Pages

Tuesday, March 10, 2015

MINI NOVEL: CINTA BUATMU PART 5 & PART 6


PART 5


Aryan kuatkan volume laptopnya. Sedap pula lagu yang Akim nyanyi ni dan liriknya ada kena sikit-sikit dengan diri dia.

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Hish, gilalah kau Ryan, dengar di budak Amar tu kau dengar lagu jiwang, setahun dia bahankan kau.
“Abang.” Kan, macam diseru-seru je budak ni. Ada saka ke? Aku tutup laptop yang terbuka.
“Kau ni berapa kali aku bagi tahu, nak masuk bilik aku, ketuk dulu pintu tu.” Aku sekeh kepalanya. Dia menggosok-gosok kepalanya.
“Kau tak nak aku serbu, lain kali kunci.” Dia dah menghempas badan atas katil aku.
“Kau nak apa?”
“Pukul berapa nak ambil Abang Chik?” Alamak. Aku lihat jam di dinding, lagi sepuluh minit pukul 9 malam. Aku capai sweater hitam yang tersangkut di kerusi, handphone dan kunci kereta aku capai sekali kemudian laju melangkah keluar dari bilik.
“Aku nak ikut.” Amar pantas bangun dari katil dan berlari mengikut abangnya.
“Nak ke mana?” Ummi menegur sebelum sempat aku keluar dari rumah.
“Ambil Adib.”
“Hm, bawa elok-elok.” Sempat ummi berpesan.
Sepanjang perjalanan ke Terminal Bas Kuala Kangsar, mulut Amar tak berhenti-henti bercakap, dah takde topik dia menyanyi. Nak je aku kecepuk budak ni. Sakit kepala aku.
“Eh, Cikgu Riana tu.” Pantas aku menoleh ke arah KFC. Nasiblah malam-malam macam ni jalan depan The Store ni selalu sesak dapatlah aku tengok wajah kesayangan hamba tu. Alahai comelnya dia ketawa. Comel je dia pakai hoodie warna kuning, macam Tweety Bird.

“Woi, abang jalanlah.” Aku tersentak dengan sergahan Amar, nasib takde sakit jantung. Kurang asam betul budak ni.
Sampai di terminal, Adib dah menunggu sambil berpeluk tubuh. Nampak je kereta aku, terus dia melangkah menghampiri.
“Lama ke kau tunggu?” Beg sandang di belakang ditanggal dan diletak di tempat duduk sebelah. Tangan dihulur kepada abangnya.
“Baru je.” Kepala Amar diketuk.
“Tak reti nak salam?” Dengan sengih dia menghulur tangan bersalam dengan abangnya.
“Kau dah makan?” Kereta digerak keluar dari perkarangan terminal.
“Belum.”
“Kita makan kat KFC jelah.” Amar di sebelah sengih. Tak payah nak sengih-sengih sangatlah Amar. Karang aku pula ketuk kepala kau.
“KFC je? Aku rindu gila makanan Malaysia. Setakat KFC kat Aussie pun melambak.”
“Yang tu tak halal.”
“Hish, kau ni Abang Chik dah orang belanja tu senyap jelah. Anggap je buat lapik perut, balik nanti kau belasahlah puas-puas lauk yang ummi masak. Karang kalau tak makan KFC, tak boleh tidur abang kau yang seorang ni.” Amar tayang sengihnya. Sukalah tu dapat mengusik aku.
Aku parkir kereta di tepi berhadapan dengan The Store, kemudian diikuti oleh dua orang adik aku, kami menyeberang menuju ke KFC.
“Abang aku nak dinner plate. Aku pergi cari tempat ye?” Amar kenyit mata kepadaku. Aku tahu tujuan dia naik ke atas dulu. Nak cari Azreenlah tu.
“Kenapa ngan budak tu? Hyper semacam je aku tengok.” Aku jungkit bahu. Setelah selesai membuat bayaran aku membawa dulang berisi makanan yang dipesan tadi. Adib pula membawa satu lagi dulang. Sampai di tingkat atas, aku tertinjau-tinjau mencari Amar. Tak lama, sebab Amar dah melambai-lambai sambil tersengih. Panas betul hati aku bila seenaknya dia duduk sebelah Azreen.
“Hi.” Aku menegur Azreen dan Aisya yang duduk berhadapannya.
“Sorry, ganggu awak berdua.” Aku pura-pura rasa bersalah.
“Ala, duduk jelah abang, cikgu ok je. Cikgu, ni yang kacak bergaya, Abang Chik saya.” Adib yang baru nak melabuhkan punggung terkejut, sempat dia mengangguk dan menghadiahkan senyuman pada cikgu adiknya.
“Makan KFC je ke dinner malam ni?” Aku bertanya sambil memandang Azreen di hadapan.
“Malas nak masak. Petang tadi balik lambat ada mesyuarat.” Orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawab. Eh, mana ada aku state nama siapa-siapa kan?
Azreen aku lihat diam mencubit Zinger Burgernya. Dah jadi habit makanlah apa jenis burger pun pasti dicubitnya sikit-sikit. Tak pernah aku tengok dia makan macam orang lain makan burger. Pegang dua belah tangan, nganga mulut luas-luas dan ‘ngap’ masuk mulut.
“Belajar lagi ke?” Aku dengar Aisya bertanya Adib yang duduk di sebelahku. Azreen kulihat turut memandang Adib. Haish, ini yang buat aku jealous ni.
“Haah.”
“Kat mana?”
“Australia.”
“Cuti mid year ke?” Adib mengangguk. Adik aku yang seorang ni kalau dengan perempuan memang macam nilah. Pemalu la konon.
“Ambil course apa?”
“Accounting.”
“Sama macam kaulah Ria tapi kau kat UiTM jelah.” Aisya sengaja mengusik.
“Kau tu bukan budak UiTM juga ke?” Aku dengar Azreen menjawab.
“Ye ke aku UiTM? Bukan Harvard ke?”
“Harvard hotak kau.” Aku tengok dia gigit bibirnya. Alahai comelnya. Dia pandang Amar di sebelahnya. Tiba-tiba dia letak jari telunjuknya di dahi Amar.
“Cikgu buat apa?” Amar yang tengah menyumbat ayam goreng di mulut memandang Azreen pelik.
“Hilangkan ingatan awak.” Amar ketawa, sampai tersembur ayam dimulutnya dan jatuh pula kat riba Azreen. Hish, budak ni buat malu betullah, tak boleh bawa pergi majlis.
“Cikgu, otak saya ni dah terima macam-macam kosa kata dah cikgu. Ingat abang-abang saya baik-baik belaka ke?” Azreen capai tisu. Ayam yang jatuh atas ribanya ditepis ke bawah, kemudian menyerahkan tisu kepada Amar.
“Korang berdua ni aku tengok dah macam budak sekolah tengah couple.” Aisya sengih memandang temannya dan Amar yang duduk di hadapannya. Namun tak lama, dia tersengih bila ditolehnya ke sebelah kanan ada manusia yang tengah beri panahan berapi kat Amar. Hek eleh, ngan adik sendiri pun nak jealous.
“Cikgu Aisya, bestlah dapat awek cam Cikgu Rihanna. Comel je. Ouch.” Padan muka kau kena cubit dengan Azreen.

**************************

Dekat setengah jam aku kat KFC ni. Boleh pula semeja dengan Amar dan abang-abangnya. Yang Ryan ni duk pandang-pandang aku apasal?
“Excuse me, nak keluar jap.”
“Nak pergi mana?” Aku bertanya. Takkan nak tinggal aku kat sini?
“Jap, nak jawab call.” Aisya melangkah ke arah tempat cuci tangan.
“Awak makan burger je? Cukup ke?” Aku pandang Ryan.
“Ehm, ini pun dah kenyang.” Aku menjawab sambil tangan mencubit isi ayam Zingerku.
“Azreen. Hari Sabtu ni free tak?” Aku jungkit sebelah keningku sambil memandangnya.
“Kenapa?”
“Nak ajak awak keluar.” Aku pandang Amar kat sebelah yang dah tutup mulut, nak gelaklah tu. Adik Ryan yang seorang lagi ni tunduk je makan, macam takde apa yang berlaku kat depan dan sebelah dia.
“Hari Sabtu ni saya mengajar.”
“Haahlah, hari Sabtu ni kena ganti cuti raya.” Amar tiba-tiba menyampuk.
“Baru nak ajak awak keluar.” Apa kes kau nak ajak aku Ryan? Memanglah aku dah maafkan kau tapi nak keluar berdua dengan kau aku tak terfikir lagi.
“Sorry, Ria kau dah habis makan? Aku nak balik, mama dengan papa aku datang pula.” Aisya yang nampak kelam kabut menghampiri kami.
“Oh, yeke? Ok, aku basuh tangan dulu.” Aku bangun, sempat juga aku mencubit Amar yang masih duduk menghalang aku keluar. Sajalah tu nak mengusik aku. Setelah membasuh tangan, aku dan Aisya minta diri untuk pulang dan aku sedar Ryan hanya memandang aku.
“Macam tu je skill kau abang? Takdelah hebat mana pun tapi yang pelik takkan skill macam tu boleh buat ramai awek jatuh cinta ngan kau?” Budak Amar ni memang nak kena ngan aku ni.
“Siapa tadi tu abang?” Adib memandang aku.
“Cikgu Amar.”
“Takkan setakat cikgu? Siap kau ajak keluar tu.” Aku diam tanpa menjawab soalan Adib. Ayam yang tinggal separuh aku habiskan.
“Siapa Amar?” Melihatkan aku yang tak menjawab soalannya, Adib bertanya pula pada Amar.
“Cikgu aku merangkap ex abang.”
“What? Rasa macam tak percaya je Romeo cam kau sangkut kat awek innocent camtu.”
“Dahlah jom balik.” Aku bangun, begitu juga Adib dan Amar.
“Bro, you must tell me how you met her and how she became your girl. Oh my, kalau Aidil tahu ni mesti dia terkejut.”
“Ehm, nanti aku cerita.” Kami bertiga menuju ke tempat mencuci tangan dan kemudian turun menuju ke pintu keluar.


PART 6

Kalau ikutkan berat betul hati nak datang menjenguk budak Amar ni tapi macam tak patut pula. Dahlah aku ni guru tingkatan dia, lepas tu bukannya dia duduk jauh pun. Masa aku pergi hospital semalam, dia dah keluar. Agaknya tak teruk sangat kut accidentnya sebab tu duduk sehari je kat hospital. Aisya pula ada hal masa aku ajak teman tadi, mujurlah ada budak bertiga ni nak mengikut.
“Cikgu, belok kiri masuk ikut jalan tu.” Nazirah menunjukkan jalan ke rumah Amar kepadaku.
“Rumah dia paling hujung dan paling besar tu.” Dia menyambung lagi.
“Awak dah pernah pergi rumah dia ke?”
“Kita orang pergi masa raya tahun lepas, family dia buat open house. Family dia kaya cikgu.” Fatin pula menyampuk dan tanpa aku bertanya siap menceritakan sejarah keluarga si Amar ni. Dari apa yang budak bertiga ni bagi tahu aku, bapa Amar ni bekas hakim. Setelah pencen, pulang ke kampung. Emak dia pula bekas pengetua, bersara awal. Siap bagi tahu lagi tentang adik beradik Amar. Kata mereka Amar ada 7 beradik. Mak oi, ramai juga. Ingat orang kampung je beranak banyak.
“Tapi bukan satu ibu. Amar ada tiga orang adik beradik tiri.” Alya yang duduk di sebelah aku menyampuk, macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikir. Patutlah nama dia orang berbeza, jadi betullah apa yang Aisya bagi tahu dulu.
“Abang dengan kakak tiri dia dah kahwin, tapi yang seorang lagi belum kahwin. Kalau adik beradik kandung Amar, kakak dia sorang je yang dah kahwin. Abang dia lagi dua orang tengah belajar. Seorang ambil law kat UK, seorang lagi kat Australia ambil business.”
“Bukan businesslah, ummi Amar bagi tahu akaun.” Nazirah membetulkan fakta yang cuba disampaikan oleh Fatin. Ya Allah, budak-budak sekarang ni kalau bab-bab tak berkaitan dengan pelajaran bukan main hafalnya
“Amboi, awak semua ni, bukan main hafal sejarah keluarga orang, bercita-cita nak buat biografi keluarga Amar ke?” Sengaja aku mengusik dan mereka bertiga ketawa mengekek.
“Cikgu, abang dia yang tak kahwin tu duduk sekali dengan Amar. Dulu dia kerja kat KL, jurutera lagi.” Motif kau bagi tahu aku Fatin oi? Bukan aku tak kenal mamat tu.
“Handsome cikgu.” Budak bertiga tu ketawa lagi.
“Gatallah awak ni.”
“Cikgu tu rumah dia.” Aku berhenti di hadapan banglo tiga tingkat yang tersergam indah di hujung kampung. Kawasan persekitarannya sangat cantik. Tidak jauh dari tempat aku meletakkan kereta ada sebatang anak parit yang jernih airnya. Ada pokok-pokok buah-buahan di sekitar banglo tersebut.


“Cikgu abang dia yang dua orang lagi tu pun handsome juga.”
“Hish, awak ni.” Mereka ketawa lagi.
“Fatin, jangan lupa buah tu.” Sempat aku mengingatkan Fatin buah-buahan yang aku beli di pekan tadi. Semakin menghampiri pintu pagar, semakin berdebar dada aku. Ya Allah, janganlah si Aryan tu ada kat rumah. Aku sebenarnya nak datang awal sikit tapi terpaksa tunggu budak bertiga ni habis kelas tambahan.
Alya menekan loceng. Terdengar suara memberi salam, dan baru aku perasan, ada tv kecik kat tepi pagar tu. Mak ai, dah macam kat rumah orang Korea yang biasa aku tengok dalam drama tu.
“Waalaikumussalam, kami kawan dengan cikgu Amar.” Alya menjawab dan tak lama selepas itu, pintu pagar dibuka. Canggih betul rumah orang kaya ni kan? Sewaktu melangkah ke dalam kawasan rumah Amar, terasa macam bukan berada kat Malaysia. Kawasannya sangat cantik, ada pelbagai jenis bunga, pondok untuk bersantai malah ada kolam renang lagi. Reka bentuk rumahnya sangatlah moden, tapi sesuai ke buat rumah camni kat Malaysia? Tak ke hangat pijo, bak kata Cikgu Rahmat.
Di muka pintu menanti seorang wanita bertudung litup yang pada fikiran aku mungkin ibu Amar.
“Assalamualaikum. Jemputlah masuk cikgu.” Sekali lagi salam diberi, peramah betul makcik ni. Dia mengunjukkan tangannya untuk bersalam dengan kami.
Sekarang ni aku tak tahu nak guna istilah apa bila tengok hiasan dalaman rumah Amar ni. Sangat cantik dan memang class betullah, walaupun nampak simple je.


“Jemput duduk cikgu, Fatin, Alya, Zira.”
“Terima kasih puan. Ini ada sikit buah tangan.” Aku menyambut plastik yang dihulurkan oleh Fatin dan menghulurkan kepada ibu Amar. Malulah pula, dalam beg plastik je aku bagi.
“Ala, tak payah susah-susah cikgu. Tak payah berpuan-puan. Panggil Makcik Zaharah je.”
“Nak lagi afdal panggil ummi.” Aku toleh ke belakang. Amar tersengih-sengih sambil cuba melangkah dengan topang di kedua-dua ketiaknya.
“Adik.” Ibu Amar menegur lembut sambil tersenyum.
“Maaflah cikgu, Amar ni memang suka mengusik.”
“Lah, betullah ummi, inilah cikgu yang adik cerita tu.” Aku pandang dua beranak tu. Apa yang dia orang gosipkan tentang aku ni?
“Dah-dah, cikgu awak ni datang nak berziarah. Inilah kalau dah nakal cikgu. Baru dapat lesen dah accident, suka buat orang susah hati tau.” Aku senyum dengar ibu Amar membebel marahkan Amar dan Amar macam biasalah, tayang sengihnya.
“Macam mana boleh accident?” Aku bertanya sambil memandang Amar yang cuba duduk di kerusi sambil dibantu ibunya.
“Balik dari masjid, tiba-tiba terserempak dengan cik bi, tak sempat nak mengelak cikgu.” Cik bi, aku dah pelik. Aku pandang Alya, Fatin dan Nazirah. Budak bertiga tu boleh ketawa pula.
“Makcik cikgu tak tahu cik bi tu apa.” Ibu Amar ketawa lembut.
“Ba Alif Ba Ya cikgu.” Ba Alif Ba Ya? Setelah menangkap apa yang cuba dimaksudkan oleh ibu Amar aku tersenyum.
“Habis tu terlanggarlah dengan cik bi tu? Cik bi tu macam mana?”
“Eh, cikgu ni. Cik bi pula yang cikgu risau. Adik ipar cikgu ni, cikgu tak risau?”
“Amar.” Ibu Amar menegur lagi.
“Mujur bawa tak laju, kalau tak, tak tahulah. Tapi habis luka-luka jugalah, bergesel kat jalan. Kat kampung ni, bukan kena hati-hati dengan kenderaan je. Dengan binatang-binatang ni pun sama.” Panjang ibu Amar menjelaskan.
“Assalamualaikum.” Kami memandang serentak ke muka pintu, melihat orang yang memberi salam. Aku terkejut dan lelaki yang di muka pintu itu juga terkejut namun cepat pula riak wajahnya berubah. Seulas senyuman memekar di bibirnya.


Berseluar pendek paras lutut dan bert-shirt, dia menghampiri dan duduk di kerusi di sebelah aku. Tak kerja ke? Pakaian santai gila.
“Adib dah naik bas?”
“Dah ummi, tapi bas tu lambat sikit tadi.” Ibu Amar mengangguk. Aku ni, dari tadi ibu Amar, ibu Amar. Kan dia dah kata panggil Makcik Zaharah.
“Ibu, hidangannya udah siap.” Seorang makcik Indon datang menghampiri.
“Mari cikgu kita minum.”
“Eh, tak payah susah-susah makcik. Kami datang nak jenguk Amar je.” Aku menolak lembut. Aku tahu Aryan memandang aku dan aku takut yang dia dapat mengesan betapa gemuruhnya aku.
“Apa pula susah-susahnya. Waktu macam ni memang kami selalu minum petang. Cuma hari ni pakcik takde. Jadi kita, kita ajelah.” Take note Ria. After this, kalau ada sebab kau datang berziarah make sure jangan datang waktu ni.
“Mari.” Makcik Zaharah sudah melangkah menuju ruang makan. Fatin, Alya dan Nazirah berjalan beriringan dengan Amar yang terjengket-jengket membawa langkah. Dengan langkah yang berat, aku turut membawa sepasang kaki ini menuju ke ruang makan. Namun belum selangkah aku menapak, tangan aku ditarik dari belakang.
Aku memandang Aryan di belakang yang memegang pergelangan tanganku. Aku membulatkan mataku, mengarah dia melepaskan pegangan tangannya. Dia senyum dan melangkah menghampiriku.
“Patutlah hari ni saya rasa macam gembira je, rupanya buah hati datang menjenguk.” Dia senyum.
“Siapa buah hati awak? Jangan nak perasan, saya datang sini bukan nak jenguk awak.” Dia masih lagi senyum. Geramnya aku.
“Lepaslah. Nanti dia orang nampak.” Dia lepaskan pegangan tangannya. Baik pula dia menurut. Aku melangkah menuju ke ruang makan meninggalkannya dengan sebuah jelingan.
Di meja makan, hanya tempat di bahagian Amar sahaja yang kosong. Di hujung kedua-dua meja telah diduduki oleh Makcik Zaharah dan seorang wanita yang seusia dengan Tok Wan. Mungkin nenek Amar.


“Ini nenek Amar cikgu.” Aku menghulurkan tangan bersalam dengannya. Dia menyambut sambil menghadiahkan senyuman kepadaku.
“Dia kurang dengar cikgu.” Aku mengangguk. Disaat aku ingin melangkah duduk di kerusi berhampiran nenek Amar, Aryan lebih pantas melabuhkan punggungnya di situ dan aku memandang satu-satunya kerusi yang kosong. Di tengah-tengah, antara Amar dan Aryan. Boleh tak aku nak balik sekarang ni? Aku tak nak duduk situ.
“Duduklah cikgu.” Makcik Zaharah menjemput aku duduk. Makcik, makcik tak kesian ke kat saya? Apa kata kalau makcik yang duduk kat anak-anak makcik dan bagi saya duduk kat tempat makcik tu? Tapi macam takde perasaan je Makcik Zaharah ni, dia boleh pula bersembang dengan Alya di sebelahnya. Maka dengan berat hati aku melangkah juga duduk di kerusi antara Amar dan Aryan.
“Makan cikgu.” Amar menghulurkan kuah sup kepada aku. Mak ai, minum petang dia orang ni siap buat bihun sup. Selalunya keluarga aku kuih-muih je pepetang macam ni.
“Cedokkan kuah untuk saya sekali awak.” Aryan mengunjuk mangkuknya. Terpaksalah aku mengambilnya dan aku perasan budak bertiga depan aku termasuklah si Amar kat sebelah ni duk tahan-tahan gelak.
“Kan best kalau Ryan kahwin. Ada orang layan Ryan macam tu.” Tiba-tiba Makcik Zaharah bersuara dan ayatnya tu lah yang buat aku rasa macam nak buat larian 100m, dengan pecutan ala-ala Usain Bolt.
“Ummi, please do not talk about marriage now? I’m still young, let me enjoy my life first, lagipun you already have a daughter and son-in-law. Nak cucu pun dah ada. So, apa lagi yang ummi nak?” Aryan menyuap bihun ke mulutnya.
“Ummi nak Ryan kahwin. Alya yang muda dari Ryan pun dah kahwin.”
“Ummi, Alya tu perempuan. Eloklah dia kahwin awal, takkan nak tunggu jadi anak dara tua pula.”
“Uhuk.” Tersedak aku. Hampeh Ryan ni, perli aku ke? Bukan tua mana pun, baru 28 tahun.
“Awak. Saya bukan maksudkan awak. Walau banyak mana pun umur awak bertambah, awak tetap muda pada pandangan saya.” Dia sengih. Hish, geramnya. Kalau takde orang memang dah kena cubit dia ni.
“Ini seorang lagi, yang duk usik Cikgu Riana tu buat apa? Dia takde kaitan dalam cerita kita tadi.”
“Apa pula takdenya ummi. Dengan cikgulah abang nak kahwin.”
“Uhuk.” Sekali lagi aku terbatuk dan kali ini dah berair mata aku, hidung pun dah mula berair juga sebab baru je sumbat kuah sup yang pedas ke dalam mulut.
“Air, awak.” Aryan menghulurkan gelas berisi air Ribena kepadaku. Fatin, Alya dan Nazirah dah terlepas ketawa yang ditahan dari tadi. Sampai hati korang gelakkan cikgu. Huaa.
“Ummi, sudah-sudahlah cakap pasal kahwin ni, tengok orang tak berdosa jadi mangsa.” Aryan senyum. Dia senyum? Ingat aku tak nampak ke kau senyum. Aku dah terasa yang air dah nak mengalir keluar dari hidung. Rasa cam nak lap dengan hujung lengan baju kurungku tapi mujur Amar hulurkan kotak tisu.
“Ok.” Makcik Zaharah angkat dua belah tangan tanda mengalah. Kenapa aku rasa macam anak-beranak ni berlakon je?
Habis menjamah bihun sup yang dihidangkan dan sedikit pesanan buat Amar, aku minta diri dari keluarga Amar. Tak tahan dah rasanya, aku nak balik ni. Tangan nenek Amar yang masih duduk di kerusi aku salam, begitu juga budak bertiga tu, turut bersalam dengan nenek Amar. Kami dihantar sehingga ke muka pintu oleh Makcik Zaharah, Amar dan abang Amar yang penyibuk tu. Penyibuk ke? Ini rumah dia kut, suka hati dialah kan.
“Terima kasihlah cikgu datang jenguk budak bertuah ni.” Aku hanya senyum memandang Amar yang tersengih-sengih seperti kerang busuk di sebelah ibunya.
“Terima kasih juga pada makcik yang susah-susah jamu kami makan. Siap bagi bekal lagi ni. Malu saya.”
“Apa nak malu pula, rezeki tu.”
“Tapi jangan buat-buat tak faham pula cikgu. Balaslah balik nanti.”
“Hish, budak ini.” Amar menjerit kecil bila dicubit oleh ibunya. Padan muka kau.
“Takpe tak payah balas-balas tapi kalau nak balas makcik terima seadanya.” Makcik Zaharah senyum dan dua anak terunanya pun sama-sama join ibu dia orang.
“Balik dulu makcik.” Aku menghulur tangan, tak ingat dah salam ke belum sebab aku nervous gila ni.
Sepanjang perjalanan pulang puas aku diusik dengan Nazirah, Fatin dan Alya. Riuh mereka bertanya sama ada aku kenal dengan abang Amar ke tak? Malas nak panjang-panjangkan cerita aku diam je tapi sempat aku pesan yang jangan buat gossip tentang aku kat budak-budak lain.

No comments:

Post a Comment