Siapa ingat lagi cerita ni?
Cerita zaman aku belajar kat Jengka dulu.
Antara 3 versi, aku rasa yang ni paling enjoy sekali.
Bila tengok poster ni balik, buat aku terus terfikir "eh, dia ni yang berlakon drama........"
Masih ingat lagi tak banyak scene yang tak masuk akal tapi sangat kelakar dalam drama ni.
Jepun je yang boleh buat drama gila2 ikut macam dalam komik.
Yang lelain, failed.
Dan siapa boleh lupa tiga orang dorm leader ni
Jangan lupa juga Nakatsu yang kecelaruan identiti sekejap.
Dia ingat dia gay.
Tapi paling best bromance antara Sano dengan Nakatsu
Dah hampir sepuluh tahun drama ni, walaupun ada remake pada 2011 dulu,
rasanya yang original version ni still the best.
Pada yang rindu nak tengok gandingan Sano dan Nakatsu,
ada satu drama baru yang menggandingkan dia orang berdua.
Kalau heroinnya Horikita Maki lagi gempak tapi heroinnya Ueno Juri, si Nodame.
Adaptasi dari manga juga.
OUROBUROS
Kisah seorang detektif dan ketua yakuza bekerjasama mencari pembunuh cikgu dia orang waktu dibesarkan di rumah anak yatim.
Setakat ni dah tengok sampai episode 5.
Best (Memang aku sukakan genre macam ni)
Tapi kalau nak tengok dia orang bawa watak gila2 zaman remaja dulu memang taklah.
Apa pun still best dengan watak Oguri Shun (tiap2 minggu ada tema)
Watak Ikuta Toma yang pura2 cam cemerkap tapi ada dark side.
Tengah tunggu subtitle, complete. Ada juga aku try baca manga sebab tak sabar nak tahu siapa pembunuhnya, tapi tak boleh masuklah sebab live action lagi handsome heronya dari dalam manga.
Hehehe.
No comments:
Post a Comment