Pages

Saturday, November 1, 2014

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 1


Aku mencatat sesuatu di dalam buku notaku. Semua maklumat yang aku perlukan ada dalam buku ni.
Zakaria dan isterinya Amnah. Rakan kongsi dan kawan baik papa but at the end belot dan sebabkan kematian papa.
-         Chairman kat AzZa Excel Berhad
-         Setiap Sabtu selalu main golf
-         Isteri – bekas setiausaha di AzZa. Sekarang suri rumah, sesekali terlibat dengan persatuan wanita
Rafiq Daniel, anak sulung.
-         CEO Excel Dynamic.
-         Bertunang dengan Elina Tan Sri Hamid
-         Serius, bukan kaki club, skema

Rifqy Dayyan, anak kedua
-         Managing Director di AzZa
-         Playboy, kaki clubbing, dj
-         Sedang bercinta dengan model Jessica Lim (tak tahulah yang ke berapa)

Thaqif Izran n Hadif Ifhan – kembar
-         Jurutera di AzZa
-         Playboy, kaki clubbing
-         Selalu lepak kat gym

Bertahun aku kumpul maklumat tentang keluarga ni. Bertahun aku bersabar dan merancang untuk memusnahkan keluarga ni yang sekian lama membuat aku derita. Aku akan pastikan mereka juga turut derita seperti aku.
“Af, boleh tolong saya?” Afrina melangut.
“Ada apa Encik?”
“Tolong photocopy ni. Saya nak 10 copies ya?” Aku menyambut dokumen yang dihulurkan Encik Rafiq.
“Sally mana ya?” Aku memandang meja kerja Kak Sally. Eh, mana pula dia pergi? Tadi aku rasa ada dia kat situ tengah menaip.
“Entah. Tadi dia ada kat tempat dia.”
“Takpelah. Saya nak segera ya? Ada meeting kat AzZa pukul 3 ni.” Aku mengangguk.
“Thanks.” Aku mengangguk lagi. Encik Rafiq berlalu meninggalkan kubikelku. Bukan aku tak perasan yang dia macam nak bercakap dengan aku tapi sebab aku layan acuh tak acuh je terus mamat tu blah.
Aku takde masa nak melayan kau sekarang ni Rafiq. Aku ada benda penting nak aku settlekan. Buku catatanku kembali aku buka, aku catat maklumat yang baru aku terima. Senyuman terukir di hujung bibir. Banyak yang telah aku kumpul dan aku hanya menunggu masa untuk menjalankan rancanganku.
Salah satu rancangan aku adalah masuk ke kawasan musuh dan aku dah pun berjaya. Sudah hampir 2 tahun aku bekerja di Excel Dynamic. Mulanya aku nak mohon bekerja di AzZa tapi peratus untuk layak bekerja di HQ tu agak tipis. Aku ni cuma ada diploma je dalam bidang pentadbiran. Nasib baiklah ada jawatan kosong sebagai penolong pentadbir kat syarikat ni dan nasib baik jugalah ada orang yang menolong aku dapatkan kerja ni.
Sekali kali lagi aku melangut bila mejaku diketuk. Heh, mamat berlagak ni.


“Rafiq ada?” Dia bertanya kerek. Menyampah aku. Kat dalam office kot yang beria sangat pakai cermin mata hitam tu kenapa?
“I’m not his secretary.” Kau kerek, aku lagi kerek.
“But I’m asking you.” Dia buka cermin matanya. Macam tahu je aku baru lepas kutuk dia. Aku diam tanpa memberi respond dan melihatkan aku hanya berdiam, dia bergerak menghampiri kerusiku. Tunduk dan berbisik di telingaku.
“I still have your picture.” Aku menggerakkan sedikit kerusiku ke belakang kemudian wajahnya aku pandang tajam.
“Ada.”
“See, senang je nak jawab soalan I kan?” Dia bergerak meninggalkan mejaku dan menghampiri bilik abangnya. Bodoh punya playboy, nak ugut-ugut aku pula. Sebenarnya bukan aku kisah pun pasal gambar tu. Bukannya aku bergambar tak senonoh pun cuma tempat aku bergambar tu je yang tak senonoh.
Macam mana aku boleh jumpa mamat berlagak ni? Semuanya disebabkan siasatan yang aku lakukan. Wah, siasatan tau. Dah macam polis pula. Dua tahun lepas aku ke sebuah kelab malam eksklusif untuk kumpul maklumat aku.
Mulanya cuak juga aku nak masuk kelab macam tu. Banyak yang buruk dari baik yang aku dengar. First time kot aku nak masuk tapi dengan sedikit practice yang diajar pada aku, maka aku lepas je masuk kelab tu.


Ok, baru je aku melangkah masuk aku dah pening. Macam mana dia orang semua ni boleh duduk dalam suasana macam ni? Dahlah lampu macam-macam colour, dengan muzik yang bising macam ni. Kat tengah-tengah tu punyalah ramai yang berjoget-joget, very ecsotic. Dah kenapa nak kena menari tergesel-gesel macam kucing tu?



Aku abaikan semua tu yang penting rancangan aku. Aku bergerak dalam lautan manusia yang tengah terkinja-kinja sambil terjerit-jerit ni. Semakin hampir dengan pentas, aku bergerak lagi sambil meninjau kawasan yang sedikit lapang untuk aku jalankan misi menyiasat aku.

“Ok, guys. For the next song, I dedicate it to all beautiful ladies here. Enjoy.” Aku pandang dj yang berada di atas pentas. Handphone aku capai dari dalam handbag. Beberapa aksi si dj aku rakamkan. Setiap pergerakannya aku perhati. Jadinya malam ni aku dah jadi observer. Hampir sejam juga aku mengintip pergerakan dia. Naik lenguh sendi lutut aku ni berdiri di balik pentas ni.
Aku lihat dia berbisik dengan seorang lelaki, kemudian lelaki di sebelahnya itu terangguk-angguk. Si dj buka headphone dan diserahkan kepada rakannya tadi kemudian dia turun menyertai manusia yang sedang sakan menari. Hish, mana pula dia pergi? Aku ni dahlah tak cukup inci, jenuh terlompat-lompat mencari bayang si dj.
“Aaa.” Ada tangan yang menjalar di pinggangku. Aku cuba merungkaikan pegangan tersebut namun ada kepala pula yang membenam di tengkukku. Hish, siapa ni.
“Hi, sweetie.” Aku dengar deru nafasnya di telingaku. Aku cuba meronta.
“Lepaslah.” Aku pijak kakinya dan aku dengar dia mengaduh. Aku pusing memandang siapa yang berani memeluk aku dari belakang. Mr. Dj senyum sambil menggosok kakinya yang aku pijak tadi.
“Come.” Dia menarik tanganku. Eh, nak bawa pergi mana ni? Aku cuba menarik kembali tanganku namun gagal. Di hadapan sebuah bilik dia menolakku masuk.
“Ok, so explain to me, why you took so many picture of me?” Dia melangkah ke sebuah kerusi dan duduk menghadap aku.


“Siapa yang ambil gambar awak? Perasan.” Aku memeluk tubuh. Memerhati sekeliling bilik. Kalau berlaku apa-apa aku tahu macam mana nak bertindak. Ikhtiar hidup, bak kata Uncle Yasin.
“Ok, kalau you tak ambil gambar I, let me look at your phone.” Dia meminta.
“Eh, suka hati nak tengok handphone saya pula. Tak boleh.” Aku memegang kejap handbagku.
“Kalau you tak tangkap gambar I, tak perlu takut. Just show me and if you think that I will take your handphone, sorry dear, handphone I lagi canggih kot.” Kurang asam laki ni. Aku tahulah handphone aku ni jenama murah je.
“No.” Aku bergerak ke pintu, ingin keluar dari bilik ini namun pantas tangan aku ditarik dari belakang.
“Ok, fine. Smile.” Aku tergamam bila dia mengambil gambarku.
“Maybe tak sebanyak gambar I yang you ambil but satu ni pun dah cukup for my collection.” Lantak engkaulah. Aku buka pintu dan melangkah keluar.
“Dah alang-alang you kat sini, how about temankan I.”
“Eh, tak kuasa. Saya datang sini bukan nak bercanda-ria.”
“Of courselah orang datang sini nak bercanda-ria, takkan nak mengaji pula.” Aku berhenti dan memandangnya. Sangat kurang ajar ayat tu.
“Well, betulkan apa yang I cakap?” Aku berpusing kembali dan melangkah mencari jalan keluar. Rimas,rimas. Aku nak keluar dari kelab ni. Kepala aku dah berdenyut-denyut. Taubat lepas ni tak nak masuk tempat macam ni lagi.
“Rugi je kau bayar pekerja tapi duk berangan je kerjanya.” Aku tersentak. Hilang terus saat pertemuan pertama aku dengan mamat berlagak depan aku ni. Aku hadiahkan jelingan padanya.
“Saya nak keluar makan. Dokumen yang saya bagi tadi dah fotostat?” Aku tepuk dahi. Alamak, macam mana boleh terlupa ni.
“Sorry Encik, terlupa. Saya fotostat sekarang. Encik nak pergi HQ pukul berapa?” Aku bangun.
“Ikutkan saya nak pergi terus lepas makan ni tapi dah awak tak fotostat lagi. Nanti lepas makan saya ambil then terus pergi.”
“Maaf Encik.”
“It's ok, but make sure lepas saya lunch semua dah ready.” Rafiq menghadiahkan senyumannya. Kenapalah dia ni berbeza dengan adik-adik dia? Anak angkat ke?
“Makin lemaklah pekerja kau ni.” Aku berlalu meninggalkan dua beradik itu dan menuju ke tempat mesin fotostat. Lagi lama di situ lagi sakit hati aku.


Jam di tangan menunjukkan ke angka 12.30 tengahari. Hanya ada lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan report sebelum dihantar ke bilik Encik Rafiq. Tugas yang sepatutnya dibuat oleh Kak Sally terpaksa diserahkan kepadanya kerana Kak Sally perlu menyiapkan laporan mesyuarat bersama BOD dari HQ semalam dan perlu diserahkan kepada mamat berlagak di HQ tu.
“Af, banyak lagi ke?” Kak Sally yang entah bila datang ke kubikel aku menegur.
“Ada sikit je lagi kak. Akak nak gi HQ ke ni?” Aku tengok Kak Sally dah membimbit segala jenis barang di tangannya.
“Kak, dia tu takde s.u ke? Kenapa report untuk dia pun akak nak kena buat?” Aku meluahkan rasa tak puas hati. Meeting semalam, melenggang je aku tengok. Kak Sally kena cover untuk semua Director termasuklah Encik bos di dalam tu. Mana company secretary?
“Kak Abdah, suami dia masuk IJN.” Kak Sally menjawab. Kak Abdah tu company secretary, abis tu secretary Mr MD yg sexy tu mana?
“Lola, dia MC.” Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikirkan Kak Sally ni.
“Oklah, akak gerak dulu tau. Nanti lambat, bising lagi Mr MD Af tu.”
“Hish, apa pula Mr MD Af. Tak kuasa aku.” Kak Sally dah ketawa membawa langkahnya. Sempat juga aku perhatikan Kak Sally yang berjalan menuju ke lif. Umur dah pertengahan 30-an, anak dah tiga orang tapi badan masih tip top lagi. Kalau nak bandingkan aku dengan Kak Sally, setakat badan maacam aku ni memang takde sapelah nak phewit, phewit aku.
Aku menyambung kembali kerja yang tertangguh disebabkan iklan sebabak tadi. Dah hampir siap dan nak check dulu sebelum bagi kat big bos. Selepas semuanya aku rasa perfect, aku print satu salinan untuk Encik Boss. Langkah diatur menuju bilik Encik Boss.
“Masuk.” Aku dengar suara Encik Boss suruh aku masuk lepas aku mengetuk pintunya.
“Encik Rafiq, ni report untuk projek Encik Ikram. Saya dah check macam yang Encik Ikram minta and this is the soft copy.” Encik Boss ambil pendrive dari tangan, kemudian mencucuk di laptopnya. Aku pandang wajahnya yang nampak keruh tu. Bergaduh dengan tunanglah tu. Segaris senyuman terukir di bibir.
“Afrina boleh tolong buatkan a cup of coffee for me?” Encik Boss menyerahkan kembali pendrive kepadaku. Aku mengangguk mendengar permintaannya. Kusutnya rupa.
“Encik nak apa-apa tak? Biskut ke, kuih ke?” Dia geleng kepala lemah.
“Encik tak keluar lunch?” Dia geleng kepala lagi.
“Encik nak kirim apa-apa? Nanti saya keluar lunch boleh saya belikan.” Baiknya kau Afrina.
“Takpelah saya tak ada selera.”
“Encik tak sihat ke? Nak ubat tak?” Encik Boss senyum sambil gelengkan kepalanya. Nasib baiklah Encik Boss ni orangnya sangat sabar, kalau mamat berlagak tu dah lama agaknya aku kena sembur. Takpun kena watcha sekali.
Aku keluar ke pantry, jam di tangan dah menunjuk ke pukul 1.05. Laili dengan Isha dah melambai-lambai tangan, nak ajak lunch dan pelik tengok aku melangkah ke pantry. Tapak tangan diangkat minta mereka tunggu sekejap. Setelah siap membancuh kopi aku membawa masuk ke bilik Encik Boss.
“Encik, ni kopi. Saya nak keluar pergi lunch, kalau tetiba rasa nak makan apa-apa, call je tapi jangan minta Western food pula. Saya makan kat Warung Pak Aziz depan tu je.” Dia senyum kemudian mengangguk. Aku keluar dari biliknya dan menuju ke kubikel mengambil dompet.
“Amboi, siap buat kopi dulu untuk cik abang tu ye.” Laili mengusik aku.
“Hish, dah, dah. Aku lapar ni, jom cepat.” Isha dan Laili ketawa.


“Masuk.” Lelaki dari kereta Audi RS 7 warna hitam itu mengarahkanku masuk ke dalam keretanya. Huh, tak kuasa nak melayan. Aku terus melangkah menuju ke hentian bas. Dia tekan hon bertalu-talu sampai semua umat manusia yang ada kat perkarangan bangunan dan kawasan berhampiran duk pandang-pandang. Aku masih buat tak tahu dan meneruskan langkah aku.
Geram agaknya dengan aku, dia turun dan menghalang laluan aku.
“Aku suruh kau masuk.”
“Eh, kenapa pula saya nak masuk kereta Encik? Encik bukan abang saya, jauh sekali suami saya, bukan juga boyfriend saya dan bukan juga jiran saya, saudara saya pun bukan.”
“Yang kau merepek ni apahal?” Dia menarik tangan aku menuju ke keretanya.
“Eh, Encik. Lepaslah, yang tarik-tarik tangan orang ni kenapa?” Wah, berani kau buat tak dengar aku bertanya. Pintu di sebelah penumpang dibukanya kemudian menolak aku masuk ke dalam kereta. Dia kemudiannya melangkah ke tempat pemandu selepas menutup pintu aku. Dan kalau dia ingat aku nak duduk diam je kat situ, silaplah. Aku buka pintu dan keluar dari kereta.
Dia yang baru nak buka pintu kereta kembali mengejar aku dan mengheret aku kembali ke kereta dan kali ni dibawa ke sebelah pintu pemandu. Dari tempat duduk dia, aku ditolaknya ke tempat duduk di sebelah. Ya Allah, nasib baiklah aku pakai baju kurung, kalau pakai skirt buruk betul tertonggeng-tonggeng nak kena duduk kat sebelah. Nasib baiklah kereta zaman sekarang ni gear dah tak letak betul-betul kat tengah-tengah, dan nasib baiklah kereta dia ni takde arm rest kalau tak, hmm..malas nak sambung.
Dia masuk dan kemudian mengunci kereta. Seatbelt aku ditarik ganas dan dipasangnya. Hish, geli betul badan rapat-rapat kat aku. Kalau perempuan lain mulalah drooling, cium bau perfume pun boleh angau, dapat tengok muka dari jarak dekat lagilah berdebar-debar, kalau ada peluh menitis pun boleh admire. Yak. Aku kalau dah tak suka, kau pakai satu botol minyak wangi pun tak mampu menarik perhatian aku.
“Kau nak kidnap aku ke mana pula ni?” Kata ganti nama dah bertukar. Dia diam sambil membelokkan keretanya keluar dari perkarangan syarikat.
“Kau pekak ye?” Sengaja aku bagi dia panas. Untung-untung dia berhenti kereta dan tinggalkan aku kat tepi jalan macam sebelum ni.
“Sorry, if you think you can fool me twice. Shame on you.” Aku hanya menjuihkan bibir. Sambil memandu tangannya menjalar cuba membuka glove box. Bila terkena saja kaki aku, pantas tangan aku menampar tangannya.
“Sakitlah.” Dia memandang aku. Tapi aku tak nampak mata dia yang tersembunyi dibalik sunglass tu. Yang pasti mesti tengah terjegil-jegil.
“Dah tu yang kau raba-raba tu apasal?”
“Siapa nak raba kau? Tak ingin la.” Eleh, tak ingin konon. Macam aku tak tahu lelaki jenis kau ni.
“Bukakan box tu.” Kali ni aku menurut sebab tak nak tangan dia merewang-rewang kat kaki aku.
“Ambil envelope warna coklat tu.” Aku ikut je arahan dia walaupun hati rasa terbakar je.
“Tengok apa yang ada kat dalam tu.” Sebelum dia suruh sebenarnya aku dah masukkan tangan ke dalam envelope. Aku keluarkan isi dari dalam envelope tu.
“Nah.” Aku hulurkan pada dia.
“Tengok gambar tu. Kau tahu tak sebab gambar ni, Rafiq dengan Elena bergaduh dan Elena nak putuskan pertunangan dengan Rafiq.” Tahu dah. Lagipun eloklah Encik Boss putuskan aje hubungan dengan perempuan ni, tengok pun tahu bukan stok baik-baik. Tak sesuai langsung dengan Encik Boss yang baik hati tu. Tapi kalau dengan kau sesuailah kot.
“Kau sengaja buat macam tu kan?”
“Hello, Mr MD. Cakap baik-baik sikit ya. Ini waktu aku tolong Encik Boss sebab dia tak sihat. Dia rasa macam nak pitam dan minta tolong aku pimpin dia ke kereta. Lagipun waktu ni sebenarnya Encik Ikram ada sama tapi hamba Allah tu pergi jumpa Mr Wong. Encik Boss pula dah tak larat sangat.”
“Itu semua alasan kau je kan?”
“Alasan apa kebendanya pula. Kau ingat aku suka nak peluk-peluk Encik Boss. Kau tengoklah badan abang kau ni macam mana, nak dibandingkan dengan aku yang kurus kering ni mana nak larat tampung berat dia tu.”
“Aku nak kau explain kat Elena.”
“Hish, tak kuasa aku. Abang kau pun tak kecoh suruh aku jumpa si Elena tu, yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Lagipun kalau si Elena ni betul-betul cintakan abang kau, dia kenalah percaya pada abang kau. Encik Boss tu punyalah baik, bukan jenis kaki menipu.” Lainlah engkau, nampak ada tokoh jadi penipu. Dalam hati jelah ayat hujung tu, kang tak pasal-pasal dapat penampar sedas.
Dia berhentikan kereta di tepi jalan secara tiba-tiba. Yes, dia nak turunkan aku kat sinilah tu.
“Turun.” Kan betul. Aku mengekek dalam hati.
“Kau ni gila ke? Tempat sunyi macam ni kau suruh aku turun. Kalau jadi apa-apa kat aku nanti macam mana?” Berlakonlah sikitkan.
“Aku peduli apa. Turun.” Suaranya naik bukan satu tapi dua oktaf kot.
Selepas dengan bangga tinggalkan aku kat tepi jalan ni, mamat berlagak tu memecut laju keretanya. Handphone di dalam beg aku capai.
“Hello, kat tepi jalan ni…ok.” Aku senyum.
Rifqy berhentikan kereta di bahu jalan, bimbang pula pada Afrina yang ditinggalkannya ditepi jalan. Kalau jadi apa-apa bukan aku ke yang akan dipersalahkan nanti? Nak-nak dia orang terakhir yang dilihat bersama dengan Afrina. Ramai saksinya tadi. Akhirnya dia memberi signal dan berpatah balik untuk mengambil Afrina namun bila dia sampai ke tempat ditinggalkannya Afrina tadi, wanita itu telah tiada. Rifqy telan air liur, jam di dashboard ditoleh. 7.14 malam. Tanpa buang masa terus dipecutnya Audi membelah jalan yang semakin lengang itu.


Aku mengelap rambut yang baru dicuci dengan tuala sambil membawa langkah menuju ke katil, kemudian merebahkan badan. Padan muka kau Rafiq, walaupun kau tu baik tak macam ahli keluarga kau yang lain tapi kalau dah nama ahli keluarga Zakaria, aku akan pastikan semuanya hancur. Hahaha..
Gambar-gambar di tangan ditatapnya. Ada senyum terhias di bibirnya. Ini baru permulaan dan aku akan pastikan segala rancangan berjalan seperti yang dirancang. Ketukan di pintu mematikan fikirannya yang penuh dengan rancangan menghancurkan keluarga Zakaria.
“Ya.”
“Af, kau nak pergi makan tak?” Shaza teman serumahnya bertanya.
“Kejap-kejap, aku nak keringkan rambut.” Aku bingkas bangun dari katil. Terlupa pula perut ni kena isi barulah semangat nak meneruskan rancangan. Dengan hoodie berwarna hijau dan sweatpants hitam dia melangkah keluar dari bilik. Rambut yang telah dikeringkan tadi, diikat ekor kuda. Bukan nak pergi mana pun, makan kat medan selera depan sana tu.
Tengah syok aku dan Shaza menikmati makanan, macam manalah aku boleh ternampak mamat berlagak tu masuk ke medan selera ni. Dia dan beberapa orang kawannya mencari-cari tempat kosong dan waktu tu aku tunduk, dengan harapan dia tak nampaklah aku.
“Can we sit here?” Aku masih tunduk waktu dengar suara dia. Hish, sibuk betullah.
“Aa?” Shaza dah tergamam. Tak tahulah terkejut sebab ditegur tiba-tiba atau terkejut nampak mat-mat handsome ni.
“You berdua je kat sini dan kebetulan meja ni ada kosong. So, boleh tak kami duduk sini?”
“Banyak lagi meja kosong. Sana tu ada, kat sana pun ada.” Aku angkat kepala, siap tunjuk-tunjuk lagi meja kat gerai-gerai lain.
“Eh, ingat pokok tadi.” Dia sengih sambil tarik kerusi sebelah aku. Dua orang kawan dia pun dah duduk. Seorang kat sebelah Shaza, seorang lagi tarik kerusi dan jadi pengerusi mesyuarat.
“Banyaklah kau punya pokok.” Aku jeling dia, kemudian menyuapkan nasi goreng dengan ganas. Ganaslah sangat sampai kawan dia yang kat sebelah Shaza tu mengekek gelak.
“Yang kau sibuk duduk sini kenapa? Tu banyak lagi tempat kosong.” Aku menjuihkan mulutku pula.
“Dah ini favourite stall kita orang, nak buat macam mana. Betulkan bro?” Budak pelayan yang terpacak pegang buku 555 dengan pen tu terangguk-angguk mengiakan. Baru perasan budak ni, entah bila datangnya. Pantas pula kau ye? Aku dengan Shaza tadi berkali-kali melambai-lambai baru korang datang.
“You selalu makan sini ke?” Dia memandang aku yang dah macam kura-kura tengah makan ni. Dah tak nampak tengkuk sebab rapat ke meja.
“Tak payah nak ramah sangatlah, bukan kau tak tahu aku duduk area sini.”
“You ni sombong betullah, orang tanya elok-elok.” Eleh, tak payah nak berlakon. Kau ingat aku tak nampak kau sengih-sengih tu. Aku sumbat nasi goreng ke mulut.
“By the way, macam mana you balik tadi?” Dia berbisik di telingaku. Hish, dia ni suka-suka hati je. Tengok Shaza dah ternganga tu. Aku diam, malas nak menjawab soalannya.
“Sedap sangat ke nasi goreng tu? Dari tadi tak berhenti-henti menyumbat, sampai orang tanya pun tak nak jawab.” Sudu di tangan dirampasnya lalu dia menyudu nasi goreng dalam pingganku kemudian disuap ke mulutnya.
Shaza ternganga lagi di depanku. Tak payah mengangalah Shaza oi, baik kau tutup mulut tu karang masuk lalat. Mamat berlagak ni memang selalu buat perangai tak semenggah ni.
Dia letak sudu dalam pingganku semula. Ingat aku nak sambung makan balik ke? Sorry. Pinggan yang masih bersisa aku tolak kepada dia.
“Adik bungkus nasi goreng kampung dengan telur mata satu. Bagi pedas sikit.” Budak pelayan tadi yang baru meletakkan makanan yang dipesan oleh mamat berlagak and the gang mengangguk.
“Nasi ni tak habis lagi dah order lain. Kuat betul you makan ye? Tak padan kurus.” Aku buat bodoh, nak perli-perli aku pula.
“Nak rasa tak I punya ni?” Dia menghulurkan pinggan berisi kuew tiaw ladna kepadaku.
“Tak payah. Kau…” Hish, sapa pula yang call ni? Baru nak bergaduh. Handphone Lenovo dari kocek hoodie aku capai. Encik Boss!
“Hello.” Aku menjawab seayu mungkin, sengaja. Tapi takde jawapan dari hujung talian. Hish, Encik Boss ni kenapa pula?
“Hello.”
“Afrina.” Ha, ada pun suara.
“Ya.”
“Boleh saya jumpa awak sekarang tak?”
“Hah? Encik Boss dah malam ni. Esok-esok jelah bincang. Saya kat kedai makan ni, mana nak cari file kat sini.” Aku dengar dia ketawa kecil.
“Saya bukan nak bincang pasal kerja.” Aku tahu.
“Pasal apa pula?” Sengaja buat tak tahu.
“I need someone.” Hish, ayat macam mengajak ke arah kemaksiatan.
“Encik Boss, kalau ada apa-apa cakap kat telefon je. Saya dengar.” Ceh, dah macam a good counselor la pula.
“Still, I want to see you.”
“Encik Boss, kalau encik jumpa saya pun, bukan saya boleh buat apa-apa. Saya bukan tok bomoh.”
“I know. Just… It’s ok kalau awak sibuk. Sorry ganggu awak Afrina.” Talian dimatikan, dan aku tanpa rasa bersalah menyimpan semula telefon di dalam kocek. Ini bukan cerita cinta, bila lelaki merayu begitu si heroin cair dan cuba call balik untuk memujuk dan bersetuju berjumpa. Ini cerita sebuah dendam yang berpuluh tahun tersemat dan memang sengaja dibiar sang lelaki merana. Huahuahua…Gelak jahat sikit.
“Apa dia nak?” Ini seorang lagi.
“Takde apa.” Aku duduk menongkat dagu memandang Shaza yang masih terkuis-kuis menolak sayur ke tepi pinggan. Memang macam ni lah kalau makan dengan Shaza, berjam-jam.
“Takkan takde apa-apa? Aku dengar dia ajak jumpa kan?” Eh, dah tukar kata ganti nama. Kan dah cakap berlakon je tadi.
“Kalau dia nak jumpa pun apa masalahnya? Dah aku pekerja dia.” Aku dengar dia ‘heh’kan aku.
“You know, because of you dia jadi macam orang tak tentu arah tu. Dah rasmi pun pertunangan dia dan Elena putus.” What? Yoohoo. Clap your hand Afrina. One of your plans has been successful.
“Kak nasinya.” Aku bangun mencapai bungkusan di atas meja. Shaza ikut bangun.
“Abang ni bayar ye dik.” Aku kenyit mata pada mat berlagak dan terus menuju ke motor Shaza. Dalam hati rasa macam nak lompat bintang meraikan kejayaan aku.


1 comment:

  1. Hi, saya jumpa blog ni sebab google pasal lakorn siam.. Then terbaca hasil tulisan you.. Saya suka sebab dah ada gambar senang nak bayangkan.. Rasa macam tengok drama hehehe.. Fighting !!!!

    p/s : suka heroin sebab garang kekeke

    ReplyDelete