PART 2
Hish, budak Amar ni punyalah laju
berjalannya, bukannya nak masuk marathon pun.
“Amar tunggu sekejap.” Aduh, semput
aku mengejarnya.
“Cepatlah cikgu.” Hish, budak ni,
dahlah tiba-tiba je ‘serang’ aku depan toilet. Katanya kawan dia terjatuh motor
kat depan sekolah. Macamlah takde cikgu lain, guard kat depan tu buat apa? Aku
ni dahlah penakut, karang kut-kut berdarah ke, terbelah nampak tulang ke macam
mana?
Aryan rasa ingin ketawa melihat
Riana yang nampak kepenatan mengejar Amar. Apalah yang Amar kelentong tu. Dia
keluar dari keretanya, menghampiri pintu pagar.
“Mana kawan awak?” Hai pelik,
sebenarnya dari jauh tadi aku dah pelik sebab kalau ada berlaku kemalangan
mesti ramai yang berkumpul, adat orang kita kan? Ini aku tengok macam takde
apa-apa pun, ramai pelajar yang dah balik. Bas sekolah pun tinggal sebuah dua
je.
“Tadi awak cakap kawan awak
accident, mana dia?” Amar ni buat gurauan apa ni, dahlah aku penat berkejar ke
sini, tak sempat lagi sebenarnya men’stabil’kan diri aku selepas membuang hajat
tadi.
“Tu.” Dia memuncungkan mulutnya ke
belakang aku. Aku menoleh ke belakang seorang lelaki menghampiri aku dan aku
kenal lelaki itu, sangat-sangat kenal. Aku pandang balik Amar, budak tu dah
tersengih macam kerang busuk.
“Hai.” Dia menegur aku. Lembut
suaranya tapi aku benci mendengarnya. Tanpa menoleh kepadanya aku mengatur
langkah, dua lelaki itu aku tinggalkan. Namun belum cukup selangkah, tangan aku
dah dicapainya. Aku rentap tanganku, babak filem Hindustan ni tak sewajarnya
ditayang di sini. Karang tak pasal-pasal aku kena.
“Azreen. Please.” Suaranya yang
mendayu itu seakan-akan menikam jantung aku. Apa yang dia nak ni? Kenapa perlu
dia datang jumpa aku? Aku tak nak jumpa dia, tak nak tahu pasal dia pun. Eh,
bukan hari tu kau yang duk fikir pasal dia ke Ria oi? Aku fikir je tapi takde
niat dan keinginan pun nak jumpa mamat ni balik.
Aku pandang Amar, jadi betullah dia
orang ni ada hubungan. Agaknya betullah apa yang di’explain’ oleh Aisya kepada
aku. Dia orang ni mungkin satu bapa tapi dari ibu yang berbeza. Sekali lagi aku
cuba melangkah dan sekali itu juga dia mencapai tangan aku. Aku berhenti dan
memandangnya.
“Please, stop.” Dia melepaskan
tangan aku.
“Azreen.” Aku angkat tapak tanganku,
mengarahkan dia berhenti. Aku tak nak dengar apa-apa dari mulutnya, dan aku
berharap yang dia takkan menghalang aku lagi. Yakin yang dia tidak akan
bertindak seperti tadi, aku melangkah meninggalkan mereka, memasuki kawasan
sekolah.
“Abang.” Amar memegang bahu
abangnya.
“Aku dah agak dah, mesti korang
berdua ni ada history kan?”
“Dahlah, jom balik. Aku dah malu
gila ni.” Yelah, mahunya tak malu, dua kali kena reject. Pastu ada beberapa
orang penonton kat sini yang tengok drama kita orang.
“Macam mana Cikgu Rihanna boleh
masuk dalam stok awek kau hah? She’s totally different from your others ex.”
Memang pun, Cikgu Rihanna tu nampak macam kolot sikit (sorry ye cikgu),
sedangkan bekas awek-awek abang ni punyala ‘da bomb’.
“Amar, kau tolong abang Mar.” Eh,
dah tukar panggilan tu. Tandanya memang nak kan pertolongan akulah tu.
“Dapatkan abang phone number dia.”
Hah, Amar buat muka terkejut beruk. Padahal kacang je tugas yang abang beri tu.
“Ala, ingat senang ke? Mesti dia
dah mark aku bang.”
“Ala, pandai-pandai kaulah, kau kan
genius.”
“Hish, tak naklah aku menghancurkan
masa depan aku. Ini pun imej aku dah tarnish
tau dengan Cikgu Rihanna tu. Lagi pun bukannya aku dapat apa pun.” Sengaja Amar
jual mahal, nak tengok abangnya tawar-menawar dengan dia.
“Kalau kau dapatkan abang nombor
dia, nanti abang bagi kau iPad abang tu.” Tengok minta nombor telefon yang tak
perlu keluarkan apa-apa perbelanjaan boleh dapat iPad harga beribu tu. Tak
kisahlah second hand pun sebab abang aku ni baru pakai tiga, empat bulan je.
“Ok, I’ll try my best.” Wah, ayat.
Dengan abang aku yang seorang ni je aku boleh dapat macam-macam. Dengan yang
lain jangan mimpilah, alasannya ‘kau tu belajar lagi’.
“Dahla bang, kau pergi balik,
tenangkan fikiran. Hal nombor telefon tu kau serah je kat aku. Malam ni juga
aku kasi kau.” Amar menepuk lembut bahu Aryan.
“Hah, iPad aku tu letak kat dalam
bilik.” Cewah, dah declare hak milik
dah. Nasib kaulah abang dapat adik pisau cukur macam aku. Heheheh, lagipun
dengan kau je aku berani minta.
***********************************
“Nah.” Tiba-tiba je budak Amar ni
campak sekeping kertas atas meja aku. Sangat kurang ajar kau ye Amar. Aku buka
kertas yang dilipat kecil itu. Seulas senyuman terukir di bibir. Adik aku ni
memang hebat, sama macam aku dulu-dulu.
Aku mencapai iPad di dalam beg
kerjaku lalu menghulurkan pada Amar.
“Woohoo.” Dia menjerit. Seronok
sangatlah tu. Dah lama mengidam tapi takde siapa pun yang teringin nak beli
untuk dia. Nak minta papa, kot kena ceramahlah budak tu.
Riana Azreen. Lepas kejadian tu aku
memang tak nak ingat dia lagi tapi pertemuan petang tadi buat aku tak tenang.
Masuk pejabat tadi aku asyik fikir pasal dia, sudahnya satu kerja pun aku tak
buat padahal Dato’ Imran dah dua, tiga kali bertanya tentang projek Syarikat
BizdotCom tu. Takpelah, tinggal sikit je lagi. Esok lusa siaplah.
“Hah, tunggu apa lagi?” Wah, wah,
sedap pulak si Amar ni bergolek-golek atas katil aku sambil menghadap iPad yang
aku beri padanya tadi.
“Abang kau jangan buat benda tak
baik tau? Cikgu Rihanna tu baik je aku tengok, kau kalau bosan ke atau nak
melampiaskan hawa nafsu kau, jangan buat kat dia, pergi cari bohsia ke.” Sempat
pula dia berpesan kat aku.
“Kau ingat aku ni apa hah? Gila
seks ke? Kot nak merasa makan penampar aku bolehlah cakap bukan-bukan macam tu
lagi.” Dia sengih sebelum keluar dari bilikku. Kertas yang tercatat nombor
telefon dan nama Riana aku tatap. HTC Evo di atas meja aku capai,
perlahan-lahan nombor di atas kertas itu aku dail. Lagu Grenade nyanyian Bruno
Mars kedengaran di hujung talian. Masih tak berubah, Bruno Mars masih menjadi
penyanyi kegemarannya. Riana pernah merajuk kerana dia pernah bergaduh dengan
wanita itu yang asyik mendengar lagu-lagu Bruno Mars dan membiarkan dia
bercakap seorang diri.
“Hello. Boleh telefon balik tak? Ria
tengah memerut kat toilet.” Siapalah minah kalut ni?
“Eh, kejap-kejap, dia dah sudah.”
Di hujung telefon dapat aku dengar suara Riana yang bertanya siapa yang
menelefonnya dan minah kalut tadi jawab, tak tahu.
“Assalamualaikum.” Entah kenapa
dada aku tiba-tiba berdebar. Jarang aku berdebar macam ni, masa interview dulu
pun tak berdebar, masa buat presentation pun aku tak rasa macam nak gugur
jantung aku ni.
“Waalaikumussalam.”
“Siapa ni ye?”
“Ryan.” Tanpa berselindung aku
perkenalkan diri, lambat atau cepat aku tetap akan kena beri tahu siapa aku,
jadi takde bezanya. Aku dengar deru nafasnya. Tanpa sepatah kata talian
dimatikan.
No comments:
Post a Comment