Drama ni aku baru tengok sampai episode 3 sebab nak tunggu sampai habis dia orang sub. Kesimpulan dari recap yg dibuat oleh LOD dari 1st episode sampai episode terakhir (15), drama ni lebih kurang je dengan drama Thai yg bertemakan revenge ni. Semuanya bermula dgn salah faham. Tapi drama ni best, xdelah terlalu banyak sangat conflict nya. Watak jahat muncul pun dah nak akhir-akhir episode.
Apalagi yg best? Okay, kat bawah ni antara sebab kenapa bagi aku drama ni best.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc2v-O8nAzyDXQDSQwtizpmqPkzz25C6PaefXB6q73wTaSfEc-xeEz1V2_GmgQlYc5TrfDRcZAzlkXbqnYYz5dhISFT6ruyfAnb6jd9y1SxWfWcH95UvcE5B9qb2k6-obtFqYNifNcVOY/s1600/cute_smiley60.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfWco4zxbSz37kZ1zh-ODKc_UQENtr3y2Ow2dCsgbRWlNXjSMkSuGK5lBU9n9s7KJ9Zum7rcFm5DVrqC9Q2es3Ham0VjttuVIT_DpAKIUgr2ounPREENsZsLWDkqVt66LfHHtzUkPL_2c/s1600/cute_smiley60.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfWco4zxbSz37kZ1zh-ODKc_UQENtr3y2Ow2dCsgbRWlNXjSMkSuGK5lBU9n9s7KJ9Zum7rcFm5DVrqC9Q2es3Ham0VjttuVIT_DpAKIUgr2ounPREENsZsLWDkqVt66LfHHtzUkPL_2c/s1600/cute_smiley60.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfWco4zxbSz37kZ1zh-ODKc_UQENtr3y2Ow2dCsgbRWlNXjSMkSuGK5lBU9n9s7KJ9Zum7rcFm5DVrqC9Q2es3Ham0VjttuVIT_DpAKIUgr2ounPREENsZsLWDkqVt66LfHHtzUkPL_2c/s1600/cute_smiley60.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfWco4zxbSz37kZ1zh-ODKc_UQENtr3y2Ow2dCsgbRWlNXjSMkSuGK5lBU9n9s7KJ9Zum7rcFm5DVrqC9Q2es3Ham0VjttuVIT_DpAKIUgr2ounPREENsZsLWDkqVt66LfHHtzUkPL_2c/s1600/cute_smiley60.gif)
Ini kesimpulan yang aku dapat buat lepas aku baca recap LOD. Nanti aku nak tengok pula dramanya. Kot-kot di masa akan datang aku terlupa, nanti aku nak detailkan sikit entry ni sebagai rujukan aku. Banyak cerita yang best2 yang pernah aku tengok tapi aku terlupa tajuk dia dan nak cari kadang-kadang tu susah kalau tak tahu detailnya. (Masih mencari classic movie tentang seorang wanita kebanyakkan yang kahwin dengan bakal raja.)
UPDATE
Pelakon2 (yang utama je)
Sinopsis
(Sinopsis untuk main plot je. Side story - hubungan Nahkin n Deun, Akkarin n Pink dan lain2 tak larat nak taip)
Selepas kematian isteri pada malam pertama perkahwinan mereka, Nahkin (Dome), President of KTK Corporation, berjanji akan menuntut bela di atas kematian isterinya. Dia percaya kemalangan yg berlaku disebabkan oleh seorang perempuan yg mabuk. Pantawan (Janie), yg kecewa dgn kecurangan tunangnya dan bersedih atas nasibnya yg ditinggalkan oleh tunang dan sedang mengandungkan anak hasil hubungan mereka berdua pulang dari airport dalam hujan. Takdir telah mempertemukan dia dan Ganokwali, isteri kepada Nahkin. Namun, tragedi yang berlaku kepada mereka bila Ganok yg gagal mengawal kereta melanggar Tawan yang sedang menyeberang jalan.
Di hospital, Tawan cedera parah dan anak yg dikandung olehnya gugur. Manakala Ganok pula mati dan disebabkan kesilapan seorang jururawat yg mengatakan wanita yg dilanggar oleh Ganok mabuk, maka Nahkin beranggapan yg wanita tersebut yg menjadi punca kematian Ganok. (Bengong betul nurse ni, boleh pula sampaikan berita tak betul). Dia bertekad yg dia akan menuntut bela atas kematian Ganok.
3 tahun kemudian, ketika adik Tawan menghadiri temuduga di KTK Corporation, Nahkin terbaca latar belakang keluarga Prakaideun (Lydia). Bila terbaca saja nama Tawan, dia terus teringat kembali janjinya kepada Ganok. Deun diterima bekerja dan ditawarkan gaji yg tinggi. Dia mula menjalankan rancangan balas dendamnya dan kebetulan Tawan bekerja sebagai jururawat peribadi. Dia merancang untuk mengambil Tawan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada adiknya Nodarin yang lumpuh akibat kemalangan.
Tawan pada mulanya menolak tawaran kerja tersebut walaupun gaji yg ditawarkan sangat tinggi. Namun, dia akhirnya menerima tawaran tersebut apabila dipujuk oleh Nahkin, malah adik dan kedua ibu bapa Nahkin juga gembira sekiranya Tawan menerima tawaran kerja tersebut. (Dia orang fikir yg Tawan ni GF baru Nahkin sebab lepas Ganok mati, Nahkin banyak berubah dan tak pernah bercakap soal perempuan lagi)
Selepas Tawan menerima kerja yg ditawarkan, Nahkin mula berubah. Kalau sebelum tu dia sangat romantik dan ambil berat tentang Tawan tapi selepas Tawan menandatangani kontrak dan berpindah ke rumah keluarga Nahkin, dia jadi aggressive and possessive. He try to control Tawan (kadang-kadang cam psycho, kadang-kadang dah cam bipolar je, kejap gentle kejap ganas).
Rancangan dia untuk menghancurkan hidup Tawan berjaya bila dia bawa Tawan berehat di rumah yg dibina untuk dia dan Ganok selepas berumahtangga. Kat sini dia goda Tawan sampai Tawan akhirnya cair dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada Nahkin. Esoknya, bila dia orang bangun Nahkin terus berubah menjadi lelaki yg sangat berlainan, dia melayan Tawan yg keliru dengan kasar.
Tawan dilayan dengan sangat teruk, malah kalau melawan dia akan memperkosa Tawan. Bila Tawan bersama dengan lelaki lain (adik2 dia Nahk dan Akk dan juga budak lelaki yg suka kat Tawan, Lek), Tawan dituduh sebagai perempuan murahan yg suka menggoda lelaki.
Selepas tertanya-tanya kenapa Nahkin melayan dia dengan teruk, Tawan dibawa ke kubur Ganok dan dipaksa untuk meminta maaf kepada Ganok. Tawan yang ingin menjelaskan keadaan sebenar yg dia tak bersalah dan sebenarnya Ganok yg bersalah kerana melanggar dia (disahkan oleh polis) ditolak sehingga dahinya terkena batu pada kubur Ganok.
Akk, yang merupakan doktor, merawat Tawan bila Nahkin membawa Tawan yg pengsan akibat kecederaannya di kubur Ganok. Dari pemerikasaan yg dilakukannya, dia mendapati yg Tawan mengandung. Bila dia memberitahu berita tersebut kepada Tawan, Tawan memintanya untuk merahsiakan daripada semua orang.
Wanita yg menyerupai Ganokwali muncul dan memperkenalkan dirinya sebagai Ganokrat/Kate. Nahkin yg masih mengingati dan mencintai Ganokwali, terpedaya dengan Kate yg merupakan tukang cuci yg sangat obses dengan Nahkin yg pernah membantunya ketika dibuli dan dihina kerana wajahnya yg hodoh. Dia telah melakukan pembedahan plastik dan mengubah wajahnya menjadi Ganok. Sesiapa sahaja yg menghalang rancangannya untuk mendapatkan Nahkin dibunuhnya.
Ketika majlis perkahwinan Nodarin, Kate telah terdengar perbualan antara Tawan dan Pink (Pink ni suka terlepas cakap) dan dari situ dia mendapat tahu yg Tawan sedang mengandungkan anak Nahkin. Dia meminta untuk Nahkin membuat pilihan dan mengugut akan meninggalkan Nahkin sekiranya Nahkin tidak mahu berkahwin dengannya. (Nahkin berbelah bagi sebab dia rasa yg dia cintakan Tawan tapi ego dan dendamnya menghalang dia dari mengakuinya).
Kontrak antara Tawan dan Nahkin berakhir, dan Tawan membuat keputusan untuk meninggalkan Nahkin dan keluarganya. Ketika di lapangan terbang, Kate yg juga berada di situ menunggu Nahkin setelah memberi kata dua yg sekiranya Nahkin tak memerimanya, dia akan meninggalkan Nahkin. bila ternampak Tawan, dia menculik Tawan dan ingin menghapuskan Tawan kerana beranggapan yg Tawan menjadi penghalang hubungannya dengan Nahkin.
Deun yang mendapat panggilan inspektor polis (yg handsome, tapi kenapalah episod akhir-akhir baru nak muncul?) yg mengatakan Kate pembunuh setiausaha Nahkin, Chat, menghubungi Nahkin untuk memberitahu siapa Kate dan dia juga memberitahu Nahkin yg Tawan dalam perjalanan menuju ke airport dan mengandungkan anaknya.
Akkarin yg menghantar Tawan ke airport terlibat dalam kemalangan bila dia cuba menelefon polis ketika mengejar Kate yg menculik Tawan. Mujurlah, Nahkin yg datang dari arah bertentangan nampak dan cuba membantu namun dihalang oleh Akk dan menyuruh Nahkin mengejar kereta Kate yg membawa Tawan.
Dalam kereta Kate dah macam orang gila, dia nekad untuk membunuh Tawan dan anak yang dikandung oleh Tawan. Namun 'hantu' Chat dan Ganok berjaya menakutkan Kate dan menyebabkan keretanya terbabas. Tawan diselamatkan oleh Nahkin dan dibawa ke hospital. Tawan berjaya diselamatkan begitu juga anaknya namun dia koma kerana kecederaan parah yg dialaminya manakala Kate pula tidak dapat diselamatkan.
Setelah sedar dari koma, Tawan dibawa ke rumah Pink dan Pink menasihatkan Tawan supaya jangan mudah memaafkan Nahkin dan balas balik apa yg dibuat oleh Nahkin ke atas Tawan. Tawan bersetuju kerana walaupun Nahkin telah meminta maaf atas kesalahannya dan merayu agar Tawan menerimanya, dia masih tidak pasti sama ada Nahkin benar-benar cintakan dia atau pun tidak kerana Nahkin tidak pernah mengucapkannya.
Setelah berjaya membuat Nahkin mengucapkan 'I Love You', mereka akhirnya hidup bahagia. Begitu juga pasangan yg lain. Nahkarin dengan Deun, Nod dengan Wit dan Akkarin masih bermain tarik-tali denga Pink walaupun masing-masing suka sama suka.
Psycho Kin (time ni rasa nak cekik-cekik dia)
Romantic Kin (OMG, so sweet. My heart is melting)
YEAY FINISH. LET'S DO SOMETHING ELSE