Dah lupa kali yang ke berapa aku tengok citer ni. Aku suka giler citer ni, sangat sweet dan background music dia sangat romantik. Semalam waktu tgh cari movie kat youtube, terjumpa filem ni dgn subtitle (walaupun subtitle dia cpt sket berbanding dialog). Dalam mengantuk tu, aku gagah juga melayan.
Citer ni berkisahkan Lara Cruz (Bea Alonzo) yang hidup dgn kenangan suaminya yg meninggal akibat brain anuerysms (tak brapa tau nak explain coz I'm not a medic student) pada malam harijadinya. Oliver (Derek Ramsay) seorang suami yg sangat romantik dan penyayang, sentiasa ada waktu Lara dalam kesusahan dan kesedihan. Meninggal selepas 5 bulan berkahwin.
Chris (Sam Milby) pertama kali bertemu Lara semasa berjumpa dengan sepupunya, Mike yg merupakan seorang peguam dan diberi tanggungjawab utk menguruskan penceraiannya dgn isterinya yg curang. Lara pada waktu itu bersama- sama dgn ibu mertuanya menyertai sesi terapi dgn group yg kematian ahli keluarga.
Pertemuan mereka terjadi lagi bila Lara menyewakan apartmentnya untuk membayar sewa tadika yang dihadiahkan Oliver kepadanya. Sejak itu, mereka saling bertemu dan pelbagai perkara memalukan dan melucukan berlaku ke atas Lara.
Chris menasihati Lara agar cuba melupakan Oliver dan fokus pada kehidupannya sekarang. Dia membantu Lara berhadapan dgn hidup tanpa Oliver di sisi. Tanpa sedar dia jatuh cinta pada Lara dan Lara juga berkongsi rasa yang sama namun tersepit dgn perasaan ibu mertuanya yang masih menganggap Lara isteri kepada anaknya dan pengganti Oliver dalam hidupnya.
Lara rasa tertipu dan menyangkakan yang Chris hanya mahu mempermainkannya apabila isteri Chris muncul di hadapan mereka (pertama kali jumpa Chris bagi tahu isteri dia dah mati dan Chris pernah citer perkara sebenar pada Lara tapi waktu tu dia tak sedar sebab mabuk)
Chris berusaha pujuk Lara dan berterus-terang dengannya sebab dia betul-betul jatuh cinta pada Lara. Namun Lara dengan berat hati menolak cinta Chris kerana dia mahu menerima Chris bukan sebagai pengganti suaminya, bukan untuk mengisi kekosongan hatinya tapi mencintai Chris kerana dia betul-betul cintakan Chris.
Selepas 2 tahun (ye ke 2 tahun? terlupalah plak), Paula guru di tadika dan juga kawan Lara set kan blind date untuk Lara tapi takdir menemukan Lara dgn lelaki yang menunggang motosikal yang disangkanya Chris. Dengan berkaki ayam dia mengejar motosikal tersebut dan apabila motosikal itu berhenti, lelaki yg diharapkan adalah Chris rupa-rupanya adalah Mike, sepupunya.
Chris keluar dari teksi, Lara gembira bila melihat Chris namun senyumannya hilang bila melihat seorang wanita mengandung keluar dar teksi. Menyangka yang wanita itu isteri baru Chris, dia minta diri namun, Mike menerangkan perkara sebenar yg wanita itu adalah isterinya.
So, dia orang luahkan perasaan masing-masing and live happily ever after...(ever after ke?)
Ok, ini soundtrack filem ni
Yang ni plak nyanyian penyanyi Philippine
Tak tau sampai bila movie ni boleh bertahan kat youtube, but inilah antara movie yg best aku pernah layan.
Nota kaki: Best citer ni, suka dgn senyuman dan lirikan mata Sam yang menggoda tu. Hehehe, gatal je bunyinya.
No comments:
Post a Comment