Sudah
hampir tiga bulan aku bekerja di AzZa, menguruskan jadual Rifqy. Hari-hari
menghadap benda yang sama, melayan kerenah Rifqy yang makin hari makin
menyakitkan hati. Ada je benda nak buat topik bergaduh dah tu hari-hari masuk
pejabat. Bukan Fatin kata dia ni jarang masuk pejabat ke dulu? Rafiq pun dah
sebulan bertukar ke AzZa ni, ada jugalah aku jumpa dia, satu level kan tapi nak
sembang-sembang macam dulu memang tak sempat, nak-nak si Rifqy ni suka menyibuk
kalau nampak aku dengan Rafiq. Takut sangat agaknya aku goda abang dia.
Terkejut
aku bila ada orang ketuk meja aku. Aku angkat kepala, muka yang aku memang tak
suka tengok dalam empat beradik ni. Mat sombong, Hadif.
“Rifqy
ada?” Tengok, bertanya pun nak tinggi-tinggikan suara. Aku belum pekak lagilah.
“Hmm.”
Aku angguk tanpa pandang muka dia. Ini je cara melayan orang sombong macam
mamat ni.
“Aku
nak jumpa dia.” Hish, geram betul aku dengar intonasi dia.
“Hmm.”
Malas aku nak layan kau.
“Bagi
tahulah dia, takkan aku nak terjah je bilik dia.” Dia tengking aku. Mujurlah
tempat kerja aku ni tak macam di Excel dulu, terbuka. Malas melayan dia, aku
capai telefon.
“Bos,
Encik Hadif nak jumpa.”
“Ok,
suruh dia masuk.” Sengaja aku buat loud speaker. Tak payah aku suruh, dah
dengar suara abang kau tu, pandai-pandailah masuk sendiri. Lepas aku letak
gagang telefon terus aku pusing ke belakang, konon-konon nak ambil fail kat
rak. Aku dengar Hadif hempas pintu. Hehehe, padan muka kau.
Dekat
15 minit juga si Hadif tu kat dalam, lepas tu bila keluar buat muka macam
singa. Eleh, tak takut pun. Bila lalu depan meja aku, siap hadiahkan kat aku
satu jelingan maut. Tanpa reaksi aku hanya pandang je Hadif, siap tongkat dagu
sebelah lagi.
“Af,
masuk sekejap.” Pandangan di ubah ke kanan. Rifqy berdiri di muka pintu. Hmm,
apa guna Alexander Graham Bell cipta telefon?
“Yes,
boss?” Aku dah bersedia dengan pen dan notebook.
“Apa
yang kau buat sampai Hadif marah sangat tu?”
“Hmm?
Buat apa?” Aku buat muka terpinga-pinga.
“Sampai
hempas pintu.”
“Aku
tak buat apa-apa pun. Jentik tidak, pukul pun tidak.” Gempak tak? Cakap dengan
bos aku kau je.
“Kau
tu bukan boleh harap sangat, mulut tu kalau bercakap main ikut suka kau je.”
“Habis
adik kau tu muka tak pernah nak senyum. Sendi gembira di wajah dah putus
agaknya.”
“Dahlah,
mulalah merepek yang bukan-bukan.” Aku mencebik, siapa yang mula dulu?
“Kenapa
kau panggil aku ni? Takkan sebab adik manja kau tu je?”
“Aku
nak minta tolong kau. Kau ingat lagi Moon kan?” Moon? Yang dua alam tu ke?
“Dia
nak hantar baju aku, kau tolong ambil kat SACC Mall.” Aku kerut kening.
“Aku
minta Hadif bawakan kau sebab dia ada urusan di Quality Hotel.” Hah? Gila ke
apa nak suruh aku pergi dengan Hadif?
“Af.”
“Kenapa
tak suruh Hadif je ambil? Kau kan tau aku dengan adik kau tu macam mana?” Aku
tarik kerusi kemudian tanpa dipelawa aku duduk, macam kurang ajar je kan?
“Hadif
kena jumpa client, Moon tak boleh nak tunggu sebab dia nak ke airport.” Ada je
kan alasan dan urusannya.
“Habis
tu kenapa kau tak pergi sendiri?”
“Aduh,
kau ni banyak songeh betullah. Kalau boleh pergi aku dah pergi dah, tak payah
susah-susah suruh kau. Lupa ke jadual aku hari ni?” Aku diam. Pukul 11 ni dia
ada meeting dengan BOD, lepas tu petang nanti ada appointment dengan site
manager projek yang kat Sungai Buloh tu.
“Habis
aku tak payah ada, masa meeting nanti?”
“Fahmi
ada.” Memanglah best tak payah masuk meeting yang membosankan dan tak payah
menghadap muka Dato’ Zakaria. Tapi lagi tak best kena berdua dengan Hadif.
“Kau
takut dengan Hadif ke?” Aku pandang muka Rifqy. Memang aku takut, walaupun
nampak macam aku ni kuat melawan tapi kalau berlawan secara fizikal, nak-nak
dengan lelaki, rasanya tak mampu kot.
“Aku
bukan takut, tapi aku tak suka. Kau tahu tak adik kau pernah kurang ajar dengan
aku? Mentang-mentanglah aku ni tak kaya macam korang, senang-senang je dia
menghina aku.” Ini mahu jadi sesi luahan perasaan ni.
“Hadif
tu mulut dia memang sama level dengan kau, tapi dia oklah.” Ok? Dia malukan aku
depan kawan-kawan dia, cakap macam aku ni pelacur tu apahal? Kembar dua orang
tu sama je, tak habis-habis pasal seks. Bezanya, si Thaqif gaya minta, ala-ala
kasanova dan Hadif pula kurang ajar dan suka merendah-rendahkan orang.
“Ala,
takde apa-apalah Af. Please, aku kena ambil baju tu ari ni sebab lusa aku nak
pakai. Moon pula nak fly ke New York hari ni, dua minggu lagi baru balik.”
“Tinggal
jelah kat butik dia tu, nanti kau ambillah.”
“Dia
dah bawa baju tu, on the way ke SACC Mall pun.” Hish, ada jelah tau. Ketukan di
pintu menghentikan perbualan kami, sama-sama memandang ke arah pintu yang
ditolak dari luar. Hadif melangkah masuk, segak bergaya dengan kot hitam dan
begnya.
“Ok
Af, tolong I ambil baju tu ya? Send my regards to the gourgeous Moon.” Aku
pandang muka Rifqy, saja mengada dia ni tau. Tak suka betullah. Akhirnya dengan
langkah yang berat aku keluar juga mengekori Hadif.
Sepanjang
perjalanan aku hanya diam, tak tahu nak bercakap apa. Hadif ni pun sibuk je
bercakap di telefon. Ada je yang hubungi dia.
“Bring
her to the party tonight.” Aku dengar dia ketawa. Kawan-kawan miang dialah tu.
Teringat kali pertama aku jumpa Hadif ni. Waktu tu dia datang ke Excel, nak
jumpa Rafiq. Aku waktu tu ada dalam pejabat Rafiq sebab nak ambil fail. Tengah
terjengket-jengket capai fail di rak tiba-tiba ada tangan tengah syok menjalar
kat punggung. Tak tunggu lama, elok je aku pusing terus aku libas fail yang
berjaya aku capai tu ke kepala orang yang buat sexual harassment kat aku.
Sangka
aku Rafiq yang budiman tu dirasuk syaitan tapi rupanya adik dia yang menggatal.
Tak lama untuk aku tahu siapa yang cuba membuat onar ni. Bertahun aku
menyiasat, walaupun dia ni ada kembar seiras tapi aku boleh bezakan dia orang
berdua.
“How
dare you.” Dia memandang aku tajam sambil memegang kepalanya. Mesti tengah
weng..weng kepala dia, tebal juga fail ni.
“Encik
ni siapa? Main ceroboh bilik bos saya lepas tu nak cabul kehormatan saya.” Aku
pura-pura tak kenal, konon-konon baru first time tengok dia ni.
“You
tahu tak I ni adik Rafiq? Berani you pukul I dengan fail tu.” Dia berdiri
memandang aku, dah ok sikit kot kepala dia.
“Saya
peduli apa kalau encik adik bos pun, siapa-siapa yang cuba ambil kesempatan kat
saya, terimalah padahnya.” Aku kepit fail yang aku ambil tadi ke dada, buat
perisai kalau-kalau dia ni tiba-tiba mengganas. Nasib baik aku tak pakai skirt
macam selalu, kalau tak entah apa yang dia buat tadi.
“You
ingat you boleh lepas dari I kalau I dah set you as my target.” Ewah-ewah set
as target pula, ingat kau main panah-panah ke? Tak pun main dart nak aim aku
pula.
“Kalau
berani cubalah.” Aku telan air liur, kat dalam ni beranilah sebab aku tahu ada
ramai orang, bantainya dia tunggu aku kat luar macam mana? Takpe, uncle ada.
Dia
melangkah menghampiri aku, cuba memeluk aku tapi belum sempat dia rapat aku dah
hadiahkan sedas penampar kat dia. Dan nasib baik jugalah Encik Bos masuk. Pelik
jugalah dia kenapa aku dengan adik dia dah main pandang-pandang macam movie
Hindustan.
“You
nak I bukakan pintu untuk you ke?” Aku terkejut. Mulut macam longkang, sama je
macam Rifqy, suka sergah-sergah orang.
Aku
buka pintu kereta. Elok je aku tutup pintu, dia turunkan cermin.
“Tunggu
I kat sini. Kalau nak makan dulu pun tak pe tapi tunggu sampai I datang. Nanti
bila I dah settle, I’ll call you.” Aku hanya mengangguk. Kemudian langkah
diatur menuju ke dalam ruang legar SACC Mall. Kata Moon, dia tunggu aku kat
Asiari.
Sekejap
je aku jumpa Moon ni, dia bagi aku baju Rifqy lepas tu kalut semacam je nak
pergi. Lepas ber ‘bye-bye’ dengan dia, aku teruskan menyantap hidangan yang di
pesan oleh Moon tadi, dia belanja katanya. Hampir setengah jam juga aku kat
dalam ni, saja aku makan lambat-lambat sebab nak buang masa menunggu Hadif.
Rasa
macam lama sangat aku kat dalam ni, kalau berteman tu takpelah juga, ini
seorang-seorang je kat sini. Habis je makan aku terus keluar, merayap dari satu
level ke satu level. Nasiblah tak tinggi mana pun SACC Mall ni. Jam di tangan
aku toleh. Dekat pukul 1 ni, mana si Hadif ni? Lama betul jumpa clientnya,
bincang masalah negara ke?
Nak
telefon takde pula nombornya. Nombor? Baru aku teringat, dia mana ada nombor
aku dan aku pun takde nombor dia. Tapi takkan dia tak boleh telefon Rifqy
tanyakan nombor telefon aku. Lantas nombor Rifqy aku dail, minta-minta dah
habis meeting. Lama baru panggilan aku berjawab, itu pun panggilan pertama dan
kedua tak diangkatnya. Sahlah dia masih dalam meeting lagi.
“Ada
apa?” Terkejut aku, bukan nak bagi salam. Terus sergah je.
“Hadif
ada telefon kau tak?”
“Kenapa
dia nak telefon aku pula?” Suaranya bunyi macam tak senang je nak jawab
panggilan aku.
“Aku
dah lama tunggu dia ni, aku takde nombor telefon dia.”
“Nanti
aku call dia.” Tak sempat aku jawab, terus dimatikannya telefon. Melangutlah
aku kat depan entrance SACC Mall ni.
Tak
lama lepas tu telefon aku bordering, Rifqy.
“Hello,
kau tunggu kat main entrance, dalam dua puluh minit aku sampai.” Talian sekali
lagi dimatikan tanpa sempat aku jawab. Kenapa pula dia kata dalam dua puluh
minit dia sampai? Dia nak datang ambil aku ke?
Kurang
ajar punya Hadif, aku rasa aku dah kena ‘kencing’ dengan si sombong tu.
Tiba-tiba je muka aku panas membahang. Dekat dua jam aku menunggu dia kat sini.
Merayau-rayau dalam mall ni macam orang baru lepas putus cinta. Sabar Afrina.
Aku tarik nafas kemudian aku hembus perlahan.
Aku
masuk semula ke dalam, sejuk sikit. Kebetulan ada event kat sini, adalah kerusi
berderet kat tengah-tengah lobi ni. Aku duduk, lenguh kaki aku ni berjalan dan
berdiri dari tadi. Ada persembahan kat pentas, aku layan je sementara menunggu
Rifqy. Lebih kurang dua puluh minit lepas Rifqy telefon aku tadi, sekali lagi
aku dengar telefon aku berbunyi.
“Kat
mana? Aku ada kat luar ni.” Aku bangun menuju keluar. Sampai di perkarangan
SACC Mall aku tercari-cari kereta Rifqy. Tak jumpa. Telefon berdering lagi.
“Aku
kat sebelah kiri ni, CR-V biru.” Aku toleh ke kiri. Kereta siapa pula yang dia
bawa ni? Baru je buka pintu kereta, dah kena sembur.
“Aku
suruh tunggu depan entrance kan?”
“Panaslah.”
Aku tarik seatbelt setelah meletakkan beg kertas berisi baju Rifqy di belakang.
“Dahlah
aku tengah meeting, lepas tu tergesa-gesa datang ambil kau. Pastu nak menunggu
kau pula” Aku pandang wajah lelaki yang berkaca mata hitam di sebelahku ini.
“Aku
tak suruh kau datang ambil aku pun.” Suara dah naik sedikit. Aku dahlah penat
buang masa kat sini, uruskan urusan kau, yang nak marah-marah aku ni apasal?
“Dah
tu kenapa tak balik sendiri? Nak tunggu Hadif juga apasal?”
“Dia
yang suruh aku tunggu, kalau tak aku boleh je balik sendiri. Kau ingat aku tak
biasa ke naik bas? Hari-hari aku pergi kerja naik bas tahu tak?” Naik satu lagi
level suara aku. Nasib baiklah bertutup kereta ni, kalau tak mahu orang kat luar
dengar suara aku bertempik.
“Lain
kali urusan personal kau, jangan suruh aku buat. Kalau banyak bunyi, buat
sendiri.” Aku lihat dia diam di sebelah aku tapi sempat juga aku tengok dia
cengkam kuat stereng keretanya. Tengah tahan marahlah tu. Nak marah terasa diri
bersalah, tu yang duk cengkam je stereng.
“Aku
nak lunch.” Tiba-tiba tukar topik.
“Aku
dah lunch.” Aku pandang ke depan. Dia diam.
“Kau
punya meeting dah habis ke?” Suara dah turun ke paras yang selamat.
“Hmm,
tadi masa aku minta izin keluar, dah nak habis rasanya.” Dia pun dah turunkan
suara. Aku angguk dan selepas tu masing-masing mendiamkan diri. Sejak
akhir-akhir ni, kalau bergaduh, mesti akhirnya dia cuba nak mengalah, tapi
taklah tunjuk depan-depan. Macam mana nak tahu yang dia tak nak teruskan
pergaduhan, senang je. Dia akan diam dan tiba-tiba tukar topik. Tapi satu je
belum berubah, walau salah siapa pun kami masing-masing takkan minta maaf.
Dua-dua ego.
Lebih
kurang pukul dua setengah aku dan Rifqy sampai di pejabat. Elok pula aku
terserempak dengan Hadif. Dari jauh aku dah nampak yang dia senyum mengejekku,
banggalah dapat kenakan aku. Aku buat seperti dia tak wujud di depanku dan
berlagak tenang seolah-olah apa yang berlaku tadi tak terkesan langsung.
Dengan
Hadif ni cara nak berhadapan dengan dia lain sikit. Kalau dengan Rifqy,
walaupun sama agresif seperti Hadif, aku boleh ‘main’ lawan-lawan dengan dia.
Tapi dengan Hadif, aku kena berlagak selamba selepas dipermainkan olehnya,
jangan tunjuk yang aku marah sebab nanti dia lagi galak kenakan aku dan dia
akan berlagak dengan kemenangan dia. Secara psikologinya, cara aku akan
melemahkan dia. Akhirnya dia yang akan tertekan sebab semua rancangan dia tak
berjaya walaupun sebenarnya aku rasa nak cakar-cakar muka dia.
“Kenapa
kau ambil dia? Sejak bila dah jadi driver ni?” Aku dengar dia bertanya kepada
Rifqy di belakangku. Malas nak melayan aku teruskan langkah menuju ke lif.
Ketika
pintu lif terbuka, kami bertiga sama-sama melangkah masuk.
“Bukan
kau ada meeting ke tadi dengan BOD? Wah, besar betul pangkat dia sampai kau
boleh cabut dari meeting. Mesti papa bising.” Hadif masih terus bercakap.
“Stop
Hadif. Aku tak larat nak dengar kau being sarcasm. Minta tolong sikit pun nak
berkira.” Dari pantulan pintu lif aku lihat Rifqy menyandarkan tubuhnya di
dinding lif.
“Aku
tak kisah tapi aku dah bagi tahu aku tak nak bawa dia, kau suruh juga.” Hadif
senyum sambil memeluk tubuh.
“She
is my secretary. Tak salah kalau aku minta tolong dia. Aku suruh kau tolong
ambil kau tak nak. Bukan lama pun, Moon nak bagi baju tu je.”
“Eww,
kalau dengan Moon aku tak rasa yang aku akan sekejap. Bukan kau tak tahu mak
nyah tu suka kat aku. Tak kuasa aku nak melayan dia, geli tekak aku ni.” Aku
diam mendengar dua beradik itu berbalas cakap. Info baru ni, tak tahulah pula
si Moon tu suka dekat si sombong ni.
Pintu
lif terbuka, aku menuju ke tempat kerjaku dan aku lihat Hadif mengekori
abangnya.
“Jangan
ganggu aku boleh tak, pukul tiga ni aku ada appointment dengan Nizam. Aku nak
rest kejap.” Belum sempat Hadif masuk ke dalam, Rifqy dah menghalang adiknya
itu. Aku senyum.
Selepas
Rifqy tutup pintu, Hadif melangkah menuju ke pejabatnya di tingkat lapan. Tapi
macam biasa, setiap kali melintas depan meja aku mesti dia hadiahkan jelingan
maut kat aku. Heh. Ada aku kisah.
Kenapalah
hari ni aku asyik kena melayan anak-anak teruna (teruna ke?) si Zakaria ni?
Waktu aku kat pantry, aku terserempak dengan Rafiq.
“Hai.”
Dia tegur aku. Aku yang tengah bancuh kopi untuk Rifqy hanya hadiahkan senyuman
buat dia.
“Penat
ke?”
“Hmm?”
Aku toleh sambil tangan mengacau kopi yang aku bancuh tadi.
“Nampak
macam penat sangat.” Dia duduk di kerusi yang berada di tengah pantry.
“Biasalah
bos, kerja.” Aku letak cawan berisi kopi di atas meja di hadapan Rafiq.
“Sedapnya
bau, boleh buatkan untuk saya juga?” Dia hulurkan mug di tangannya.
“Eh,
secretary bos mana?” Sengaja aku mengusiknya.
“Ala,
itu pun nak berkira ke?”
“Siapa
suruh bos jual mahal dulu? Saya dah bagi tahu kalau saya kerja dengan bos, saya
akan buat apa saja. Jangan kata kopi, ABC pun saya sanggup buat.” Rafiq ketawa.
“Jenuhlah
awak nak mengangkut mesin ABC kat sini.” Dia sambung ketawa.
“Sekarang
ni dah modenlah bos. Ada je mesin ABC yang comel, dah tak perlu angkut yang
besar gedabak tu.”
“Rindu
saya nak dengar awak mengarut Af.” Dia senyum. Alahai, bos tak payahlah
senyum-senyum menggoda macam tu, saya tak tergoda.
Setelah
selesai membancuh kopi untuknya aku hulur mug tadi kepada dia. Terus
dihirupnya.
“Panas
tu bos.” Sepaket biskut aku hulurkan kepadanya tapi dia menggeleng. Cadangnya
nak temankan Rafiq di pantry (baik betul kau nak temankan dia ye Afrina?) tapi belum
sempat aku duduk, ternampak satu ‘lembaga’ berdiri di muka pintu pantry.
Alamak.
“Bos,
sorry tak dapat temankan bos. Nak hantar ni kat tuan besar.” Sempat aku
berbisik sebelum mengangkat cawan berisi kopi dan sebungkus kecil biskut untuk
Rifqy. Rafiq mengangguk.
Semasa
melintas di hadapan ‘lembaga’ tadi, sempat dia hadiahkan jelingan kat aku. Hai,
hari ni aku dapat banyak betul hadiah jelingan. Kalau boleh jual dah kaya ni.