Pages

Thursday, December 25, 2014

MINI NOVEL: DENDAM TERINDAH - PART 3


“Cantiknya kau Af.” Shaza memandang aku tanpa berkedip. Macam ni pun dah kata cantik. Kalau tengok perempuan-perempuan spesis Jessica dengan Elena macam manalah agaknya? Mahu meleleh air liur agaknya minah ni.


“Aku turun dulu Sha, Rifqy dah sampai. Karang lambat, bising pula.” Aku mencapai clutch di atas almari.
“Bestnya kerja kat company kau. Boleh pergi dinner kat hotel, pakai baju lawa-lawa.” Dia masih lagi dengan muka kagumnya.
“Kau pun boleh pakai macam ni kalau sekolah buat dinner.” Aku senyum.
“Hish, gila kau. Kot nak kena tindakan tatatertib, silalah.” Aku ketawa. Aku buka pintu.
“Bungkuslah makanan untuk aku.” Shaza memerhatikan aku memakai kasut di muka pintu.
“Gila, ingat pergi kenduri kahwin kat kampung ke?” Aku pula gilakan dia. Dia mengekek ketawa.
“Tapi kalau ada chance nanti aku try ye.” Dia menepuk bahu aku dan kami sama-sama ketawa.
“Bye, Sha.”
“Jaga diri. Kalau bos kau buat hal, tumbuk je.” Aku sengih sambil melambai kepadanya.
Di bawah, Rifqy sedang bersandar di pintu keretanya. Segak juga mamat berlagak ni.


“Sorry.” Aku menghampirinya. Tanpa senyum, dia membukakan pintu kereta untukku kemudian melangkah ke arah tempat duduk pemandu.
“Cantik baju tu.” Aku pandang dia di sebelah. Baju yang dipujinya. Aku rasa biasa je, aku lagi suka yang warna hitam tu tapi nak kata apa kan, bukan aku yang keluar duit.
Sampai di hadapan hotel, Rifqy memberhentikan keretanya kemudian dia keluar dan menyerahkan kuncinya kepada pekerja di lobi hotel yang siap menanti.
“Jom.” Dia hulur tangannya.
“Tak payah nak pegang-pegang sangatlah. Aku boleh jalan sendiri.” Dia angkat bahu kemudian melangkah laju ke depan. Eleh, aritu kata tak boleh kalau tak berteman tapi tu elok je aku tengok menonong ke depan seorang-seorang.
“Af.” Aku toleh di belakangku. Encik Bos dan dua adik kembarnya.

               
“Wow, ini you ke Afrina?” Habis kau ingat hantu ke? Aku pandang adik bos yang bernama Thaqif tu.
“Seorang?” Rafiq bertanya.
“Tak. She’s my date tonight.” Rifqy yang entah bila munculnya merangkul pinggangku.
“Dah lama hidup?” Aku jegilkan mata sambil tangan menolak tubuh Rifqy dan mamat ni boleh senyum je.
“Korang bertiga datang sekali ke?” Rifqy memandang adik-beradiknya.
“Taklah. Kita orang terserempak dengan abang kat luar tadi.” Hadif yang diam dari tadi menjawab. Ini seorang lagi mamat berlagak. Mana pernah nak cakap dengan aku. Walau pun playboy tapi ini jenis makan ikan mahal-mahal je. Setakat ikan sardine macam aku memang dia tak pandang.
“Mana partner korang? Abang, aku tahulah tengah solo, yang korang berdua ni?” Aku lihat wajah Encik Rafiq, tak beriak. Tak terasa ke dengan kata-kata Rifqy tadi.
“Malas nak dengar mama membebel. Kan dia dah siap warning aritu.” Rifqy ketawa mendengar kata-kata Thaqif. Memang tak sanggup rasanya nak dengar mama membebel, mahu bernanah telinga. Dengan Hadif yang degil tu, awal-awal dah diingatkan. Nanti sebab dia habis semua kena sekali.
“Dah, dah, jom masuk.” Rafiq mengajak adik-adiknya masuk. Majlis dah nak mula, dia orang masih kat luar lagi. Mesti papa dengan mama tercari-cari.
Aku melangkah meninggalkan Rifqy dan menuju ke arah Isha dan Lily.
“Wah, wah, cantik bergaya kau Af.” Isha menegur. Aku duduk di sebelah Lily.
“Mana yang lain? Ini meja kita ke?” Aku melilau mencari Kak Sally dan rakan-rakan dari Excel.
“Ada. Mana entah. Excel punya meja ada 6 termasuk meja kita.” Aku melihat keadaan dewan yang mula sesak. Pekerja-pekerja dari AzZa yang kebanyakannya jurutera, arkitek dan eksekutif dari pelbagai jabatan dah mula memenuhi meja yang telah ditetapkan.
“Hai,Af.” Aku dongak. Kak Sally di belakangku senyum kemudian dia mengambil tempat di sebelahku.
“Akak ni dengan Af je dia tegur.” Isha pura-pura tarik muncung.
“Ok, sorry. Pembetulan. Hai, ladies.” Isha sengih.
“Akak baru sampai ke?” Aku pandang Kak Sally di sebelah. Cantik betul ibu beranak tiga ni. Dress berwarna pink itu sangat sesuai dengan Kak Sally yang berkulit putih gebu ni.
“Haah, baby meragam tadi.” Kak Sally menjawab sambil matanya meliar memandang sekeliling dewan.
“Cari siapa?”
“Razman. Nak bagi barang kat dia.” Kami juga ikut mencari Razman, adik ipar Kak Sally yang bekerja sebagai eksekutif akaun di AzZa.
“Telefonlah.” Lily memberi cadangan.
“Dah.” Kak Sally menjawab sepatah sambil mata masih melilau mencari kelibat adik iparnya itu.
“Itu dia kak.” Lily menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang melangkah ke meja kami.
“Kak ngah.” Razman menegur Kak Sally dan pada kami dilemparkannya senyuman.
“Nah.” Kak Sally hulur bungkusan kecil kepada Razman yang telah duduk di sebelah Kak Sally.
“Sorry, susahkan Kak ngah.” Dia menyambut bungkusan dari tangan Kak Sally.
“Tak susah pun tapi ummi tu bising bertanya kenapa kamu tak balik hari tu.” Razman sengih.
“Man ada hal sikit.”
“Tak tahu nak telefon ummi?” Kak Sally menjeling manja Razman dan Razman sengih lagi.
“Nanti Man telefonlah. Oklah kak ngah, Man balik meja Man. Thanks tau.” Razman bangun, kemudian melangkah ke mejanya semula.
“Itu takut akak bebelkan dialah tu.” Kak Sally geleng kepala.
“Kak, Razman tu dah ada girlfriend ke?” Isha bertanya. Itu nak menggatallah tu. Lily yang duduk di sebelah Isha dah geleng kepala sambil mata dah menghadap ke atas.
“Dah terlambat Sha. Tak balik kampung minggu lepas sebab temankan awek dialah tu.” Isha buat muka kecewa. Saja je tu, padahal dia tengah berkawan-kawan dengan mamat level 7 dari syarikat guaman tu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh salah seorang pekerja dari AzZa. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Mr Chairman, Dato’ Zakaria. Ucapan yang buat aku rasa macam nak muntah dan meluat. Selepas ucapan dari Dato’ Zakaria, tetamu dijemput untuk menikmati hidangan sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan.
Terasa ada tangan yang menyentuh bahuku, aku menoleh ke belakang.
“Dah puas duduk dengan member you?” Rifqy tunduk berbisik di telingaku. Hish, dia ni, ramai kot kat sini. Boleh tak jangan buat perangai tak senonoh?
“Nak apa?” Aku memandangnya tajam.
“It’s time for you to be my date. Ikutkan dari tadi you should be my date tapi saja kasi chance you borak-borak dengan dia orang. So, should we.” Rifqy berdiri di sisi kerusiku. Hish, malasnya aku nak duduk kat meja dia. Meluat nak menghadap wajah-wajah family dia.
Dengan berat hati, aku bangun juga mengekori Rifqy ke mejanya. Senyuman aku hadiahkan buat yang ada di meja. Dato’ Zakaria, Datin Amnah, Rafiq, Thaqif, Hadif dan o..o.. Elena and her parents. Jelas muka Elena yang macam nak cincang aku 18 kerat.
Rifqy tarik kerusi di sebelah Thaqif buat aku dan si Thaqif ni dah buat muka miang dia. Menyampah aku. Tak puas kena penampar aku dulu agaknya.
“Mana girlfriend you si Jess tu?” Elena yang duduk di sebelah Rafiq bersuara. Macam gila talak je, tersendeng-sendeng. Bukan dia ke yang putuskan pertunangan dulu?
“Dah putus.” Rifqy jawab selamba.
“Dah takde perempuan lain ke? Skandal Rafiq yang you bawa. Kuasa apalah yang ada kat dia ni? Jessica tu 2,3 kali ganda lagi cantik kot.” Semua mata dah tertumpu pada aku. Aku lihat Rafiq dah tercuit-cuit bekas tunangnya supaya berhenti.
“Auntie, kalau nak tahu sebab dia nilah Elen putus dengan Rafiq.” Elena buat muka sedih, nak meraih simpati semua yang ada kat meja tu.
“Elena, stop it. I dah bagi tahukan I dengan Afrina takde hubungan apa-apa. Dia staff I.” Aku lihat wajah Rafiq dah merah, marah agaknya. Aku buat bodoh biar pun aku tahu mereka masih memandang aku.
“Sekarang ni dia goda Rifqy pula sampai putus dengan Jess.” Hah? Aku goda Rifqy? Rasanya nak gelak guling-guling kat lantai ni. Agaknya kalau dia pernah tengok aku dengan si Rifqy ni tentu tak keluar ayat tu.
“Tapi auntie bersyukur Rifqy putus dengan Jessica. Macam dah takde perempuan lain. Dahlah biadab.” Rasa macam nak jatuh rahang aku dan nak ketawa guling-guling lagi bila tengok muka Elena.
“Habis tu, macam mana dengan Elen? Auntie bersyukur juga Elen dengan Rafiq putus?”
“Soal jodoh ni auntie tak nak masuk campur. Kalau korang berdua ada jodoh auntie terima, takde pun auntie terima. Takkan auntie nak terpekik melolong bagi tahu satu dunia anak-anak auntie tak jadi kahwin. Tapi bukan Elen yang putuskan pertunangan dulu ke?” Wah, gempaklah jawapan makcik ni. Rasa macam nak high five dengan dia. Dengan bahasa tersirat, makcik ni macam suka je Rafiq putus dengan si Elena ni.
“Can we drop this topic? Hari ni hari untuk kita bergembira, bukan nak bertekak pasal benda yang dah lepas.” Dato’ Zakaria mencelah, tak selesa dengan apa yang berlaku di meja sekarang ni.
“Eh, abang ni, bila pula kami bertekak? Mid, Sarah jemputlah makan. Elena sayang, jangan susah hati, in sha allah Elen akan jumpa jodoh yang lebih baik dari Rafiq, yang tak curang, yang sayang Elen seorang je.” Datin Amnah bersuara lembut, nampak sangat berlakon makcik ni.
“Hmm, ni siapa?” Dia memandang aku.
“Afrina.”
“Ha, Afrina. Jemput makan, jangan malu-malu.” Aku senyum. Kalaulah kau bukan musuh aku, memang kita boleh jadi geng makcik.
Aku capai sudu dan garpu. Bulat mata aku melihat macam-macam jenis daging di dalam pingganku. Bila masa pula aku letak daging BBQ dalam pinggan aku.
“Makanlah.” Rifqy di sebelah senyum.
“Ini apa?” Aku bertanya.
“Daginglah. Itu pun tak kenal ke?”
“Ye, tahulah daging tapi daging apa?”
“Kambing.” Mendengar saja jawapannya, aku letak daging itu ke dalam pinggannya.
“Kenapa?” Aku geleng kepala.
“Sedap tau.” Dia menyumbat daging yang aku letak ke dalam pinggannya ke mulut. Aku cucuk daging ayam yang dah dihiris kecil oleh Rifqy dan disumbat ke mulut.
Tengah enak-enak aku menyumbat makanan kat depan ni, aku rasa macam ada sesuatu menjalar di peha kananku. Bila aku pandang ke kanan, Thaqif dah tersengih-sengih. Hish, nak kena dia ni. Aku cubit pehanya.
“Aah.” Dia menjerit. Kuat juga sebab orang kat meja sebelah pun ikut pandang. Itu nasib baik, orang tengah menyanyi kat depan kalau tak mahu satu dewan pandang ke arah kami.
“Kenapa Thaqif?” Dia sengih sebagai menjawab pertanyaan mamanya.
“Ada ketam sesat kat bawah meja ni.” Dia memandang aku. Datin Amnah geleng kepala, agaknya dia faham apa yang anak miang dia cakap tadi.
“Mama nak pesan kat ketam tu, lepas ni sepit lagi kuat, biar koyak kulit peha tu.” Rifqy ketawa. Aku pandang Rifqy di sebelah. Rasanya ini first time aku dengar Rifqy ketawa besar-besar macam ni. Sedar yang orang duk pandang dia, terus dia berhenti ketawa dan kembali menyambung makannya.

2 comments:

  1. Ketam paling epik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi baca. Hehe..saja2 menulis (suka sngt berangan, nilah hasilnya). Dah lama x update. Sibuk ngan GST, huhuhu. Tapi kalau ada masa nnt sy update lg. Thanks again :)

      Delete