Salam sejahtera.
Lama dah tak update story. Sibuklah sangatkan, padahal hari-hari menghadap pc.
Nak update pasal drama.... drama Korea.... Ok, aku admit yg aku memang layan industri hiburan Korea tapi tak tergamak lagi nak rosakkan agama. Oops...jgn marah ye. (Ikutkan, hati ni marah giler kot ngan bebudak tu, sebab korang, habis orang kutuk Islam, especially kipas-susah-mati KPOP). Malas nak cakap pasal tu sebab aku bukanlah pandai sangat nak 'sound' orang ni. (Lagipun ni bukan blog luahan perasaan)
Sebenarnya dah lama tak layan drama Korea. Selalu tu tengok drama Jepun and menghadap OUAT ngan Haven. Walaupun aku minat K-entertainmant tapi tak semua aku layan. Orang lain macam nak gila dengan The Heirslah, citer yang alien tulah, aku tengok apa yang aku minat je. Sekarang ni yang buat aku 'ketagih adalah drama ni.
HEALER
Sebab aku nak tengok:
1) Trailer macam best.
2) Hero nampak handsome (gatal je bunyinya)
Sebelum tengok dapatkan info dulu..
Episod asal 16 je tapi aritu Google dah tambah jadi 20 (Yesss)
Cerita seorang 'night errand boy' (inilah nama job dia dlm drama ni) yang terima upah untuk buat kerja-kerja 'belakang tabir'. Guna gelaran Healer dan dibantu oleh seorang bekas detective yg sangat hebat IT. Dia tak pernah tunjuk muka dekat client atau orang lain, so kiranya dia ni misterilah. Siapa yang nak upah dia cuma melalui email address.
Macam mana pula boleh terjumpa dengan heroin, seorang reporter kat syarikat kecil ni? Ada seorang client yang upah untuk dapatkan DNA seorang perempuan yang lebih kurang umur si heroin. Waktu nak dapatkan DNA tu, dia ni 'tercuai' sikit sampai heroin nyaris-nyaris je nak nampak muka dia.
Anda percaya dengan destiny? Hehehe...kalau tengok cerita ni, memang setiap yang berlaku tu telah ditakdirkan. Plot cerita dia sangat bagus, kita dapat lihat hubung kait setiap watak. Watak-watak dia, walaupun hanya extra je tapi sangat kuat. Setiap orang ada peranan masing-masing (mungkin x termasuk pekerja di Someday News). Drama ni banyak flashback. Aku ni tak berapa minat drama yang ada flashback tapi scene yang super sweet dlm drama ni buatkan scene flashback tu tak terasa.
Aku jarang tengok cerita 'live' (live di sini bermaksud, cerita masih bermain di TV). Aku selalu tunggu keseluruhan cerita dah habis baru layan kat internet. Tapi cerita ni buat aku tak sabar-sabar tunggu hari Isnin dan Selasa dan kena tunggu lagi hari Rabu sebab subtitles biasanya diupload sehari selepas tu. Dan aku dah lama tak buat kerja pirate, tapi drama ni berjaya buat aku jadi pirate balik. Hehehe..(kita simpan tuk sendiri je, tak jual tau.)
Nak kasi gambar sikit sebelum kita sambung..
Waktu first day Healer ditugaskan utk dapatkan DNA Chae Young Shin (heroin). Sepatutnya amik rambut je tapi CYS ni cekap gak mengelak (bapa angkat dia lawyer, pastu membesar dgn bekas2 banduan). Disebabkan CYS ni ganas gak, so Healer terpaksa berlawan dan terpaksalah potong sikit kuku CYS.
Masa dia siasat si CYS ni, dia nampak gambar Kim Mun Ho (client yg upah dia) n gambar Healer yang CYS jumpa dalam kereta bos Double S dalam bilik CYS. Jadi dia nak tahu hubungan CYS ngan KMH. Maka terpaksalah menyamar jadi junior reporter, Park Bong Soo.
KMH ni reporter yg sangat terkenal kat stesen tv popular. Lepas tahu keputusan DNA CYS, terus dia berhenti dan beli syarikat Someday News ni. Sebabnya nak lindungi CYS tapi dia rahsiakan hubungan dia orang. So, hubungan sekadar sunbae (senior) n hoobae (junior) sahaja.
Disebabkan satu insiden yang CYS sendiri create, sekarang ni nyawa dia dalam bahaya dan Healer dapat satu lagi assignment dari KMH, kena pastikan keselamatan CYS.
Cara pertemuan yang sangat unik. Hehehe..
Waktu rahsia kewujudan CYS dah terbongkar, pihak yang jahat tu cuba hapuskan dia tapi of courselah hero ada untuk selamatkan heroin kan?
Lepas selamatkan CYS. Healer ni takde perasaan tapi boleh pula dia suka kat CYS. (Ini semua pasal destiny...hehe). Scene ni ada lagi tapi tak yah lah upload gambar ye? Tengok sendiri.
Lepas scene di atas. Jantung berdegup kencang memainkan irama cinta. Cewah. Kaki dia dah 'jelly' waktu ni.
Ni PBS bengangkan KMH sebab tak dapat partner ngan CYS. Jealous yg tak disedari..Hehe.
Waktu undercover sebab nak dapatkan hot story. Lawa CYS waktu ni, lagilah berdebar-debar si Healer.
Ketika dia yakin yang dia betul-betul cintakan CYS, satu rahsia yang melibatkan semua watak utama terbongkar. Ni waktu dia frust giler.
Ada beberapa scene yang sangat sweet tapi tak jumpa pula gambar, malas nak capture dari video yang aku dah download tu.
1) Waktu CYS luahkan perasaan kat PBS yang dia sukakan Healer melalui telefon, padahal yang tengah bercakap dengan dia tu Healerlah.
2) Lepas undercover, PBS bawa CYS kat tempat rahsia (kat rooftop je). PBS try luah perasaan kat CYS tapi kena reject.
3) First date dia orang kat cinema. Tak bersua muka pun tapi yg best masa CYS dah nak keluar dari pawagam, PBS hold tangan dia. OMG...sweet. (Jgn buat ye, dosa. Suami isteri takpe)
Watak-watak drama ni.
Explain sikit orang di sekeliling Healer.
Ji Chang Wook guna 3 nama - 1) Healer 2) Seo Jung Hoo (nama sebenar) 3) Park Bong Soo
Jo Min Ja - bekas detective yang bantu Healer bab2 hack ni.
Ki Young Jae - cikgu Healer, kawan bapa Healer
Kang Dae Yong - pembantu Healer. Tomboy sebab tu dia panggil Healer, hyung (maksud macam abang tapi hanya lelaki je yang panggil lelaki hyung, kalau perempuan sepatutnya panggil oppa)
Watak lain kena tengok sendiri..Hehehe..
Ok malas nak cari satu-satu. Credit kat AsianWiki
Kalau ada yang nak baca review drama ni episode by episode boleh check kat SINI. Sangat lengkap, kalau tak tengok pun takpe. Baca je pun dah tahu apa berlaku.
Oklah, sampai jumpa cerita best yang lain pula.. Annyeong.
No comments:
Post a Comment