Okay bagi yg pernah tengok drama ni versi Taiwan mesti nak tengok yg Korean punya plak kan?
Drama ni start Rabu lepas (3/7/14). Mula2 macam pelik apasal ada Clara ni? Macam glamer je dia ni, asal tengok drama je dia ada. Pastu hati aku sejuk sket bila tgk scene dia tu iklan je tapi aku balik pelik, sebab iklan tu kat 1 minit, biasanya iklan Korea ni dalam 30 saat camtu. Ceh, rupanya dia cameo je.
Ok, scene ni lawak, tiba tiba ada Jang Hyuk buat trespassing dan tak bleh blah dia plak bergaya ala2 model iklan. Agak sedikit over wataknya kalau nak dibandingkan ngan Ethan Ruo. Kalau Ethan selalu buat mimik muka tapi Jang Hyuk suka ketawa bak puaka. Gambar yg last tu dia tgh ketawa berdekah-dekah la tu. First time aku tengok iklan syampu model ketawa berdekah-dekah. Sonok beno guna syampu tu. Cam hampeh je.
Watak heroin dibawa oleh Jang Nara sbg Kim Mi Young. Sama macam watak heroin version Taiwan, dia ni memang selalu kena buli kat tempat kerja. Cuma yg membezakan antara Taiwan dan Korea, heroin Korea ada kawan baik kat legal firm tempat dia kerja tu.
Ini pula nenek Lee Gun (Jang Hyuk), dia ni memang sayang sangat ngan cucu tunggal dia ni dan dlm drama Taiwan, dia sayang giler kat heroin. Dalam citer Korea ni kena tunggu dan lihat camner watak dia. Scene ni waktu dipanggil menghadap oleh ahli2 keturunan (boleh tak guna ayat ni?). Kiranya Gun ni dari kalangan2 bangsawanla kot, sebab tu dia kaya. Waktu datang 'menghadap' ni, dia dgn yakin mengatakan yg dia akan berkahwin sblm musim luruh dan siap tandatangan kontrak yg menyatakan dia perlu berkahwin. (Scene ni takde pun dlm drama Taiwan tp maybe ini yg buat Gun terikat utk kahwin dgn Mi Young nanti).
Semuanya bermula di sini, pertemuan pertama mereka. Dah diubahsuai sket dr Taiwan version. tak kisahlah sbb scene ni sangat cantik. Kat kedai candy tu nampak best je. Scene time anjing tu terjaga dah cam citer Harry Potter plak.
Ok, scene ni serius lawak. Rasa cam nak terkencing aku gelak. Sebab sebentuk cincin, akhirnya Gun dan Mi Young dikejar anjing. Sambil lari boleh plak bermonolog, siap terbayang dia punya ancestors. Boleh plak background music dari drama lakonan Jang Hyuk, Chuno/Slave Hunters. Tapi penamat larian dia orang paling epic. Anjing yg cam ganas giler tu rupa2nya nak kan candy perisa cherry dalam poket Mi Young.
Dalam episod pertama ni juga kita diperkenal dgn watak2 lain seperti Daniel a.k.a Dylan (Taiwan version) yg dibawa oleh Choi Jin Hyuk dan Se Ra a.k.a Anna (Taiwan version) yg dibawa oleh Wang Ji Won . Aku takde masalah dengan Jin Hyuk walaupun in Taiwan version, Dylan tu nampak sangat lemah-lembut dan Jin Hyuk nampak rough maybe because of his physical n suara yg macho tu. But, for Se Ra character macam tak best je. She is ballerina tapi character dia sangat kasar, dah macam tomboy je. Entahla, rasa macam tak sesuai je.
Selain, dua watak utama ni, ada gak selit2 watak family Mi Young yg terdiri dari Mak, 2 org kakak dan abang ipar dia, juga watak Presiden kilang sabun kat kampung dia. Abang ipar dan presiden nilah yg akan menjadi penyebab kepada semua yg bakal berlaku. Tak lupa pembantu Gun, Director Tak yg nampak manly sket compare to Taiwan version dan lelaki yg kononnya boyfriend Mi Young, Lawyer Min.
Gun dgn dibantu oleh Director Tak merancang untuk melamar Se Ra dan dibuat di Macau, tempat pertama kali dia org bertemu. Dalam masa yg sama Mi Young juga mendapat hadiah melancong ke Macau dalam cabutan bertuah yg diberikan oleh legal firm tempat dia bekerja sebagai insentif kepada pekerja. Lawyer Min, yg mempunyai agenda tersendiri ni duk godalah Mi Young dan akhirnya yakin yg Lawyer Min cintakan dia so, dia ajaklah si Min ni jadi travel partner dia.
Di Macau, abang ipar dan presiden kilang sabun tlh siap sedia dgn rancangan utk mengugut Gun sbb cuba menutup kilang sabun selepas membeli tanah di kampung mereka. Rancangannya, upah seorang perempuan kemudian kasi Gun mabuk then, tangkap gambar Gun sedang dotdotdot dgn perempuan tadi. Tapi semua rancangan tu hancur musnah bila botol air yg dicampur dgn ubat 'kasi berahi' itu terjatuh dan dgn tak sengaja diminum oleh Mi Young.
Scene ni waktu President Park ngan abang ipar Mi Young nyaris tak kantoi. Konon, pandai sangatlah nak berbahasa Kantonis/Mandarin (dun know which one), tu yang kuar ha mu ha mu tu.
Di Macau, abang ipar dan presiden kilang sabun tlh siap sedia dgn rancangan utk mengugut Gun sbb cuba menutup kilang sabun selepas membeli tanah di kampung mereka. Rancangannya, upah seorang perempuan kemudian kasi Gun mabuk then, tangkap gambar Gun sedang dotdotdot dgn perempuan tadi. Tapi semua rancangan tu hancur musnah bila botol air yg dicampur dgn ubat 'kasi berahi' itu terjatuh dan dgn tak sengaja diminum oleh Mi Young.
Scene ni waktu President Park ngan abang ipar Mi Young nyaris tak kantoi. Konon, pandai sangatlah nak berbahasa Kantonis/Mandarin (dun know which one), tu yang kuar ha mu ha mu tu.
Actually, nak review 2 episodes for one entry. Tapi tuk ep. 1 ni pun makan masa seminggu, dgn nak capture gambar, nak edit lagi. Kalau full time blogger rasanya mesti xde prob tapi nak cari masa yg sesuai memang susah sket, siang dah kerja, malam g solat Terawih, balik mengantuk n terus tidur. So, for ep. 2....TO BE CONTINUE....
No comments:
Post a Comment