Aku
sumbat donat ke mulut sambil tangan kanan laju melarikan mouse. Harian Metro
aku buka. Baca online je, tak kuasa nak membeli. Jangan nanti kalau orang
bercakap tentang isu hangat aku ternganga-nganga memandang.
Terasa
kubikel aku diketuk, lantas aku mendongak. Omo, Encik Boss. Awal dia datang?
Ini mesti kes tak boleh tidurlah ni.
“Masuk
bilik saya kejap.” Belum sempat menjawab dia dah melangkah ke biliknya. Hish,
Encik Boss ni ada lagi 10 minit kot sebelum waktu kerja. Donat yang masih ada
separuh lagi aku simpan semula dalam plastik. Sempat aku meneguk air kosong
dari botol minumanku.
“Kenapa
Boss?” Encik Boss memandang aku.
“Duduklah.”
Aku duduk.
Dia
pandang lagi muka aku. Ada senyum di wajahnya.
“Nah,
lap dulu mulut tu, penuh gula.” Hah, gula? Aku mengelap dengan tangan. Apo
punyo perangailah ko ni Afrina?
“Ambil
tisu ni, yang lap dengan tangan tu buat apa.” Rafiq memandang bibir merah jambu
kepunyaan gadis di hadapannya. Terasa berdebar dadanya.
“Kenapa
Encik nak jumpa saya ni?” Aku bertanya sambil mengelap saki-baki gula di bibir
dan pipi.
‘Afrina
ni sekejap Boss, sekejap Encik, ikut suka dia je nak panggil aku.’ Rafiq masih
lagi memandang wajah di hadapannya.
“Hish,
encik ni kalau panggil saya setakat nak pandang-pandang je, baik tak payah.
Baik saya keluar sambung makan donut.” Aku dah mula angin satu badan. Kau ingat
kau pandang-pandang macam tu boleh buat jantung aku dag, dig, dug ke?
“Ok,
sorry. Saya nak tanya kenapa semalam awak tak nak jumpa saya? Lepas tu lama
saya tunggu kotlah awak telefon balik pujuk saya.” Eh, dia ni dah kenapa? Baru
sehari putus tunang dah miang. Setahu aku dalam adik-beradik, dia tak termasuk
dalam kategori yang sama dengan mamat berlagak mahupun si kembar playboy.
“Encik,
dah malam kan? Apa kejadah saya nak jumpa tunang orang malam-malam? Nak pujuk
encik? Sedangkan encik cuma bos saya bukan boyfriend.” Aku menjawab lembut
walaupun ayat tu macam kurang asam je.
“Saya
dah putus.” Dia menjawab lemah.
“Hah?”
Aku pura-pura tak dengar.
“Saya
dah putus dengan Elena.”
“Takkan
sebab gambar tu kot? Encik tak explain ke dekat dia? Atau encik nak saya
explain pada dia?” Ceh, nampak concern tak?
“Takpe,
tak payah. Saya dah explain tapi dia tak nak terima. Saya terima mungkin dah
bukan jodoh saya dengan dia.”
“Habis
tu kalau redha kenapa saya tengok encik macam kucing mati anak? Eh, bukan.
Kucing saya dulu masa anak mati tak macam encik ni, bising dia mengiau.”
“Awak
samakan saya dengan kucing?”
“La,
kan saya kata tadi bukan.” Rafiq ketawa senang. Entah kenapa gadis di
hadapannya ini selalu buat jiwanya yang kacau jadi tenang. Kalau dia ada adik
perempuan macam ni kan bagus. Ingatannya pada adik Opie tiba-tiba hadir.
“Amboi,
happy nampak?” Aku menoleh. Heh, bala dah sampai.
“Oklah
encik, takde apa-apakan nak cakap?” Aku bangun.
“Aa,
eh, ada sebenarnya.” Dia pandang si mamat berlagak yang melangkah menghampiri
kami.
“What
do you want Rif? Pagi-pagi datang sini.”
“Salah
ke aku datang?” Dengan abang pun kerek. Aku hadiahkan jelingan buat mamat
berlagak yang duduk menyilang kaki memandang aku.
“Eh,
nanti. Laju nak ke mana? Buatkan kopi untuk aku.” Tanpa memandang dia, aku
keluar dari bilik Encik Boss.
“Kurang
ajar betul staff kau tu. Nak aku ajarkan?” Rifqy senyum memandang abangnya.
“Don’t
you dare and never, ever lay your finger on her.”
“Wah,
sayang kau kat dia ye? Agaknya betullah kata Elena yang cinta kau dah beralih
arah.”
“Stop
provoking me Rif. Hal aku dengan Elena takde kena mengena langsung dengan
Afrina.” Rafiq memandang adiknya. Entah kenapa suka cari pasal dengan Afrina?
Sejak bila adiknya itu bermusuh dengan Afrina pun dia tak tahu.
“Kau
tak lunch ke?” Aku pandang mamat berlagak yang tengah berdiri depan aku ni. Dia
ni takde kerja ke? Duduk melepak kat sini dari pagi tadi sampai lunch hour. Apa
kata aku cadangkan kau kerja kat Excel ni. Dia tarik kerusi Isha di belakang
dan rapat ke mejaku.
“Kenapa
kau ni kalau dengan aku sombong sangat. Tapi kalau dengan Rafiq bukan main
gedik lagi.” What? Aku pandang mukanya. Sedap mulut dia kata aku gedik.
“Bila
pula aku menggedik dengan abang kau?” Hish, geramnya. Nak je aku hentak kepala
dia dengan botol minuman aku ni.
“Aku
tahu kau suka dia kan? Eloklah, sekarang ni dia dah putus dengan Elena so, kau
bolehlah goda dia.”
“Eh,
kau ni..”
“Sorry,
ganggu.” Hish, Lily ni memang ganggu pun. Aku baru je nak sembur mamat berlagak
ni.
“Aku
dengan Isha turun makan dulu ya?”
“Eh,
nanti.” Aku bangun namun dihalang oleh Rifqy.
“Tepilah.
Aku nak makan ni.”
“You
berdua pergilah makan. I nak bawa cik adik ni lunch dengan I.”
“Ok.”
Lily dengan Isha berlalu pergi meninggalkan aku. Budak-budak kat office ni
memang dah faham sangat dengan aku dan Rifqy, dah tak jadi hal dah bagi dia
orang. Masa mula-mula dulu sibuk juga bergosip pasal aku dengan Rifqy tapi dah
selalu tengok adegan Tom and Jerry antara aku dengan Rifqy so, dia orang pun
malas nak melayan.
“Berbalik
pada topik yang kita bincang tadi, kau nak goda Rafiq ke?” Selamba je muka dia
bertanya soalan yang minta penampar tu.
“Kau
ni kenapa ya? Dah sewel? Bila masa aku suka kat abang kau tu? Aku kalau nak
cari boyfriend ke, suami ke tak teringin dari ahli keluarga kau ni.”
“Kenapa
dengan family kami?” Aku tersentak. Alamak, bila pula Encik Boss ni keluar?
“Aaa..”
Dah tergagap.
“Saya
tanya kenapa dengan family kami?” Dia pandang wajah aku. Tak pasti dia marah ke
tak sebab dia ni kadang-kadang tak beriak mukanya.
“Saya
tak sanggup hidup dengan adik-adik bos ni. Buat sakit jiwa je.”
“Kalau
awak kahwin dengan saya kenapa pula nak hidup dengan adik-adik saya? Hidup
dengan sayalah.” Eh, apa hal Encik Boss ni?
“Aaa..”
Aku gagap lagi.
“So,
that’s mean kau ni ada hati juga ke dengan minah meroyan ni?” Rifqy pandang
abangnya. Patutlah macam tak kisah je putus tunang dengan Elena, dah ada
pengganti.
“Aku
dengan Afrina takde apa-apa. Dah berapa kali aku explain.”
“Habis
yang kau cakap pasal kahwin tadi tu kenapa?” Muka Rifqy nampak tegang. Apa hal lah
mamat berlagak ni nak marah-marah pula.
“Aku
just play a game yang kau main tadi. Kau sibuk-sibuk provokes Afrina pasal
hubungan kami jadi apasalahnya aku join sekali.” Aku pandang je dua beradik ni.
Memanglah aku suka tengok korang bergaduh tapi tolong jangan depan aku dan aku
dah lapar gila ni.
“Dahlah
Af, jangan dilayan Rifqy ni. Pergi makan.” Aku mengangguk. Dompet di dalam laci
aku ambil. Menolak sedikit tubuh Rifqy agar aku dapat keluar dari kubikelku.
Namun lelaki itu menarik tanganku mengikut langkahnya.
“Rifqy.”
Aku dengar suara Encik Boss menjerit.
“Sakitlah.”
Aku cuba merentap kembali tanganku namun makin kejap pula pegangan tangan si
mamat berlagak ni.
Sampai
di parking lot, dia menolak aku masuk ke dalam keretanya. Tanpa suara dia
memecut keretanya keluar dari bangunan Excel Dynamic.
Sepanjang
perjalanan yang aku tak tahu mana destinasinya, kami masing-masing diam. Aku
tengok dia memandu ke arah Penchala. Aku dah malas nak ambil pusing sebab aku
dah lapar gila ni. Bawalah ke mana pun asalkan kau bawa aku pergi makan.
Dia
memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Sambal Hijau. Dia turun dari
kereta dan melangkah ke dalam restoran tanpa mengajakku. Heh, menyampah aku.
Aku mengekorinya setelah keluar dari kereta.
Ramai
orang waktu ni, mungkin sebab lunch hour.
“Duduk
sini, I ambilkan makanan untuk you.”
“Tak
payah, ak..saya boleh ambil sendiri, bukannya awak tahu selera saya.”
Terpaksalah jaga bahasa sebab kat meja sebelah-menyebelah ni ada orang.
“Hmm.”
Dia berlalu menuju ke tempat makanan. Sementara menunggu Rifqy, melilau mata
aku memerhati keadaan di dalam restoran. Meja di sebelah aku ni, ada empat
orang perempuan, lebih kurang sebaya aku agaknya dan asyik pandang-pandang
Rifqy lepas tu gelak-gelak. Tergodalah tu. Aku pandang Rifqy yang menghampiriku
dengan pinggan berisi makanan. Memang handsome pun mamat ni. Kalau kata model
pun orang percaya tanpa bantahan.
Elok
je dia duduk, aku bangun mengambil giliran. Banyaknya lauk, rasa nak makan
semua. Aku ambil nasi separuh kemudian pinggan kuisi dengan berjenis lauk.
Setelah puas aku kembali ke meja. Rifqy aku lihat sedang menyuap makanan. Tak
tunggu aku pun.
“I
order limau ais untuk you.” Aku pandang mukanya. Hish, pandai-pandai je order
air untuk aku. Aku letak pinggan di atas meja.
“Ya
Allah, you ni makan ke melantak?” Aku dengar perempuan-perempuan meja sebelah
ketawa manja.
“Perut
saya.” Aku menjawab. Geram aku dengan dia ni tau. Perlu ke cakap kuat-kuat
macam tu.
“Perut
you tu hak I tau.” Aku pandang tepi, perempuan-perempuan meja sebelah buat muka
terkejut. Rifqy pula selamba je aku tengok. Aku diam walaupun sebenarnya aku
rasa nak je menjawab sebab kalau aku jawab nanti lagi panjang kisahnya.
“I
tak suka peluk perempuan perut buncit tau.” Huh, berasap rasanya telinga aku
ni. Tanpa menghiraukan dia aku suap nasi ke mulut.
“Apa
ni?” Tangannya dah jatuh ke pinggan aku.
“Lala.”
“Sedap
ke?”
“Rasalah
sendiri.” Dia ambil sambal tumis lala dari pingganku.
“Ehm,
not bad.” Dicapainya lagi.
“Hish,
apa dia ni. Nak pergilah ambil kat sana.” Aku tepis tangannya.
“Kedekut.”
Dia mencapai gelas di hadapanku.
“Itu
air sayakan?” Aku lihat sedap je dia sedut limau ais aku.
“I
yang bayar semua ni nanti, so tak payah nak kedekut sangat.” Geram betul aku
dengan lelaki ni.
“You
dah ada teman untuk annual dinner minggu depan?” Haahlah, macam mana boleh
terlupa pasal dinner minggu depan.
“Kenapa
nak berteman-teman? Bukannya nak masuk hutan ke apa.”
“Hello,
takkan pergi dinner tak bawa teman? You ni tak biasa berparti ni.”
“Memang
pun. Saya bukan macam awak kaki clubbing, kaki perempuan.” Kaki apa lagi dia
ni.
“Waktu
muda nilah nak enjoy. Esok dah tua baru duduk rumah, pergi kelas agama.”
“Kot
sempat tua. Kalau muda-muda dah gol macam mana?” Aku capai gelas minuman tadi,
kemudian aku teguk air dari gelas tanpa menggunakan straw yang disedut oleh
Rifqy tadi.
“Kalau
you takde teman, jadi teman I.” Aku pandang wajahnya. Tak ingin aku. Kalau kena
jadi teman dia, tak payah pergi pun takpe.
“Please.”
Dia merayu. Ini apa hal nak merayu bagai dengan aku ni?
“Mana
your Jessica?”
“Dah
breaks off.” Pantas dia menjawab.
“Perempuan
lain mana? Kat kelab tu ramai je calon-calon, pilih jelah.”
“Malas.
Buat apa nak pilih kat kelab? You dah ada depan mata I, baik ajak you je.” Aku
mencebik. Tiba-tiba aku terfikir, lantas aku rapatkan tubuhku ke meja.
“Kat
sebelah ni ada empat orang. Pilih yang mana kau suka.” Aku berbisik sambil
tersengih. Dia toleh ke sebelah kanannya. Perempuan berempat tadi macam teruja
bila Rifqy pandang mereka.
“Not
my taste.” Hish, dia ni, coverlah sikit suara tu. Aku tengok perempuan berempat
tu dah berubah wajah. Mamat berlagak ni pula selamba je aku tengok.
“Bukan
awak ni pantang nampak perempuan ke?”
“I
admit yang I ni playboy tapi taklah semua perempuan I nak usung.” Aku menolak
pinggan ke tengah meja.
“Tak
mau. Lagipun tak rasa nak pergi. Dah ke? Jomlah, karang lambat sampai office.”
Aku melangkah ke kaunter dan Rifqy mengekori di belakang. Dia membayar harga
makanan yang kami makan tadi kemudian kami melangkah ke kereta.
“Nak
ke mana pula ni?” Aku bertanya bila aku lihat keretanya berhenti di hadapan
sebuah butik.
“Jom.”
Aku keluar dari kereta dan menurutinya ke dalam butik.
“Hai
Rif.” Seorang…erk, lelaki ke perempuan ni? Datang menghampiri kami.
Digosok-gosok lengan Rifqy. Eww, asal semacam je aku tengok.
“Moon,
tolong pilihkan evening gown for my girl ni.” Rifqy menarik tanganku.
“Ehm,
orang baru ya? Mana Jess?” Aku lihat makhluk yang bernama Moon itu memandangku,
atas, bawah. Hish, seram aku.
“Dah
jadi history.” Rifqy menjawab selamba kemudian duduk di sofa di tengah butik
tersebut.
“Ok,
tunggu sini, I ambil my collection dulu ya?” Rifqy mengangguk sambil mencapai
majalah di atas meja.
“Buat
apa kat sini? Dah pukul berapa ni? Nanti Encik Rafiq marah aku lambat masuk
office.” Aku duduk di sofa sebelah Rifqy.
“Aku
dah bagi tahu dia yang kau masuk lambat.” Tanpa memandang, dia menyelak helaian
majalah di tangannya.
“Kau
buat apa bawa aku ke mari hah?” Dia letak majalah atas ribanya kemudian
memandangku.
“Nak
pilih bajulah takkan nak beli ikan kat sini.” Dia memandangku geram.
“Kau
nak beli baju tak payahlah susah payah heret aku sekali.” Aku sandar badanku
kasar, proteslah konon.
“Ok,
ini antara dress yang I rasa sangat gorgeous.” Si Moon tadi tepuk dua
tangannya.
“Pergi
cuba.” Rifqy mengarahkanku.
“Kenapa
pula aku kena cuba?” Aku masih keras di sofa.
“Sebab
kau kena jadi partner aku untuk dinner nanti.”
“Eh,
suka hati kau je. Kan aku dah bagi tahu yang aku tak nak berteman-teman ni.”
Rifqy bangun dan menghampiriku. Tanganku dicapainya dan ditariknya aku bangun.
“Tak
payah nak tunjuk keras kepala kau, takkan menang punya. Pergi salin baju ni
atau kau nak aku masuk sekali dalam fitting room tu.” Dia mencapai sehelai baju
dari rak beroda yang tergantung beberapa helai baju yang dibawa oleh Moon tadi.
“Nah.”
Dia hulur kepada aku sehelai dress berwarna hitam.
Aku
angkat dan memeriksa dress yang diberinya tadi.
“Tak
nak aku pakai baju macam ni.” Gila, terbelah sampai ke peha. Dicapainya sehelai
lagi kemudian dihulurkan kepadaku.
“Hish,
takde maknanya aku nak pakai baju berkemban macam ni.” Aku sangkut kembali
dress tadi di rak. Aku dengar dia mengeluh. Dicapainya sehelai dress berwarna
pink.
“Tak
nak, tak nak. Aku tak nak baju apa pun sebab aku takde hati nak pergi dinner
tu.” Aku menjerit-jerit kat situ macam budak kecik tak dapat lollipop. Moon
pula dah ternganga dengan dua tangannya dah di pipi. Mesti terkejut agaknya
tengok aku yang berbeza dengan perempuan-perempuan yang selalu Rifqy bawa.
“Kau
ni kenapa degil sangat? Ok, kau pilih sendiri baju yang kau suka.” Aku tegak di
tengah-tengah butik si Moon.
“Please
Af.” Dia merayu.
“Kenapa
kau nak aku jadi partner kau?” Aku pelik. Kita orang ni selalu bercakar, boleh
pula dia ajak aku jadi teman dia.
“Ok,
kau anggap je kau tolong aku.”
“Kenapa
aku nak kena tolong kau pula?” Dia gosok tengkuknya.
“Kalau
aku bagi tahu sebabnya, kau tolong aku ya?” Ewah, lembut je dia bercakap.
“Apa
dia?” Aku bawa dua tangan ke dada. Bersedia mendengar dia bersuara.
“Mama
aku datang masa dinner tu nanti dan dia dah bagi tahu awal-awal dia tak nak
tengok perempuan-perempuan kaki kelab kat majlis tu nanti.” Rifqy kembali duduk
di sofa.
“Tak
payah bawa. Nak pergi majlis tu tak semestinya nak kena ada partner. Pergi
seorang pun apa salahnya.”
“Wo..wo..mana
boleh. Aku ni Rifqy Dayyanlah, mana pernah pergi event tanpa teman. Ala, Af tak
payah banyak cakaplah, kira setuju jelah.” Dia pandang wajah aku.
“Aku
tak nak jadi bahan gossip. Nanti orang kata aku dengan kau ada hubungan pula.”
“Itu
tak payah risau. Kalau aku introduce kau as my friend, orang tak banyak tanya
sebab dia orang tahu beza perempuan yang aku bawa tu kawan ke kekasih.”
“Apa
bezanya?” Aku tak puas hati lagi.
“Hish,
kau ni kan.” Dia bangun dan menghampiriku.
“Ok,
kalau kawan paling tinggi pun aku just hold her hand like this bila kita
berjalan.” Dia capai tanganku.
“Dan
kalau kekasih macam ni.” Dia tarik badan aku rapat kepadanya dan kemudian
tangannya melingkar ke pinggangku.
“Hish,
apa ni.” Aku menolak tubuhnya menjauhiku.
“Ada
lagi.” Dia tarik kembali tubuhku rapat kepadanya.
“Aku
buat macam ni sepanjang bersama dia.” Dia gesel wajahnya kat tengkuk aku.
“Ouch.”
Aku ketuk kepalanya. Ambil kau. Siapa suruh ambil kesempatan kat aku.
“Kasar
betul kau ni.” Dia menggosok-gosok kepalanya. Moon yang dari tadi memerhati
hanya ketawa.
“Ala.
Bolehla..em siapa nama you?” Moon melentikkan telunjuknya kepadaku.
“Afrina.”
“Ha,
bolehlah Afrina. Bukan senang tau nak jadi partner Rifqy ni, bertuah you.”
Bertuah? Wekk.
“Ok,
aku boleh tolong kau tapi dengan satu syarat.”
“Apa
dia?”
“Lepas
ni jangan ganggu aku, jangan nak cari gaduh dengan aku. Kalau nak bercakap
dengan aku pun atas urusan syarikat je. Boleh?” Aku pandang mukanya.
“Itu
satu ke?” Aku ketap gigi.
“Ok,ok.”
Dia angkat dua belah tangannya.
“So,
sekarang ni boleh kita pilih baju, karang lambat pula masuk pejabat. Risau
Encik abang kau tu.” Aku jegilkan mata padanya dan sekali lagi dia angkat dua
tangannya tanda mengalah.
Aku
melihat baju-baju yang dibawa oleh Moon tadi. Sehelai dress berwarna coklat aku
capai.
“Oh,
no..no. Macam orang tua je design tu.” Rifqy mengambil dress dari tanganku dan kemudian
menyangkutnya kembali.
“Try
this one.” Dihulurkannya dress berwarna ungu kepadaku. Ehm, nampak macam ok.
Aku melangkah ke fitting room. Beberapa minit kemudian aku keluar.
“Ok
tak?”
Dia
memandang aku atas bawah. Tangan kanannya dibawa ke bibir kemudian dia
menggeleng.
“Cantik,
tapi tak sesuailah dengan badan kau. Dah macam kelambu aku tengok.” What?
Kelambu katanya. Tahulah aku ni tak cukup inci kalau nak dibandingkan dengan
awek-awek dia yang macam model semua tu.
“I
rasa you patut cuba short dress.” Moon mencapai sehelai dress berwarna maroon.
Kemudian ditolaknya aku ke fitting room. Setelah selesai aku keluar.
“You
look cute Afrina.”
“Tapi
atas ni terdedahlah. Rasa semacam je.” Aku tarik muncung. Aku tak nak pakai
baju-baju macam ni. Bukanlah kata aku ni alim sangat tapi baju-baju yang aku
pakai jarang yang terbuka kat atas ni.
“Kau
ni, tadi kata nak cepat tapi semuanya tak kena.”
“Apa
pula, tadi tu aku suka kau kata macam orang tualah, kelambulah.” Aku dah
menarik muncung dan berpeluk tubuh kat depan fitting room.
“Moon
you ada tak dress yang cantik tapi ada sleeves. I dah penat dengan dia ni. Jess
pun tak banyak songeh macam ni.”
“Tunggu
I tengok dulu.” Moon melangkah ke belakang. Aku duduk di sofa. Tak lama
kemudian Moon kembali dengan deretan baju yang berbeza.
“Ok,
try yang ini pula.” Aku melihat beberapa helai baju yang dibawa oleh Moon.
Setelah
mencuba dan beberapa kali bertekak akhirnya aku memilih dress berwarna ungu ke
kelabu, entah aku pun tak tahu. Dah berpinar mata ni tengok baju-baju ni semua.
Aku nak yang warna hitam, kata Rifqy macam nak pergi kenduri. Ada ke orang
pergi kenduri pakai macam tu? Aku biasa pakai baju kurung je. Adalah kot,
nak-nak majlis kat hotel-hotel tu.
“Ok,
Encik Rifqy boleh kita balik office sekarang. Aku dah penat duduk sini memilih
baju.”
“Jomlah,
aku pun dah penat tengok kau tukar-tukar baju. Kalau lawa takpe juga.” Aku
mencubit lengannya dan dia mengaduh.
“Moon
dah siap bagi tahu tapi make sure sebelum dinner.”
“Ya,
I tahulah. Macamlah I tak pernah buat kerja-kerja last minute ni kan?” Moon
menjeling Rifqy.
“Hahaha,
sorry bro. Ok aku ciao dulu. See you again.” Rifqy melangkah keluar dari butik
dan aku sempat hadiahkan senyuman buat Moon sebelum mengekor si Rifqy ke kereta.
Hah, penatnya. Habis tenaga pilih baju dan bertekak dengan Rifqy je. Ikutkan
hati nak je aku balik rumah, tak larat rasanya nak masuk office.
Tepat
pukul lima, aku lihat Isha dan Lily dah menghampiri mejaku.
“Af
tengok wayang nak?” Isha meletakkan handbag ‘gedabaknya’ atas mejaku. Aku
selalu panggil beg Isha beg Doraemon. Dahlah besar pastu macam-macam ada.
Dompet, ubat, tuala wanita, penyembur lada, payung, buku nota, aish,
macam-macam la.
“Sorrylah,
aku nak balik. Penat betul hari ni.” Aku memasukkan dompetku ke dalam handbag.
“Mana
Encik Rifqy bawa sampai kau penat macam ni?” Lily senyum.
“Jangan
sebut nama dia boleh tak? Dengar nama dia pun boleh berkurang energy aku ni.”
Isha dan Lily ketawa.
“Oklah,
kita orang keluar berdua jelah.”
“Hmm,
sorry. Korang nak tengok cerita apa?” Sempat lagi tu nak tahu.
“Lily
nak tengok cerita seram. Maybe Dendam Orang Mati kot.” Aku mengangguk.
Takpelah, karang kalau tengok lagi penat aku. Mana taknya terjerit-jerit lepas
tu si Lily ni kalau tengok cerita seram mesti hancur badan aku kena pukul. Nak
jerit, jerit jelah. Ini tangan sama naik dengan suara.
“Bye
Af.”
“Hmm.”
Aku mengambil bekas air aku di atas meja. Elok je aku nak bangun, Encik Rafiq
dah terpacak depan aku. Aku urut dada. Terkejut tau tak? Dia senyum, handsome.
Aku ketuk kepala. Apa kau ni Af, boleh ‘tergatal’ sekejap.
“Sorry
buat awak terkejut.” Kami berjalan beriringan ke lif. Beberapa orang staff juga
menuju ke lif. Kat office ni yang bestnya takde jenis yang suka busybody dan
bergosip lebih-lebih. Setakat usik-usik tu adalah tapi bila dah lama-lama kalau
kita tak bagi respond, dia orang senyaplah.
“Pergi
mana dengan Rif tadi?” Dia bertanya sementara menunggu lif tiba.
“Sg.
Penchala.” Aku jawab sepatah. Aku takde mood nak bersembang sebenarnya sebab
dah habis segala tenaga aku bertekak dengan Rifqy tadi.
“Jauhnya
pergi makan.”
“Bos
bukan tak tahu adik bos yang sengal tu.” Kak Bib di sebelah pandang aku.
Terkejut agaknya dengan bahasa aku. Kak Bib, Pegawai Kewangan tu duduk jauh
dari tempat aku, dalam bilik pula tu. So, dia tak pernah lagi dengar aku
bertekak dengan Rifqy secara live.
Pintu
lif terbuka. Semua meluru masuk. Tak sesak sangat sebab aku keluar lambat sikit
tadi. Kalau tak, rasa sardine dalam tin.
“Lepas
tu?” Haish, Encik Boss ni.
“Pergi
butik.” Aku jawab juga mengenangkan Encik Boss ni baik orangnya. Stress macam
mana pun dia tak pernah tengking aku kalau aku banyak tanya. Bukan aku je,
pekerja-pekerja lain pun sama.
Sampai
di ground floor aku ingin melangkah keluar namun ditarik oleh Encik Boss. Aku
pandang mukanya dengan pandangan nape-kau-tarik-tangan-aku. Dia pula balas
dengan pandangan tunggu-sekejap. Pintu lif ditutup. Sampai di basement, dia
menarikku keluar menuju ke tempat letak kereta.
“Jom
saya hantar awak balik. Penat betul saya tengok awak ni. Mengalahkan jurutera
turun site sehari suntuk.” Dia ketawa.
“Tak
payahlah bos, menyusahkan bos je.” Aku menolak pelawaannya. Tadi dengan adik,
ni dengan abang pula. Nanti apa kata orang.
“Takpelah.
Tadi Rifqy menyusahkan awak jadi biar saya tebus balik.” Dia senyum. Pintu kereta
sebelah penumpang dibukanya. Nak tak nak aku masuk juga. Jimat duit, jimat masa
dan tenaga aku. Tak payah berebut nak naik bas.
“Kenapa
Rif bawa awak ke butik?” Elok je kereta BMW Encik Boss keluar dari basement dia
bertanya.
“Beli
bajulah bos takkan beli ikan pula.” Aku copy paste ayat Rifqy tadi. Aku pandang
ke kanan bila Encik Bos diam je. Marah ke?
“Sorry
bos.”
“Ehm?”
“Sorrylah,
bos marah ke saya jawab macam tu?”
“Taklah.”
Encik Rafiq pandang sekilas kepadaku.
“Habis
tu kenapa diam?” Aku pusing badan ke kanan, memandang Encik Bos yang sedang
memandu.
“Salah
saya, dah tau awak penat sibuk tanya itu ini.” Dia senyum. Lega. Aku pusing
kembali menghadap ke depan.
“Bos,
saya nak tidur sekejap boleh? Nanti kalau dah sampai boleh tak kejutkan?”
“Tidurlah,
nanti saya kejutkan awak.”
“Thank
you bos.” Aku pusing ke kiri. Mata ni dari tadi minta beradu.
Aku
sedar bila ada cahaya lampu menerjah masuk ke kereta tepat ke arah aku. Eh, dah
sampai kat blok rumah aku. Mana Encik Bos? Aku mengeliat, sedap betul dapat
tidur. Pintu kereta aku buka. Encik Bos tengah bertinggung sambil menghisap
rokok. Ok, satu ni je yang buat Encik Bos tak perfect di mata aku. Merokok. Si
Rifqy yang keluar masuk kelab tu pun tak merokok.
Aku
menghampirinya. Melihat aku menghampirinya, dia bangun dan buang rokok yang
masih ada separuh, dipijak dengan hujung kasut.
“Kenapa
tak kejut saya? Lama ke bos tunggu?”
“Taklah.
Baru nak masuk dua batang rokok.” Dia senyum, sebelah tangannya di dalam kocek.
Lengan kemeja biru laut itu dah disinsing hingga ke siku, butang atasnya dah
terbuka tanpa tali leher.
“Kan
saya dah suruh kejut. Saya kalau tidur memang tak sedar apa.” Dia senyum.
“Takpe.
Saya balik dulu.” Dia melangkah menuju ke kereta.
“Terima
kasih bos, hantar saya.” Dia mengangguk.
“Afrina.”
Dia memanggilku sebelum masuk ke dalam kereta. Aku angkat kening sebelah.
“Lain
kali jangan tidur kalau naik kereta dengan lelaki lain.” Hah? Dia masuk ke
dalam kereta dan menghidupkan enjin. Sebelum bergerak sempat dia angkat tangan
kepadaku. Dan aku membalas sambil otak masih cuba mencerna ayat terakhirnya
tadi.
No comments:
Post a Comment