Pages

Thursday, June 19, 2014

Drama: Kerana Terpaksa Aku Relakan

Salam..
 
First time aku nak 'mengomen' tentang drama Melayu ni. Kalau sebelum ni aku ada je tak berapa minat nak tengok drama Melayu cam Arianna Rose yg meletop-letop tu sebab Nor Fathia bukanlah pelakon kegemaran aku tapi aku takde masalah dgn lakonan dia, okla.

Tapi drama yg tengah duk main kat TV3 pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis (ambik kau detail aku kasi tau) ni cukup aku tak berkenan. Walaupun Nadia Aqilah tu bawa watak antagonist tapi aku taklah menyampah (selalu aku bengang je ngan watak2 jahat ni). Aku lebih menyampah dgn watak si Izreen tu.

Asal menggedik cam tu? Gila-gila ngan gedik ni lain aku rasa. Aku rasa ada je org yg perangai gila-gila tapi takdelah kot duk tadah tangan kat bus stoplah, kat tgh jalanlah. Even nak berdoa lepas solat tu pun dah cam pencuri je lagaknya. Siap toleh kiri kanan. Asal nak berdoa kena gopoh2 cam tu?

Itu aku tgk episod minggu awal2 dulu. Tadi aku sempat tgk sekejap sementara tunggu adik aku mandi. Ya Allah, kau kalau nak bermonolog ke, cakap sensorang ke, perlu ke kepala tu terangguk-angguk, tergoyang-goyang. Tangan tu perlu ke tergawang-gawang gitu. Tak sesuai.

Satu lagi pasal pakaian. Time pakai baju kurung tak jadi hal tapi time pakai t-shirt. T-shirt tu aku tgk dah macam inner, melekat. Tahulah badan tu kurus tapi tetap tak sesuai. Bukanlah nak jadi pengkritik fesyen tapi aku rasa sangat geli.

Aku nak minta maaflah pada peminat cerita ni. Just my opinion. Aku tak sempat baca novelnya lagi tapi kengkawan aku yg dah baca novel ni pun sngt tak puas hati. Drama ni bernasib baik je sebab ditayangkan kat slot Akasia yg memang ramai penonton tu. Cuba ditayangkan kat RTM, memang xdpt perhatianlah. Sedangkan drama best pun susah nak glamer kalau main kat RTM. (Sorry RTM, petik nama ko plak)

So, mood aku sekarang ni : Tak sabar tunggu drama ni habis...Lalala. Sementara tu layan World Cup.
P/S: Apahal la ngan team Sepanyol ni? Awal2 dah kena cantas. Goodbye to you..



No comments:

Post a Comment