PART 8
Amar
baring atas katil Ryan sambil mata tak lepas memandang abangnya yang sejak
beberapa bulan ni dah bertukar jadi mat jiwang. Kalau dulu mana nak layan
lagu-lagu patah hati ni tapi sekarang ni hari-hari kat bilik ni berdendang
dengan lagu jiwang. Yang selalu aku dengar lagu kumpulan Ungu. Bukan setakat
dalam bilik ni je, dalam kereta, kat laptop, kat handphone semua lagu
sedih-sedih ni. Hish, teruk betul abang aku ni.
“Abang,
sampai bila kau nak macam ni? Tak pernah-pernah aku tengok kau jadi macam ni
sebab perempuan.” Amar memberanikan diri menegur abangnya. Takut juga, sebab
awal-awal dulu asyik nak mengamuk je. Habis barang-barang kat bilik ni
dibalingnya. Kesian kat bibik, hari-hari kena kemas bilik abang.
“Abang,
anggap jelah kau dengan cikgu takde jodoh. Mungkin kau akan jumpa yang lebih
baik mana tau kan?” Aryan masih diam, masih merenung laptopnya.
“Abang,
tak bestlah macam ni. Dahlah kat rumah ni aku ada kau je buat kawan. Aku bosan
gila bila kau jadi macam ni.” Hish, rasa macam cakap dengan dinding.
“Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sedarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku”
Sudah,
ini lagu kumpulan mana pula yang abang main ni?
“Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusedari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan”
“Agaknya
ini balasan sebab aku suka mainkan hati perempuan sebelum ni Amar. Aku tak
pernah rasa sakit gila macam ni. Kalau nak bandingkan Azreen dengan awek-awek
aku yang lain, rasanya Azreen tu takdelah istimewa mana tapi aku betul-betul
suka kat dia.” Amar pandang abangnya.
“Kalau
kau suka kat cikgu kenapa dulu kau putus?” Dah lama sebenarnya dia nak tanya
dengan abang, apa history dia dengan Cikgu Riana.
“Bukan
aku yang putus tapi Azreen. Tapi memang patut pun sebab aku hampir rosakkan
dia.” Amar telan air liur. Dia tahu abang dia ni liar. Waktu kat KL dulu selalu
pergi club, dari zaman belajar lagi sampai dah bekerja. Baru setahun dua ni dia
berubah lepas papa accident dan hampir meragut nyawa papa. Kalau dulu jenuh
papa tazkirahkan dia tapi ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Selalu
bergaduh dua beranak tu.
“Rosakkan
dia?” Aryan bangun dari kerusinya, melangkah ke katil dan menghempas badan di
sebelah adiknya.
“Mulanya
aku kawan dengan dia sebab kawan-kawan aku bet, kalau aku dapat tundukkan minah
geek macam Azreen aku akan dapat something.”
“Dapat
something? Apa dia?”
“Adalah.”
Mana mungkin dia bagi tahu kat adik dia yang bawah umur ni.
“Macam
mana kau boleh kenal cikgu? Dia budak akaun, kau budak enjin.”
“Kawan
aku masa kat MRSM dulu sekelas dengan dia. Dia yang recommendkan Azreen.”
“Kira
jahat juga kawan-kawan kau tu ye?” Amar pandang abangnya sambil tersengih.
“Darah
tengah muda.” Aryan teringat zamannya di university. Habis matrikulasi dia
dapat offer ke UK tapi dia tak mahu pergi. Dia tak teruja nak belajar kat luar
negara macam adik-beradik dia yang lain. Dia mungkin bukan budak bisnes tapi
rasanya tak perlu nak pergi menyumbang duit kat negara orang sedang kat negara
sendiri pun dia boleh dapat pendidikan yang berkualiti sama macam kat luar
negara sana. Kalau pun dia nak ke luar negara bukan untuk belajar tapi bercuti
ke, lagi best. Takde apa nak difikirkan.
“Abang
macam mana cikgu boleh terpikat dengan kau..ehm, aku tau kau handsome tapi kau
faham-faham sendirilah perangai kau kan?” Aryan pandang adiknya di sebelah.
“Kalau
dah hari-hari aku pikat dia, lama-lama terjeratlah.” Azreen satu-satunya
perempuan yang paling susah untuk dia pikat. Hati batu betul, macam orang takde
perasaan je tapi akhirnya tewas juga kat tangan aku dan aku pula akhirnya tewas
dengan permainan aku sendiri.
Lepas
je kejadian tu, memang dia tak jumpa Azreen lagi. Bukan dia tak cuba minta
maaf, tapi bila Azreen nampak je dia terus Azreen lari. Si bodyguard Azreen
pula selalu je ada dengan dia, tak pernah berenggang. Hakim yang sekelas dengan
Azreen siap kena penampar dengan Aisya waktu nak minta maaf kat Azreen.
“Hah,
satu lagi abang, kenapa kau panggil cikgu, Azreen bukan Riana macam orang lain
selalu panggil dia.” Memanglah tak pelik sebab nama cikgu, Riana Azreen so,
ikut sukalah nak panggil yang mana tapi tak pernah dengar orang panggil cikgu
tu Azreen. Tak Riana, dia orang panggil Ria dan ada sekali dia dengar cikgu
bahasakan diri dia Yaya masa tengah cakap di telefon.
“Entah
aku suka sebut nama tu, tapi tunang dia pun panggil dia Azreen. Geram betul aku
waktu tu, berbulu rasa telinga aku ni.” Memang dia geram waktu terserempak
dengan Azreen dan tunang dia dulu. Rasa macam nak carik-carik mulut lelaki tu.
“Dahlah
abang. Move on. Banyak perempuan lain, dah berapa bulan cikgu tu bertunang,
entah-entah tengah sibuk buat preparation nak kahwin.” Amar bangun dari katil
dan menepuk lembut bahu abangnya sebelum melangkah keluar dari bilik Aryan.
Dari
tempat duduk, aku melihat seorang wanita berjubah hitam dan berselendang
menghampiriku. Cantik, persis gadis Arab. Malah beberapa orang pelanggan di
kedai makan ini turut memandang wanita yang menuju ke meja yang aku duduk.
“Assalamualaikum.”
Dia menghulurkan tangan yang kemudiannya aku sambut.
“Duduklah.”
Dia duduk di hadapanku. Aku menggamit memanggil pelayan.
“Saya
nak teh panas. Terima kasih.” Ya Allah, manisnya bila dia senyum.
“Maafkan
saya sebab ganggu Riana.” Dia memandangku.
“Takdelah,
petang ni saya takde buat apa-apa pun.” Hati aku berdebar, mahu saja aku terus
bertanyakan tujuan dia ingin berjumpa dengan aku. Semalam, dalam telefon dia
hanya menyatakan ingin berbincang tentang Fariz.
“Macam
yang saya cakap semalam, saya nak jumpa Riana sebab Fariz.” Pelayan tadi
meletakkan teh yang dipesan oleh Raudah, wanita di hadapannya. Sekali lagi
wanita itu mengucapkan terima kasih.
“Saya
rasa Riana mesti dah tahukan yang Fariz dah berkahwin?” Aku tersentak, mujur
waktu ni aku tak meneguk air, kalau tak mahu basah muka wanita ini kena sembur.
Dia juga turut terkejut bila melihat wajah aku yang jelas terkejut tu.
“Riana
tak tahu yang dia dah kahwin?” Dia bertanya dengan wajah yang agak keliru.
“Maaf,
saya tak tahu. Dan sejujurnya saya tak tahu apa-apa tentang dia kecuali yang
dia anak imam di kampung saya dan bekerja sebagai doktor.” Aku pandang wajah
Raudah yang nyata masih terkejut.
“Saya
rasa Riana tentu boleh agak yang saya isteri Fariz. Kami kahwin masa di Mesir,
saya baru pulang ke Malaysia lepas tamat pengajian di sana. Family kami
masing-masing tak tahu yang kami dah berkahwin. Saya takut nak beritahu papa
dengan mama, dan Fariz pun sama sebab katanya ayah dia tak suka anak-anak
berkahwin dengan orang luar.” Orang luar? Aku pandang mukanya. Muka Melayu,
cakap pun takdelah asing bagi aku.
“Saya
orang Brunei. Papa saya keturunan Arab dan mama saya orang Brunei.” Patutlah
cantik.
“Saya
menetap di Malaysia sebab papa bekerja di Kuala Lumpur.”
“Maaf
Raudah, macam yang saya bagi tahu awak, saya memang tak tahu yang Fariz dah
kahwin. Sebenarnya semua ni diatur oleh keluarga kami. Walaupun sekampung, saya
tak pernah kenal dengan Fariz.”
“Saya
tak pernah salahkan awak walaupun sebelum ni Fariz bagi tahu yang awak tahu dia
dah berkahwin. Saya redha kalau bermadu tapi saya kecewa sebab apa yang Fariz
bagi tahu saya selama ni satu pembohongan.” Aku lihat wajah putihnya mula
merah. Agaknya dia menahan diri dari menangis.
“Apa
yang dia bagi tahu awak?”
“Dia
cakap keluarga dia nak jodohkan dia dengan anak kenalan keluarga, dan dia tak
mampu nak menolak sebab ayah dia ada sakit jantung. Jadi dia cuba cara lain
untuk mengelak dari perkahwinan ni berlaku. Katanya dia bagi tahu awak yang dia
dah berkahwin tapi awak berdegil nak kahwin dengan dia juga sebab awak dah
jatuh cinta dengan dia. Yelah, siapa yang tak nak doktor sebagai suami kan?”
Hah, hello ingat aku hadap sangat ke nak berlakikan doktor?
“Saya
redha sebab saya tahu dia sayangkan saya dan saya yakin dia mampu berlaku
adil.” Memang dia sayangkan kau Raudah tapi bab berlaku adil aku tak pasti
sebabnya dia pun macam acuh tak acuh je dengan aku.
“Macam
ni lah Raudah, apa kata saya tolong awak. Saya bawa awak jumpa dengan family
imam, dan awak boleh explain dekat dia orang.”
Raudah
menggeleng.
“Saya
takut.” Aku capai tangannya dan mengenggam lembut.
“Jangan
bimbang, setahu saya keluarga imam Dollah tu baik sangat. Saya pasti kalau awak
minta maaf dan terangkan baik-baik dia orang boleh terima.” Raudah pandang muka
aku.
“Saya
tak nak kahwin dengan suami orang. Walaupun awak restu tapi saya tak nak. Saya
tahu awak baik tapi saya tak tahu dengan diri saya. Mampu ke saya berkongsi
kasih? Saya tak pasti.” Aku lihat dia tunduk. Aku tahu dia menangis. Mana ada
seorang perempuan pun yang rela dimadu tapi bagi perempuan seperti Raudah,
suami adalah syurganya jadi sebab itu dia merestui suaminya berkahwin dua.
“Hujung
minggu ni saya bawa awak ke Kedah. Fariz takde kan?” Ada Fariz bagi tahu aku
yang dia berkursus di Johor.
“Bagi
tahu dia awak nak ke rumah kawan.”
“Saya
masih tinggal kat rumah papa lagi. Sesekali saya ke rumah dia tapi tak pernah
bermalam.” Inilah payahnya kalau kahwin sembunyi-sembunyi ni. Bukan ke ikatan
perkahwinan itu sangat suci? Kenapa perlu menyusahkan diri macam ni?
“So,
macam mana?” Raudah angkat kepala kemudian mengangguk.
“Don’t
worry. Saya percaya keluarga Fariz boleh terima awak.” Ya Allah, kenapa aku
rasa bersyukur sangat ni?
“Terima
kasih Ria.” No Raudah. Aku yang sepatutnya berterima kasih pada kau. Terima
kasih kerana muncul sebelum semuanya terlambat.
Abah
diam sambil memandang sawah padi. Aku tahu abah kecewa.
“Kopi
bah.” Aku letak dulang berisi kopi di tepi abah. Uda pula membawa pisang goreng
yang baru digorengnya tadi.
“Adik.”
Abah panggil lembut. Rokok daun dibuang ke luar.
“Abah,
kalau abah nak cakap pasai adik dengan Fariz tu tok sah lah abah. Adik ok je.”
Abah tarik tangan aku, digenggamnya lembut.
“Abah
minta maaf kat hang no. Salah abah.”
“Dak
aih, abah tak salah apa-apa pun dengan adik. Adik tahu abah dengan uda nak yang
terbaik tok adik.”
“Kami
ingat Fariz tu dah baik dah, rupanya….” Uda yang bersila di sebelah abah
menyampuk.
“Fariz
tu baik uda, cuma dia bukan jodoh adik. In shaa allah, adik percaya Allah akan
bagi adik laki yang terbaik tok jadi suami adik.” Abah dengan uda pandang muka
aku dengan wajah sayu, seolah-olah kesian dengan nasib aku. Ya Allah, abah, uda
jangan pandang macam tu, adik sebenarnya syukur sangat tak jadi kahwin dengan
si Fariz tu.
Teringat
peristiwa petang semalam di rumah Imam Dollah. Sebelum aku bawa Raudah ke rumah
imam, aku terlebih dulu menceritakan perkara sebenar pada abah dan uda.
Terkejut abah dan uda. Walaupun Raudah bersedia untuk bermadu, tapi abah
tegaskan pada dia yang aku takkan dikahwinkan dengan suami Raudah. Abah takkan
benarkan aku jadi perosak rumahtangga orang lain. Abah tak mahu aku berbahagia
atas kesengsaraan orang lain.
Aku
minta abah temankan kami untuk bercakap denga keluarga imam. Takut juga kalau
imam terkejut dan diserang sakit jantung, dan takut juga kalau imam mengamuk
dan Raudah dimaki hamun. Takkan imam nak maki hamun pulakan? Aku cuma
memikirkan sebarang kemungkinan.
Kedatangan
kami disambut mesra oleh imam dan Makcik Zainab, ibu Fariz. Dipeluk ciumnya
aku, memang sayang betul dia kat aku.
“Jemputlah
duduk, saya ke dapur buat air.”
“Tok
sah susah-susahlah Kak Nab oi. Kami ni baru ja minum tadi.”
“Tak
susah aih, barang semua ada.”
“Ria
tolong makcik.” Aku mengikut Makcik Zainab ke dapur. Selesai membancuh kopi,
aku bawa ke depan.
“Imam,
ada benda yang aku nak bincang ngan hang ni. Aku minta sangat hang bertenang
na?”
“Hish,
awatnya ni? Hang tok sah buat saspen
boleh tak?” Abah pandang wajah aku, kemudian uda dan akhir sekali jatuh ke
wajah Raudah yang tunduk memandang lantai.
“Ini
Raudah.” Abah tiba-tiba memperkenalkan Raudah sekali lagi. Raudah yang tadinya
tunduk mengangkat wajahnya.
“Kan
hang dah bagi tau tadi.”
“Ini
Raudah, isteri Fariz.” Lembut abah bersuara. Aku pasti abah bimbang imam
terkejut.
“Hang
ni tok sah nak bergurau dengan aku boleh tak?” Aku pandang wajah imam dan
Makcik Zainab dan mereka memang nampak terkejut.
“Raudah,
hang cakaplah.” Abah pandang wajah Raudah dan Raudah aku lihat ada air yang
mula bergenang di matanya.
“Maafkan
saya.” Belum habis berkata-kata dia menangis. Aku menghampirinya. Tangannya aku
capai, aku gosok lembut, memberi sedikit kekuatan untuknya berbicara.
“Saya
dengan Fariz berkahwin dua tahun lepas di Mesir.” Aku dengar imam dan Makcik
Zainab beristighfar. Raudah menerangkan kepada imam dan Makcik Zainab bagaimana
mereka berkahwin dan kenapa mereka merahsiakannya. Malah apa yang dia ceritakan
pada aku juga diceritakan sama kepada ibu dan ayah Fariz.
“Saya
minta maaf, saya minta maaf.” Berkali-kali dia minta maaf sambil teresak-esak
menangis.
Makcik
Zainab menghampiri Raudah, ditariknya dalam pelukannya.
“Sudahlah,
benda dah berlaku. Lagipun hangpa berdua buat benda baik cuma cara hangpa ja
tak berapa manis. Awatlah tak habaq?” Imam Dollah menggelengkan kepala. Kesal
agaknya dengan tindakan Fariz.
“Jadinya
imam, aku datang ni nak minta agar pertunangan Ria ngan Fariz ni dibatalkan.
Aku tak mau anak aku bermadu dan aku pun tak nak rosakkan rumahtangga orang
lain.” Aku pandang wajah abah. Terima kasih abah. Aku rasa macam nak peluk je
abah sekarang ni.
Imam
Dollah bersetuju, dan mereka akan ke rumah untuk memutuskan pertunangan aku
mengikut adat. Setelah selesai masalah aku dengan Fariz, mereka akan berjumpa
dengan keluarga Raudah untuk berbincang pula masalah Raudah dan Fariz.
“Lepas
ni, tak yah cari jodoh untuk adik lagi tau? Abah dengan uda doa ja, biar adik
jumpa lelaki yang baik-baik. Dah jumpa nanti adik bawa jumpa abah dengan uda
na?” Abah senyum. Uda peluk bahu aku.
“Jangan
lama-lama sangat. Abah ni dah tua, takut tak sempat nak kahwinkan hang.”
“Ala,
awat cakap lagu tu?” Aku tarik muncung.
“Buat
mulut lagu tu. Sat gi abah ikat mulut tu ngan tali.” Abah mengusik sambil
jarinya menggulung rokok daun.
“Tengok
tu, tadi habaq dah tua. Dah tu buat apa yang nak merokok lagi?” Aku pura-pura
marah.
“Sedap.”
Abah sengih.
“Huh.”
“Abah
hang ni memang degil. Malas uda nak melarang.”
“Abah
kurang-kurangkanlah merokok tu na? Esok-esok kalau sakit sapa yang susah? Abah
gak.” Abah diam, tak membalas. Hanya menyedut rokok yang digulungnya tadi.
“Bawa
kereta elok-elok adik. Kalau penat hang berenti
dulu.” Belum pun aku masuk kereta uda dah berpesan. Memang macam nilah setiap
kali kalau aku nak balik ke Perak.
“Buah
manggis tu banyak. Hang bagilah kawan-kawan hang sikit. Mempelam pun ada tu.”
Memang banyak pun buah-buah yang abah bekalkan untuk aku. Kak Ros siap pesan
suruh beli mangga harum manis. Ingat Perlis tu sebelah kampung aku je kot.
Mangga harum manis banyak kat Perlis tapi mujurlah abah ada dua tiga pokok tapi
taklah banyak buahnya. Petang semalam aku keluar dengan uda mencari buah mangga
untuk kawan-kawan aku.
“Adik,
hang sampai nanti panaskan balik gulai ni.” Aku menyambut gulai daging rebung
dari uda. Kalau dapat si Aisya ni memang suka betul dia, bertambah-tambah. Aku
rasa biasa je, mungkin sebab dah selalu makan.
“Abah,
adik balik dulu.” Aku salam tangan abah. Dipeluknya aku.
“Jaga
diri hang kat tempat orang. Jangan cari gaduh dengan orang. Biaq pi orang nak
buat apa, hang jangan nak ikut buat perangai tak elok.” Aku mengangguk. Dari
zaman belajar lagi, pesan yang satu ni tak pernah abah lupa. Dalam dok
berpesan-pesan, nyaris juga aku terbabas dulu.
Aku
menghampiri uda. Tangannya aku capai. Lepas je aku bersalam, macam biasa,
dibawanya aku dalam dakapannya. Habis setiap inci wajah aku diciumnya. Aku
membalas ciumannya. Sebelum masuk ke kereta, aku hulurkan duit buat abah dan
uda.
“Hish,
tok sahlah. Duit yang tiap-tiap bulan hang bagi tu pun ada lagi.” Abah menolak.
“Ala,
tu duit lain. Ini duit buat beli rokok daun abah.” Aku mengusiknya. Abah
menampar lembut belakangku.
“Dah
pi balik. Sat gi lambat sampai.”
“Abah
ni macam halau adik je?” Aku pura-pura merajuk.
“Tak
dak sapa halau hanglah. Abah risau, kotlah hujan ka, jalan sesak ka. Nanti hang
yang lambat sampai. Esok nak kerja.”
“Ye
tau. Adik balik dulu. Assalamualaikum.” Aku masuk ke kereta, kemudian
menghidupkan enjin dan bergerak meninggalkan halaman rumah.
Sempat
aku menoleh rumah Imam Dollah ketika melintasi rumahnya. Raudah akan pulang
bersama Fariz yang akan pulang ke kampung selepas selesai kursusnya di Johor.
Selepas itu, mereka sekeluarga akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan
keluarga Raudah. Itu yang dikhabarkan pada aku semalam. Malas nak ambil tahu,
lagipun dah takde apa-apa kaitan dengan aku dan yang penting masalah aku dah
selesai.
Di
simpang menuju ke jalan utama, aku lihat kereta Fariz yang membelok masuk. Aku
perasan yang dia toleh ke arah aku dan memperlahankan keretanya. Tak tunggu
lama aku terus menyeberang jalan meninggalkannya, kebetulan takde kereta. Macam
yang aku cakap, urusan aku dengan dia dah berakhir.
Aku
sampai di rumah ketika jam menunjukkan ke pukul 8.15 malam. Aisya sedang
bersantai di ruang tamu.
“Hah,
penat.” Aku merebahkan badan di sofa. Tudung aku buka. Rambut yang ikatannya
tadi rendah aku buka kemudian aku sanggul tinggi.
“Dah
masak nasi?” Aku bertanya Aisya yang sedang melayan drama Koreanya.
“Dah.
Aku lapar ni menunggu gulai daging mak kau.”
“Ada
tu. Uda suruh panaskan dulu.” Aku bersandar di sofa. Aisya bangun mengambil
bekas makanan yang aku letak di atas meja.
“Kau
nak makan dulu ke, nak mandi dulu?” Dia bertanya sambil membawa bekas gulai
daging ke dapur.
“Aku
mandi dululah.”
“Cepat
sikit aku lapar ni.” Aku senyum. Lapar sangatlah tu. Kalau tak mesti kecoh
mulutnya bertanya kejadian kat kampung aku. Aku bangun menuju ke bilik.
Setelah
selesai mandi, aku ke dapur. Tudung saji aku buka.
“Kau
masak ke ni?” Bestnya, ada ikan pekasam dengan sambal kuini lagi.
“Dah
tu takkan Cik Zah sebelah masakkan.” Ceh, Aisya ni.
Aku
duduk menyenduk nasi ke pinggan aku dan Aisya. Lepas membaca doa makan kami
masing-masing menyumbat nasi ke mulut. Selepas beberapa suap barulah Aisya
bersuara.
“So,
macam mana?” Aku meneguk air. Dah tahu dah soalan tu.
“Alhamdulillah,
semua dah settle. Tengok ni.” Aku menunjuk jari-jariku, kosong. Dah takde
cincin belah rotan yang diberi oleh Fariz sebagai tanda dulu.
“Dia
orang tak bagi kau cincin tu ke?”
“Malaslah
nak simpan. Aku pulangkan semua barang-barang yang dia orang beri. Nasib
baiklah aku tak buat apa-apa pun dengan barang hantaran tu. Tapi buah-buah dengan
kek tu takdelah.”
“Imam
tu terkejut tak bila dapat tahu yang anak dia dah kahwin?” Aisya bertanya
kemudian menyuap nasi ke mulut.
“Of
courselah. Tapi orang baik-baik, beriman pula tu, so dia terima berita tu
dengan tenang je.”
Aku
pula menyuap nasi ke mulut.
“Dah
tu Fariz cakap apa?”
“Fariz
mana ada. Kan dia kursus kat Johor tapi masa aku nak keluar simpang kampung aku
tadi, selisih ngan kereta dia. Agaknya baru sampai dari Johor kot.” Aku teguk
air. Pedas betul sambal anak Jawa ni buat.
“So,
sekarang ni bolehlah kau couple balik dengan Ryan.” Hampir tersedak aku
mendengar ayat yang keluar dari mulut Aisya. Kurang asam betul dia ni tau.
“Aku
ngan dia tak pernah ada apa-apalah.”
“Hmm,
ye lah tu.” Aku bangun membawa pinggan ke sinki dan mencuci tangan.
“Yelah.”
Aku tinggalkan Aisya yang masih berselera makan berlaukkan gulai daging rebung
uda.
Buah-buahan
yang abah bekalkan semalam, aku beri kat kawan-kawan aku. Kat Cik Zah dengan
Pakcik Rani jiran sebelah rumah dah aku sebelahkan. Balik karang baru aku bagi.
“Berapa
ni Ria?” Kak Ros bertanya sambil membuka plastik berisi manggis dan mangga yang
aku bungkuskan untuknya.
“Free
je kak. Dari kebun abah tu.” Untuk Kak Sari, Kak Ida dan Cikgu Liew pun aku
beri juga. Cikgu Hamdan dan Cikgu Rahmat pun dapat habuan masing-masing. Yang
lain-lain aku letak kat sudut pantry. Sapa nak ambil jelah. Kuih bunga pudak
pun aku ada belikan lepas Kak Sari teringin nak makan.
“Durian
takde ke Ria?” Ewah Cikgu Hamdan ni. Bagi peha nak betis pula.
“Kat
Perak ni pun banyak durian cikgu.”
“Durian
Kedah lain, mai dari Thailand.”
“Takde
bezanya, durian juga. Buat apa nak kayakan Thailand? Baik tolong orang kita ni.
Harga pun murah.” Kak Ida, cikgu Ekonomi dah bersuara.
“Oops,
pakar ekonomi dah bersuara. Baik puan.” Cikgu Hamdan mengusik Kak Ida.
“Ria
ada kelas ni. Nanti Kak Ros bagi kat Cikgu Liew ye?” Aku mengambil alatan
mengajarku.
“Terima
kasih Ria. Seronok kalau Ria balik kampung. Macam-macam dibawanya.” Kak Ros
tunjuk muka ceria. Memang seronok sangatlah tu.
“Dah
tu. Kak Ros kalau balik kampung tu, bawa-bawalah buah tangan.” Cikgu Hamdan tu
nak mengusik lagilah tu. Bukan tak tahu Kak Ros takde kampung. Suami isteri
membesar di kota Kuala Lumpur.
“Kamu
ni Hamdan, kang aku carut karang, kot seminggu tak lalu makan.” Cikgu Hamdan
ketawa. Kak Sari dengan Kak Ida pun turut ketawa.
“Oklah
Ria pegi dulu.”
“Pergilah
sayang, abang tak larang pun.” Ew, aku buat muka dan Cikgu Hamdan ketawa lagi.
“Kamu
ni kalau tak mengusik tak sah kan?” Kak Sari menegur Cikgu Hamdan yang sebaya
dengannya.
“Aku
tengok Ria sekarang ni makin comel pula. Dulu mana tahu nak senyum-senyum ni,
bercakap pun sepatah-sepatah je.”
“Hish,
gatal. Dia makin comel pun bukan boleh kamu dapat.”
“Hei,
Kak Ros, saya ada tiga tempat kosong lagi.” Kak Ida dah buat muka. Tak suka dia
dengar pasal poligami ni.
“Orang
lelaki kalau bab tu bukan main lagi ye Kak Ros?” Kak Ros mengangguk, mengiakan
kata-kata Kak Sari.
“Hei,
Cikgu Hamdan, you ni takde kelas ke? Menempek kat sini je.” Cikgu Liew yang
baru habis kelas duduk di mejanya.
“Sebab
takdelah nyonya. Kalau ada you tak nampak muka I kat sini.” Cikgu Liew
menjeling. Geram dengan Cikgu Hamdan yang suka panggil dia nyonya.
“Liew,
tu Ria bagi buah manggis dengan mangga.”
“Oh,
best nya. Semalam pergi Tesco dah pegang dah buah mangga tapi tak jadi beli
sebab mahal sangat. Berapa ni Kak Ros?” Cikgu Liew bertanya sambil membuka
bungkusan plastik.
“Dia
bagi free je.” Kak Ida menjawab bagi pihak Kak Ros.
“Bestnye.
Suka I dengan adik dua orang ni.”
“Tak
payah nak suka sangatlah nyonya.” Cikgu Hamdan mengusik lagi.
“Hish,
sibuk jelah you ni Hamdan. Pergi balik tempat you.” Cikgu Hamdan ketawa lagi.
“Apa
yang riuh-riuh ni? Dari tangga lagi dengar suara?” Aisya meletakkan bukunya di
atas meja.
“Biasalah
Sya. Kalau ada si Hamdan ni, tu tak masuk Cikgu Rahmat lagi. Mahu kenyang perut
ni melayan dia orang.” Kak Ros menjawab.
“Jangan
dilayan sangat orang tua ni.” Selamba Aisya bercakap sambil tangan membuka laci
mengambil dompetnya.
“Orang
tua dipanggilnya aku.”
“Nak
ke mana Sya?” Kak Ida bertanya.
“Kantin.
Laparlah, nak-nak lepas mengamuk tadi.”
“Kak
Ida nak ikutlah.” Kak Ida yang mengandung 5 bulan itu bangun dari kerusinya.
“Kak
Sari pun nak makan jugalah. Liew, Kak Ros?” Cikgu Liew menggeleng.
“Kak
Ros kenyang lagi.”
“Abang
pun nak ikut jugalah.” Cikgu Hamdan buat muka gatal. Tu namanya muka minta
penampar ngan Kak Ida.
Aku
menghampiri meja Haziq setelah habis membantu Irna menyelesaikan soalan latihan
yang aku beri. Sempat aku pandang Amar yang duduk di meja belakang Haziq.
Cepat-cepat dia larikan wajahnya.
Aku
menerangkan kepada Haziq soalan yang tak difahaminya. Aku faham banyak yang
mungkin dia orang tak faham, lagipun topik ni masih baru. Loceng terakhir
berbunyi.
“Ok,
awak cuba buat dulu. Next class kita akan bincang jawapan. Kalau tak faham
tanya, jangan tak cuba jawab langsung, jangan salin je jawapan yang saya bagi.
Faham”
“Faham.”
Mereka menjawab serentak. Riuh kelas dengan suara mereka berkemas untuk pulang.
Aku menghampiri Amar yang sedang menyimpan buku dan alat tulisnya ke dalam beg.
“Amar,
boleh jumpa cikgu kat kereta cikgu nanti?” Dia pandang aku, begitu juga Ilham
di sebelahnya.
“Saya
nak cepatlah cikgu, ada tuisyen nanti.” Aku tahu dia cuba mengelak.
“Sekejap
je. Ada benda cikgu nak kirim untuk makcik.” Aku cuba berlembut.
“Hm,
cepat sikt.” Dia menjawab acuh tak acuh. Aku tahu mesti dia marah. Mesti Aryan
ada cerita apa-apa kat adik dia. Aku bergegas ke bilik guru, meletakkan bukuku
kemudian tergesa-gesa turun ke tempat letak kereta.
Dari
jauh Amar dah menunggu di sisi motosikalnya bersama-sama dengan tiga
sahabatnya, Haziq, Khairul dan Ilham. Aku membuka pintu belakang keretaku.
Bungkusan berisi manggis dan mangga aku hulurkan padanya.
“Untuk
makcik, cikgu bawa dari kampung.” Satu bungkusan lagi aku serah pada Ilham.
“Nah,
kongsi bertiga.”
“Terima
kasih cikgu.” Aku senyum.
“Kenapa
cikgu buat abang macam tu?” Aku tersentak. Bukan saja aku malah budak bertiga
lagi tu pun sedikit terkejut.
“Cikgu
tak nak cakap apa-apa dan Amar tak perlu fikir pasal tu. Semua tu takde kaitan
dengan Amar.” Aku cuba berlembut sebab aku tahu Amar tengah panas.
“Takde
kaitan? Yang cikgu main-mainkan tu abang saya.” Main-mainkan? Aku main-mainkan
abang dia? Aku lihat Khairul dah mencuit Amar.
“Korang
balik dulu, aku nak cakap dengan cikgu jap.” Patuh je budak bertiga tu dengan
arahan Amar.
“Jadi
Amar bagi cold shoulder ngan cikgu sejak akhir-akhir ni sebab hal cikgu dengan
Ryan lah ye?” Aku menyandarkan tubuhku ke kereta.
“Cikgu
tahu tak hati saya sakit bila tengok abang saya macam orang tak terurus. Bila
bercakap je nak marah, hempas-hempas barang. Dah lama dia tak buat perangai
macam tu.” Aku pandang wajah Amar yang merah, tak tahulah sama ada merah kerana
marah atau sebab cuaca yang panas.
“Kalau
cikgu dah ada boyfriend, dah nak bertunang, kenapa cikgu layan abang saya
lagi?” Aku lepaskan keluhan, tak tahu nak explain macam mana dengan Amar. Kalau
aku terangkan pun dia faham ke? Boleh ke dia terima kalau aku bagi tahu yang
aku dengan abang dia takde apa-apa hubungan, walaupun aku tahu Aryan mengharapkan
hubungan kami yang terputus dulu boleh disambung semula.
“Cikgu
minta maaf kalau masalah cikgu dengan Ryan melibatkan Amar sekali. Cikgu tak
nak bagi apa-apa komen sebab nampak macam cikgu sengaja cari alasan. Antara
cikgu dengan Ryan biar kami masing-masing selesaikan, ok?” Amar pandang wajah
aku. Masih tak berpuas hati.
“Tak
payah fikir soal kami. Tumpukan pada pelajaran. Kirim salam pada makcik.
Assalamualaikum.” Aku melangkah meninggalkan Amar. Entah kenapa aku rasa macam
nak menangis. Kejam ke aku pada Ryan?