Pages

Thursday, July 2, 2015

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 6

Lamanya tak share story kat blog ni...
Semuanya gara-gara GST...ehh...
Ehmm.. tu story kat blog lagi satu...
Sini, tempat happy2 kan diri...
Jom, baca sambungan kisah Rifqy dan Afrina.
milkysmile
*************************************************
Dadaku rasa seperti ingin pecah tetapi pujuk Uncle Yasin yang sempat aku hubungi secara curi-curi tadi, katanya mungkin ini akan lebih memudahkan aku untuk memusnahkan keluarga Zakaria. Katanya, untuk hapuskan musuh, lebih baik kalau kita lebih dekat dengan musuh tu dan apa yang berlaku hari ni ibarat membuka peluang untuk aku mencari jalan yang lebih baik untuk segera hancurkan keluarga ini.

Walaupun aku lengkap berbaju tetapi rasa seperti ditelanjangi dengan pandangan mata semua yang ada di ruang tamu kediaman Dato’ Zakaria. Dato’ Zakaria aku lihat hanya menyandar di sofa sambil mata memandang ke siling. Sesekali terdengar dia mengeluh.


“Macam  ni lah, benda dah jadi pun, walaupun kamu tak buat apa-apa tapi berdua-duan dalam keadaan mencurigakan tu tetap bersalah. Bayar je denda nanti.” Dato’ Zakaria sekali lagi mengeluh. Bimbang agaknya dengan perkara yang baru berlaku tadi akan merosakkan nama baiknya. Baguslah tu, biar padan dengan muka dia. Ini baru sikit kot kalau nak dibandingkan dengan apa yang arwah papa tanggung.
“Abang, anak kita lelaki, mungkin tak beri kesan apa-apa tapi Afrina ni perempuan, maruah dia bang.” Eh, makcik ni. Sibuk pula nak menjaga maruah aku apa hal? Aku tahu yang aku tak buat perangai tak senonoh dengan anak kau.
“Habis tu kita nak buat apa?” Dato’ Zakaria pandang isterinya begitu juga semua yang ada di ruang tamu.
“Mama nak Rifqy bertanggungjawab. Selamatkan maruah Afrina.” Aku dah ternganga. Encik Rafiq pun sama.
“Mama nak suruh Rif buat apa? Kahwin dengan dia?” Datin Amnah mengangguk.
“Oh, no. Kenapa pula Rif nak kena kahwin dengan dia? Lagipun kami tak buat apa-apa, bayar jelah denda macam yang papa cakap tu.”
“Rif ni tak faham cakap mama ye? Sebabkan perangai buaya Rif tu, Afrina yang jadi mangsa. Rif agak-agak ada ke orang akan puji perempuan yang kena tangkap khalwat ni? Tak kisahlah dia bersalah ke, kena perangkap ke, orang akan tetap nampak perempuan yang berkhalwat ni jijik.” Ton suara Datin Amnah sudah meninggi.
“Ma, mama pasti ke dia ni mangsa? Jangan-jangan dia yang rancang semua ni?” Rifqy pandang aku. What?
“Hello, Encik Rifqy Dayyan, kau ingat aku hadap sangat dengan kau sampai sanggup mengerah otak aku merancang benda-benda macam ni.” Rafiq dah bangun dari kerusi dan menghampiri aku, risau agaknya aku naik hantu dengan adik dia.
“Manalah tahu, kalau kau boleh buat dekat Rafiq dengan Elina, tak mustahil kau boleh buat dekat aku juga.” Eh, dia ni memang dah melampau.
“Takde sebab aku nak perangkap kaulah, aku kalau nak berlaki pun takkan cari lelaki macam kau.” Cantik tak bahasa aku? Kau yang mintakan?
“Sudah, sudah.” Dato’ Zakaria bangun, melangkah menghampiri Rifqy yang tengah menyinga depan aku.
“Papa rasa, apa yang mama cakapkan tu betul. Tak salah Rifqy selamatkan maruah seorang wanita, besar pahalanya.” Ewah, Zakaria ni nak bercakap soal pahala pula. Aku tak perlukan belas ihsan koranglah.
“Afrina. Saya nak minta maaf, sebabkan perbuatan anak saya awak pun terjebak sama. Kalau awak tak keberatan, saya dan isteri saya nak pinang awak untuk Rifqy.” Hah? Macam ni pun boleh ke?
“Awak cakap parents awak dah meninggalkan? Macam mana dengan saudara-mara yang lain? Saya nak jumpa dia orang untuk bincangkan perkara ni.” Lembut Dato’ Zakaria ni bertutur, nampak sangat sifat penyayangnya tapi tak sangka hatinya hitam.
“Pa.” Rifqy memaut lengan papanya sambil memandang Datin Amnah yang dah terjegil-jegil matanya memberi amaran agar Rifqy jangan membantah.
“Afrina, sebenarnya auntie dah lama suka dengan awak. Gerak hati tu memang nak jadikan awak sebahagian dari keluarga kami tapi auntie sedar anak-anak bujang auntie ni macam mana.” Datin Amnah memegang tanganku.
“Auntie anggap apa yang berlaku ni bukan satu musibah tapi satu ujian dari Allah dan mungkin ini juga petunjuk dari Dia yang membuka jalan buat auntie untuk kami bawa Afrina ke dalam keluarga ni.” Aku pandang muka Datin Amnah, bercakap dah macam ustazah. Memang aku tak nak pun ada hubungan kekeluargaan dengan keluarga ni tapi mungkin betul cakap Uncle Yasin. Lagi mudah buat kerja dari dalam.
Kalau rancangan aku dah berjaya, keluarga ni dah hancur, aku tak rugi apa-apa pun. Aku akan tinggalkan mereka, bina hidup baru aku bersama Uncle Yasin.
“Datin, saya ni anak yatim piatu, membesar di rumah anak-anak  yatim, tak setanding dengan anak dan keluarga Datin. Saya tak nak dituduh, dihina yang bukan-bukan. Macam Datin cakap, saya pun ada maruah.
Ikatan perkahwinan satu ikatan yang suci, tak mungkin saya memperjudikan hidup saya bersama dengan lelaki yang tak cintakan saya, yang sering berprasangka buruk terhadap saya.” Wah, bajet bagus je aku bercakapkan. Yelah, kena kasi dia orang ni confident yang aku ni bukan jenis pisau cukur ke atau ada agenda tersembunyi.
“Ok, aku setuju kahwin dengan kau.” Err? Semua mata memandang Rifqy. Apa hal dia ni, aku baru je menyuruh sel-sel otak aku bekerja mencipta ayat-ayat membuai jiwa, dia tiba-tiba je bersuara.
‘Bercakap macam perempuan suci sangat. Kau je yang baik, aku ni macam teruk sangat. Ok, takpe kalau aku kahwin dengan kau pun aku tak rugi apa Cik Afrina oi.’
Rifqy pandang wajah Afrina yang berubah kelat.
“Betul Rif setuju ni?” Wajah Datin Amnah bertukar ceria.
“Iye ma, bila fikir balik betul apa yang mama cakap tu. Reputasi Rif as a playboy memang dah diketahui ramai kan? Tapi Afrina ni tak salah apa-apa, tiba-tiba boleh terjebak dengan masalah ni dan orang kat luar tu tentu akan samakan dia dengan perempuan-perempuan yang Rif selalu keluar tu kan?” Sedap tak ayat aku Afrina? Ingat kau seorang je boleh gula-gulakan mama aku.
“Kau jangan main-main Rifqy. Soal nikah kahwin ni..”
“Apa pula main-main, aku serius ni, atau kau nak gantikan tempat aku jadi hero tuan puteri kau tu?” Rifqy memotong cakap Rafiq yang akhirnya bersuara selepas lama memerhati drama kat depan dia.
“Ok, Rifqy dah setuju. Afrina pula macam mana?” Aku toleh ke arah Dato’ Zakaria yang bertanya.
“Saya takde keluarga. Ibu angkat saya dah meninggal tapi elok rasanya kalau perkara ni dibincangkan dengan keluarga housemate saya yang saya dah anggap macam keluarga sendiri.”
Teringat ibu bapa Shaza, Pakcik Malik dan Makcik Hasnah. Memang ibu bapa Shaza tu sayang betul kat aku sejak aku mula berkawan dengan Shaza. Walaupun takdelah selalu balik ke kampung Shaza tu tapi dia orang selalu pesan, kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan bagi tahu dia orang. Uncle Yasin memang kena tolak tepi, dah sah-sah dia orang akan cam Uncle Yasin nanti.
“Hmm, lagi bagus. Biar yang tua-tua ni yang selesaikan soal nikah kahwin ni. Afrina bagi alamat dia orang dan bagi tahu dia orang yang kami nak jumpa.” Apa-apa hal pun aku kena bincang dulu dengan Shaza, kena bagi tahu apa yang terjadi ni kat family dia juga.
“Afrina jangan risau, hal berkhalwat ni takkan bocor kat siapa-siapa pun. Uncle dah bincang baik-baik dengan pegawai tadi. Dengan family Afrina tu nanti, tahulah kami nak bercakap macam mana.” Aku mengangguk, lagi bagus. Walaupun aku tak kisah dengan apa yang berlaku tapi aku masih ada rasa segan dengan keluarga Shaza.
Selama hari ni, dia orang selalu layan aku dengan baik sama macam dia orang layan Shaza jadi takkanlah aku nak rosakkan nama baik aku sendiri dan biarkan mereka anggap aku ni perempuan murahan.
“Nanti saya bagi tahu Dato’ dengan Datin. Dah lewat ni, saya nak minta diri dulu.”
“Rif, pergi hantar Afrina balik.” Dato’ Zakaria mengarahkan Rifqy dan Rifqy muka jangan cakaplah, macam bengang je.

“Jom, mama temankan sekali. Karang tak pasal-pasal kena tangkap lagi sekali.” Dato’ Zakaria senyum mendengar kata-kata isterinya.

****************************
Gelojoh betul keluarga si Rifqy ni, kata dia orang tak payah nak bertunang-tunang ni, dua bulan dari tarikh perbincangan hari tu terus adakan majlis perkahwinan. Semua perbelanjaan ditanggung oleh mereka. Kata mereka buat majlis sekali saja di hotel, tak perlulah keluarga Shaza bersusah-payah walaupun Pakcik Malik dan Makcik Hasnah berkeras nak buat majlis di kampung. Soal jemputan, ajaklah berapa ramai pun saudara-mara atau orang kampung yang nak datang. Perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Amboi, berlagak je bunyinya.
“Wei, ni apa yang masam mencuka je muka tu?” Shaza di sebelah manis berbaju kurung moden warna pink.
“Dah nak kahwin dah pun. Sat lagi rasmilah lelaki handsome tu jadi suami kau.” Aku juihkan bibir mendengar kata-kata Shaza dan dia hanya ketawa melihat aku.
“Cantiklah baju-baju kau Af, untung kahwin dengan orang kaya, tak payah pening-pening soal budget.” Dia pandang aku, Shaza memang macam ni, semua benda buat dia kagum. Baju ni memanglah cantik tapi aku nyaris tak berbaju nak kahwin ni. Macam dulu-dulu jugalah, bergaduh kat butik Moon, makhluk dua alam tu.
Lama jugalah nak dapat kata sepakat. Memanglah aku ni tak alim mana, tak tutup kepala, kadang-kadang pakai skirt tapi takdenya aku nak pakai baju pengantin ala-ala princess yang terdedah sana-sini tu. Akhirnya setelah bertekak berjam-jam dapat juga baju nikah yang aku berkenan ni.


Untuk acara bersanding pula bakal mak mertua dengan pak mertua aku tu berkenan kalau kita orang pakai songket. Ikutkan jelah, tapi nak mencari yang berkenan pun bergaduh juga.


Malam nanti ada acara potong kek pula. Dah macam triathlon, semua buat dalam satu hari ni, nampak tak gelojoh tak gelojohnya dia orang ni. Untuk persalinan malam ni memang aku kalah, Rifqy dengan kuasa vetonya pilih baju yang dia berkenan. Huh, yang nak pakainya aku tapi aku ikut je sebab nasib baik baju tu kira oklah, takdelah terdedah sangat.


“Aku keluar kejap tau?” Aku mengangguk sambil melihat Shaza melangkah keluar dari bilik persalinan. Tinggal aku dengan Moon dan team dia je dalam bilik ni.
Lagu The Devil Within berbunyi dari handphoneku. Uncle Yasin. Aku bangun menghampiri balkoni, jauh sedikit dari Moon.
“Assalamualaikum, uncle.” Sayu aku panggil Uncle Yasin.
“Hey, girl. Janganlah menangis, hari ni kan hari bahagia Opie.” Aku kesat air mata yang bergenang di kolam mata bila mendengar suara lembut Uncle Yasin di hujung talian.
“Ingat, hari ni akan jadi satu permulaan buat kita untuk memperjuangkan apa yang berlaku pada family Opie.” Aku angguk, seolah-olah Uncle Yasin ada di hadapanku.
“Opie akan sentiasa jadi kesayangan Uncle, jangan bimbang ye sayang? Bila semua ni dah selesai, kita akan pergi jauh dari sini.”
“Uncle..” Susah aku menahan air mata dari tumpah.
“Dah jangan nangis, anak Uncle ni kan kuat orangnya.”
“Uncle.” Aku panggil Uncle Yasin manja.
“Ya, my girl.” Aku senyum. Dari kecil memang itulah panggilan Uncle buat aku.
“Promise you would never leave me.”
“Yes, I promise. Now, be a good girl, jadi pelakon yang hebat hari ni ok?”
“Ok.”
“I’ve got to go. Don’t worry, Opie akan sentiasa ok.” Aku angguk lagi seolah-olah Uncle Yasin ada di sisiku.

Mendengar suara Moon yang terjerit-jerit menyuruh team dia bersedia buat aku terkejut. Cepat-cepat air mata yang hampir tumpah aku lap dengan tisu. Sabar Opie, sikit je lagi untuk kau tamatkan semua ni.

*************************************
Ada lagi part 7 ngan 8 yg dah lama siap tapi nak check dulu..
milkysmile