Pages

Wednesday, March 11, 2015

MINI NOVEL: CINTA BUATMU THE FINALE


FINAL

Hari ni aku ambil langkah berani untuk jumpa Aryan. Ikutkan malas nak bersemuka dengan dia tapi lepas aku cerita pada Aisya apa yang Amar cakap dengan aku minggu lepas, dia suruh aku jumpa Aryan. Bincang dan jelaskan sejelas-jelasnya pada Aryan perasaan aku pada dia. Semalam selepas tiga empat kali aku menaip dan padam ayat di handphone, akhirnya aku hantar juga pesanan pada dia.

Boleh saya jumpa awak esok? Pukul 3 kat The Shop ye?

Mesej aku tak berbalas malam tu dan aku faham mestilah dia tak nak jumpa aku. Tapi pagi tadi masa tengah buat nasi goreng untuk breakfast, ada mesej masuk dan bila aku buka, mesej dari Aryan.

Ok. Wait until I come.

Ringkas.

Tunggu sampai dia datang, dan aku menunggu dari pukul tiga sampai dah nak dekat pukul 5. Aku telefon, tak berjawab. Mesej tadi dan dia bagi tahu dia lambat sikit. Ini bukan lambat sikit tapi lambat banyak ni. Aku dah bosan gila, WhatsApp dengan Aisya bagi tahu aku nak ciao je tapi minah tu suruh tunggu, settlekan semua masalah hari ni juga. Tapi aku dah tak larat nak menunggu ni, baik aku balik, lantaklah. Kalau dia tak nak jumpa aku takkan aku nak paksa kot.

Aku bangun, beg tangan di kerusi sebelah aku capai tapi belum sempat aku tinggalkan meja, seorang lelaki duduk di hadapan aku, dan seorang lelaki itu adalah Aryan dengan muka tanpa perasaan. Aku duduk balik, rasa macam nak sembur je si Aryan ni tapi aku sabarkan diri sebab aku nak settle kan semua hari ni dan hopefully lepas ni aku tak berjumpa lagi dengan dia.

“Kalau awak sibuk tadi, kita boleh cancelkan appointment hari ni.” Pergh, appointment tau, rasa cam orang bisnes pula.
“Sorry. Memang sibuk pun tapi dah janji.” Dia berkata tanpa ritma dalam ayatnya. Kosong tak berperasaan, nampak sangat macam tak ikhlas je minta maaf.
“Ada apa hal nak jumpa ni? Tunang awak tak marah ke jumpa lelaki lain? Saya tak nak bodoh-bodoh kena belasah dengan tunang awak.” Ya Allah, tabahkanlah hati aku ni. Sakitnya hati aku dengar ayat yang keluar dari mulut dia.
“Saya nak minta maaf dari awak.”
“Untuk apa?” Laju je dia potong ayat aku.
“Kalau awak ada terasa hati dengan perkataan dan perbuatan saya selama kita berkawan.”
“Saya tak pernah ambil hati pun. Bukan saya tak biasa, dah memang macam tu perangai awak.” What? Aku pandang wajah dia yang tak berperasaan dan memang berlagak gila cara dia duduk depan aku.

“Ya, saya ni tak baik mana dan tak layak untuk siapa-siapa pun. Terima kasih sebab pernah sukakan saya. Saya pasti awak akan jumpa perempuan yang lebih baik perangainya dari saya.” Rasa macam airmata nak mengalir keluar tapi aku cuba tahan, tak nak aku tunjuk yang aku terasa dengan kata-kata dia.
“Betul. Banyak perempuan lain yang lebih baik, lebih menarik kat luar sana dan rasanya saya akan jumpa jodoh saya tu satu hari nanti.” Aku paksa senyum kemudian mengangguk. Sekarang ni aku dah jadi perempuan jahat di mata dia. Takpelah, salah aku agaknya sebab tak tegas dengan Aryan untuk bagi tahu yang aku tak bersedia pergi jauh dalam hubungan kami.
“Ryan, terima kasih sebab awak layan saya dengan baik dan sekali lagi saya minta maaf dengan perangai buruk saya pada awak. Maafkan saya tau? Mana tahu nanti tak jumpa dah.” Aku senyum.
“Hmm.”
“Oklah, dah lama betul saya kat sini, saya nak balik. Terima kasih sebab sudi jumpa saya hari ni.” Aku bangun. Aryan aku lihat hanya diam di kerusinya.
Elok aku keluar dari The Shop, tiba-tiba tangan aku ditarik dari belakang.
“Aryan.” Aku tarik kembali tangan aku. Gila dia ni, kalau ada cikgu atau student aku kat area sini, nampak adegan ala-ala drama Korea kat sini tak ke nahas aku jadi bahan kat sekolah.
“Where’s your ring?” Aku bawa tangan ke belakang.
“Kat rumah.”
“Kenapa tak pakai? Mesti tunang awak sedih tengok awak tak pakai cincin pemberian dia.”
“Tak tahan. Jari saya gatal-gatal bila pakai cincin.” Aku melangkah ke kereta dan aku sedar dia mengekoriku. Hish, dia ni tolonglah jangan bawa perangai KL ke KK, tak manis ok.
“Awak suruh saya maafkan awak tapi awak sedar tak awak dah buat dosa dengan saya lagi?” Aku pandang muka dia, tak faham.
“Kenapa nak tipu saya? Kalau ikutkan saya malas nak jumpa dengan awak dah. Yelah, buat apa kacau hak orang, bukan cara saya nak berebut-rebut ni. Tapi kawan baik awak yang beria pujuk saya supaya jumpa dengan awak. Pagi tadi sengaja saya hantar mesej tu tapi sebenarnya memang saya tak nak datang pun.” Aku genggam tangan menahan marah. Kalau ikutkan nak je aku tumbuk muka Aryan tapi rasanya tak ada faedah pun. Anggap jelah balasan untuk aku yang kononnya jahat ni.
Tanpa memberi reaksi dari kata-kata Aryan, aku mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg, namun sempat dirampas oleh Aryan.
“Tapi saya bergegas datang jumpa awak lepas Aisya call tadi dan bagi tahu awak bukan milik mana-mana lelaki. Saya tak perlu takut jadi perampas hak orang, saya tak perlu jadi pengecut untuk biarkan awak hilang dari hidup saya.” Lembut suaranya, seolah-olah memujukku.
“Aisya..”
“Azreen, saya tak nak tunggu lagi, saya tak nak rasa sakit sekali lagi kehilangan awak. Please, terima saya sebagai suami awak.” Aku dah ternganga. Suami?
“Saya tahu saya ni tak alim macam ustaz tapi saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya. Saya pernah buat benda-benda tak senonoh dan saya sedang berusaha mohon keampunan dari Allah. Saya dah tak mampu untuk menidakkan kehadiran awak sebab setiap kali saya berdoa, wajah awak yang hadir Azreen.” I’m speechless. Aku tak tahu nak jawab apa ni. Dia propose aku ke?
“Azreen, saya tak nak berjanji sebab saya takut tak dapat tunaikan janji saya tapi saya akan berusaha untuk jadi suami yang terbaik untuk awak. Saya berharap dapat menjadi pelengkap hidup awak dan saya harap awak juga dapat jadi pelengkap hidup saya.”
“Ryan.”
“Saya tahu awak mesti terkejut sekarang ni kan? Jangan risau, saya bagi awak masa untuk buat keputusan walaupun rasa macam dah terlalu lama saya menunggu.” Aku lihat dia keluarkan sesuatu dari poketnya.
“Dah lama saya beli, tapi tak tahu pula awak allergic dengan cincin. Nanti saya belikan rantai tangan untuk awak ye?” Sebentuk cincin berlian dihulurkan kepadaku.


“Ryan. Saya..” Dah gagap pula ni kenapa?
“Saya dah beli, kalau tak tahan nak pakai boleh jual.” Aku hanya pandang cincin berlian yang dihulurkannya kepadaku. Simple. Walaupun cuma sekejap je berkasih dengan dia ni tapi dia tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Dulu aku pernah bagi tahu yang aku suka jewellery yang simple designnya.
“Saya ni buruk perangai.”
“Saya pun tak baik mana.”

“Saya tak romantic, tak pandai pujuk orang.”
“It’s okay, saya romantic dan bab pujuk-memujuk ni saya dah expert.”

“Saya tak kaya.”
“Saya pun tak berharta.”

“Family saya orang kampung je.”
“Samalah dengan family saya, duduk kat kampung je. Ceruk lagi tu.”

“Ayah saya kahwin dua.”
“Papa saya pun sama.”  
Eh, perlu ke bagi tahu abah kahwin dua, macam takde kaitan je.

“Tapi saya boleh jadi orang yang setia bila bercinta.” Aku senyum. Ryan terdiam, dia pandang wajah aku.
“So?” Tak fahamlah tu. Macam mana nak buat ayat jiwang macam dia tadi ye?
“Kalau awak boleh terima dan menyintai saya seadanya, saya akan jadi isteri yang taat dan setia pada suaminya.” Dia senyum.
“Awak tahu tak, saya rasa macam nak peluk je awak sekarang ni.” Hah? Aku jegilkan mata aku.
“Tapi takpelah saya postpone dulu sampai awak sah jadi milik saya. Lepas tu nanti, tak payahlah nak jegil-jegilkan mata sepet awak tu.” Aku tadah tangan.
“Bukan kata tak tahan pakai cincin ke?”
“Saya nak kunci keretalah.” Aku tarik muncung. Dia senyum, kemudian ditariknya tangan aku.
“Ryan.” Tadi kata berusaha nak Allah ampunkan dosa, ni yang tarik tangan aku ni kenapa?
“Sorry, tak kuat lagi nak berlawan dengan syaitan ni.” Dia lepaskan tangan aku, kemudian dihulurkan kembali cincin berlian tadi.
“Anggap je cincin tunang sebab saya nak terus nikah je nanti. Tak payah buang masa lagi, tak sanggup saya nak menunggu awak lagi.” Amboi, gelojohnya.
“Kalau betul awak ikhlas nak memperisterikan saya, jumpa keluarga saya. Tak mahulah lamar-lamar gaya orang putih ni.”
“Ok, hujung minggu ni juga saya bawa family saya jumpa family awak.” Aku lihat dia senyum. Bahagia je wajah dia. Kalau sebelum ni aku masih ragu-ragu tapi saat ini aku yakin, mungkin dialah jodoh yang Allah utuskan untuk aku. Segala kesilapan yang pernah berlaku dahulu mungkin pengajaran yang Allah turunkan padanya dan juga aku, untuk masing-masing menilai kembali diri, supaya apa yang bakal kami lalui nanti akan berada di landasan yang benar, yang diredhai dan diberkati oleh-Nya.

Sudahnya, dalam nak berkeras tak nak ada hubungan dengan Encik Meor Aryan Hadif ni, akhirnya aku tewas juga dengan ketentuan Yang Maha Berkuasa. Siapalah aku nak melawan takdir yang Allah dah tentukan? Mudah-mudahan ini adalah yang terbaik buatku dan Aryan.




Macam apa-apa je ending ni. 
Kotlah ada masa dikemudian hari, dan rajin diri ini, akan aku edit.
Until then, ADIOS.

No comments:

Post a Comment