Lamanya tak share story kat blog ni...
Semuanya gara-gara GST...ehh...
Ehmm.. tu story kat blog lagi satu...
Sini, tempat happy2 kan diri...
Jom, baca sambungan kisah Rifqy dan Afrina.
*************************************************
Dadaku
rasa seperti ingin pecah tetapi pujuk Uncle Yasin yang sempat aku hubungi
secara curi-curi tadi, katanya mungkin ini akan lebih memudahkan aku untuk
memusnahkan keluarga Zakaria. Katanya, untuk hapuskan musuh, lebih baik kalau
kita lebih dekat dengan musuh tu dan apa yang berlaku hari ni ibarat membuka
peluang untuk aku mencari jalan yang lebih baik untuk segera hancurkan keluarga
ini.
Walaupun
aku lengkap berbaju tetapi rasa seperti ditelanjangi dengan pandangan mata
semua yang ada di ruang tamu kediaman Dato’ Zakaria. Dato’ Zakaria aku lihat
hanya menyandar di sofa sambil mata memandang ke siling. Sesekali terdengar dia
mengeluh.
“Macam ni lah, benda dah jadi pun, walaupun kamu tak
buat apa-apa tapi berdua-duan dalam keadaan mencurigakan tu tetap bersalah.
Bayar je denda nanti.” Dato’ Zakaria sekali lagi mengeluh. Bimbang agaknya
dengan perkara yang baru berlaku tadi akan merosakkan nama baiknya. Baguslah
tu, biar padan dengan muka dia. Ini baru sikit kot kalau nak dibandingkan
dengan apa yang arwah papa tanggung.
“Abang,
anak kita lelaki, mungkin tak beri kesan apa-apa tapi Afrina ni perempuan,
maruah dia bang.” Eh, makcik ni. Sibuk pula nak menjaga maruah aku apa hal? Aku
tahu yang aku tak buat perangai tak senonoh dengan anak kau.
“Habis
tu kita nak buat apa?” Dato’ Zakaria pandang isterinya begitu juga semua yang
ada di ruang tamu.
“Mama
nak Rifqy bertanggungjawab. Selamatkan maruah Afrina.” Aku dah ternganga. Encik
Rafiq pun sama.
“Mama
nak suruh Rif buat apa? Kahwin dengan dia?” Datin Amnah mengangguk.
“Oh,
no. Kenapa pula Rif nak kena kahwin dengan dia? Lagipun kami tak buat apa-apa,
bayar jelah denda macam yang papa cakap tu.”
“Rif
ni tak faham cakap mama ye? Sebabkan perangai buaya Rif tu, Afrina yang jadi
mangsa. Rif agak-agak ada ke orang akan puji perempuan yang kena tangkap
khalwat ni? Tak kisahlah dia bersalah ke, kena perangkap ke, orang akan tetap
nampak perempuan yang berkhalwat ni jijik.” Ton suara Datin Amnah sudah
meninggi.
“Ma,
mama pasti ke dia ni mangsa? Jangan-jangan dia yang rancang semua ni?” Rifqy
pandang aku. What?
“Hello,
Encik Rifqy Dayyan, kau ingat aku hadap sangat dengan kau sampai sanggup
mengerah otak aku merancang benda-benda macam ni.” Rafiq dah bangun dari kerusi
dan menghampiri aku, risau agaknya aku naik hantu dengan adik dia.
“Manalah
tahu, kalau kau boleh buat dekat Rafiq dengan Elina, tak mustahil kau boleh
buat dekat aku juga.” Eh, dia ni memang dah melampau.
“Takde
sebab aku nak perangkap kaulah, aku kalau nak berlaki pun takkan cari lelaki
macam kau.” Cantik tak bahasa aku? Kau yang mintakan?
“Sudah,
sudah.” Dato’ Zakaria bangun, melangkah menghampiri Rifqy yang tengah menyinga
depan aku.
“Papa
rasa, apa yang mama cakapkan tu betul. Tak salah Rifqy selamatkan maruah
seorang wanita, besar pahalanya.” Ewah, Zakaria ni nak bercakap soal pahala
pula. Aku tak perlukan belas ihsan koranglah.
“Afrina.
Saya nak minta maaf, sebabkan perbuatan anak saya awak pun terjebak sama. Kalau
awak tak keberatan, saya dan isteri saya nak pinang awak untuk Rifqy.” Hah?
Macam ni pun boleh ke?
“Awak
cakap parents awak dah meninggalkan? Macam mana dengan saudara-mara yang lain?
Saya nak jumpa dia orang untuk bincangkan perkara ni.” Lembut Dato’ Zakaria ni
bertutur, nampak sangat sifat penyayangnya tapi tak sangka hatinya hitam.
“Pa.”
Rifqy memaut lengan papanya sambil memandang Datin Amnah yang dah
terjegil-jegil matanya memberi amaran agar Rifqy jangan membantah.
“Afrina,
sebenarnya auntie dah lama suka dengan awak. Gerak hati tu memang nak jadikan
awak sebahagian dari keluarga kami tapi auntie sedar anak-anak bujang auntie ni
macam mana.” Datin Amnah memegang tanganku.
“Auntie
anggap apa yang berlaku ni bukan satu musibah tapi satu ujian dari Allah dan
mungkin ini juga petunjuk dari Dia yang membuka jalan buat auntie untuk kami
bawa Afrina ke dalam keluarga ni.” Aku pandang muka Datin Amnah, bercakap dah
macam ustazah. Memang aku tak nak pun ada hubungan kekeluargaan dengan keluarga
ni tapi mungkin betul cakap Uncle Yasin. Lagi mudah buat kerja dari dalam.
Kalau
rancangan aku dah berjaya, keluarga ni dah hancur, aku tak rugi apa-apa pun.
Aku akan tinggalkan mereka, bina hidup baru aku bersama Uncle Yasin.
“Datin,
saya ni anak yatim piatu, membesar di rumah anak-anak yatim, tak setanding dengan anak dan keluarga
Datin. Saya tak nak dituduh, dihina yang bukan-bukan. Macam Datin cakap, saya
pun ada maruah.
Ikatan
perkahwinan satu ikatan yang suci, tak mungkin saya memperjudikan hidup saya
bersama dengan lelaki yang tak cintakan saya, yang sering berprasangka buruk
terhadap saya.” Wah, bajet bagus je aku bercakapkan. Yelah, kena kasi dia orang
ni confident yang aku ni bukan jenis pisau cukur ke atau ada agenda
tersembunyi.
“Ok,
aku setuju kahwin dengan kau.” Err? Semua mata memandang Rifqy. Apa hal dia ni,
aku baru je menyuruh sel-sel otak aku bekerja mencipta ayat-ayat membuai jiwa,
dia tiba-tiba je bersuara.
‘Bercakap
macam perempuan suci sangat. Kau je yang baik, aku ni macam teruk sangat. Ok,
takpe kalau aku kahwin dengan kau pun aku tak rugi apa Cik Afrina oi.’
Rifqy
pandang wajah Afrina yang berubah kelat.
“Betul
Rif setuju ni?” Wajah Datin Amnah bertukar ceria.
“Iye
ma, bila fikir balik betul apa yang mama cakap tu. Reputasi Rif as a playboy
memang dah diketahui ramai kan? Tapi Afrina ni tak salah apa-apa, tiba-tiba
boleh terjebak dengan masalah ni dan orang kat luar tu tentu akan samakan dia
dengan perempuan-perempuan yang Rif selalu keluar tu kan?” Sedap tak ayat aku
Afrina? Ingat kau seorang je boleh gula-gulakan mama aku.
“Kau
jangan main-main Rifqy. Soal nikah kahwin ni..”
“Apa
pula main-main, aku serius ni, atau kau nak gantikan tempat aku jadi hero tuan
puteri kau tu?” Rifqy memotong cakap Rafiq yang akhirnya bersuara selepas lama
memerhati drama kat depan dia.
“Ok,
Rifqy dah setuju. Afrina pula macam mana?” Aku toleh ke arah Dato’ Zakaria yang
bertanya.
“Saya
takde keluarga. Ibu angkat saya dah meninggal tapi elok rasanya kalau perkara
ni dibincangkan dengan keluarga housemate saya yang saya dah anggap macam
keluarga sendiri.”
Teringat
ibu bapa Shaza, Pakcik Malik dan Makcik Hasnah. Memang ibu bapa Shaza tu sayang
betul kat aku sejak aku mula berkawan dengan Shaza. Walaupun takdelah selalu
balik ke kampung Shaza tu tapi dia orang selalu pesan, kalau ada apa-apa
masalah jangan segan-segan bagi tahu dia orang. Uncle Yasin memang kena tolak
tepi, dah sah-sah dia orang akan cam Uncle Yasin nanti.
“Hmm,
lagi bagus. Biar yang tua-tua ni yang selesaikan soal nikah kahwin ni. Afrina
bagi alamat dia orang dan bagi tahu dia orang yang kami nak jumpa.” Apa-apa hal
pun aku kena bincang dulu dengan Shaza, kena bagi tahu apa yang terjadi ni kat
family dia juga.
“Afrina
jangan risau, hal berkhalwat ni takkan bocor kat siapa-siapa pun. Uncle dah
bincang baik-baik dengan pegawai tadi. Dengan family Afrina tu nanti, tahulah
kami nak bercakap macam mana.” Aku mengangguk, lagi bagus. Walaupun aku tak
kisah dengan apa yang berlaku tapi aku masih ada rasa segan dengan keluarga
Shaza.
Selama
hari ni, dia orang selalu layan aku dengan baik sama macam dia orang layan
Shaza jadi takkanlah aku nak rosakkan nama baik aku sendiri dan biarkan mereka
anggap aku ni perempuan murahan.
“Nanti
saya bagi tahu Dato’ dengan Datin. Dah lewat ni, saya nak minta diri dulu.”
“Rif,
pergi hantar Afrina balik.” Dato’ Zakaria mengarahkan Rifqy dan Rifqy muka
jangan cakaplah, macam bengang je.
“Jom,
mama temankan sekali. Karang tak pasal-pasal kena tangkap lagi sekali.” Dato’
Zakaria senyum mendengar kata-kata isterinya.
****************************
Gelojoh
betul keluarga si Rifqy ni, kata dia orang tak payah nak bertunang-tunang ni,
dua bulan dari tarikh perbincangan hari tu terus adakan majlis perkahwinan.
Semua perbelanjaan ditanggung oleh mereka. Kata mereka buat majlis sekali saja
di hotel, tak perlulah keluarga Shaza bersusah-payah walaupun Pakcik Malik dan
Makcik Hasnah berkeras nak buat majlis di kampung. Soal jemputan, ajaklah
berapa ramai pun saudara-mara atau orang kampung yang nak datang. Perbelanjaan
akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Amboi, berlagak je bunyinya.
“Wei,
ni apa yang masam mencuka je muka tu?” Shaza di sebelah manis berbaju kurung
moden warna pink.
“Dah
nak kahwin dah pun. Sat lagi rasmilah lelaki handsome tu jadi suami kau.” Aku
juihkan bibir mendengar kata-kata Shaza dan dia hanya ketawa melihat aku.
“Cantiklah
baju-baju kau Af, untung kahwin dengan orang kaya, tak payah pening-pening soal
budget.” Dia pandang aku, Shaza memang macam ni, semua benda buat dia kagum.
Baju ni memanglah cantik tapi aku nyaris tak berbaju nak kahwin ni. Macam
dulu-dulu jugalah, bergaduh kat butik Moon, makhluk dua alam tu.
Lama
jugalah nak dapat kata sepakat. Memanglah aku ni tak alim mana, tak tutup
kepala, kadang-kadang pakai skirt tapi takdenya aku nak pakai baju pengantin
ala-ala princess yang terdedah sana-sini tu. Akhirnya setelah bertekak
berjam-jam dapat juga baju nikah yang aku berkenan ni.
Untuk
acara bersanding pula bakal mak mertua dengan pak mertua aku tu berkenan kalau
kita orang pakai songket. Ikutkan jelah, tapi nak mencari yang berkenan pun
bergaduh juga.
Malam
nanti ada acara potong kek pula. Dah macam triathlon, semua buat dalam satu
hari ni, nampak tak gelojoh tak gelojohnya dia orang ni. Untuk persalinan malam
ni memang aku kalah, Rifqy dengan kuasa vetonya pilih baju yang dia berkenan.
Huh, yang nak pakainya aku tapi aku ikut je sebab nasib baik baju tu kira
oklah, takdelah terdedah sangat.
“Aku
keluar kejap tau?” Aku mengangguk sambil melihat Shaza melangkah keluar dari
bilik persalinan. Tinggal aku dengan Moon dan team dia je dalam bilik ni.
Lagu
The Devil Within berbunyi dari handphoneku. Uncle Yasin. Aku bangun menghampiri
balkoni, jauh sedikit dari Moon.
“Assalamualaikum,
uncle.” Sayu aku panggil Uncle Yasin.
“Hey,
girl. Janganlah menangis, hari ni kan hari bahagia Opie.” Aku kesat air mata
yang bergenang di kolam mata bila mendengar suara lembut Uncle Yasin di hujung
talian.
“Ingat,
hari ni akan jadi satu permulaan buat kita untuk memperjuangkan apa yang
berlaku pada family Opie.” Aku angguk, seolah-olah Uncle Yasin ada di
hadapanku.
“Opie
akan sentiasa jadi kesayangan Uncle, jangan bimbang ye sayang? Bila semua ni
dah selesai, kita akan pergi jauh dari sini.”
“Uncle..”
Susah aku menahan air mata dari tumpah.
“Dah
jangan nangis, anak Uncle ni kan kuat orangnya.”
“Uncle.”
Aku panggil Uncle Yasin manja.
“Ya,
my girl.” Aku senyum. Dari kecil memang itulah panggilan Uncle buat aku.
“Promise
you would never leave me.”
“Yes,
I promise. Now, be a good girl, jadi pelakon yang hebat hari ni ok?”
“Ok.”
“I’ve
got to go. Don’t worry, Opie akan sentiasa ok.” Aku angguk lagi seolah-olah
Uncle Yasin ada di sisiku.
Mendengar
suara Moon yang terjerit-jerit menyuruh team dia bersedia buat aku terkejut.
Cepat-cepat air mata yang hampir tumpah aku lap dengan tisu. Sabar Opie, sikit
je lagi untuk kau tamatkan semua ni.
*************************************
Ada lagi part 7 ngan 8 yg dah lama siap tapi nak check dulu..
Sis, xde y latest ke?
ReplyDeleteSis...best jalan cerita...takde yang latest??
ReplyDeleteMaaf lmbt reply...sy dah up chapter 7..tgu sy up chapter 8 lps ni ya. Tq sudi baca karya yg x seberapa ni..
Delete