Pages

Tuesday, April 7, 2015

REVIEW: AKU, DIA DAN TONG GAS


Aku, Dia dan Tong Gas adalah sambungan kisah Sharnaz dan Amir selepas berumahtangga. Kalau ada yang belum tengok cerita sebelumnya iaitu Aku, Dia dan Tong Sampah (ADTS), kena tengok dulu.

Honestly, sekuel ADTS ni agak kureng sikit tapi aku still suka, lagi-lagi aku suka sangat dengan Beto, ditambah pula dengan Siti Saleha.

*******************************************************
Kisahnya bermula dengan scene persandingan Sharnaz dan Amir. Setelah selesai majlis perkahwinan mereka, kedua-duanya ber'honeymoon' kat rumah tok wan di kampung, gara-gara Amir yang tak sanggup nak tinggalkan tok wan seorang2.


Kat kampung, Melati, kawan baik Amir masa kecil-kecil dulu muncul menjadi 'orang ketiga' antara Sharnaz dan Amir. Sebenarnya dua-dua takde apa-apa perasaan pun tapi Sharnaz yang melihat hubungan akrab antara Amir dan Melati rasa terpinggir, nak-nak bila Amir asyik banding-bandingkan dia dengan Melati.


Salah faham mula timbul, sampai Sharnaz merajuk dan dengan selamba naik lori gas si Din, pekerja Pak Yop. Masa tengah luahkan perasaan marah dan tak puas hati dia, Sharnaz akhirnya dapat idea untuk carikan lelaki untuk Melati, nak-nak si Din macam ada perasaan kat Melati.

Rancangan Sharnaz sebenarnya berjaya tapi dia ingat gagal sebab Amir masih duk sebut-sebut nama Melati. Waktu dia pergi jumpa dengan Din untuk tanyakan pasal rancangannya, sesuatu berlaku yang menyebabkan semua orang salah faham. Kecewa dengan apa yang berlaku, Sharnaz kemas pakaian untuk balik ke KL. Tengah-tengah gaduh, Sharnaz tak sengaja rosakkan gitar Amir, 'Nora'.



Kesian kat Din budak hipster, semua orang salah faham dengan dia.

Amir takde usaha pun nak balik KL untuk pujuk Sharnaz sebab kononnya risaukan tok wan. Maka, dua-dualah duk termenung melayan perasaan. Din pula berusaha pujuk Melati yang dah salah faham sebelum ni. Tok wan dan Pak Yop pun ada masalah juga. Pak Yop nak kahwin dengan tok wan tapi yang tok wan pula tak sampai hati nak cakap dengan Amir yang sedang ada masalah rumah tangga. 

Masa Amir on handphone dia, ada satu mesej dari Sharnaz yang Sharnaz pernah suruh Amir buka masa awal-awal dia orang kat kampung. Tapi sebab handphone dia hilang, dia lupa nak buka. Masa buka mesej dari Sharnaz, keluar video Sharnaz nyanyi lagu sambil petik gitar macam yang Amir pernah buat dulu.

Lepas syahdu layan video Sharnaz boleh pula terjumpa surat tawaran Sharnaz untuk sambung belajar ke England (siap bawa balik kampung surat tu). Dengan kelam-kabut, dia ajak tok wan ke KL untuk jumpa Sharnaz (takutlah Sharnaz dah pergi). 

Disebabkan takde kenderaan nak balik KL malam-malam buta tu, tok wan cadangkan Amir pinjam kereta dari Pak Yop, tapi Pak Yop cuma ada lori je dan Pak Yop tak pandai pun nak bawa. Jadi, terpaksalah dia orang panggil Din. Maka, bergeraklah mereka berlima ke KL menuju rumah Amir dan Sharnaz.

Sampai je depan rumah, Amir terus buat scene pujuk-memujuk. Sharnaz buat 'dek' je sebab tengah sakit hati sangat. Lepas dah macam-macam cara tak jalan juga, Amir petik ukulele kepunyaan Din dan nyanyikan lagu yang pernah dia nyanyikan untuk Sharnaz. Cair jugalah hati Sharnaz sekejap, dia buka pintu. Kat dalam rumah sekali lagi Amir pujuk Sharnaz, dah nama pun perempuan, nak-nak yang memujuk pula si cinta hati kan, tentulah cair.

Akhirnya, masalah dia orang selesai. Tok wan dengan Pak Yop pun selesai juga bila tok wan terima lamaran Pak Yop dan dia orang berkahwin. Siap ikut Sharnaz dan Amir ke England untuk berbulan madu. Din dengan Melati dah berbaik tapi apa status hubungan dia orang? Kata Melati tunggu sekuel akan datang. Ada ke?



********************************************************
Walaupun aku rasakan sekuel kali ni tak sehebat ADTS, tapi Amir dan Sharnaz masih couple yang sangat sweet. Kalau ada lagi sambungannya, harap lebih fokus pada Amir dan Sharnaz. Tak puas kot. Tapi kalau nak buat sambungan nak guna tong apa lagi ye?

Sampai jumpa lagi.