Pages

Tuesday, March 10, 2015

MINI NOVEL: CINTA BUATMU PART 3 & PART 4


PART 3

“Berani dia telefon kau? Tapi mana dia dapat nombor kau?” Aisya mengunyah mee goreng di hadapannya.
“Siapa lagi. Amarlah tu.” Tapi macam mana pula si Amar tu dapat nombor telefon aku? Rasanya aku tak bagi pun kat budak kelas aku tu.
“Apa dia nak hah? Gila dia tu, dah lupa ke apa yang dia buat kat kau.” Aisya kunyah lagi mee goreng tadi, selera betullah kawan aku ni.
“Entahlah.”
“Ria, jujur dengan aku. Kau sayang kat dia lagi tak?” Aku jungkit bahu.
“Kenapa kau masih simpan gambar dia? Kalau aku, rasanya aku tak nak ada satu pun benda yang boleh buat aku ingat kat dia.” Aku takde jawapan untuk soalan Aisya sebab aku pun tak pasti kenapa ada satu gambar dia yang aku tak delete. 
Apa yang Ryan buat bagi aku bukanlah sesuatu yang aku boleh maafkan, orang lain aku tak tahu.
“So, sekarang ni macam mana?” Aisya bertanya lagi selepas menyedut air sirap bandungnya.
“Macam mana apa?” Saja aku bertanya balik sedangkan aku tahu apa jawapan yang Aisya mahukan.
“Kau tulah. Kalau dia telefon lagi, kau nak layan ke? Kau nak maafkan dia ke?” Aku pandang muka Aisya. Nasiblah kau ni kawan baik aku Sya, kalau orang lain memang dah lama aku blah. Malas nak melayan soalan yang bertalu-talu ni.
“Sya boleh tak kita jangan cakap pasal ni lagi? Anggap jelah kau tengah tengok drama bersiri. Tunggu jelah episod akan datang ye?” Aku menyuap nasi goreng yang dari tadi tak berusik tu, dek melayan Miss Reporter depan aku ni.
Dengar je jawapan dari aku, Aisya terus memuncungkan mulutnya. Aku senyum, nak gelak sebenarnya tapi ada pula cikgu-cikgu lelaki kat meja sebelah tu.
“Sya, asyik tengok drama aku je. Apa kata kita tengok drama kau pula?” Dia angkat kening sebelah.
“Kau dengan cikgu Azlan macam mana?” Aku tengok Aisya kerut dahi. Eleh, macam aku tak tahu tiap malam bergayut dengan Cikgu Azlan yang mengajar kat Sekolah Clifford tu.
“Tak masuk babak best lagilah.”
“Ala, takkan takde apa-apa lagi. Dah dekat enam bulan kot korang kenal.”
“Aku tak nak rakus sangatlah Ria, kalau ikutkan aku ni dah serik lepas putus dengan Shaq dulu.” Aku senyum, kalaulah orang lain dengar kita orang bersembang mesti dia orang pandang semacam. Yelah, ayat tak bertapis, kadang-kadang puitis sangat tapi selalunya ayat gila-gila je keluar dari mulut kita orang. Seronok dengan Aisya ni, satu kepala dengan aku, tak ambil masa yang lama untuk faham ayat-ayat aku.
“Aku tengok cikgu Azlan tu ok juga, dah lah handsome, ala-ala atlit lagi.” Dah beberapa kali juga aku jumpa cikgu Azlan tu. Dia orang ni berkenalan masa ada hockey tournament sekolah-sekolah daerah Kuala Kangsar. Aisya ni nampak je kecil orangnya tapi aktif dengan sukan hoki ni, sebab tulah dia dipertanggungjawabkan jadi jurulatih pasukan hoki sekolah dengan dua orang lagi cikgu.
Aku? Tak payah tanyalah. Aktiviti keluar peluh ni memang aku tak minat, tapi setiap cikgu mesti ada jawatan-jawatan sampingan ni kan? So, aku pilih jadi jurulatih pasukan debat sekolah. Hehehe, macamlah aku hebat berdebat. Untuk mengelakkan aku kena jadi jurulatih sukan ni maka aku dengan rela hati memegang peranan sebagai guru koperasi juga. Sebenarnya aku memang sengaja mencari bala, kalau sukan tu bukannya aku kena terlibat sepanjang tahun, tapi koperasi ni dari awal persekolahan sampailah sekolah tutup balik, kadang-kadang masa cuti pun kena datang sekolah.
“Dahlah, nanti-nantilah cerita. Aku nak pergi toilet jap. Apalah Kak Ro ni bubuh dalam mee ni, tiba-tiba aku sakit perut.” Aisya bangun sambil pegang perut.
“Tolong bawa ye?” Dia hulur dompetnya pada aku.
“Kenapa tu?” Cikgu-cikgu lelaki kat sebelah meja aku sibuk bertanya. Malas nak menjawab aku hanya senyum dan jungkit bahu je.

***************************

“Shine bright like a diamond, shine bright like a diamond.” Sabar Riana, sabar. Aku rasa dah dekat sepuluh minit aku dengar si Amar and the gang duk menyanyi lagu diamond tu. Yang buat aku sakit hati tu dia orang duk mengulang part ‘Shine bright like a diamond’ tu dengan macam-macam bunyi suara.
Habis je aku tulis kat whiteboard terus aku pusing menghadap dia orang.
“Amboi-amboi seronok ye yang kat belakang tu. Bangun.” Ceh, buat garang sikit. Selalu aku diam je, malas nak melayan. Nak-nak aku dahlah sakit hati kat budak Amar tu sebab pandai-pandai bagi nombor telefon aku kat Ryan.
“Ke depan.” Ala-ala tentera aku bagi arahan. Elok pula dia orang ikut cakap aku. Padahal dua tiga orang cikgu mengadu kat aku yang kelas aku ni budak-budaknya perangai macam hantu. (Macamlah dia orang tahu hantu tu perangai macam mana.)
“Bawa buku sekali.” Keempat-empat pelajar tadi berdiri di hadapan aku.
“Awak duduk bersila hujung sana, awak Ilham dekat situ, Khairul dekat sini, Amar duduk dekat sana.” Keempat-empat mereka duduk bersila seperti yang aku arahkan. Pelajar-pelajar lain dah ketawa tapi berhenti bila aku jegilkan mata aku yang sepet ni.
“Salin nota kat depan ni.” Lepas aku bagi arahan aku duduk di kerusiku. Aku ingatkan dia orang senyaplah, tapi si Amar dah start menyanyi dikir macam Karoot Komedia tu.
“Jangan bagi saya naik angin ye.”
“Sorry sister-in-law.” Amar tunduk sambil tahan ketawanya.
“Amar, stop it.” Aku pandang Amar, dan dia juga pandang aku sambil senyum. Mungkin melihatkan wajah aku yang serius dia akhirnya angkat dua tapak tangan tanda mengalah. Untuk 30 minit berikutnya, kelas kembali seperti biasa dan keempat-empat pelajar tadi aku arahkan untuk duduk kembali ditempat mereka.
Loceng pertukaran kelas berbunyi, mujur lepas ni aku takde kelas jadi aku ingat nak pergi makan di kantin. Aku terkejut bila Amar mengambil buku latihan dari tanganku.
“Cikgu, saya nak minta maaf.” Dia tunjuk muka kesian kat aku.
“Kenapa awak nak minta maaf dari saya?” Sambil melangkah keluar dari kelas aku bertanya.
“Sebab bagi nombor cikgu kat abang saya. Tak bestlah nak study kalau cikgu marah kat saya.” Ewah, pandai pula tu, abis yang kau bagi juga kenapa?
“Cikgu, cikgu marah ke?” Aku diam, takde maknanya aku nak marah kat student aku. Lagipun aku ingat lagi masa aku belajar dulu, cikgu aku selalu cakap jangan buat cikgu marah, jangan sampai cikgu kecil hati dan tak halalkan ilmu yang dia beri. Nanti tak berkat dan kita takkan berjaya dalam hidup so, sebagai guru yang baik (ehem..ehem), aku akan cuba elakkan dari simpan semua perkara dalam hati terutama pada student aku.
“Dahlah, saya tak nak cakap pasal tu. Memang tak patut awak bagi nombor saya sesuka hati tapi takkan sebab tu saya nak marah awak.” Aku letak sebahagian buku yang aku bawa di atas meja dan mengarahkan dia meletakkan buku yang dibawanya di tempat yang sama.
“Cikgu.”
“Terima kasih Amar.”
“Cikgu.” Hish, budak Amar ni.
“Nak apa lagi?” Aku pandang mukanya dan of course terpaksa mendongak sikit.
“Cikgu pernah ada apa-apa dengan abang saya ke?”
“Amar.” Aku dah mula menjerit tapi masih mampu mengawal ton suara aku.
“Hehehe, ok cikgu, sorry,” Dia sengih.
“Tapi saya suka kalau cikgu jadi sister-in-law saya.” Sempat lagi tu, dia kemudiannya mengatur laju langkahnya keluar dari bilik guru dan aku hanya mampu ternganga kerana aku pasti aku akan terus jadi bahan usikannya sampailah dia tamat pengajiannya nanti.



******************************

Manalah Ijoi ni? Tadi kata dah on the way, ni dah setengah jam aku duk menunggu dia, tak juga nampak batang hidungnya. Ijoi atau nama sebenarnya Shahazrul, salah seorang kawan baik aku sewaktu menuntut di MRSM Taiping. Sama seperti aku, Ijoi juga merupakan seorang jurutera elektrik bezanya dia menuntut di UTM dan sekarang ni bekerja di Pulau Pinang.
Sedang aku menghirup minuman, kelibat seorang wanita menarik perhatian aku. Manis mengenakan blaus putih dan skirt hitam serta selendang berwarna hitam. Wanita di hadapan aku itu santai menolak troli tanpa menyedari yang aku sedang memerhatikan kelibatnya.

Jam di tangan dipandang sekilas, HTC Evo di atas meja dicapai. Pantas aku menaip sesuatu, kemudian butang send disentuh. Aku bangun mengekori langkah wanita tadi. Tiba-tiba aku jadi rindu, walaupun aku sedar aku tak layak untuk merindui wanita itu lagi. Apa yang aku lakukan terhadap wanita itu, pada aku mungkin perkara kecil tetapi pada wanita itu mungkin apa yang berlaku benar-benar melampaui batas.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku bertindak begitu sedangkan aku betul-betul dah jatuh cinta pada wanita itu, bukan lagi demi pertaruhan bodoh yang dibuat bersama kawan-kawanku. Wanita itu berbeza dengan mana-mana wanita yang pernah aku kenali. Jujurnya, setelah berpisah, aku benar-benar terseksa. Aku tak mahu berpisah tapi aku tahu wanita itu tidak akan memaafkan aku. Lalu, dari membiarkan wanita itu terus membenci aku, aku relakan perpisahan kami.
Aku menghampiri wanita itu. Saat ini, jantung aku terasa bergendang dengan rancaknya. Aku cuba membuka mulut untuk menegur, namun bunyi ringtone dari telefon bimbit aku mematikan perlakuan aku. Mesej dari Ijoi. Aku mengangkat wajahku dan saat ini aku terkaku kerana wanita tadi sedang memandangku.
Mungkin terkejut, wanita itu menolak trolinya, dan aku tak tunggu lama untuk menyedari bahawa wanita itu cuba melarikan diri dari aku. Aku pantas mengejar wanita itu.
“Azreen.” Lengannya, aku capai. Merah wajahnya, mungkin marah dengan perbuatan aku tadi.
“Azreen, please.” Mukanya masih menunjukkan yang dia benar-benar marah dengan perlakuan aku.
“Awak nak apa?” Dingin sahaja suaranya.
“Saya nak minta maaf pada awak. Saya tahu awak marahkan saya dan saya nak awak tahu yang saya tak ada niat nak buat awak macam tu. Saya tak tahu kenapa saya boleh buat perkara tu dan saya nak awak tahu waktu kita couple dulu saya betul-betul cintakan awak dan saya tak pernah ada niat nak main-mainkan awak.” Hah, ambil panjang lebar aku meng’explain’.
“Dah kan?” Aku buat muka pelik. Dah? Apa yang dah?
“Dah?”
“Awak dah habis cakapkan? Kalau dah, saya minta diri dulu.” Sekali lagi tangan Azreen aku capai. Hish, tangan ni pun yang laju sangat nak pegang tangan anak dara orang ni apasal?
“Boleh tak saya nak cakap dengan awak? Kita duduk kat sana?” Aku menunjuk ke arah Restoran My Rasa.
“Saya datang nak beli barang, bukan nak duduk minum-minum dengan awak.” Aku tahu Azreen sedang menahan marah, nak-nak ada dua tiga orang yang melintasi kami memandang dan kemudian berbisik-bisik.
“Sorry Ryan, saya tak nak cakap dengan awak, mungkin untuk masa ni. Saya belum bersedia lagi nak bincangkan apa yang awak buat dulu.” Azreen berpusing dan menolak trolinya ke arah tempat parkir kereta. Dan aku, hanya mampu memandangnya. Entah kenapa aku jadi rindu. Entah kenapa sejak aku jumpa dia balik, aku asyik teringatkan dia.
Berbanding dengan bekas teman wanitanya yang lain, Azreen hanyalah wanita biasa, tak seksi, takde potongan ala-ala model pun. Tapi Azreen ada daya penariknya sendiri. Comel. Umur dah nak masuk tiga puluh pun tapi nampak macam budak sekolah. Pendiam tapi bila dah rapat baru dia tahu Azreen sangat manja orangnya. Satu keluhan kecil dilepaskan.
**************************
Aku hempas stereng kereta. Hish, macam manalah boleh jumpa dia kat Mydin ni? Kalau aku tahu baik aku shopping kat TF je tadi. Memang aku terkejut bila ada lelaki kat belakang aku dan bertambah terkejut bila tengok wajah dia yang turut nampak terkejut lepas pandang handphonenya.
Aisya pernah tanya aku sama ada aku marah lagi ke tak kat mamat tu. Entahlah, rasanya aku dah takde apa-apa perasaan pun. Marah tak, benci pun tak. Benda dah empat, lima tahun berlalu.
-          Dah tu kenapa aku tak nak jumpa dia, tak nak cakap dengan dia ya? Takut hati aku tak kuat kot, kalau jatuh cinta balik macam mana?
-          Apa salahnya jatuh cinta balik? Sepanjang ‘bercinta’ dulu, dia ok kan? Cuma benda yang satu tu je yang rosakkan semuanya.
-          Aku takut hati aku sakit balik. Aku tak nak rasa perasaan yang aku pernah rasa dulu.
-          Waktu tu masing-masing belum matang, darah muda. Mungkin sekarang ni dia dah berubah.
-          Mungkin. Kalau tak? Aku juga yang merana kemudian hari.
-          Mana kau nak tahu dia dah berubah ke tak kalau kau tak bagi dia peluang dekat dengan kau.
-          Aah, tak tahulah. Malas nak fikir.
-          Hmm…

Ini dah kenapa aku duk bermonolog sensorang kat dalam kereta malam-malam camni. Dahlah Cik Riana Azreen oii, jom kita balik.


PART 4

Aryan hanya memandang wanita di hadapannya yang sedang menyusukan Alisha, anak buahnya.
“Thanks sebab tolong saya.” Dia cuba memulakan perbualan. Sejak mereka keluar dari KFC tadi Riana hanya diam tanpa kata. Aryan duduk di kerusi di sebelah Riana.
“Azreen.” Dia memanggil wanita di sisinya itu.
“Awak ada bawa lampin lebih tak?”
“Hah?”
“Saya nak tukar lampin anak awak ni? Saya rasa dia kencing.”
“Rasanya ada dalam kereta. Saya pergi tengok sekejap.” Aryan bangun dan menuju ke keretanya yang diparkir di tepi taman. Beg berisi barang-barang Alisha dibawa ke taman.
“Saya rasa semua ada kat dalam ni.” Aku memandang lelaki yang berdiri di hadapanku. Anak dah tiga takkan tak tahu langsung macam mana nak uruskan bayi. Namun persoalan itu hanya mati di fikiranku. Aku mencapai beg yang diberikan oleh Aryan. Bayi Aryan dibaringkan di atas kerusi beralaskan kain lampin dan tuala yang aku temui dalam beg tersebut.
Lampin Alisha aku buka dan menggunakan wet tissue aku membersihkan Alisha. Setelah itu aku menukarkan lampin tadi dengan lampin yang baru. Lampin yang penuh dengan air kencing Alisha dibuang dalam beg plastic KFC yang penuh dengan sisa makanan. Setelah selesai, aku serahkan Alisha kepada Aryan. Rasanya tugas aku membantu Aryan sudah selesai.
“Awak.” Aku memandang lelaki itu. Nak apa lagi?
“Terima kasih.”
“Awak ni anak dah tiga tapi takkan tak tahu nak salinkan lampin baby, nak buatkan susu untuk dia.” Anak? Aryan ingin ketawa. Patutlah dari tadi diam je.
“Saya nak balik.” Aku bangun dan ingin melangkah menuju ke keretaku tapi sempat ditahan oleh Aryan.
“Apa yang buat awak confident gila cakap ini anak saya?” Aryan senyum.
“Dah tu, takkan anak makcik tepi sungai tu?” Aku memuncungkan mulutku ke arah makcik yang sedang berjalan di tepi sungai, tidak jauh dari tempat kami berada. Aryan senyum dan senyumannya hanya menambahkan sakit di hatiku.
“Ok, ok, I admit. This three, anak saya tapi ada tambah kat hujungnya.” Aryan senyum lagi nak-nak tengok muka Riana yang dah masam mencuka.
“Ini anak buah saya, anak Kak Ngah saya. Awak ni agak-agaklah kot. Kalau ni semua anak saya maksudnya lepas SPM saya dah ada anaklah. Tu yang sulung tu dah sebelas tahun.” Aku pandang wajah Aryan. Motif kau nak explain kat aku? Apa aku kisah kalau pun semua ni anak kau. Tapi sebenarnya malu juga ni, main ambush je.
“Dahlah, saya nak balik ni.” Aku mengambil begku di atas kerusi.
“Thanks again, malu saya kat KFC tadi.”
“Nak malu apanya, dah memang baby macam tu. Kalau dia menangis mesti ada sebab.” Ikutkan dia yang malu sebab tiba-tiba je Aryan cuit bahunya di kaunter minta tolong.
“Oklah saya balik dulu.” Aryan angguk. Entah macam mana dia boleh beranikan diri minta tolong dekat Riana tadi. Mungkin sebab panik dan Riana satu-satunya manusia yang dia kenal dalam KFC waktu tu. Ah, ini semua Kak Ngah punya pasal, dahlah kena chop bapa beranak tiga. Dah tu tak dapat nak menikmati hari cuti dengan tenang hari ni.
“Please Ryan, Kak Ngah tak tahu nak minta tolong siapa dah ni, lagipun Kak Ngah dah lewat. Kak Ngah tak tahu pula papa dengan ummi takde.”
“Your maid mana?”
“La, dah dekat sebulan Kak Ngah takde maid. Ummi tak bagi tahu?” Ryan geleng. Perlu ke ummi bagi tahu hal-hal camtu kat aku?
“Ryan tolonglah. Kak Ngah kena bertolak sekarang kalau tak terlepas pula flight.” Ryan melepaskan keluhannya sambil meletakkan console playstation di atas lantai yang kemudiannya disambar oleh Ashman, anak sulung Kak Ngahnya.
“Kak Ngah ni dah nak bertolak baru nak hantar. Tak tahu telefon dulu ke? Sepatutnya semalam lagi telefon.”
“Hish, kau ni kan.” Arlina mengetuk kepala Ryan.
“Aduh, tak nak tolong nanti.” Aryan pura-pura merajuk sambil menggosok kepalanya.
“Ok, ok, sorry. Kan Kak Ngah dah bagi tahu tadi, Kak Ngah dapat panggilan tengah malam semalam. Kalau Kak Ngah telefon pun semua dah tidur.” Arlina mengerling jam di tangan. Nampaknya dia terpaksa ‘cabut lari’, lagipun takkan Ryan nak buat apa-apa kat anak-anaknya.
“Bolehlah Ryan, lagipun petang ni ummi dengan papa balikkan? Kalau Abang Ngah ada, Kak Ngah takdenya hantar budak-budak ni ke sini. Lagipun bukannya susah jaga dia orang ni, kau bagi je playstation tu, confirm tak kacau kau.” Ryan melihat anak buahnya Ashman dan Aqim yang kusyuk menghadap playstation. Memang dia tak hairan dengan budak berdua tu tapi Kak Ngah ni hilang ingatan ke? Si kecil dalam baby stroller tu macam mana?
“Ok ye Ryan? Kak Ngah nak pergi dah ni, hei mama nak pergi ni.” Kak Ngah bertempik kat dua orang anaknya, pantas pula dia orang datang, peluk cium mama mereka kemudian pantas pula balik menghadap playstation.
“Jangan nakal-nakal, jangan bergaduh, jangan susahkan Pak Lang.” Sambil berjalan ke pintu sempat lagi Kak Ngah meninggalkan pesan.
Haish, nampaknya terpaksalah aku korbankan cuti aku yang amat berharga ni.
Tapi, saat ini rasanya dia harus berterima kasih pada Kak Ngah. Kalau tak kerana Kak Ngah hantar budak bertiga ni, mungkin aku masih terperap kat rumah dan takkan berjumpa dengan Riana. Dah beberapa kali aku cuba hubungi dia tapi tak pernah berbalas.

***************************

Handphone aku ni dah berkali-kali berbunyi tapi sengaja dibiarkan setelah kali pertama tadi aku melihat siapa pemanggilnya.
“Jawablah telefon tu Cik Riana oi. Mengganggu tau orang nak tengok tv ni.” Aisya dah bising sebab aku tak nak jawab telefon.
“Kalau tak pun kau off je.” Sambil mata terus melekap dekat tv dia bersuara lagi.
“Tak boleh, nanti kalau uda aku call, tak dapat pula.”
“Dah tu jawab je. Tak pun bagi sini handphone kau tu, biar aku jawab.” Aisya hulur tangannya. Nak bagi ke? Aisya kemudiannya memandang aku apabila aku masih belum menghulurkan handphoneku kepadanya.
“Bak mai jela.” Akhirnya aku hulurkan handphone aku kepada Aisya.
“Assalamualaikum. Ria tak mau cakap dengan kau. Tolong jangan telefon lagi.” Aisya diam seketika, mendengar balasan dari pihak sebelah sana.
“Manalah aku tahu, dah dia tak nak cakap dengan kau. Kau agak-agak kenapa ye? Cuba kau ingat balik apa kau pernah buat dekat dia.” Ada sindiran di setiap kata-kata Aisya.
“Oh, pandainya kau let bygone be bygone, kalaulah apa yang kau buat kat dia macam tertumpah air milo kat atas baju kurung takpelah yeop oi, tapi apa yang kau buat tu hampir musnahkan hidup dia tahu tak?” Aku pandang Aisya.
“Berubah? Betul ke kau dah berubah? Setakat bercakap ni sesiapa pun boleh. Eh, dahlah, malas aku nak melayan kau.” Diam sekejap.
“Kau faham tak yang Riana tak nak, tak nak, tak nak cakap dengan kau.” Aisya terus mematikan telefon.
“Beb, kau dengar macam aku marah kat dia kan? Tapi bila dengar suara dia macam ikhlas je bunyinya. Entah-entah betul kot dia dah berubah.” Aisya pandang aku. Aku hanya menjungkitkan bahu. Sekali lagi handphoneku berbunyi, kali ni nada yang berbeza. Aku buka mesej yang baru masuk tadi.

 Assalamualaikum.
Azreen, saya tahu sampai bila2 pun awak takkan maafkan saya,
tapi beri saya sekali lagi peluang untuk tebus silap saya.
Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat dulu tapi satu yang saya nak awak tahu,
saya betul-betul cintakan awak dulu,
saya mungkin banyak mainkan perempuan lain
tapi perasaan saya pada awak ikhlas.
Cuma saya tak tahu kenapa saya boleh buat macam tu.
Maafkan saya.
 
Aku melepaskan keluhan. Dibiarkan mesej dari Ryan tidak berbalas. Aku mungkin boleh maafkan Ryan tapi apa yang berlaku dulu kadang-kadang mengganggu lenaku. Macam mana kalau Aisya gagal atau terlewat jumpa aku dulu tentu seluruh masa depan aku akan punah. Uda dan abah akan menanggung malu dan aku akan hidup dengan hinaan dan cacian orang. Tapi aku bersyukur kerana saat itu Allah melindungiku dari perkara buruk itu dengan menghantar Aisya sebagai penyelamatku.
“Ria.”Aisya menegurku apabila dilihatnya aku itu tiba-tiba membisu.
“Aisya, kalau bukan sebab perkara tu, aku rasa dia memang lelaki yang baik walaupun tak 100%. Aku boleh maafkan dia tapi mampu ke dia hilangkan ingatan aku pada perkara tu. Mampu ke dia buat aku tidur lena, tak menjerit tengah-tengah tidur. Mampu ke dia buat aku terima lelaki dalam hidup aku?”
“Ria, aku tak berani jamin yang dia mampu buat semua tu. Mohon pada Tuhan Ria, minta Dia tunjuk kau apa yang terbaik dan tak salah kalau kau nak bagi dia peluang sekali lagi.” Aku diam mendengar kata-kata Aisya. Aku tahu Aisya juga geram dan benci pada Ryan tapi melihatkan yang Aisya juga mampu menerima Ryan, mungkin aku juga boleh memaafkan Ryan. Mana tahu dengan memaafkan Ryan hidup aku lebih tenang.

            "Aku rasa ada sebab yang mendorong Ryan buat benda tu dulu. Aku tengok Ryan tu walaupun macam sosial je tapi takde pula aku dengar dia rosakkan anak dara orang. Faham-faham jelah bila tengah muda ni, banyak pengaruh tak elok, nak-nak dia tu suka pergi club. Entah-entah ada orang yang bubuh dadah kat dalam air dia ke, mana kita tahu." Aku diam dengar kata-kata Aisya. Macam kat dalam drama pula teori Aisya ni. Tapi serius, walaupun Ryan tak sempat buat apa-apa kat aku, bertahun aku masih ketakutan. Kadang-kadang macam terasa lagi tangan Ryan yang memeluk tubuh aku.

Apa yang awak buat dulu memang menyakitkan hati saya.
Saya jadi takut nak berhadapan dengan lelaki, takut sekali lagi
dipermainkan dan paling takut apa yang awak cuba buat dulu betul-betul berlaku pada saya.
Masa dah berlalu dan mungkin betul awak dah berubah.
Saya boleh maafkan awak Ryan tapi jangan minta lebih dari itu.
Anggap je kita tak pernah kenal.
Sekarang saya cuma cikgu kepada adik awak.

Butang send ditekannya. Lima belas minit kemudian Ryan membalas mesejku. Thanks.

No comments:

Post a Comment