Pages

Friday, October 25, 2013

THAI LAKORN MEDLEY (PART 1)

Boleh tak tajuk n3 aku camtu... Yelah dah lama tak meng'hapdet'kan, so aku kasi up dua, tiga info tentang drama Thai yang aku pernah tengok. Bukanlah cerita terbaru tapi nak share kekalau ada yang layan drama-drama Thai ni.

TAWAN DEARD

Cerita ni ala-ala koboi, lain dari drama Thai yang selalu aku tengok. Hero dan heroinnya pelakon muda kat Thai dan antara yg popular. Ini merupakan gandingan pertama mereka...boleh check sinopsis kat SINI (sangat malas nak menaip :p)

Ini pula barisan pelakon dia
 Mark Prin sebagai Buthawan/ Suer
Tawan merupakan anak kepada Bhupa dan Usha, pemilik Fahrung Farm. Dia diselamatkan oleh kawan bapanya yang merupakan bekas tentera, Saroj apabila kawan baik bapanya iaitu Sakda mengupah perompak untuk membunuh ibu bapanya demi merampas ladang Fahrung yang sebenarnya tersembunyi sesuatu yang bernilai yang hanya diketahui oleh Bhupa dan Sakda. Setelah dewasa dia kembali ke Fahrung Farm demi misi untuk membalas dendam terhadap Sakda dan Charan, perompak yang diupah oleh Sakda.
Dia menyembunyikan identitinya dan bekerja di Fahrung Farm. 

 Urassaya Sperbund sebagai Phet Roong
Phet Roong merupakan anak kepada Sakda dan teman baik Tawan semasa kecil. Setelah kematian Bhupa, Sakda telah mengambil alih Fahrung Farm dan Phet Roong turut sama mengusahakan ladang tersebut bersama bapa, adik perempuan dan dibantu oleh orang kanan Bhupa iaitu Yosh, yang terpaksa bekerja untuk Sakda demi anak perempuan Bhupa dan Usha yang lahir ketika serangan ke atas Fahrung Farm berlaku. Phet Roong memiliki personaliti yang lebih tenang berbanding adiknya, Ploy Kwan.

 Mint Chalida sebagai Ploy Kwan
Ploy Kwan sebenarnya adalah anak bongsu kepada Bhupa dan Usha dan dijaga oleh Sakda setelah kematian ibu bapanya. Personalitinya berbeza dengan kakaknya, seorang yang hot-temper dan agak kasar. Sentiasa merasakan yang bapanya lebih menyayangi kakaknya. 

 Pope Tanawat sebagai Singh
Merupakan sepupu kepada Phorn, bekas budak suruhan keluarga Tawan dan kini bekerja dengan keluarga Sakda. Bertemu dengan Tawan ketika sama-sama dalam perjalanan menuju ke Fahrung Farm untuk bekerja sebagai guard. Merupakan teman baik Tawan dan meminati Ploy Kwan.

Gambar2 utk dilayani...layan
 Ni hero ngan heroinnya  Ni plak time hero ngan heroin ni masa kecik..pandai main feeling2 dah time ni.
 Antara scene yang kelakar...Singh jeles ngan motor si Tawan
 Suke ngan kapel ni.. 
Kat bwh ni penjahat2nya...
  
 
Cr. gmbr/pic : watashinosara, lakorngods, thailakorntv

KOMEN
1. Mark sangat hensem dan owsem dlm drama ni
2. Tak suka style rambut Yaya
3. Nak tgk gandingan dorg berdua lg dlm drama yg lbh moden (Yaya asik partner ngan Nadech and Mark
    plak kalau tak ngan Mint Chalida mesti ngan Kimberly)
4. Boleh tak komen camtu, tak membina langsung...hehehe. Btw, cerita ni oklah, I giv 7 out of 10. Mana 
    pegi lagi tiga...1 tolak sebab tak suka bapa Roong yg sanggup bunuh kawan sendiri sbb harta. 2 tak suka 
    rambut Yaya (blk2 rambut.. pehallah ko ni) and 3 tak dpt tgk bnyk aksi romantis hero ngan heroin (haish       ko ni kan)

GAME RAI GAME RAK

Watak-watak
Nadech Kugimiya (Barry) sbg Saichon/Charles
Urassaya Sperbund (Yaya) sbg Fahlada/Nang Fah
Natwara Wongwasana (Mint) sbg Chompooprae
Thanawat Wattanaphut (Pope) sbg Dr.Wattana
 
Pisanu Nimsakul (Boy) sbg Sahat
Chotika Wongwilas (Noey) sbg Plernta

Ok, tuk drama ni aku bleh terajin plak buat sedikit review yg aku rujuk kat SINI dan hasil tontonan aku.

Kisahnya bermula di Pulau Min, sebuah pulau yang jauh dari tanah besar di mana heroinnya ditemui terdampar di tepi pantai selepas kejadian ribut taufan di laut. Dukun yang merawat heroin ni bagitahu yang heroin ni tak dapat diselamatkan namun Saichon berusaha menyelamatkan gadis tersebut. Oleh kerana, kononnya Saichon telah melanggar hukum alam, dukun tu meramalkan yang gadis tu akan menempuh kehidupan yang mencabar.

Setelah sedar, gadis itu telah hilang ingatan dan perwatakannya pula seperti kanak-kanak berumur 8 thn, biarpun Saichon mengagak yang umurnya mungkin sekitar 16 tahun dan sebaya dengan Mami gadis di pulau itu.Oleh kerana, gadis itu tidak mengingati namanya maka Saichon telah menamakannya sebagai Nangfah yang bermaksud bidadari dan melayan gadis itu seperti adiknya.

Kehadiran Nangfah telah menyebabkan kehidupan Saichon huru-hara kerana biarpun Nangfah berkelakuan seperti kanak-kanak namun dia masih lagi gadis belasan tahun yang membuatkan hati Saichon sentiasa berdebar-debar. Nangfah yang tak mengerti apa-apa kadang-kadang tanpa sedar akan memeluk Saichon, tidur di sebelahnya kerana takut malah dengan selambanya nak mandi dengan Saichon.

Melihatkan kemesraan antara Nangfah dan Saichon, Saengdao isteri kepada ketua kampung telah mencadangkan agar Saichon mengahwini Nangfah. Yasa, orang tengah yang selalu membeli barang2 drpd penduduk Pulau Min turut menyimpan perasaan setelah terserempak dengan Nangfah. Dia cuba membawanya lari dan apabila Nangfah menolak, dia cuba memperkosanya dan of cozla hero datang menyelamat.

Kakak Nangfah, Chompooprae telah mencari Nangfah kerana dia perlu memastikan Nangfah masih hidup untuk memindahkan semua harta milik Nangfah kepadanya kerana dia hanyalah anak angkat. Dengan bantuan Yasa yang terbaca iklan tentang kehilangan Nangfah, mereka berjaya membawa Nangfah keluar dari Pulau Min.

Bla...Bla...Bla...dipendekkan cerita, apabila Nangfah @ nama sebenarnya Fahlada dibawa pulang, dia diberi rawatan untuk mengembalikan semula ingatannya. Dr Wattana yang merupakan tunang Chompooprae telah merawat Fahlada dan apabila kakaknya mengetahui akan keadaan kesihatan Fahlada, dia telah merayu agar Dr Wattana mengesahkan dokumen tentang ketidakupayaan Fahlada menguruskan hartanya. Mereka perlukan duit kerana kononnya mendiang kedua ibu bapa mereka meninggalkan hutang yang banyak. Setelah sembuh, Fahlada dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran.

Berbalik kepada Saichon pula selepas kehilangan Nangfah dia sentiasa menunggu dan mencarinya sehinggalah takdir mempertemukannya dengan seorang usahawan berbangsa Amerika yang terkandas di dalam ribut yang berlaku sebelumnya. Dia membawa lelaki bernama Michael itu ke pondoknya dan merawat lelaki itu sehingga sembuh. Michael terhutang budi pada Saichon dan mengajaknya ke Amerika, namun ditolak oleh Saichon.

Bla..Bla..Bla..dipendekkan lagi cerita, Saichon akhirnya menghubungi Michael dan bersetuju untuk ke Amerika apabila semua barangnya dirompak ketika dia mencari Nangfah di Bangkok. Selepas beberapa tahun, Saichon yang kini dikenali sebagai Charles dan Fahlada pulang ke Bangkok menaiki penerbangan yang sama namun malangnya mereka tidak bertemu.

Di Bangkok, Charles yang merupakan CEO syarikat penerbangan milik bapa angkatnya, Michael telah bekerjasama dengan syarikat kakak Fahlada. Dia bertemu dengan Fahlada yang disangkanya Nangfah namun Fahlada tidak mengenalinya dan ini membuatkan Charles geram kerana menyangkakan yang Fahlada sengaja tidak mengenalinya.

Bermulalah plot yang mendebarkan, mencemaskan dicampur lagi dengan perasaan dendam, marah dan cemburu dalam setiap watak. Charles melakukan pelbagai cara menyakiti Fahlada kerana marah dan cemburu yang menguasai diri. Begitu juga kakak Fahlada yang telah jatuh cinta kepada Charles sehingga sanggup meninggalkan tunangnya dan memburuk-burukkan adiknya kepada Charles supaya Charles membenci adiknya.

Macam biasalah yang teraniaya akan terbela dan yang jahat pula akan mendapat balasannya. Fahlada dan Charles akhirnya mengetahui kisah sebenar dari Dr. Wattana. Di hari pernikahan Charles dan Chompooprae, Charles telah membatalkan majlis perkahwinannya dan meluahkan perasaannya kepada Fahlada. Dia membawa lari Fahlada kembali ke Pulau Min untuk membantunya mengingati semula saat2 mereka bersama.

 Masa ari kawen dorang  Jangan risau adegan dijamin selamat tuk tontonan...
 Adegan di Pulau Min
Seterusnya bila Fahlada pulih ingatan tp sayangnya dia lupa dengan apa yang pernah berlaku di Pulau Min termasuklah si Saichon, suaminya. Maka mulalah Evil Game si Saichon dek krn salah faham ngan Fahlada yg diingatnya sengaja lupakan dia.
 Renungan yg penuh kejelesan dan kegeraman
 Start dah adegan ugut-mengugut 
Last2 kena kidnap plak
 
Cr. gmbr/pic: thailakorntv, lakorngods, asianfuse,

NAK KOMEN SKET
1. Cerita yg best, so I giv 8 out of 10 ok.
2. Tak suka ngan kakak si Fahlada (kakak angkat je pun). Dahlah dia kaut harta si Fahlada, dah dapat
    tunang sikit punya baik, hensem, doktor lagi tapi gilerkan si Saichon/Charles plak.
3. Walaupun Boy Pisanu cuma supporting je tp watak dia sgt best, kelakar dan paling best bila dia bagi 
    sedas, dua kat Plenrta, pompuan gedik yg suka kat Charles.
4. Tak suka ngan Fahlada time di ujung drama ni. Dah sah2 kakak dia jahat (penyebab kematian mak ayah
    dia), sah2 juga Charles tu Saichon, suami dia bleh plak bermurah ati nak kasi Charles kat kakak dia.

Konon nak up 2, 3 info tp nmpaknya yg terdaya cuma dua je. Nak layan cerita Korea plak ni....Sampai ketemu lagi....Ciao.

No comments:

Post a Comment