Pages

Tuesday, October 29, 2013

OST LOVE YOU MR ARROGANT - UNGU BILA TIBA

Aku bukanlah peminat tegar drama ni tapi ntah macam mana aritu sambil makan aku tekanlah TV3, time drama ni tengah disiarkan dan tetiba satu muzik yang macam pernah aku dengar berdendang (pergh, ayat). Kalau siapa peminat kumpulan Exist, mesti korang rasa muzik di awal2 tu ada bunyi lagu Langkah Seiringan yang best waktu zaman 90-an dulu. Tapi takyah buat kecoh kata, ciplak ke apa, sebab awal2 je bunyi camtu.

Bila dengar je aku terus jatuh hati kat lagu ni tapi tak tahu pula tajuknya. Nak tunggu time drama habis malas plak nak menunggu, macam yang aku kata tadi I'm not a fan of this drama (maybe sebab aku pernah baca novelnya yang tak berapa impressive bagi aku, dengan kata lain stereotype. Sorry lah pada peminat2 cerita ni. Ini hanya opinion aku je. Kalau korg rasa best, abaikan je statement aku ni.)

So, aku pun bukalah Youtube cari OST Love You Mr Arrogant, yang kuar confirmlah lagu Nomad, pastu ada lagu 5minute. Kemudian try Google plak, pun berderet yang review lagu Nomad ni. Balik gi Youtube aku taip Lagu Indonesia terbaru 2013, klik sana-sini tak jumpa juga. Akhirnya aku try klik kat sebelah video tu lagu ni Ungu - Bila Tiba (OST Sang Kiai). Dan akhirnya yeay....aku jumpa juga. Hebat skill mencari aku ni (huahua riak sekejap). Mesti ada yang akan kata, 'itu pun tak tahu ke'. Memang tak tahu pun sebab walau pun aku ni minat hiburan ni tapi kengkadang terlepas pandang lagu-lagu terkini ni nak-nak lagu Melayu (dah kau asyik hadap lagu Korea je kan.)

Mehlah, kita dengar lagu Ungu ni, jangan dengar je. Cuba hayati lirik dia...sangat menyentuh hati aku.


Ni yang ada lirik (Sila abaikan yg rambut cam Trojan tu ye)

No comments:

Post a Comment