Pages

Tuesday, November 1, 2016

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 7


Ok, aritu dah janji nak sambung mini novel ni. So, arini ada kesempatan dan setelah disemak dan dibetulkan maka kita up ini cerita. Tapi part ni ada unsur-unsur ganas sikit...hehe.
Jadi, apa-apa pun minta maaf awal-awal dulu kalau ada yang tak senang dengan pemilihan kata-kata..


***************************************
Tubuhnya menggeletar saat mendengar perbualan keluarga Zakaria.
“Nah sedih betul bila kenangkan Opie bang. Dah puas kita cari tapi tak jumpa. Apalah nasib dia agaknya?” Datin Amnah menghulurkan cawan berisi teh kepada suaminya.
“Itulah abang pun dah pening nak cari. Dah lebih dua puluh tahun Nah.” Heh, kenapa korang nak cari aku? Nak hapuskan aku, satu-satunya pewaris Azman Kamaruddin?
“Entah-entah dah mati kot.” Semua mata memandang ke arah Hadif.
“Apa? Yelah, dah berpuluh tahun dia hilang tanpa dapat dikesan, tak mustahilkan? Lagipun mama yang cakap dia pun ada dalam kebakaran tu.”
“Tapi masa mama dengan papa pergi hospital, mama tengok dengan mata mama sendiri yang dia masih hidup. Esoknya bila mama datang, nurse bagi tahu family dia datang ambil.” Datin Amnah menghirup teh dari cawannya.
“Tapi bang, Man mana ada family kan?” Dia kemudian memandang suaminya yang sedang menyuap karipap.
“Agaknya family sebelah Christine.”
“Engkau ni kenapa? Bagi aku karipap tu satu.” Afrina terkejut dengan sergahan Rifqy.
“Rif ni tak boleh cakap lembut-lembut ke? Kesian Af terkejut.” Datin Amnah menegur anaknya. Dah masuk dua bulan mereka berkahwin tapi layanan Rifqy pada Afrina kasar sekali dan Afrina pula bukan macam wanita lain. Walaupun badan kecil, nampak macam lemah je tapi boleh tahan dia melawan. Kadang-kadang padan muka Rifqy, baru bertemu buku dengan ruas.
Aku ambil piring berisi karipap kemudian aku hulur kasar kepadanya. Aku bangun menuju ke tingkat atas, meninggalkan ahli keluarga Zakaria menikmati hidangan petang mereka. Takut amarah aku terlepas bila mereka terus berbincang tentang aku dan keluargaku.
“Tengok dah merajuk.” Datin Amnah mencubit paha anaknya.
“Takde maknanya dia tu nak merajuk ma.”
“Kadang-kadang abang rasa yang Af tu Opie.”
“Ye bang. Nah pun rasa macam tu. Bapa Af pun nama Azman.”
“Takkan mama tak tahu nama Opie sapa?” Thaqif yang dari tadi diam bersuara. Waktu kejadian yang menimpa keluarga Uncle Azman dia dan Hadif baru berusia 6 tahun dan Opie yang muda setahun dari mereka merupakan kawan baik mereka berdua. Siapa yang boleh lupa Opie yang comel, Opie yang nakal, yang suka mengusik, Opie yang suka ketawa, Opie yang suka menyanyi, Opie yang bijak, Opie yang berani, Opie yang garang. Tanpa sedar dia tersenyum.
“Mama mana nak ingat. Yang mama tahu kakak Opie, Nana dan adik dia Affan. Nama dia orang tu macam orang putih sikit. Opie tu tak silap mama namanya Sofia.”
“Nana tu rasanya muda setahun dari Rafiq. Affan pula masa kejadian tu baru setahun.”
“Abang tak sangka yang Christine sanggup ambil keputusan macam tu. Apa salah anak-anak tu.” Afrina yang duduk di tangga rasa mahu menjerit. ‘Mama aku takkan ambil keputusan tu kalau bukan sebab kau Zakaria. Kau dah rampas satu-satunya orang yang dapat menjaga dan membimbing dia.’
“Kenapalah dia tak nak dengar cakap kita waktu tu bang? Saya sedih sangat bila dia tuduh kita yang sebabkan Man meninggal.” Datin Amnah sedih. Terbayang- bayang lagi bagaimana Christine menghalau mereka dari rumahnya dan terbayang juga wajah Opie yang menangis sebab nak ikut Abang Aqif dan Adifnya.
Entah kenapa sayang betul mereka dengan Opie, anak kedua Azman dan Christine tu. Mungkin kerana mereka tiada anak perempuan dan Opie, anak yang sangat bijak dan ramah. Keletahnya yang nakal tu sentiasa membuat dia terhibur. Sesekali berjalan, dibawanya Opie bersama.
Berbeza sedikit dengan Nana yang agak pemalu dan pendiam. Bila diusik dengan Rafiq, Nana yang waktu itu berumur 11 tahun akan lari bersembunyi di dalam bilik.
Aku pejam mata, terasa ada air jernih yang mula bertakung di kolam mata. Mama, papa, beri kekuatan pada Opie. Opie janji yang Zakaria dan keluarganya akan dapat balasan atas apa yang mereka buat pada keluarga kita.
“Apahal kau duduk kat tangga menangis ni?” Rifqy yang mahu naik ke bilik terkejut bila melihat Afrina yang duduk berteleku di tangga. Tanpa menjawab, Aku bangun dan menuju ke bilik. Rifqy mengekor dari belakang.
Beg tangan diambil lalu aku melangkah keluar dari bilik. Namun, sebelum sempat aku turun, Rifqy menarik lenganku.
“Nak ke mana petang-petang ni?”
“Keluar?”
“Aku tahulah tapi ke mana?” Aku memandangnya namun tanpa jawapan aku merentap tanganku yang dipegang oleh Rifqy.
“Afrina.” Rifqy kembali menarik tangan Afrina yang mahu melangkah menuruni tangga.
“Yang kau sibuk nak tahu ke mana aku nak pergi ni kenapa?”
“Hei, aku ni suami kau.”
“Just because you are my husband, kau fikir semua yang aku buat kena bagi tahu kau?”
“Of course. Tak tahu agama ke?” Aku merenung tajam wajah Rifqy.
“Walaupun kita dah kahwin, aku tak pernah anggap kau suami aku dan aku tak pernah setuju dengan perkahwinan ni.” Sekali lagi aku menarik tanganku dari Rifqy. Tanpa menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Rifqy, aku turun menuju ke pintu.
“Af nak pergi mana sayang?” Datin Amnah menegur Afrina yang wajahnya merah dan ada kesan air mata di wajahnya. Baru lepas menangis agaknya. Ini mesti Rifqy punya hal.
“Keluar sekejap ma.” Juga tanpa menunggu Datin Amnah bertanya lanjut, aku melangkah keluar.
Walaupun aku boleh memilih untuk membawa mana-mana kereta yang ada di rumah ini, aku lebih senang menaiki bas atau teksi.
Aku menapak menuju hentian bas yang agak jauh dari kawasan perumahan ini. Yelah, kawasan perumahan orang kaya, mana ada bas nak lalu sangat. Terpaksalah menapak jauh sikit ke jalan besar.
Sebuah kereta berhenti di sebelahku.
“Af. Nak ke mana ni?” Wajah Rafiq yang menegur dari dalam kereta kupandang.
“Masuk, biar abang hantar.” Semenjak berkahwin dengan Rifqy, Encik Boss senang sekali membahasakan dirinya abang.
“Takpe. Af boleh naik bas.”
“Af janganlah degil. Masuk, hari pun macam nak hujan je ni.” Aku memandang wajah Rafiq. Entah kenapa melihat wajah Rafiq sangat menenangkan hatinya.
“Masuk ye?” Rafiq memujuk lembut, berharap Afrina mengikut katanya dan dia senyum bila Afrina membuka pintu kereta.
“Af nak pergi mana?” Dia bertanya bila Afrina telah duduk.
“Mana-manalah Encik Boss.” Aku membetulkan seatbelt.
“Gaduh dengan Rifqy.” Rafiq pandang adik ipar di sebelah dan adiknya itu menggelengkan kepala. Melihatkan Afrina yang seperti tidak mahu berbicara membuatkan dia memfokuskan kepada pemanduannya.

*********************************
Afrina mencampak batu kecil ke dalam lombong. Nama je lombong tapi kawasan ni cantik, macam tasik. Ada pasir-pasir putih di gigi air, dah macam tepi pantai pun ada. Kawasan ni kalau dibangunkan jadi taman rekreasi kan bagus. Tempat ni lah dia selalu habiskan waktunya selepas sekolah. Dekat dengan rumah keluarga angkat yang menjaganya dulu. Selepas rumah setinggan berhampiran diarahkan untuk diroboh, dia dan keluarga angkatnya berpindah ke Senawang, Negeri Sembilan.
“Af ada masalah ke?” Rafiq yang duduk berlunjur di tepinya bertanya. Bimbang dengan adik iparnya yang dari tadi diam tak bersuara, hanya sesekali kedengaran tangisnya.
“Rif buat apa dekat Af?” Aku diam. Rasa macam mahu je aku halau si Rafiq ni tapi tak sampai hati pula.
“Af.” Rafiq panggil aku lembut, bahu aku dipegangnya kemudian dipusingkan agar menghadapnya. Entah kenapa laju pula air mata ni turun. Dah lama takde orang concern macam ni kat aku lepas arwah ibu meninggal.
“Af.” Sekali lagi Rafiq menyeru namaku dan kali ini aku menangis semahu-mahunya di hadapan Rafiq. Rindunya aku pada papa, pada mama, kak Nana dan Affan juga pada ibu angkatku yang selalu ada disaat aku sedih. Rindu pada papa yang selalu bawa aku ke ribanya kemudian membacakan aku cerita-cerita dongeng sehingga aku bercita-cita nak jadi princess seperti dalam cerita yang dibacakannya kepadaku.
Rindu pada mama yang suka buat cake untuk aku, lepas tu aku dan kak Nana akan sama-sama hias kek yang mama buat. Rindu pada kak Nana yang jadi kawan aku menari dan suka peluk cium aku, sebab katanya dia suka kat pipi aku yang tembam. Pada Affan, walaupun aku selalu jealous dengan adik bongsuku itu bila mama dan papa beri perhatian pada dia.
“Hei, kenapa ni?” Rafiq cemas. Tak pernah dia lihat Afrina menangis begini, waktu kena tangkap dengan Rifqy dulu pun Afrina tak menangis macam ni.
“Sakan korang berasmara ye?” Rafiq menoleh ke belakang. Aku jarakkan diri dari Rafiq. Airmata di pipi aku sapu dengan belakang tangan. Rifqy berdiri di belakang kami sambil berpeluk tubuh.
“Sedap pegang isteri aku?” Rifqy bertanya, jelas wajahnya merah menahan marah. Rafiq bangun.
“Kau jangan salah faham.”
“Jangan salah faham? Lelaki mana yang boleh faham kalau lelaki lain pegang-pegang isteri dia.”
“Kau jangan nak tuduh yang bukan-bukan.” Aku turut bangun.
“Kau ni dah kemaruk sangat ke? Aku tahulah kau memang suka dekat abang aku ni sampai sanggup kacau hubungan dia dengan Elena dulu kan?” Rifqy makin menyinga.
“Rif, jangan nak babitkan soal aku dengan Elena. Kami dah lama putus dan aku tak pernah salahkan Af.”
“Kau ni memang bodohlah Fiq, takkanlah kau tak boleh rasa yang perempuan ni nak goda kau. Tengoklah dah kahwin pun boleh berdua-duan dengan kau, aku ni suami dia pun dia tak pernah nak layan elok-elok.” Tangan yang dari tadi menahan getar akhirnya mendarat juga di pipi Rifqy. Aku berlari meninggalkan dua beradik tu. Walaupun aku gembira dengan hakikat yang dua beradik tu bergaduh tapi ini bukan masanya untuk melonjak kegembiraan sebab apa yang berlaku antara aku dengan Rafiq tadi takde dalam skrip yang aku karang.
“You are too much Rif.” Rafiq meninggalkan adiknya yang terkulat-kulat di tepi lombong tu dan mengejar Afrina.
“Abang hantar balik.” Selepas berjaya mengejar Afrina, Rafiq memujuk adik iparnya itu dan macam biasa Afrina akur bila dipujuknya.
Namun belum sempat Afrina masuk ke dalam kereta, adiknya telah menarik tangan Afrina.
“Rif.”
“She’s my wife.” Rifqy mengheret isterinya masuk ke dalam kereta dan kemudian Audinya mengaum meninggalkan Rafiq.

*************************************** 
Masing-masing diam. Rifqy memandu laju keretanya. Geram pada Afrina dan geram pada Rafiq bersatu. Kenapa dia rasa yang Rafiq seperti mahu merampas Afrina darinya sedangkan semasa dia ditangkap dengan Afrina dulu, abangnya ok je bila dia setuju untuk berkahwin dengan Afrina. (Mula-mula je Rafiq tak setuju dengan cadangan mama).
“Aaah.” Dia menjerit sambil menghempas stereng.
Aku pandang Rifqy di sebelah. Entah kenapa aku takut melihat wajah Rifqy saat ini. Kereta dipandu ke tepi jalan dan akhirnya berhenti. Rifqy aku lihat meraut rambutnya ke belakang. Butang t-shit Polonya ditanggalkan. Jantung aku berdegup laju, kedua tangan kejap memegang seatbelt.
“Kenapa kau suka naikkan darah aku?” Rifqy bertanya kepadaku. Agak tegang bunyinya. Aku diam, tak menjawab walaupun selalunya mulut aku ni lancang menjawab.
Melihatkan tiada jawapan dari aku, dia menghampiriku. Tangan yang tadi kejap memegang seatbelt, aku jadikan penghadang dan menolak tubuhnya yang semakin menghampiri.
“Kau suka buat aku marahkan? Supaya dengan cara tu aku akan lepaskan kau kan? In your dreams sayang. Aku takkan lepaskan kau and I’ll make you suffer. Ini Rifqy Dayyan.” Rifqy menghimpit tubuhku.
“Rifqy, don’t you dare…” Kata-kataku dimatikan dengan ciuman Rifqy. Aku cuba menolaknya namun makin ganas Rifqy melawan.
“Rifqy, lepaslah.” Aku menolaknya namun apa kudrat yang aku ada bila tubuhku dihimpit oleh lelaki yang semakin dikuasai nafsu amarah itu.
“Rifqy please.” Akhirnya dengan air mata yang laju menuruni pipi, aku merayu buat pertama kalinya kepada Rifqy agar ada sedikit belas dari lelaki itu supaya tidak diperlakukan sebegitu.
Rifqy berundur semula ke tempat duduknya.
“Kenapa dengan aku ni Afrina?” Aku menangis. Untuk pertama kali aku menangis kerana lelaki.
“I think I’m..”
“Please, aku nak balik.” Belum sempat Rifqy menghabiskan kata-katanya aku dah teresak-esak minta dihantar pulang.

******************************
Ok happy reading. 
milkysmile
Baru perasan Part 7 ni xde gambar-gambar. Next part kita taruh gambar ye...