Boleh tak tajuk n3 aku camtu... Yelah dah lama tak meng'hapdet'kan, so aku kasi up dua, tiga info tentang drama Thai yang aku pernah tengok. Bukanlah cerita terbaru tapi nak share kekalau ada yang layan drama-drama Thai ni.
TAWAN DEARD
Cerita ni ala-ala koboi, lain dari drama Thai yang selalu aku tengok. Hero dan heroinnya pelakon muda kat Thai dan antara yg popular. Ini merupakan gandingan pertama mereka...boleh check sinopsis kat
SINI (sangat malas nak menaip :p)
Ini pula
barisan pelakon dia
Mark
Prin sebagai Buthawan/ Suer
Tawan
merupakan anak kepada Bhupa dan Usha, pemilik Fahrung Farm. Dia diselamatkan
oleh kawan bapanya yang merupakan bekas tentera, Saroj apabila kawan baik
bapanya iaitu Sakda mengupah perompak untuk membunuh ibu bapanya demi merampas
ladang Fahrung yang sebenarnya tersembunyi sesuatu yang bernilai yang hanya
diketahui oleh Bhupa dan Sakda. Setelah dewasa dia kembali ke Fahrung Farm demi
misi untuk membalas dendam terhadap Sakda dan Charan, perompak yang diupah oleh
Sakda.
Dia
menyembunyikan identitinya dan bekerja di Fahrung Farm.
Urassaya
Sperbund sebagai Phet Roong
Phet
Roong merupakan anak kepada Sakda dan teman baik Tawan semasa kecil. Setelah
kematian Bhupa, Sakda telah mengambil alih Fahrung Farm dan Phet Roong turut
sama mengusahakan ladang tersebut bersama bapa, adik perempuan dan dibantu oleh
orang kanan Bhupa iaitu Yosh, yang terpaksa bekerja untuk Sakda demi anak
perempuan Bhupa dan Usha yang lahir ketika serangan ke atas Fahrung Farm
berlaku. Phet Roong memiliki personaliti yang lebih tenang berbanding adiknya,
Ploy Kwan.
Mint
Chalida sebagai Ploy Kwan
Ploy
Kwan sebenarnya adalah anak bongsu kepada Bhupa dan Usha dan dijaga oleh Sakda
setelah kematian ibu bapanya. Personalitinya berbeza dengan kakaknya, seorang
yang hot-temper dan agak kasar. Sentiasa merasakan yang bapanya lebih
menyayangi kakaknya.
Pope
Tanawat sebagai Singh
Merupakan
sepupu kepada Phorn, bekas budak suruhan keluarga Tawan dan kini bekerja dengan
keluarga Sakda. Bertemu dengan Tawan ketika sama-sama dalam perjalanan menuju
ke Fahrung Farm untuk bekerja sebagai guard. Merupakan teman baik Tawan dan
meminati Ploy Kwan.
Gambar2 utk dilayani...layan
![](https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSAajWZX8ju6BkQP_AD68HZd36vx9qL7uSb9dUetNuusckmlsrG)
Ni hero ngan heroinnya
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzArajix_a4e0LB-cHzUUp307WuQAcTyRaEgAKwuS1ax6Tq5RMUQ)
Ni plak time hero ngan heroin ni masa kecik..pandai main feeling2 dah time ni.
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTMus-DJH2twaix0uJYc8PveUAjzHNvzgzjKTwRE43Vi5UVGADW)
Antara scene yang kelakar...Singh jeles ngan motor si Tawan
![](https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQPirruXdsbtA-SKSbkSODegp-ZmyZthkK6abyGXM0RE5qkzfRq2A)
Suke ngan kapel ni..
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTB1k4s6eM3Oyt3AUojgpBBaZERyE2Mw5R2ttLoexE8EY1z7JHuWw)
Kat bwh ni penjahat2nya...
Cr. gmbr/pic : watashinosara, lakorngods, thailakorntv
KOMEN
1. Mark sangat hensem dan owsem dlm drama ni
2. Tak suka style rambut Yaya
3. Nak tgk gandingan dorg berdua lg dlm drama yg lbh moden (Yaya asik partner ngan Nadech and Mark
plak kalau tak ngan Mint Chalida mesti ngan Kimberly)
4. Boleh tak komen camtu, tak membina langsung...hehehe. Btw, cerita ni oklah, I giv 7 out of 10. Mana
pegi lagi tiga...1 tolak sebab tak suka bapa Roong yg sanggup bunuh kawan sendiri sbb harta. 2 tak suka
rambut Yaya (blk2 rambut.. pehallah ko ni) and 3 tak dpt tgk bnyk aksi romantis hero ngan heroin (haish ko ni kan)
GAME RAI GAME RAK
Watak-watak
Nadech
Kugimiya (Barry) sbg Saichon/Charles
Urassaya
Sperbund (Yaya) sbg Fahlada/Nang Fah
Natwara
Wongwasana (Mint) sbg
Chompooprae
Thanawat
Wattanaphut (Pope) sbg
Dr.Wattana
Pisanu
Nimsakul (Boy) sbg Sahat
Chotika
Wongwilas (Noey) sbg
Plernta
Ok, tuk drama ni aku bleh terajin plak buat sedikit review yg aku rujuk kat SINI dan hasil tontonan aku.
Kisahnya
bermula di Pulau Min, sebuah pulau yang jauh dari tanah besar di mana heroinnya
ditemui terdampar di tepi pantai selepas kejadian ribut taufan di laut. Dukun
yang merawat heroin ni bagitahu yang heroin ni tak dapat diselamatkan namun
Saichon berusaha menyelamatkan gadis tersebut. Oleh kerana, kononnya Saichon
telah melanggar hukum alam, dukun tu meramalkan yang gadis tu akan menempuh
kehidupan yang mencabar.
Setelah
sedar, gadis itu telah hilang ingatan dan perwatakannya pula seperti
kanak-kanak berumur 8 thn, biarpun Saichon mengagak yang umurnya mungkin
sekitar 16 tahun dan sebaya dengan Mami gadis di pulau itu.Oleh kerana, gadis
itu tidak mengingati namanya maka Saichon telah menamakannya sebagai Nangfah
yang bermaksud bidadari dan melayan gadis itu seperti adiknya.
Kehadiran
Nangfah telah menyebabkan kehidupan Saichon huru-hara kerana biarpun Nangfah
berkelakuan seperti kanak-kanak namun dia masih lagi gadis belasan tahun yang
membuatkan hati Saichon sentiasa berdebar-debar. Nangfah yang tak mengerti
apa-apa kadang-kadang tanpa sedar akan memeluk Saichon, tidur di sebelahnya
kerana takut malah dengan selambanya nak mandi dengan Saichon.
Melihatkan
kemesraan antara Nangfah dan Saichon, Saengdao isteri kepada ketua kampung
telah mencadangkan agar Saichon mengahwini Nangfah. Yasa, orang tengah yang
selalu membeli barang2 drpd penduduk Pulau Min turut menyimpan perasaan setelah
terserempak dengan Nangfah. Dia cuba membawanya lari dan apabila Nangfah
menolak, dia cuba memperkosanya dan of cozla hero datang menyelamat.
Kakak
Nangfah, Chompooprae telah mencari Nangfah kerana dia perlu memastikan Nangfah
masih hidup untuk memindahkan semua harta milik Nangfah kepadanya kerana dia
hanyalah anak angkat. Dengan bantuan Yasa yang terbaca iklan tentang kehilangan
Nangfah, mereka berjaya membawa Nangfah keluar dari Pulau Min.
Bla...Bla...Bla...dipendekkan
cerita, apabila Nangfah @ nama sebenarnya Fahlada dibawa pulang, dia diberi
rawatan untuk mengembalikan semula ingatannya. Dr Wattana yang merupakan tunang
Chompooprae telah merawat Fahlada dan apabila kakaknya mengetahui akan keadaan
kesihatan Fahlada, dia telah merayu agar Dr Wattana mengesahkan dokumen tentang
ketidakupayaan Fahlada menguruskan hartanya. Mereka perlukan duit kerana
kononnya mendiang kedua ibu bapa mereka meninggalkan hutang yang banyak.
Setelah sembuh, Fahlada dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran.
Berbalik
kepada Saichon pula selepas kehilangan Nangfah dia sentiasa menunggu dan
mencarinya sehinggalah takdir mempertemukannya dengan seorang usahawan
berbangsa Amerika yang terkandas di dalam ribut yang berlaku sebelumnya. Dia
membawa lelaki bernama Michael itu ke pondoknya dan merawat lelaki itu sehingga
sembuh. Michael terhutang budi pada Saichon dan mengajaknya ke Amerika, namun
ditolak oleh Saichon.
Bla..Bla..Bla..dipendekkan
lagi cerita, Saichon akhirnya menghubungi Michael dan bersetuju untuk ke
Amerika apabila semua barangnya dirompak ketika dia mencari Nangfah di Bangkok.
Selepas beberapa tahun, Saichon yang kini dikenali sebagai Charles dan Fahlada
pulang ke Bangkok menaiki penerbangan yang sama namun malangnya mereka tidak
bertemu.
Di
Bangkok, Charles yang merupakan CEO syarikat penerbangan milik bapa angkatnya,
Michael telah bekerjasama dengan syarikat kakak Fahlada. Dia bertemu dengan
Fahlada yang disangkanya Nangfah namun Fahlada tidak mengenalinya dan ini
membuatkan Charles geram kerana menyangkakan yang Fahlada sengaja tidak
mengenalinya.
Bermulalah
plot yang mendebarkan, mencemaskan dicampur lagi dengan perasaan dendam, marah
dan cemburu dalam setiap watak. Charles melakukan pelbagai cara menyakiti
Fahlada kerana marah dan cemburu yang menguasai diri. Begitu juga kakak Fahlada
yang telah jatuh cinta kepada Charles sehingga sanggup meninggalkan tunangnya
dan memburuk-burukkan adiknya kepada Charles supaya Charles membenci adiknya.
Macam
biasalah yang teraniaya akan terbela dan yang jahat pula akan mendapat
balasannya. Fahlada dan Charles akhirnya mengetahui kisah sebenar dari Dr.
Wattana. Di hari pernikahan Charles dan Chompooprae, Charles telah membatalkan
majlis perkahwinannya dan meluahkan perasaannya kepada Fahlada. Dia membawa
lari Fahlada kembali ke Pulau Min untuk membantunya mengingati semula saat2
mereka bersama.
![](https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS35Vn7PzYOI8mkleb9WEkiFdQLkhljH-3aEv3QIQveS6SdB__IkQ)
Masa ari kawen dorang
![](https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQPcRKrGky73oXbrP4-IYiZuM5GPONeOSsE170pxYQeME1mFOXH)
Jangan risau adegan dijamin selamat tuk tontonan...
![](https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTGGp6cjzqUO3qvPt9oE5I-EN1lWodaJD70-Cf6AHRuyiFsl0pjmg)
Adegan di Pulau Min
Seterusnya bila Fahlada pulih ingatan tp sayangnya dia lupa dengan apa yang pernah berlaku di Pulau Min termasuklah si Saichon, suaminya. Maka mulalah Evil Game si Saichon dek krn salah faham ngan Fahlada yg diingatnya sengaja lupakan dia.
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRLa1QsOC3EmlkmwvLk2EJyHI2KjkdKHXGBpitmXs2xo7g648xu)
Renungan yg penuh kejelesan dan kegeraman
![](https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS_QKp0JWI3h1ddpBUDc1F-qg8x34mluDpzlj0Y5SuKtx6Xv9iFRA)
Start dah adegan ugut-mengugut
![](https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTscja80c-hQGenr2ezAjjHWZKp0r_ljkPssbPrmBh_T_RF2RppOA)
Last2 kena kidnap plak
Cr. gmbr/pic: thailakorntv, lakorngods, asianfuse,
NAK KOMEN SKET
1. Cerita yg best, so I giv 8 out of 10 ok.
2. Tak suka ngan kakak si Fahlada (kakak angkat je pun). Dahlah dia kaut harta si Fahlada, dah dapat
tunang sikit punya baik, hensem, doktor lagi tapi gilerkan si Saichon/Charles plak.
3. Walaupun Boy Pisanu cuma supporting je tp watak dia sgt best, kelakar dan paling best bila dia bagi
sedas, dua kat Plenrta, pompuan gedik yg suka kat Charles.
4. Tak suka ngan Fahlada time di ujung drama ni. Dah sah2 kakak dia jahat (penyebab kematian mak ayah
dia), sah2 juga Charles tu Saichon, suami dia bleh plak bermurah ati nak kasi Charles kat kakak dia.
Konon nak up 2, 3 info tp nmpaknya yg terdaya cuma dua je. Nak layan cerita Korea plak ni....Sampai ketemu lagi....Ciao.