Aku
memandang lelaki yang duduk di sebelah mejaku. Dah takde kerja ke dia ni yang
nak melangut kat meja aku ni apa hal?
“Kau
ni apahal?” Kalau ikutkan malas aku nak menegur dia ni tapi aku dah runsing,
nak buat kerja pun rasa terganggu.
“Bukan
hari tu kau dah janji kalau aku temankan kau ke dinner kau takkan ganggu aku
lagi?”
“Ada
ke aku janji macam tu?” Dia pandang aku. Hish, dia ni memang nak kena agaknya.
“Kau
jangan nak mengada-ngada ya.” Aku balas balik pandangannya tadi, tajam.
“Lola
dah berhenti.” Tiba-tiba sebut pasal si Lola tu apa hal? Ada aku kisah ke pasal
secretary kau yang seksi tu?
“Aku
dah discuss dengan Rafiq.” Dia pandang wajah aku. Ini kenapa yang cakap
putus-putus ni?
“Aku
nak kau ganti tempat Lola. Jadi PA aku.”
“Huh,
tak kuasa aku.” Laju aku menolaknya. Tak perlu bagi masa untuk aku fikir. Aku
tak berminat nak dekat dengan kau.
“Kenapa?”
“Kenapa
aku nak jadi PA kau? Sedangkan aku selesa kerja kat sini.”
“Selesa?”
Dia senyum sinis, tu nak perli aku lah tu.
“Selesa
sebab ada Rafiq? Bolehlah korang terus berskandal kan?” Kan aku dah cakap.
“Hmm,
memang pun. Aku selesa sangat bila bersama dengan abang kau tu.” Sengaja aku
jawab begitu sebab aku tahu kejap lagi meletuplah mamat ni.
“Kau
ni nampak macam perempuan baik-baik tapi takde beza pun kau dengan perempuan
kat kelab yang selalu aku jumpa tu. Apa tujuan sebenar kau hah? Kenapa kau
sanggup goda Rafiq dan musnahkan hubungan dia dengan Elena?” Aik, banyak pula
kosa kata dia?
“Kenapa
kau sibuk-sibuk sangat nak masuk campur urusan abang kau? Kenapa kau nak bela
sangat si Elena tu? Baik sangat ke? Atau kau yang suka kat dia?” Aku lihat
mukanya dah merah. Ambil kau, ingat kau seorang je boleh provoke aku.
“Tapi
kalau betul kau suka kat dia, kau sepatutnya berterima kasih kat aku sebab dah
pisahkan dia dengan abang kau. Sekarang ni kau bolehlah ambil dia pula.” Aku
bangun dan menolak kerusinya.
Dia
mengejar aku dari belakang.
“Kak
nak jumpa bos.” Kak Sally mengangguk.
“Apa
kau cakap tadi?” Dia menarik tangan aku, mujur fail di tangan tak jatuh ke
lantai. Kak Sally pandang adegan tarik-menarik antara aku dengan Rifqy.
“Pekak
ke? Aku cakap kau sepatutnya berterima-kasih sebab dia orang dah putus dan kau
bolehlah bersama dengan Elena.” Aku pusing dan mengetuk pintu bilik Encik Bos.
“Kau.”
Tanpa menghiraukan Rifqy yang dah nak meroyan tu, aku masuk ke dalam bilik
selepas diizinkan.
“Bos,
ni report yang bos minta.” Rafiq mengangguk sambil mukanya berkerut memandang
adiknya yang berdiri di belakangku dengan wajah yang memang tunggu masa nak
meletup.
“Fiq,
uruskan pertukaran dia ke AzZa. Aku nak esok dia lapor diri sebagai PA aku.
Kalau esok dia takde kat pejabat aku, you know what will I do right?” Rifqy
meninggalkan kami dan keluar dari bilik Encik Bos.
“Apasal
tu bos? Nak paksa-paksa orang pula.” Tanpa dijemput, selamba je aku duduk di
kerusi depan Encik Bos.
“Dia
stress sebab dah seminggu takde PA.” Sebab takde PA pun nak stress ke? Dekat
AzZa tu melambak staf, ambil jelah buat pembantu.
“Dia
dah bincang dengan saya, nak lantik awak jadi PA dia.”
“Sorry
bos, saya tak berminat. Lagipun saya ni bukan ambil kursus secretary masa
belajar dulu.”
“Tapi
awak dah biasa buat kerja-kerja Kak Sally kan? Sama je kalau awak kerja dengan
Rifqy.” Bunyi macam memujuk je ayat Encik Bos ni.
“Setakat
kerja, saya boleh belajar kalau tak tahu bos, tapi saya tak nak melayan perangai
adik bos yang tak semenggah tu. Bos pun tahu yang kami ni bukannya baik
sangat.” Aku pandang wajah Encik Bos. Senyum-senyum pula dia ni.
“Sekurang-kurangnya
awak boleh lawan dia. Dah berapa ramai secretary dia yang berhenti, Lola tu je
yang tahan lama sikit. Awak sendiri tengok perangai dia, tak serius dengan
kerja. Papa saya susah hati dengan prestasi dia sejak akhir-akhir ni, macam tak
berminat nak kerja.” Aku pandang Encik Bos tanpa perasaan.
“Dia
banyak habiskan masa di kelab. Sepatutnya dia yang uruskan Excel tapi papa tak
yakin yang dia boleh urus dengan baik. Sebab tu saya kat sini, sekarang ni papa
panggil saya uruskan AzZa semula.”
“Hah?
Habis tu bos kena tukar ke sanalah? Siapa pula yang ganti bos?” Takkan si Rifqy
tu? Kalau dia, takkan disuruhnya aku lapor diri di AzZa.
“Thaqif.”
Hah, sudah. Yang tu pun bala juga. Dari si miang tu baik lagi si Rifqy, si
baran tu. Rafiq senyum. Pelik pun ada, kenapalah Afrina benci betul dengan
adik-adiknya? Apa agaknya yang dia orang dah buat pada Afrina?
“Bos,
saya tak nak jadi PA adik bos tu.”
“Habis
tu awak sanggup kerja dengan Thaqif?” Hish, lagilah aku tak nak. Aku takkan
lupa yang dia dengan tanpa rasa bersalah boleh ajak aku buat seks dengan dia.
Ingat aku ni pelacur ke?
“Kalau
bos kena tukar ke AzZa, saya nak kerja dengan bos.” Rafiq senyum sambil
menyandarkan badannya ke kerusi.
“Kat
sana saya dah ada PA.”
“Saya
bukan nak jadi PA, kerja apa-apa pun ok, asalkan bawah bos.” Aku pandang muka
Rafiq yang tersenyum-senyum tu. Ikutkan dengan kau pun aku tak ingin tapi kalau
kerja bawah kau, tenang sikit aku nak jalankan misi aku.
“Awak
suka saya ke Af?” Hah, pula. Ini pun dah nak jadi miang juga ke?
“Sukalah.
Bos baik, takde nak meroyan sesuka hati. Tak buli pekerja, sentiasa
understanding.” Sengaja aku angkat-angkat mamat depan ni, biar kembang sikit.
“Maksud
saya, cinta. Awak cintakan saya ke?” Dia memandang aku dengan mata redupnya,
amboi handsome betul kau ni.
“Hish,
bos ni. Saya baik dengan bos bukan bermakna saya dah jatuh cinta dengan bos.
Saya tak suka orang handsome ni, tak tenang hidup.” Yelah tu Afrina oi.
“Tak
tenang?” Dia mengerutkan keningnya.
“Yelah,
kalau boyfriend handsome ni ramai yang berkenan, sudahnya sakit jiwa saya nak
melayan cemburu kat hati ni.” Aku ketuk lembut dada aku. Dia ketawa kecil.
“Kiranya
saya ni handsomelah ye?”
“Eleh,
bos ni lagi mahu tanya.” Aku jeling Rafiq.
“Habis
tu macam mana lelaki idaman awak?”
“Bos
kenal pelakon Malaysia?” Aku pandang wajah Rafiq yang dah berkerut balik
keningnya.
“Adalah
seorang dua yang saya kenal.”
“Beto
Kusyairy kenal tak?” Dia kerut lagi keningnya siap pandang ke siling. Itu
tengah fikirlah tu.
“Google.
Itulah lelaki idaman saya. Lantaklah orang kata tak handsome pun, pada saya dia
lagi handsome dari bos.” Aku bangun sambil ketawa, konon macam lawaklah. Kaki
melangkah keluar dari bilik Rafiq sambil meneruskan ketawa tadi. Makin hebat
aku berlakon.
Akhirnya,
dalam keterpaksaan aku mendaftar juga kat tempat kerja baru aku ni, sebagai
secretary Rifqy, tapi seminggu lepas dia datang office hari tu. Nasib baiklah
Rafiq pujuk adik dia tu bagi tahu yang aku kena settle urusan pertukaran dulu.
Sampai
je tadi, ada seorang perempuan yang perkenalkan diri sebagai Fatin menyambut
aku. Katanya dia setiausaha Encik Mokhtar, bos bahagian HR. Untuk tempoh
seminggu ni, dia akan ajar aku tugas-tugas yang aku kena buat. Ada beberapa
perkara yang aku rasa aku boleh buat sebab aku pernah bantu Kak Sally dulu.
“Afrina,
you boleh baca handbook ni. Kalau ada apa-apa yang you tak faham, you boleh
tanya I.” Aku mengambil Employee Handbook dari tangan Fatin.
“Fatin,
bos masuk pukul berapa?” Dah dekat sejam aku kat sini tapi batang hidung Rifqy
pun aku tak nampak.
“Encik
Rifqy ni masuk ikut suka dia je. Kerja you memang senang Af sebab kadang-kadang,
petang baru dia masuk. Kadang-kadang tu tak masuk langsung. Tak tahulah ke
mana.” Hmm, ke mana lagi kalau tak melangut kat Excel, bergaduh dengan aku.
“Ada
apa-apa ke yang I kena buat untuk dia?” Ewah, aku pun dah ikut cara Fatin.
“Maksud
you?” Dia pandang aku pelik. Apa yang peliknya soalan tu?
“Macam
bos I kat Excel dulu, setiap pagi setiausaha dia kena bancuhkan kopi. Lepas tu
kena ingatkan semua aktiviti dia untuk sehari tu.”
“Hmm,
I tak pastilah Af. Dia cuma pesan kat I hari tu untuk bagi tahu tugas-tugas
yang biasa I buat untuk Encik Mokhtar. Yang lain-lain I tak tahu pula. Lola
dulu kalau mengadu pun pasal Encik Rifqy jarang masuk.” Aku mengangguk.
“Takpelah
Fatin, terima kasih. Nanti kalau ada apa-apa I will call you.” Fatin mengangguk,
kemudian melangkah menuju ke tingkat bawah, bahagian HR.
Aku
melihat tempat kerjaku. Selesa. Menurut Fatin tadi, level ni kebanyakannya
menempatkan bilik top management dan salah seorangnya si Rifqy ni.
Mentang-mentanglah kau anak bos, dapatlah kau pegang title Managing Director
tu. Kalau kat tempat lain, kerja kuli-kuli tu pun orang tak ingin bagi kat kau.
Kerja ikut suka hati kau je.
Tak
silap aku ada enam atau tujuh bilik kat sini, semuanya bilik director dan kat
luar bilik director ada meja secretary, macam tempat aku sekarang ni. Tak
sempat pun nak berbual-mesra dengan PA lain sebab yang ada tadi pun cuma dua
orang je.
“Masuk
bilik aku sekarang.” Mak ai, nyaris aku tak jatuh dari kerusi. Aku pusing ke
belakang, takde orang. Hantu ke? Rasanya macam dengar orang bagi arahan tadi.
“Kau
tak dengar ke?” Aku urut dada. Rifqy jenguk kepala di balik pintu biliknya.
“Apa
dia?”
“Aku
kata masuk bilik aku.” Habis je beri arahan terus dia masuk balik. Aku capai
buku nota dan pen atas meja, kemudian mengetuk pintu bilik Rifqy. Selepas
dengar suara dia mengarahkan aku masuk, aku buka pintu dan masuk ke biliknya.
Amboi,
bersih, suci dan murninya bilik dia. Nampak sangat tak buat kerja, berbeza
betul dengan pejabat si Rafiq, bertimbun fail.
“Ada
apa bos?” Aku berdiri di sebelah mejanya, bersedia dengan buku dan pen di
tangan.
“Duduk.”
Dah orang suruh duduk, aku duduklah. Buku nota dan pen tadi aku letak di atas
meja.
“Hari
ni aku takde apa-apa appointment penting. Aku nak tengok laporan projek-projek
yang AzZa terlibat sekarang ni. Kau cari person yang in charge and minta report
tu semua. Aku nak tengok perkembangan projek-projek tu semua.” Alamak, macam
mana nak tahu ada berapa projek? Aku garu kepalaku.
“Sekarang
ni dah nak dekat pukul 10, pukul 2 nanti aku nak kau ikut aku jumpa client. So,
untuk tempoh masa ni aku tak nak diganggu. Kalau ada siapa-siapa call, pandai-pandailah
kau jawab.” Aku mengangguk.
“Aku
rasa tu je buat masa ni. Pergi minta report tu semua.” Aku bangun sambil kepala
ni masih berfikir kat mana nak cari manusia yang bertanggunggjawab atas semua
projek yang aku tak tahu tu.
“Ah,
sebelum tu, buatkan aku kopi. Taruh susu.” Aku pandang bos baru aku ni. Heh,
berlagak. Bagi arahan sambil tengok iPhone dia. Dah tu kurang ajar je bunyinya.
Rafiq dulu kalau suruh buat kopi ke apa ke mesti guna perkataan ‘tolong’.
Aku
melangkah menuju ke pantry yang ditunjuk oleh Fatin awal pagi tadi. Setelah
membancuh kopi untuk Rifqy, aku kembali ke biliknya. Kemudian mencari Fatin
untuk bertanyakan tentang laporan yang diminta oleh Rifqy tadi. Mujurlah Fatin
sudi nak tolong aku, bawa berjumpa dengan pegawai-pegawai yang uruskan
projek-projek AzZa.
Dekat
40 minit jugalah aku turun naik lif kat bangunan ni mencari orang, dengan bawa
fail lagi.
“Thanks
Fatin.”
“It’s
ok. You pun baru first day. Tapi I peliklah, biasanya kalau nak tengok report,
Encik Rifqy akan suruh je person in charge yang datang sendiri. You salah
dengar ke?” Fatin meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja kerja aku.
“Entah,
mungkin kot. Takpelah Fatin, apa-apa pun terima kasih ye.” Fatin senyum. Manis
juga, muka macam sombong je.
“Nanti
waktu lunch call I. Boleh lunch sama-sama.”
“Ok.
Kalau tak dapat pun I akan inform you.” Fatin mengangguk, kemudian melangkah
menuju ke tingkat bawah.
Aku
membawa sebahagian fail dan menuju ke bilik Rifqy. Setelah mengetuk pintu, aku
masuk membawa fail yang penuh di kiri kanan tanganku.
“Kau
pergi mana? Dekat sejam aku tercongok dalam bilik ni.”
“La,
tadi suruh ambil report ni semua.” Aku lambakkan fail di atas mejanya.
“Kau
pergi jumpa dia orang ke?” Dia pandang wajah aku tajam.
“Yelah,
dah kau suruh minta tadi.”
“Memanglah
aku suruh kau minta tapi aku bukan suruh kau turun naik bangunan ni mengangkut
semua fail ni sendiri. Apa guna Alexander Graham Bell perah otak cipta telefon?”
“Manalah
aku tahu. Kau tak cakap in detail, main suruh aku cari je.”
“Benda
macam tu takkan aku nak ajar kot. Fikir logiklah, kalau dia orang duduk setiap
tingkat bangunan ni, kau nak turun naik setiap tingkat juga ke? Kau buat apa
masa di Excel dulu?” Geramnya, panas dah telinga aku ni.
“Aku
tak nak kerja ni, kau yang paksa aku. Ini bukan bidang aku tau tak? Kalau kau
rasa aku ni tak bagus buat apa suruh aku jadi setiausaha kau?” Aku melangkah
menuju ke pintu. Sakit hati betul aku, dahlah baru first day aku kat sini. Kena
buat kerja-kerja yang biasanya Kak Sally buat di Excel dulu. Aku cuma bantu dia
taip report je kalau kerja setiausaha ni. Tak pun sesekali buatkan air untuk
Encik Rafiq.
“Sorry.”
Dia tarik tangan aku dari belakang. Tapi tak nak kalah aku seret juga kaki ke
pintu.
“Afrina.
Aku minta maaf.” Lagi kuat dia tarik tangan aku, halang aku dari keluar. Bila
aku dah betul-betul berhenti, dipusingnya badan aku menghadapnya.
“Ok,
cuba kau fikir betul-betul apa yang aku cakap tu. Betul tak? Kalau ikut
logiknya kau cuma perlu telefon dan minta dia orang bawakan report tu.” Lembut
pula dia bercakap, nak pujuk akulah tu.
“Mana
aku tau, aku baru first day kat sini. Nak cari person in charge pun tak kenal.
Berapa banyak projek pun aku tak tahu. Kau main arah-arah je.” Rifqy senyum.
Budak ni kalau mengamuk memang satu level dengan dia.
“Tapi
kau berjaya juga cari kan?”
“Sebab
aku minta tolong dari Fatin.” Aku tarik tangan yang dari tadi dipegangnya.
Ingat ni scene pujuk-memujuk antara kekasih ke?
“See,
boleh pun cari jalan. Itu tujuannya bekerja, takkan semua nak main suap. Dengan
cara tu, kau akan lebih tahu dan dapat bergaul dengan staff lain, cuma method
kau tadi je tak betul. Kau dah membuang masa dan tenaga kau.” Dia melangkah
menuju ke sofa dan melabuhkan punggungnya di situ.
“Lagi
satu, kenapa tak tanya aku? Lepas aku bagi arahan terus menonong keluar, macam
dah tahu je.” Dia senyum sinis memandangku. Menyampah aku.
“Dah,
dah tak payah marah-marah lagi. Mari aku ajar kau.” Aku melangkah menuju ke
pintu, ada beberapa lagi fail di luar tu.
“Nak
ke mana pula tu?”
“Ada
fail lagi kat luar.” Aku lihat dia gelengkan kepalanya. Lantaklah. Aku keluar
mengambil fail di atas meja dan membawa masuk ke biliknya.
“Setiap
bulan biasanya aku akan check projek-projek ni semua, tengok dah sampai mana
phase projek ni, ada tak apa-apa masalah dari supplier ke atau masalah lain.
Jaranglah projek yang AzZa dapat siap lebih dari tarikh sepatutnya.” Aku dengar
je dia bercakap.
“Bila
ada masalah, mesti akan melibatkan kos. Jadi kita tak nak spend kos kat masalah
ni semua. Kita kalau boleh nak memaksimakan keuntungan tapi dalam masa yang
sama menjaga kualiti kerja, keselamatan. Itu yang paling penting” Aku angguk, bukannya aku faham pun.
Hampir
dua jam lebih aku tolong dia check report, dapatlah habiskan 3 projek. Hmm,
cekap juga dia ni buat kerja. Ingat pandai curi tulang je.
“Dah
pukul 1.40, kau rehatlah dulu, nak solat dulu ke. Pukul 2 ni aku nak kau ikut
aku.” Hah, habis tu tak payah lunch ke? Lunch? Alamak. Aku tepuk dahi.
“Kenapa?”
Dia bertanya sambil mengemas fail yang dah dilihatnya tadi.
“Lupa
nak bagi tahu Fatin.” Aku bangun, kemudian laju keluar dari bilik Rifqy untuk
menghubungi Fatin. Tapi belum sempat aku dail telefon, ada sekeping nota
dilekatkan pada monitor komputerku.
SibuknyaJ
I lunch dulu, esok-esok kita lunch sekali
Dun wori, nanti Encik Rifqy mesti bawa you pergi lunch.
K, bye.
Aku
lepaskan keluhan, mesti Fatin intai tadi, kalau tak mana tahu yang aku sibuk
giler. Ah, laparnya. Aku capai beg kertas berisi telekung dan menuju ke surau
yang berada di tingkat 7.
“Aku
tunggu kat sini. Dah sudah nanti panggil aku.” Aku menoleh ke belakang. Rifqy
tegak berdiri di muka pintu dengan sebelah tangan di dalam kocek seluarnya.
Tali leher dah ditanggalnya, butang baju yang atas tu pun dah dibukanya. Nak solat
juga kot.
Selesai
solat, aku naik semula ke atas. Pintu bilik Rifqy aku ketuk, tak berjawab.
Selepas beberapa kali aku ketuk dan masih tiada jawapan, aku masuk. Rifqy
nyenyak tidur di kerusinya.
“Rifqy.”
Aku memanggilnya, tak bergerak langsung.
“Rifqy.”
Sekali lagi aku panggil namanya dan masih juga dia kaku di kerusinya. Sudahnya aku
ketuk meja sekuat hati dan dia terkejut. Hehehe, kelakar gila muka terkejut
dia.
“Dah
ke?” Dia menenyeh matanya kemudian menggeliat. Tali leher di atas meja dicapai
kemudian dililit di tengkuknya. Dia bangun menuju ke cermin yang tergantung di
dinding. Membetulkan rambutnya dengan jari.
“Jom.”
Dia mengambil kunci kereta dan kotnya di kerusi.
“Nak
pergi mana? Aku lapar ni.”
“Makanlah
cik kak oi, ingat kau seorang je lapar.” Dia melangkah laju, keluar dari
biliknya dan aku apa lagi laju juga mengejarnya. Makan kot, siapa tak nak.
No comments:
Post a Comment