Ok, aritu dah janji nak sambung mini novel ni. So, arini ada kesempatan dan setelah disemak dan dibetulkan maka kita up ini cerita. Tapi part ni ada unsur-unsur ganas sikit...hehe.
Jadi, apa-apa pun minta maaf awal-awal dulu kalau ada yang tak senang dengan pemilihan kata-kata..
***************************************
Tubuhnya
menggeletar saat mendengar perbualan keluarga Zakaria.
“Nah
sedih betul bila kenangkan Opie bang. Dah puas kita cari tapi tak jumpa. Apalah
nasib dia agaknya?” Datin Amnah menghulurkan cawan berisi teh kepada suaminya.
“Itulah
abang pun dah pening nak cari. Dah lebih dua puluh tahun Nah.” Heh, kenapa
korang nak cari aku? Nak hapuskan aku, satu-satunya pewaris Azman Kamaruddin?
“Entah-entah
dah mati kot.” Semua mata memandang ke arah Hadif.
“Apa?
Yelah, dah berpuluh tahun dia hilang tanpa dapat dikesan, tak mustahilkan?
Lagipun mama yang cakap dia pun ada dalam kebakaran tu.”
“Tapi
masa mama dengan papa pergi hospital, mama tengok dengan mata mama sendiri yang
dia masih hidup. Esoknya bila mama datang, nurse bagi tahu family dia datang
ambil.” Datin Amnah menghirup teh dari cawannya.
“Tapi
bang, Man mana ada family kan?” Dia kemudian memandang suaminya yang sedang
menyuap karipap.
“Agaknya
family sebelah Christine.”
“Engkau
ni kenapa? Bagi aku karipap tu satu.” Afrina terkejut dengan sergahan Rifqy.
“Rif
ni tak boleh cakap lembut-lembut ke? Kesian Af terkejut.” Datin Amnah menegur
anaknya. Dah masuk dua bulan mereka berkahwin tapi layanan Rifqy pada Afrina
kasar sekali dan Afrina pula bukan macam wanita lain. Walaupun badan kecil,
nampak macam lemah je tapi boleh tahan dia melawan. Kadang-kadang padan muka
Rifqy, baru bertemu buku dengan ruas.
Aku
ambil piring berisi karipap kemudian aku hulur kasar kepadanya. Aku bangun
menuju ke tingkat atas, meninggalkan ahli keluarga Zakaria menikmati hidangan
petang mereka. Takut amarah aku terlepas bila mereka terus berbincang tentang
aku dan keluargaku.
“Tengok
dah merajuk.” Datin Amnah mencubit paha anaknya.
“Takde
maknanya dia tu nak merajuk ma.”
“Kadang-kadang
abang rasa yang Af tu Opie.”
“Ye
bang. Nah pun rasa macam tu. Bapa Af pun nama Azman.”
“Takkan
mama tak tahu nama Opie sapa?” Thaqif yang dari tadi diam bersuara. Waktu
kejadian yang menimpa keluarga Uncle Azman dia dan Hadif baru berusia 6 tahun
dan Opie yang muda setahun dari mereka merupakan kawan baik mereka berdua.
Siapa yang boleh lupa Opie yang comel, Opie yang nakal, yang suka mengusik, Opie
yang suka ketawa, Opie yang suka menyanyi, Opie yang bijak, Opie yang berani,
Opie yang garang. Tanpa sedar dia tersenyum.
“Mama
mana nak ingat. Yang mama tahu kakak Opie, Nana dan adik dia Affan. Nama dia
orang tu macam orang putih sikit. Opie tu tak silap mama namanya Sofia.”
“Nana
tu rasanya muda setahun dari Rafiq. Affan pula masa kejadian tu baru setahun.”
“Abang
tak sangka yang Christine sanggup ambil keputusan macam tu. Apa salah anak-anak
tu.” Afrina yang duduk di tangga rasa mahu menjerit. ‘Mama aku takkan ambil
keputusan tu kalau bukan sebab kau Zakaria. Kau dah rampas satu-satunya orang
yang dapat menjaga dan membimbing dia.’
“Kenapalah
dia tak nak dengar cakap kita waktu tu bang? Saya sedih sangat bila dia tuduh
kita yang sebabkan Man meninggal.” Datin Amnah sedih. Terbayang- bayang lagi
bagaimana Christine menghalau mereka dari rumahnya dan terbayang juga wajah
Opie yang menangis sebab nak ikut Abang Aqif dan Adifnya.
Entah
kenapa sayang betul mereka dengan Opie, anak kedua Azman dan Christine tu.
Mungkin kerana mereka tiada anak perempuan dan Opie, anak yang sangat bijak dan
ramah. Keletahnya yang nakal tu sentiasa membuat dia terhibur. Sesekali
berjalan, dibawanya Opie bersama.
Berbeza
sedikit dengan Nana yang agak pemalu dan pendiam. Bila diusik dengan Rafiq,
Nana yang waktu itu berumur 11 tahun akan lari bersembunyi di dalam bilik.
Aku
pejam mata, terasa ada air jernih yang mula bertakung di kolam mata. Mama,
papa, beri kekuatan pada Opie. Opie janji yang Zakaria dan keluarganya akan
dapat balasan atas apa yang mereka buat pada keluarga kita.
“Apahal
kau duduk kat tangga menangis ni?” Rifqy yang mahu naik ke bilik terkejut bila
melihat Afrina yang duduk berteleku di tangga. Tanpa menjawab, Aku bangun dan
menuju ke bilik. Rifqy mengekor dari belakang.
Beg
tangan diambil lalu aku melangkah keluar dari bilik. Namun, sebelum sempat aku
turun, Rifqy menarik lenganku.
“Nak
ke mana petang-petang ni?”
“Keluar?”
“Aku
tahulah tapi ke mana?” Aku memandangnya namun tanpa jawapan aku merentap tanganku
yang dipegang oleh Rifqy.
“Afrina.”
Rifqy kembali menarik tangan Afrina yang mahu melangkah menuruni tangga.
“Yang
kau sibuk nak tahu ke mana aku nak pergi ni kenapa?”
“Hei,
aku ni suami kau.”
“Just
because you are my husband, kau fikir semua yang aku buat kena bagi tahu kau?”
“Of
course. Tak tahu agama ke?” Aku merenung tajam wajah Rifqy.
“Walaupun
kita dah kahwin, aku tak pernah anggap kau suami aku dan aku tak pernah setuju
dengan perkahwinan ni.” Sekali lagi aku menarik tanganku dari Rifqy. Tanpa
menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Rifqy, aku turun menuju ke pintu.
“Af
nak pergi mana sayang?” Datin Amnah menegur Afrina yang wajahnya merah dan ada
kesan air mata di wajahnya. Baru lepas menangis agaknya. Ini mesti Rifqy punya
hal.
“Keluar
sekejap ma.” Juga tanpa menunggu Datin Amnah bertanya lanjut, aku melangkah
keluar.
Walaupun
aku boleh memilih untuk membawa mana-mana kereta yang ada di rumah ini, aku
lebih senang menaiki bas atau teksi.
Aku
menapak menuju hentian bas yang agak jauh dari kawasan perumahan ini. Yelah,
kawasan perumahan orang kaya, mana ada bas nak lalu sangat. Terpaksalah menapak
jauh sikit ke jalan besar.
Sebuah
kereta berhenti di sebelahku.
“Af.
Nak ke mana ni?” Wajah Rafiq yang menegur dari dalam kereta kupandang.
“Masuk,
biar abang hantar.” Semenjak berkahwin dengan Rifqy, Encik Boss senang sekali
membahasakan dirinya abang.
“Takpe.
Af boleh naik bas.”
“Af
janganlah degil. Masuk, hari pun macam nak hujan je ni.” Aku memandang wajah
Rafiq. Entah kenapa melihat wajah Rafiq sangat menenangkan hatinya.
“Masuk
ye?” Rafiq memujuk lembut, berharap Afrina mengikut katanya dan dia senyum bila
Afrina membuka pintu kereta.
“Af
nak pergi mana?” Dia bertanya bila Afrina telah duduk.
“Mana-manalah
Encik Boss.” Aku membetulkan seatbelt.
“Gaduh
dengan Rifqy.” Rafiq pandang adik ipar di sebelah dan adiknya itu menggelengkan
kepala. Melihatkan Afrina yang seperti tidak mahu berbicara membuatkan dia
memfokuskan kepada pemanduannya.
*********************************
Afrina
mencampak batu kecil ke dalam lombong. Nama je lombong tapi kawasan ni cantik,
macam tasik. Ada pasir-pasir putih di gigi air, dah macam tepi pantai pun ada.
Kawasan ni kalau dibangunkan jadi taman rekreasi kan bagus. Tempat ni lah dia
selalu habiskan waktunya selepas sekolah. Dekat dengan rumah keluarga angkat
yang menjaganya dulu. Selepas rumah setinggan berhampiran diarahkan untuk
diroboh, dia dan keluarga angkatnya berpindah ke Senawang, Negeri Sembilan.
“Af
ada masalah ke?” Rafiq yang duduk berlunjur di tepinya bertanya. Bimbang dengan
adik iparnya yang dari tadi diam tak bersuara, hanya sesekali kedengaran
tangisnya.
“Rif
buat apa dekat Af?” Aku diam. Rasa macam mahu je aku halau si Rafiq ni tapi tak
sampai hati pula.
“Af.”
Rafiq panggil aku lembut, bahu aku dipegangnya kemudian dipusingkan agar
menghadapnya. Entah kenapa laju pula air mata ni turun. Dah lama takde orang
concern macam ni kat aku lepas arwah ibu meninggal.
“Af.”
Sekali lagi Rafiq menyeru namaku dan kali ini aku menangis semahu-mahunya di
hadapan Rafiq. Rindunya aku pada papa, pada mama, kak Nana dan Affan juga pada
ibu angkatku yang selalu ada disaat aku sedih. Rindu pada papa yang selalu bawa
aku ke ribanya kemudian membacakan aku cerita-cerita dongeng sehingga aku
bercita-cita nak jadi princess seperti dalam cerita yang dibacakannya kepadaku.
Rindu
pada mama yang suka buat cake untuk aku, lepas tu aku dan kak Nana akan
sama-sama hias kek yang mama buat. Rindu pada kak Nana yang jadi kawan aku
menari dan suka peluk cium aku, sebab katanya dia suka kat pipi aku yang
tembam. Pada Affan, walaupun aku selalu jealous dengan adik bongsuku itu bila
mama dan papa beri perhatian pada dia.
“Hei,
kenapa ni?” Rafiq cemas. Tak pernah dia lihat Afrina menangis begini, waktu
kena tangkap dengan Rifqy dulu pun Afrina tak menangis macam ni.
“Sakan
korang berasmara ye?” Rafiq menoleh ke belakang. Aku jarakkan diri dari Rafiq.
Airmata di pipi aku sapu dengan belakang tangan. Rifqy berdiri di belakang kami
sambil berpeluk tubuh.
“Sedap
pegang isteri aku?” Rifqy bertanya, jelas wajahnya merah menahan marah. Rafiq
bangun.
“Kau
jangan salah faham.”
“Jangan
salah faham? Lelaki mana yang boleh faham kalau lelaki lain pegang-pegang
isteri dia.”
“Kau
jangan nak tuduh yang bukan-bukan.” Aku turut bangun.
“Kau
ni dah kemaruk sangat ke? Aku tahulah kau memang suka dekat abang aku ni sampai
sanggup kacau hubungan dia dengan Elena dulu kan?” Rifqy makin menyinga.
“Rif,
jangan nak babitkan soal aku dengan Elena. Kami dah lama putus dan aku tak
pernah salahkan Af.”
“Kau
ni memang bodohlah Fiq, takkanlah kau tak boleh rasa yang perempuan ni nak goda
kau. Tengoklah dah kahwin pun boleh berdua-duan dengan kau, aku ni suami dia
pun dia tak pernah nak layan elok-elok.” Tangan yang dari tadi menahan getar
akhirnya mendarat juga di pipi Rifqy. Aku berlari meninggalkan dua beradik tu.
Walaupun aku gembira dengan hakikat yang dua beradik tu bergaduh tapi ini bukan
masanya untuk melonjak kegembiraan sebab apa yang berlaku antara aku dengan
Rafiq tadi takde dalam skrip yang aku karang.
“You
are too much Rif.” Rafiq meninggalkan adiknya yang terkulat-kulat di tepi
lombong tu dan mengejar Afrina.
“Abang
hantar balik.” Selepas berjaya mengejar Afrina, Rafiq memujuk adik iparnya itu
dan macam biasa Afrina akur bila dipujuknya.
Namun
belum sempat Afrina masuk ke dalam kereta, adiknya telah menarik tangan Afrina.
“Rif.”
“She’s
my wife.” Rifqy mengheret isterinya masuk ke dalam kereta dan kemudian Audinya
mengaum meninggalkan Rafiq.
***************************************
Masing-masing
diam. Rifqy memandu laju keretanya. Geram pada Afrina dan geram pada Rafiq
bersatu. Kenapa dia rasa yang Rafiq seperti mahu merampas Afrina darinya
sedangkan semasa dia ditangkap dengan Afrina dulu, abangnya ok je bila dia
setuju untuk berkahwin dengan Afrina. (Mula-mula je Rafiq tak setuju dengan
cadangan mama).
“Aaah.”
Dia menjerit sambil menghempas stereng.
Aku
pandang Rifqy di sebelah. Entah kenapa aku takut melihat wajah Rifqy saat ini.
Kereta dipandu ke tepi jalan dan akhirnya berhenti. Rifqy aku lihat meraut
rambutnya ke belakang. Butang t-shit Polonya ditanggalkan. Jantung aku berdegup
laju, kedua tangan kejap memegang seatbelt.
“Kenapa
kau suka naikkan darah aku?” Rifqy bertanya kepadaku. Agak tegang bunyinya. Aku
diam, tak menjawab walaupun selalunya mulut aku ni lancang menjawab.
Melihatkan
tiada jawapan dari aku, dia menghampiriku. Tangan yang tadi kejap memegang
seatbelt, aku jadikan penghadang dan menolak tubuhnya yang semakin menghampiri.
“Kau
suka buat aku marahkan? Supaya dengan cara tu aku akan lepaskan kau kan? In your
dreams sayang. Aku takkan lepaskan kau and I’ll make you suffer. Ini Rifqy Dayyan.”
Rifqy menghimpit tubuhku.
“Rifqy,
don’t you dare…” Kata-kataku dimatikan dengan ciuman Rifqy. Aku cuba menolaknya
namun makin ganas Rifqy melawan.
“Rifqy,
lepaslah.” Aku menolaknya namun apa kudrat yang aku ada bila tubuhku dihimpit
oleh lelaki yang semakin dikuasai nafsu amarah itu.
“Rifqy
please.” Akhirnya dengan air mata yang laju menuruni pipi, aku merayu buat
pertama kalinya kepada Rifqy agar ada sedikit belas dari lelaki itu supaya
tidak diperlakukan sebegitu.
Rifqy
berundur semula ke tempat duduknya.
“Kenapa
dengan aku ni Afrina?” Aku menangis. Untuk pertama kali aku menangis kerana
lelaki.
“I
think I’m..”
“Please,
aku nak balik.” Belum sempat Rifqy menghabiskan kata-katanya aku dah
teresak-esak minta dihantar pulang.
******************************
Ok happy reading.
![milkysmile](https://i255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/hello%20kitty/12033496120.gif)
Baru perasan Part 7 ni xde gambar-gambar. Next part kita taruh gambar ye...