PART 1
Apasal aku macam pernah tengok muka
budak ni? Ada kena mengena ke dengan Aryan? Adik dia ke? Sepupu ke? Tapi nama
budak ni tak macam nama si Aryan tu walaupun nama bapa dia orang sama.
“Cikgu..oo, cikgu.”
“Oi.” Terperanjat aku. Budak depan
aku ni dah ketawa tengok gelagat aku yang kalut semacam.
“Cikgu kenapa? Pandang saya
lama-lama ni? Cikgu dah berkenan dengan saya ye? Budak depan aku ni sengih. Ya
Allah, apasal perangai pun lebih kurang ni? Ini ada harapan buat jiwa aku kacau
sepanjang tahun. Dahlah aku guru tingkatan dia, mengajar subjek akaun kat kelas
ni lagi.
“Betul ke nama awak Amar Irfan Bin
Azamuddin?”
“La, betullah cikgu, dah
terang-terang tulis kat situ. Nanti kejap ye.” Budak nama Amar tu keluarkan
dompet dari kocek seluarnya. Sekeping kad berwarna biru dihulurkannya kepadaku.
Alahai comelnya muka dia, rambut
belah tepi lagi, baik betul rupanya. Sekilas aku pandang wajahnya, jauh berbeza
dari dalam kad pengenalan ni. Yang berdiri depan aku sekarang ni, remaja yang
tingginya lebih satu kepala daripada aku dengan rambut terpacak, keras je aku
tengok. Ini kalau cicak jatuh pun boleh mati tercucuk dengan rambut tu.
“Nah.” Aku pulangkan balik kad
pengenalannya. Memang tak diragui lagi nama dia Amar Irfan Bin Azamuddin. Takde
pun Meor di pangkal namanya seperti Aryan tu.
“Awak boleh duduk.” Aku mencatat
sesuatu di dalam buku.
“Itu je.” Aku angkat muka memandang
Amar. Apa lagilah budak ni. Aku kembali merenung buku catatanku, menyemak
kembali catatanku. Yuran sekolah dah settle, yuran SPM pun dah settle, buku
teks dah ambil, t-shirt dan baju sukan pun dah ambil. Apa lagi yang tertinggal?
Aku pandang wajahnya.
“Lama saya berdiri dekat sini dan
lama juga cikgu pandang muka saya. Kotla nak minta nombor telefon saya.” Dia
kenyit matanya padaku. Kawan-kawannya dah ketawa di belakang. Hantu betul budak
Amar ni. Kalau kau cakap kau ada abang dan namanya Meor Aryan Hadif memang aku
percaya.
“Dah pergi balik tempat awak. Amira
Nazurah Binti Sulaiman.” Tanpa menghiraukannya aku memanggil nama pelajar
seterusnya. Dia kulihat lambat-lambat berjalan ke tempatnya, sempat pula
memandang aku.
************************************
“Hoi.” Sergahan daripada Aisya
mengejutkan aku, nyaris tak tercampak handphone di tangan. Dia duduk di
kerusinya yang bersebelahan dengan mejaku.
“Kenapa dengan kau ni?” Aku
melepaskan keluhan.
“Hai, berat bunyi ni kalau dah
sampai mengeluh.” Aku pandang wajah Aisya, teman sebilik sewaktu di UiTM dahulu
dan kebetulan dihantar mengajar di sekolah yang sama sejak dua tahun lalu.
Tanpa sepatah kata aku menghulur handphoneku kepadanya. Aku nampak dia
menggeleng.
“Kau simpan lagi gambar dia ni?”
Sekali lagi aku melepaskan keluhan.
“Ria, tak baik mengeluh tau. Cuba
cerita dengan aku, ni apasal boleh selak balik buku sejarah kau dengan dia ni?”
Aisya meletakkan handphone aku di atas meja.
“Kau tau tak, ada seorang student
kat kelas aku sebiji macam muka dia ni, dah tu perangai pun lebih kurang je.”
“Adik dia kut.”
“Tapi nama dia lain, takde pula
Meor.”
“Bapa student tu nama apa?”
“Ha, yang tu aku pelik. Nama bapa
dia sama.” Aisya senyum.
“Entah-entah student kau tu anak
isteri nombor dua ke?” Ria pandang Aisya. Boleh jadi.
“Tapi Sya, kenapa nama dia takde
Meor?” Aisya garu kepala. Hish, Riana ni tak pasal-pasal kepala aku pun pening
duk fikir masalah dia ni.
“Ria, Ryan tu dapat pangkal nama
Meor tu bukan sebab bapa dia tapi emak dia kan keturunan Sharifah. Setahu aku
kalau Sharifah ni kahwin dengan orang biasa anak dia kalau lelaki letak Meor
dan kalau perempuan Wan. Mungkin isteri nombor dua tu orang biasa je, takde
Sharifah ni.” Betullah kut apa yang Aisya explain ni. Aku bukannya tahu bab-bab
keturunan ni.
“Kalau nak kepastian lebih baik kau
tanya, tapi kena hati-hati. Manalah tau kut-kut bapa dia orang ni kahwin
senyap-senyap tanpa izin yang nombor satu, kau bakal memusnahkan dua keluarga
yang mungkin….hmm, bahagialah kut.” Aku pandang Aisya. Kalau betul macam yang
Aisya cakap tu mati aku.
“Dahlah Ria, tak payah ingat dia tu
lagi. Aku yang bukan berada kat tempat kau pun rasa sakit hati dengan apa yang
dia buat kat kau.” Aisya aku lihat merapatkan kerusinya ke mejanya dan
mengambil buku di hadapannya. Aik, baru masuk dua hari sesi persekolahan
bermula dah ada kerja rumah dah.
Aku kemudiannya mengambil kembali
handphone yang diletakkan oleh Aisya di atas meja tadi. Handphone Samsung Colby
berwarna biru pemberian adikku itu aku tatap. Ria, Ria, orang lain dah pakai
telephone android dah. Samsung saja dah macam-macam jenis. Ala, syukurlah apa
yang ada ni kan? Aku bukannya jenis pandai sangat pakai handphone
canggih-canggih ni.
“Beb, dah bunyi loceng. Kau takde
kelas ke?” Aisya dah bangun, handbag di bahu kirinya, buku dan bekas pensil di
tangan kanannya. Bergaya sungguh aku tengok Aisya ni, patutlah ramai
cikgu-cikgu berkenan, yang bujang, yang suami orang pun ikut miang. Berbeza
sungguh dengan aku, kalau ke kelas tu aku cuma bawa buku, pen dua batang, merah
dan biru dan dua batang whiteboard marker. Kalau terlanggar dengan pelajar
memang habis berteraburlah barang-barang aku.
“Lepas ni.” Ringkas saja jawapan
aku. Aisya mengangguk lalu melangkah keluar dari bilik guru.
********************************
Sebaik aku dan Aisya menghampiri dataran
petikan gitar lagu Can’t Help Falling in Love kedengaran dan aku tahu dah siapa
yang memetik gitar tu. Siap menyanyi lagi, memang sedap tapi aku tak suka. Rasa
nak je aku jerit supaya dia berhenti. Kawan-kawan dia boleh pula petik-petik
jari. Sekali aku tengok dah macam kumpulan Inuendo, nasib baik tak buat ‘huhuhu’
je.
Macam dah takde kerja lain. Aku
macam biasa hanya memekakkan telinga dan melangkah ke arah kedai makan yang
terdapat di Dataran Cendekia ni.
“Aku nak makan nasi ayam jela Ria,
malas nak tunggulah.” Aku pun malas nak tunggu lama-lama. Punyalah ramai
student beli makanan, dah sah-sah dapat lambat makanan ni.
“Oklah, aku pun nak order nasi ayam
je.”
“Ria, kau tunggu sini. Aku beli
air, kau nak air apa?” Aku hanya menggeleng. Hari ni tekak aku tak teringin nak
meneguk air manis ni, cukuplah minum air masak di bilik je.
“Tumpang duduk ye?” Beberapa
pelajar perempuan hanya tersenyum sebagai mengizinkan aku duduk di satu-satunya
kerusi yang kosong di situ.
“Hai.” Lelaki yang menegurku duduk
bertinggung menghadapku. Tak ke korang rasa nak kasi sedas penyepak kat dia ni?
Tak malu ke orang tengok? Aku buat bodoh, malas nak melayan.
“Hai, Ryan.” Tiga orang pelajar
perempuan menegurnya, mungkin rakan sekelasnya. Dia hanya mengangguk sambil
menghadiahkan senyuman buat tiga gadis itu.
“Awak. Bila awak nak terima
pelawaan saya ni? Saya nak belanja makan kat tempat special, jadi taklah awak
bersesak-sesak kat DC ni.” Dia mendongak memandang aku, siap menopang dagu lagi.
Ya Allah, buruk betul perangai dia ni.
“Bisu dah awek saya ni.” Hish, apa
awek-awek pula ni? Bila masa pula aku jadi awek dia? Aku alih pandanganku ke
lain. Pelajar perempuan di meja yang aku tumpang duduk tu dah senyum-senyum
pandang aku. Apalah agaknya yang dia orang fikir?
“Nasi ayam 2 tadi siapa?” Aku
bangun. Hish, dahlah sempit kat sini, duk mencangkung depan aku pula. Tanpa
menghiraukan mamat yang mencangkung depan aku ni, aku melangkah dan tanpa
sengaja aku terlanggar lututnya. Dari elok mencangkung terus dia terduduk. Aku
hanya pandang sekali lalu sebelum mengambil makanan aku. Selepas membayar
makanan yang aku order tadi aku pusing ke belakang, nak tengoklah juga apa jadi
dengan mamat tu. Rupanya dah tercongok kat belakang aku, siap sengih-sengih
lagi. Aku menolak sedikit badannya, bukan saja-saja ye aku nak sentuh dia tapi
dah dia menghadang laluan aku.
“Dah?” Aisya datang menghampiri aku
dengan sebungkus Milo ais.
“Sorry, ramai betul orang kat gerai
tu.”
“Takpe.” Aku senyum.
“Eh, ada suara, ingatkan bisu awek
saya ni.” Aku mengetap gigi, rimas rasanya.
“Sudah-sudahlah tu. Pergi balik
rumah, tak payah kacau anak dara orang ye?” Sempat Aisya bersuara. Dia hanya
senyum.
“Jomlah Sya, jangan layan dia ni.”
Aku menarik tangan Aisya, sempat pula Aisya ni hadiahkan jelingan kat mamat tadi.
“Amacam?”
“Mission failed.” Aku dengar
suaranya menjerit dekat kawan-kawannya. Entah kenapa sejak mengenali lelaki
bernama Meor Aryan Hadif hidup aku jadi kacau bilau. Sebesar-besar UiTM ni
macam manalah aku boleh kenal dengan dia, dahlah fakulti jauh-jauh. Aku di
Menara SAAS, dia pula kat menara yang menempatkan pelajar fakulti kejuruteraan.
Banyak kali aku tanya mana dia dapat nombor telefon aku, jawapannya ‘biarlah
rahsia’. Geram betul.
Aisya selalu kata aku ni skema,
jadual hidup aku sentiasa teratur, dari saat aku celik mata mengerjakan solat
Subuh sampailah saat mata aku layu minta beradu, aku akan melakukan perkara
yang menjadi rutin. Nak tengok aku melepak ke, berpoya-poya ke memang susah.
Kalau takde sebab aku takkan keluar dari bilik. Setiap hari sebelum tidur aku
akan catat jadual aku untuk hari esok dan jarang sekali aku ‘ponteng’ jadual
aku.
Tapi sejak Meor Aryan Hadif ni
muncul dalam hidup aku, jadual aku jadi tunggang-langgang. Waktu malam yang
biasanya aman dan damai saat aku mengulangkaji pasti akan ada gangguan dari
dia, kejap-kejap dia telefon, kejap-kejap dia mesej, walaupun jarang aku layan
mesej dia tapi tak putus-putus dia hantar mesej. Kalau dia rasa pertanyaan dia
tak berjawab, dia hantar ayat penyata kat aku. Nak aku tukar nombor telefon,
aku malas bersusah payah. Yelah, kalau tukar nombor tak ke aku kena inform
nombor baru aku kat orang yang ada dalam contact list aku ni.
Tiba-tiba aku rasa handphone dalam
poket seluarku bergetar. Aku lihat skrin, nama mamat tu, aku reject panggilannya.
Tak lama lepas tu Nokia 3315 aku bergetar lagi. Ada mesej masuk.
Sayang
awak ‘heart’ :)
Takde kerja betul mamat ni.
Mesejnya kubiar sepi, malas aku nak melayan. Handphone yang tadinya di tangan
aku masukkan kembali ke dalam poket seluar.
*******************************
“Abang, aku nak tanya kat kau
boleh?” Aryan memandang adiknya yang berdiri di sisi meja kerjanya.
“Tanya apa?” Tanpa memandang wajah
adiknya dia bertanya.
“Kau ada awek cikgu tak?” Tangan
yang tadinya menari-nari di atas laptop terhenti. Wajah adik bongsunya ditatap.
Adiknya itu tersengih.
Aryan kembali memandang laptop di
hadapannya, bukan untuk meneruskan kerjanya tetapi cuba mengingati bekas
awek-aweknya dulu. Aliya, awek sewaktu di tingkatan 3 rasanya kerja di Jabatan
Penerangan, baru dua minggu lepas terserempak dengan dia. Sarah, tak pernah
dengar khabar berita. Lepas habis SPM terus buat hal masing-masing. Izyani tak
silap aku kerja setiausaha. Lagi siapa ya? Emylia, jurutera. Azreen. Aku tak
tahu apa yang gadis tu buat sekarang. Selepas hubungan mereka putus dia tak
pernah dengar langsung khabar berita. Gadis kedua yang putus dengannya dalam
situasi yang agak teruk selepas Sarah. Sebab tu dia tak pernah dengar khabar
berita dari dia orang.
Tapi Azreen tu budak akaun dulu, mesti
sekarang ni dah jadi akauntan. Agak-agaknya macam manalah rupa dia sekarang?
Masih macam dulu lagi ke? Skema atau dah jadi ala-ala wanita korporat. Yelah,
kerja dalam bidang professional mestilah tak tinggal dengan suit kan?
“Abang, aku tanya ni, yang kau duk
berangan tu kenapa? Tengah kira awek-awek kau ke?” Aryan kembali memandang
adiknya yang telah pun duduk di sofa sebelah mejanya. Budak ni macam tahu-tahu
je.
“Kenapa?” Hish, abang aku ni, aku
tanya, dia tanya balik.
“Aku tanya sebab kat sekolah aku tu
ada seorang cikgu tu selalu pandang aku semacam. Yelah, muka kita berdua ni kan
dekat-dekat serupa.” Aryan akui, wajahnya hampir sama dengan adik bongsunya
ini. Dengan adik-beradik seibu, tak pula sama tapi dengan adik dari ibu tirinya
ini memang sebiji. Kata papa perangai pun sama. Agaknya masa Umi mengandung
dulu dia benci kat aku tak? Hehehe, takkanlah. Umi tu mana tahu benci-benci kat
orang, itu stok baik giler kot, sampai arwah mama boleh pergi pinang dia untuk
papa.
“Entah-entah kau pernah buat apa-apa
kat dia kot?”
“Hish, buat apanye? Aku pindah kat
sekolah tu tahun lepaskan. Masa aku tingkatan empat dia tak ajar aku akaun
pun.” Aryan tersentak, dia pusing memandang adiknya.
“Dia ajar kau subjek akaun?” Amar
mengangguk.
“Nama dia siapa?”
“Kita orang panggil dia Cikgu
Rihanna.” Amar senyum.
“Tu nama betul dia ke?”
“Tak. Nama dia tu bunyi macam
penyanyi Rihanna.” Entah kenapa dadanya berdebar.
“Nama penuh dia Riana Azreen Bt
Mohd Rahimi.”
“Dia pakai cermin mata?” Amar
mengangguk. Aryan memegang dahinya.
“Kau kenal dia ke bang? Mesti ada
apa-apa ni, sebab dia pandang aku semacam je. Macam marah pun ada, benci pun ye
juga.” Amar memandang abangnya. Hampir terburai ketawanya melihat wajah
abangnya yang kusut semacam tu. Mana ada Cikgu Rihanna tu pandang aku macam tu,
saja nak tengok reaksi abangnya.
“Esok kau tunjuk kat aku.”
“Hish, kau ni macam mana aku nak
tunjuk kat kau.” Aryan garu kepala.
“Aku tunggu kat luar pagar,
pandai-pandailah kau bawa dia kat situ.” Amar memandang abangnya. Hah, sudah.
Menyesal pula aku pergi bertanya, tak pasal-pasal aku pula terbabit sama ni.
No comments:
Post a Comment