapan dari hujung talian. Hish, Encik Boss ni kenapa pula?
“Hello.”
“Afrina.” Ha, ada pun suara.
“Ya.”
“Boleh saya jumpa awak sekarang tak?”
“Hah? Encik Boss dah malam ni. Esok-esok jelah bincang. Saya kat kedai makan ni, mana nak cari file kat sini.” Aku dengar dia ketawa kecil.
“Saya bukan nak bincang pasal kerja.” Aku tahu.
“Pasal apa pula?” Sengaja buat tak tahu.
“I need someone.” Hish, ayat macam mengajak ke arah kemaksiatan.
“Encik Boss, kalau ada apa-apa cakap kat telefon je. Saya dengar.” Ceh, dah macam a good counselor la pula.
“Still, I want to see you.”
“Encik Boss, kalau encik jumpa saya pun, bukan saya boleh buat apa-apa. Saya bukan tok bomoh.”
“I know. Just… It’s ok kalau awak sibuk. Sorry ganggu awak Afrina.” Talian dimatikan, dan aku tanpa rasa bersalah menyimpan semula telefon di dalam kocek. Ini bukan cerita cinta, bila lelaki merayu begitu si heroin cair dan cuba call balik untuk memujuk dan bersetuju berjumpa. Ini cerita sebuah dendam yang berpuluh tahun tersemat dan memang sengaja dibiar sang lelaki merana. Huahuahua…Gelak jahat sikit.
“Apa dia nak?” Ini seorang lagi.
“Takde apa.” Aku duduk menongkat dagu memandang Shaza yang masih terkuis-kuis menolak sayur ke tepi pinggan. Memang macam ni lah kalau makan dengan Shaza, berjam-jam.
“Takkan takde apa-apa? Aku dengar dia ajak jumpa kan?” Eh, dah tukar kata ganti nama. Kan dah cakap berlakon je tadi.
“Kalau dia nak jumpa pun apa masalahnya? Dah aku pekerja dia.” Aku dengar dia ‘heh’kan aku.
“You know, because of you dia jadi macam orang tak tentu arah tu. Dah rasmi pun pertunangan dia dan Elena putus.” What? Yoohoo. Clap your hand Afrina. One of your plans has been successful.
“Kak nasinya.” Aku bangun mencapai bungkusan di atas meja. Shaza ikut bangun.
“Abang ni bayar ye dik.” Aku kenyit mata pada mat berlagak dan terus menuju ke motor Shaza. Dalam hati rasa macam nak lompat bintang meraikan kejayaan aku.